Anak Cucu Nabi Adam |
- Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur
- Jagalah Pemakanan Kita
- 10 Golongan Mayat Tidak Reput
- Luasnya Neraka
- Jangan Berkawan Dengan Budak-Budak Racist
- Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang Israel
- 'Badut Dongga' bidas laporan 'istana air mata'
- PP setuju LA bukan dari Peguam Negara
- PKR berdepan risiko perpecahan
- Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun
- Umno tidak bergerak lancar
- Perhimpunan antijudi ditangguh ke petang
- Vincent Tan lebih berani dari Najib
| Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur Posted: 03 Jul 2010 01:17 AM PDT Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian) baby walkerPeringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian) kereta tolak (stroller) Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak) kereta mainanPeringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan) kereta kontrol biasa-biasa ajePeringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan) kereta kontrol berjenamaPeringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket) kereta mini...keta sport...MPV. ,SUV. sedanPeringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan) kereta berkerusi rodaPeringkat akhir apabila tiba masanya kereta jenazah |
| Posted: 03 Jul 2010 01:00 AM PDT ![]() Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK , nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni: http://www.kickapoo joy..com/ history.html http://www.monarch-beverage. com/home.htm Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan! ! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang. PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.P PIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman..Sokonglah produk keluaran Islam. AYAM TESCO Tak Halal PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008 1.Shampoo dan facial DOVE2. Pringles potato chips3. Lychee NARCISSUS KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut * Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :· Canned Meat· Canned Seafood· Canned Fruits· Canned Vegetables· Seasonings |
| Posted: 03 Jul 2010 12:58 AM PDT Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.' |
| Posted: 03 Jul 2010 12:54 AM PDT Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...' Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam. |
| Jangan Berkawan Dengan Budak-Budak Racist Posted: 03 Jul 2010 12:50 AM PDT Kan dah lama aku tak tulis entri panjang? Entah kenapa tiba - tiba pagi - pagi buta ni, mood menulis sampai, dek kerana detiknya hati, cetusan rasa serta fikiran sewaktu memandu dari Ipoh ke Kolumpo. Highway gelap dan panjang telah menciptakan satu ruang apungan fikiran.Kelmarin masa aku pergi tengok tayang filem pendek "The Invigilator" lakonan Tony Eusoff, Cheryl Samad dan aku sendiri di TGV KLCC, aku telah ditemubual oleh kenalan untuk apa entah aku pun tak berapa dengar sebab suasana agak riuh masa tu. Jadi beberapa soalan yang menarik diajukan pada aku dan aku pun jawab dengan santai dan jujur. Antaranya tentang isu gender, isu perkauman, isu ini dan isu itu. Gossip? Memang takda. Sebab aku memang tak suka jawab soalan - soalan begini. Aku lebih suka jawab tentang pandangan aku tentang situasi yang sedar berlegar sekeliling kita. Dan aku rasa tukang-tanya tu pun tak berminat nak tanya tentang perkembangan percintaan aku, atau baju aku sponsor ke tak, atau kereta apa yang aku bawak, atau hati aku sudah berpunya ke belum, atau projek aku yang terbaru. Itu jauh dari curiosity-nya. Setelah menjawab beberapa soalan yang syok, yang membuatkan aku terbakar - bakar semangat untuk menjawab, tiba - tiba keluar satu soalan yang membuatkan aku terdiam dan sayu sekejap selepas soalan isu - isu yang sebelumnya. "So tell me Zahiril, kalau you boleh jumpa diri you sendiri masa kecik balik, what will be your message or your advice to him" Untuk beberapa saat, hati aku terdiam sekejap. Dalam kepala aku memang kalau boleh (yang aku tahu memang takkan boleh) aku nak jumpa diri aku masa kecik balik. Banyak yang aku nak cakap dengan dia. Tapi untuk saat itu, satu je perkara yang aku betul - betul nak cakap dengan diri aku sendiri masa kecik. "Jangan berkawan dengan budak - budak rasis" aku jawab. Sebab racism ini satu racun juga virus yang susah nak dihilangkan atau dipulihkan. Kau bacalah buku tentang anti-perkauman ke, kau buatlah teater anti-perkauman banyak - banyak ke, kau ciptakan lagu penyatuan kaum dan anti-perkauman ke, ia tetap akan meninggalkan setompok calit sifat perkauman tu dalam diri sendiri. Sampai hari ini, aku struggle untuk buang sifat itu dari dalam diri. Ia tetap ada, biarpun sedikit, kerana selama ini aku dibesarkan dengan environment perkauman, tukang-perintah yang suka berkeris, apatah lagi bila berkawan dengan budak - budak yang rasis. Ya, aku mengaku aku juga rasis dulu. Jangan tanya apa yang aku dah buat, sebab aku budak nakal. Bila sebut Cina, yang terlintas ialah babi. Bila sebut India, yang terlintas ialah Batu Caves. Cliche. Sakitnya rasa bila kita benci sesuatu perkara yang dah ada dalam diri kita. Contohnya seperti kita benci kekasih lama yang selalu bermain dalam kepala. Kita struggle untuk buang, sebab kita tahu benda itu tak guna duduk dalam diri kita. Sebab aku benci perkauman. Tuhan mesti marah kalau kita sibuk dengan bangsa dan bukan agama. Kan? Aku tak tahu jawab sebab aku bukan Tuhan, tetapi setidaknya aku percayakan itu. Mungkin hati aku terdiam sekejap selepas soalan itu diajukan kerana aku baru pulang dari tanah orang yang bukan bangsa aku. Sambil lagu Across The Universe beralun dari Ipod aku, di tengah - tengah kota, dalam lautan manusia (orang Jepun kan suka jalan kaki) aku terduduk dan terdetiknya hati. Dari situ aku merasakan betapa kerdilnya aku antara kesesakan manusia di depan mata. Betapa tidak bergunanya label itu di bumi ini. Mungkin Tuhan dah set up kan yang aku akan kendong detiknya pemikiran ini di tengah - tengah lautan manusia, malam tu. Di tanah sendiri kita perkenalkan diri, Hi I'm Malay, dan tiba - tiba pulak di tanah orang kita perkenalkan, Hi, I'm Malaysian. Jadi apa identiti kita yang sebenarnya? Minda, lidah dan hati aku juga mengakui bahawa Rasullullah S.A.W yang aku junjung sebagai Rasul Allah sendiri pun bukan sama bangsa dengan aku. Dan kita lihat apa yang terjadi hari ini? Yang aku percaya semuanya bermula dari mentaliti bangsa, bukan agama. Bakar sana, bakar sini. Kepala sana, kepala sini. Sekali lagi, ini mentaliti bangsa sebenarnya. Yang dilaungkan perjuangan agama kononnya, tapi sebenarnya cuma super-ego bangsa, bukan agama. Masih lagi ada tebal sifat bangsa atau waktu itu hanya berserah diri sebagai Hamba-Nya? Mengapa susahnya kita melihat manusia sebagai manusia dan bukan bangsanya? ~Zahiril Adzim~ |
| Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang Israel Posted: 03 Jul 2010 12:42 AM PDT Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam.Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas. Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis: Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati." Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa. Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara. Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera. Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco. Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia. |
| 'Badut Dongga' bidas laporan 'istana air mata' Posted: 03 Jul 2010 12:41 AM PDT Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakini dan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur."Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini. "Saya telah ke tapak itu hari ini dan mengadakan sidang akhbar. Maklumat dalam laporan itu salah. Hanya empat atau lima buruh pembinaan yang lambat menerima gaji mereka. "Laporan itu anti-Melayu dan anti-Istana. Laporan itu menggambarkan istana seolah-olah dibina daripada air mata rakyat jelata," katanya. Dalam laporan ekslusif pada 27 Jun, The Star menyiarkan di muka depannya sekumpulan pekerja asing yang membina Istana Negara bernilai RM800 juta didakwa tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan. Sementara itu, Malaysiakini semalam melaporkan, kumpulan 10 orang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan' dengan penguatkuasa. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ezam menyatakan kekesalannya terhadap Malaysiakini yang didakwanya selalu "mengutarakan isu yang anti-istana". "Ini melampau. Malaysiakini telah cukup menyerang institusi (Melayu). Saya akan lawan (ketua pengarang) Steven Gan habis habisan-habisan," katanya. Katanya, laporan berhubung isu peralihan kuasa di Perak, termasuk melibatkan bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kes murtad adalah contoh serangan terhadap instsitusi Melayu. ~MK~ |
| PP setuju LA bukan dari Peguam Negara Posted: 03 Jul 2010 12:40 AM PDT Selepas Kelantan, Pulau Pinang pula setuju cadangan agar Penasihat Undang-undang (LA) dilantik sendiri oleh kerajaan negeri bukannya dari Jabatan Peguam Negara namun buat masa ini akan kekal dengan kakitangan yang ada.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyokong cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua negeri yang ditadbdir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melantik Penasihat Undang-Undang sendiri. Langkah ini akan menghentikan amalan yang menjadi tradisi kerajaan yang lalu apabila penjawat jawatan tersebut diisi oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara. Menurut Lim lagi, cadangan tersebut adalah suatu proposal yang baik bagi mengelakkan berlakunya tindakan cuai pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. "Tindakan ini adalah baik kerana sebagaimana yang kita ketahui pegawa-pegawai ini adalah lantikan daripada Kerajaan Pusat yang mewakili kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menimbulkan pelbagai masalah kepada pentadbiran negeri. "Walau bagaimanapun setakat ini Pulau Pinang akan terus menggunakan khidmat nasihat daripada pegawai yang sedia ada, memandangkan Penasihat Undang-Undang tersebut adalah wakil kepada Kkrajaan negeri dalam semua urusan yang berasaskan perundangan dan mereka harus berurusan melalui saya terlebih dahulu,"katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, semua tindakan yang akan diambil perlu terlebih dahulu mendapat arahan daripada Exco Kerajaan Negeri dan Pulau Pinang masih lagi mengekalkan Penasihat Undang-Undang sedia ada. Lim berkata demikian semasa bercakap kepada media di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam. ~harakah~ |
| PKR berdepan risiko perpecahan Posted: 03 Jul 2010 12:39 AM PDT Pengagihan kuasa dalam pentadbiran dan politik di kalangan pimpinan PKR di Selangor dilihat oleh pemerhati politik bahawa parti itu akan berdepan dengan risiko perpecahan. Kebimbangan mereka itu berikutan pelantikan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Negeri kerana ia memperlihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah hilang kredibilitinya sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya mentadbir negeri dengan kuasa mutlak. Pada 27 Jun lepas, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid berkuatkuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam, Selangor. Menurut pemerhati politik keputusan itu juga mengambarkan bahawa PKR cuba mengadakan pengasingan kuasa antara jawatan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri dengan Mohamed Azmin diberikan kuasa politik manakala Abdul Khalid diberikan kuasa eksekutif. Perkembangan itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Khalid yang juga ADUN bagi kawasan Ijok dilihat seperti "hilang taring" kerana beliau kini tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh dalam politik di negeri itu. Seorang pemerhati politik, Asri Salleh berkata pengasingan kuasa antara jawatan Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar bakal mencetuskan konflik yang lebih besar khususnya di peringkat membuat keputusan dan ia dikhuatiri boleh boleh menyumbang kepada kejatuhan pakatan pembangkang di Selangor. Perkembangan ini, katanya, seolah-olah wujud dua nakhoda mengemudi sebuah bahtera yang bakal menimbulkan masalah kerana kebiasaanya mereka yang memegang jawatan Pengerusi parti di peringkat negeri akan juga memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri, kata Asri yang juga Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu itu kepada Bernama, di Kuala Lumpur. Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008 pula menunjukkan bahawa daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, 36 kerusi DUN adalah milik pembangkang dan daripada jumlah itu, PKR mempunyai 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8) sementara Barisan Nasional (BN) dengan 20 kerusi. Pada masa ini, komposisi DUN Selangor menyaksikan BN menambah satu lagi kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 manakala PKR yang sebelum ini mempunyai 15 kerusi DUN, telah kehilangan satu kerusinya apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai BN pada 29 Okt tahun lepas. Asri berkata pengasingan kuasa itu juga dilihat akan menambahkan lagi keretakan yang sedia ada dalam PKR Selangor. Katanya, ekoran pelantikan tersebut, implikasi yang dapat dilihat bakal berlaku terhadap parti itu ialah penyokong parti PKR akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang menyokong Menteri Besar dan kumpulan yang menyokong Naib Presiden PKR itu. "Kita juga melihat kebergantungan rakan lain iaitu DAP dan PAS kepada PKR. Katakanlah jika berlaku perpecahan dalam PKR, ia akan memberi kesan yang buruk kepada pakatan pembangkang di Selangor yang mana akan mewujudkan senario lompat parti di kalangan Anggota Parlimen dan ADUN kerana krisis keyakinan kepada kepimpinan," katanya. Bagaimanapun, selepas pengumuman itu dibuat, Abdul Khalid yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak menafikan bahawa tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Sebaliknya, Menteri Besar itu berkata aktiviti pentadbiran negeri telah membataskan masanya untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan parti itu dan turut mengakui kekurangan pengalamannya dalam politik memungkinkan jawatan tersebut diberikan kepada Mohamed Azmin. Bagaimanapun, menurut Asri, dalam perspektif lain, pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor juga dilihat sebagai orang yang diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan segala keretakan dalam PKR Selangor. "Pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini dilihat sebagai penyumbang kepada perpecahan di kalangan anggota-anggota Parlimen dan ADUN mereka sehingga ada antara mereka yang melompat parti. Makin lama Abdul Khalid duduk di atas, makin banyak anggota yang berpecah," katanyanya. Beliau juga tidak menolak bahawa pelantikan tersebut juga boleh dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar tersebut. Katanya, gerakan untuk menjatuhkan Abdul Khalid itu telah lama dilakukan, cumanya sekarang ia dilakukan dalam keadaan yang lebih terbuka. "Ini adalah permulaan secara terang-terangan untuk menjatuhkan Abdul Khalid dan saya melihat sekarang ialah masa untuk direalisasikan agenda tersebut. Sememangnya kumpulan untuk menjatuhkan Menteri Besar itu memang wujud. Cumanya dahulu ia dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan sekarang ada pihak yang telah mula menonjolkan diri," katanya. Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata pengasingan kuasa tersebut dilihat bakal mewujudkan satu risiko perbezaan pendapat yang ketara di antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid. Beliau melihat pelantikan itu lebih kepada soal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Abdul Khalid dan ia akan mewujudkan perbezaan pendapat ketara di kalangan mereka dan sekiranya ia dapat mewujudkan kestabilan dan kebaikan, maka itu adalah baik, katanya kepada Bernama. Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam itu berkata percubaan PKR itu untuk mengasingkan kuasa di antara parti dan pentadbiran kerajaan negeri mungkin akan membuahkan hasil yang baik sekiranya perbezaan pandangan dapat diatasi. Dalam pada itu, Shaharuddin tidak menafikan bahawa perlantikan Mohamed Azmin itu juga dilihat bersifat untuk mengawasi dan menegur kerajaan negeri di mana parti boleh menegur kerajaan untuk penambahbaikan implikasinya lebih buruk jika perbezaan pendapat di antara kerajaan dan parti tidak mencapai kata sepakat. ~Bernama~ |
| Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun Posted: 03 Jul 2010 12:38 AM PDT Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sepatutnya tidak kekal membayar RM30 bilion setahun kepada kerajaan Pusat sebagaimana pada paras tahun lepas, kata Ahli Parlimen Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad.Menurut beliau, jumlah pembayaran dividen pada kerajaan sewajarnya berdasarkan keuntungan bersih yang diperolehi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. "Tidak wajar untuk Petronas dipaksa membayar pada kerajaan kekal tinggi RM30 bilion, sepatutnya dividen ini dibayar oleh Petronas kepada pemegang saham, iaitu kerajaan berkadaran dengan keuntungan." Ini kerana, beliau berkata, keuntungan Petronas merosot 23.2 peratus daripada RM52.5 bilion menjadi RM40.3 bilion. Kemerosotan itu, katanya lagi, disebabkan kemerosotan permintaan minyak dunia bagi tahun kedua berturut-turut kepada 84.4 juta tong sehari. "Purata harga aras minyak mentah di West Texas Intermediate turun 20 peratus pada USD70.59, manakala harga minyak mentah Malaysia pun turut turun pada USD72.69," ujar beliau memetik perangkaan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Datuk Samsul Azhar Abbas, semalam. Impaknya, beliau berkata, perolehan Petronas menurun 18.1 peratus daripada RM264.2 bilion menjadi 216.4 bilion sahaja. Manakala, katanya, keuntungan pra cukai Petronas pula merosot 24.5 peratus pada RM67.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010. Bagi beliau, tindakan kerajaan dengan tidak melihat realiti cabaran yang dihadapi oleh Petronas itu disebabkan kerajaan terlalu bergantung pada hasil bahan mentah itu sebagai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) negara; iaitu kira-kira 44.6 peratus atau RM67.8 bilion. Ditambah dengan belanjawan defisit yang masuk tahun tiga belas berturut-turut, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan pasti kian melebar sekiranya tidak memaksa Petronas kekal membayar dividen pada kadar sebelum ini. "Kalau Petronas tidak diminta membayar sebegini, tentunya defisit perbelanjaan oleh kerajaan kian melebar dari congakan yang sedia ada, iaitu 7.4 peratus dengan hasil Petronas atau 15.1 peratus tanpa hasil petronas mengikut KDNK 2009)," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi. Disebabkan itu, beliau merumuskan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I seakan tidak mempunyai formula ajaib untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi sebagaimana yang diselokakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) belakangan ini. Disebabkan tidak ada formula ajaib, beliau berkata, Najib mungkin terpaksa merancang untuk meluluskan lesen judi sukan bola kepada Kumpulan Berjaya, memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta mengurangkan peruntukan dalam sektor pendidikan dan sebagainya. "Namun, Najib nampak terumbang-ambing (flip-flop) dengan menangguhkan kesemua formula ini," ujar beliau. ~harakah~ |
| Posted: 03 Jul 2010 12:37 AM PDT Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan anggota parti supaya melakukan transformasipolitik, seiring dengan transformasi kerajaan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata keadaanya berbeza jika dibandingkan dengan transformasi di pihak kerajaan, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan yang radikal dan luar biasa dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Katanya perubahan yang dilakukan kerajaan itu memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang didokong oleh pemimpin Umno dan BN dalam memajukan negara, selepas parti itu dilanda "tsunami politik" pada pilihan raya umum lepas. "Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi. "Kalau kita (Umno) tidak berubah, ada orang yang akan ubah kita. Mereka akan ambil alih (peranan kita)," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya, malam tadi. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Muhyiddin berkata Umno tidak mempunyai banyak masa lagi, maka mereka perlu membuat perubahan dengan memahami dan menghayati kemahuan serta cita rasa rakyat supaya terus menyokong parti. Beliau berkata tuntutan rakyat kini sudah berubah dan mereka mahu melihat kesediaan pemimpin Umno dan BN membuat perubahan dalam mentadbir negara pada masa depan. Sebab itu, katanya Umno memperkenalkan program Juara Rakyat supaya pemimpin dan anggota parti dapat menyelami perasaan dan membantu serta menyelesaikan masalah rakyat. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno perlu lantang dan tidak perlu takut dalam mempertahankan hak orang Melayu kerana asas perjuangan parti itu adalah bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia. "Sekarang saya nampak badan bukan kerajaan (NGO) yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno. Kenapa kita dilihat lesu? Orang Melayu tidak sehebat dulu. Jadi mereka (orang Melayu) pergi ke badan-badan lain. Ini satu kesilapan," katanya. Beliau berkata Umno perlu terus ke hadapan memperjuangkan hak orang Melayu namun pada masa yang sama, mereka juga tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain dalam negara. ~Bernama~ |
| Perhimpunan antijudi ditangguh ke petang Posted: 03 Jul 2010 12:36 AM PDT Sambutan "Kempen Tak Nak Judi" yang dijadualkan pada pukul 2 petang di Masjid Negara hari ini ditunda ke jam 5 petang bagi menghormati satu majlis pengkebumian di masjid berkenaan. Penganjur perhimpunan itu Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan berkenaan akan ditunda ke petang ini bagi menghormati majlis pengebumian Allahyarham Toh Puan Norashikin Mohd Seth. Toh Puan merupakan balu kepada Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Abd Rahman bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. "Moga rohnya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah," kata Suhaizan dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com "Pihak GMJ juga memohon maaf kepada semua peserta himpunan yang telah datang awal bagi menjayakan Himpunan Tak Nak Judi," katanya lagi. Perhimpunan kali ini diadakan bagi menggantikan protes yang dijadualkan sebelumnya, memandangkan kerajaan menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Sementara itu, pengerusi GMJ Mohd Azmi Abdul Hamid turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tun Dr Ismail. "Moga rohnya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini. ~MK~ |
| Vincent Tan lebih berani dari Najib Posted: 03 Jul 2010 12:35 AM PDT AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyifatkan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan lebih gagah dan berani dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau memang mendapat surat untuk melaksanakan perjudian bola sepak dari Kementerian Kewangan. Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik. Menurut Husam, Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus. Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis. Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik, beritahu Husam dalam blognya hari ini. "Syabas Vincent Tan! Lulus kata lulus," tulis Husam yang juga Exco ekonomi dan kebajikan kerajaan negeri Kelantan. "Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini," tulis Husam. Namun begtiu, kata Husam, nasib baik ada rakyat yang sedar. Ada gerakan politik yang bersepadu. "Dap yang memberikan ukuran moral yang memalukan UMNO. Ada UMNO Johor (atas pengaruh Muhyidin atau takut kalah pilihanraya?) turut sama akhirnya menolak kelulusan ini. "UMNO Kelantan dan Terengganu tak seberani UMNO Johor. Kelu membisu," kata Husam. Pagi sebelum Vincent Tan menemui para penganalisa industri perjudian dalam majlis makan tengahari, Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Corp mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyatakan kesal yang amat sangat di atas pembatalan itu. Sekali lagi, dalam kenyataan bertulis itu, disebut bahawa 'pembatalan itu dibuat selepas sebelum ini Kementerian Kewangan telah meluluskan semula lesennya' - dan ayat berkenaan digaris untuk memberikan penekanan. "Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar," tulis Husam lagi. Dalam pertemuan itu juga, Vincent Tan yakin pelan perjudiannya akan diperbahurui semula pada masa akan datang. "Bila? Selepas pilihanraya umum nanti? Selepas Pakatan Rakyat tak kuat?," tulis Husam. Husam juga berkata, Vincent Tan terang-terang salahkan Pakatan Rakyat atas pembatalan itu. Dia tak salahkan mufti-mufti atau Utusan Malaysia atau Perkasa. "Menarik juga," katanya. "Apa yang Vincent Tan nak kata, kalau BN menang besar pilihanraya akan datang, hidup semula lah lesen judi bola beliau. "Sekarang, kita nak siapa gagah? Rakyat gagah melalui Pakatan Rakyat sehingga lesen ini tak boleh lulus selama-lama atau nak Vincent Tan dan BN gagah untuk mereka laksanakan niat tertunda mereka?" soal beliau. Dalam perjumpaan sama, didedahkan bahawa Kerajaan pernah bayar ganti rugi kepada Berjaya Corp atas pembatalan lesen yang telah mereka perolehi sebelum itu. Pembatalan tahun 1990 (masa DSAI jadi Menteri Kewangan?) bolehkan Berjaya Corp dapat ganti rugi sebanyak 18.9 juta. "Beliau nak kata, kali ini, Berjaya Corp akan dapat ganti rugi sekali lagi kerana Menteri Kewangan memang dah bagi kelulusan. "Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut...." tulis Husam lagi. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
baby walker
kereta tolak (stroller)
kereta mainan
kereta kontrol biasa-biasa aje
kereta kontrol berjenama
kereta mini...keta sport...MPV. ,SUV. sedan
kereta berkerusi roda
kereta jenazah






Tiada ulasan:
Catat Ulasan