al-brangi |
- 'Kertas' pembalut nasi lemak yang amat sensasi
- Bila 'Bunga-Bunga' naik harga
- Bercuti ke luar negara......mencari ilham PRU13?
- 'Kod Etika' yang Maha sempurna pun dilanggar orang.....
| 'Kertas' pembalut nasi lemak yang amat sensasi Posted: 29 Jul 2010 02:00 AM PDT Sekumpulan murid dan sepasukan Cik Gu di sebuah sekolah di sebuah bandar yang amat terkenal dengan pasirnya yang bersinar kuning keemasan telah dikesan mengalami loya, mual dan termuntah-muntah biru keladak diikuti cirit-birit. Para bio-chemist berlumba-lumba mengambil sampel untuk dibuat kajian. Para Doktor sibuk memberi ubatan dan keseluruh pelajar dan Cik Gu tersebut ditahan di Hospital. Lebih menggempar lagi apabila Guru Besar sekolah tersebut mendapati segerombolan anak-anak katak berderet melompat-lompat keluar daripada tandas sekolah menuju ke kantin dan mengurumuni sebuah tong sampah. Guru Besar telah panik lantas menelefon bomba, jabatan kimia dan pakar pengesan bom serta tidak lupa pemberita. Bila disiasat, didapati tiada apa-apa bahan letupan atau apa-apa bahan atau kehidupan yang membahayakan orang ramai, tetapi para saintis yang mengambil beberapa sampel bahan didapati ia 'tally' dengan najis serta muntah daripada pelajar-pelajar dan Cik Gu-Cik Gu yang terlibat. Para saintis mengesahkan sebab musabab muntah-muntah dan cirit-birit itu ialah berpunca daripada pembalut nasi lemak. Sila klik kertas di bawah......kertas yang amat sensasi yang menjadi pembalut kepada nasi lemak tersebut. ![]() |
| Posted: 28 Jul 2010 10:30 PM PDT Hari Pahlawan tahun akan disambut tanpa tafakur dan kalungan bunga kerana mematuhi Majlis Fatwa Kebangsaan. Boleh pun. Bagaimana dengan arahan lain yang memang sudah termaktub seribu empat ratus lebih dahulu dalam Al-Quran.? Walaupun Al-Quran ada 30 juz, janganlah pulak pilih-pilih......juzuk yang berkepentingan saja yang diamalkan seperti arahan membayar zakat.....arahan mengutip zakat.....arahan mengagih zakat macmana?.....Dah sempurna belum pengagihannya? Bagaimana pula dengan arahan-arahan yang lain yang mana Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang merupakan 'Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam' |
| Bercuti ke luar negara......mencari ilham PRU13? Posted: 28 Jul 2010 06:30 PM PDT Apa maknanya keindahan dalam negara jika tidak dapat diapreasasi oleh rakyatnya sendiri.Apa maknanya menghabiskan wang berjuta mempromosikan Malaysia di serata dunia......Malaysia destinasi pelancongan.....pemimpinnya sendiri melancong ke luar negara. Apa maknanya rakyat sengsara, menderita dengan harga barang naik......pemimpinnya beristirehat di luar negara. Apa maknanya rakyat dianjurkan berhemah dalam berbelanja, pemimpin berbelanja berlimpah-ruah. Walau apapun, PM akan bercuti ke luar negara mulai hari ini sehingga 10 Ogos. Nota: Menteramkan diri, bermunajat agar diberi 'ilham' tarikh sesuai PRU13. Ramai orang berkata Sarawak akan tumbang dalam pilihanraya umum negeri nanti. Ramai orang berkata Umno/BN akan menempuh 'sakarakutl-maut' yang menyiksakan dalam PRU13 nanti. Sesungguhnya memang ramai orang berkata, Umno berada dalam keadaan yang teramat tenat sekarang dan ramai orang berkata, jika 'snap election' diadakan pada bulan Ramadhan......alangkah baiknya Umno/BN meng'hembus'kan nafasnya yang terakhir pada bulan yang sungguh mulia (bulan di mana Al-Quran diturunkan) walaupun tiada nas berkata demikian. |
| 'Kod Etika' yang Maha sempurna pun dilanggar orang..... Posted: 28 Jul 2010 05:00 AM PDT Untuk bercakap, men'jual' air-liur memang senang. Yang mendengar pun ikut sama meleleh air-liur, sementelah lagi yang men'jual' airl-iur' adalah mantan Perdana Menteri yang memang petah men'jual' airl-liurnya. Berilah apa topik sekalipun......Agama.....gejala sosial.....ekonomi.....dan berbagai-bagai 'jenama' lagi untuk di'jual'nya.Beliau mencadangkan penulis blog dan pengamal media sosial menggunapakai kod etika sendiri secara sukarela agar media baru tersebut dihormati. Media massa seperti surat khabar dan TV yang sudah pastinya mempunyai kod etika kewartawanan......adakah sudah mematuhi kod etika tersebut? Kenapa hanya 'bloggers' dan pengamal media sosial ada keperluan kepada kod etika, walhal pendedahan media baru tidak sehebat media massa yang dimonopoli oleh Umno sekarang? Saban hari fakta diputar belit, berita disensasikan, pemimpin diadu-dombakan agar berpecah-belah, fitnah disebarkan.....demi mempertahankan kuasa dan mengaut balik sedikit kuasa yang telah hilang kepada Pakatan Rakyat. Yang paling penting bagi mereka yang berimankan Al-Quran.....di sana kod etika seorang Muslim, seorang pemimpin keluarga, masyarakat dan Negara telah digarispandu oleh Wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh Alam.....semuanya terkandung di dalam kitab Agung Al-QurannulKarim. Itulah kod etika yang paling sempurna yang merangkumi segala2nya.....kenapa masih ada yang melanggarnya? [sumber .] |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan