Isnin, 19 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


'Makhluk halus' sedang meracau-racau Umno?

Posted: 19 Jul 2010 01:00 AM PDT

Sekarang musim 'penyakit' baru me'landa' negara. Lama kelamaan ia akan jadi pandemik.

Sejurus redanya H1Ni, penyakit baru dah muncul. Penyakit yang dimaksudkan ialah yang berkaitan gangguan makhluk halus.

'Makhluk' halus memang wujud, tetapi kita dilarang keras bersahabat dengannya seperti menjadinya sebagai perantara. Kita dianjurkan berdoa secara langsung kepada Yang Maha Mendengar.

'Makhluk' halus sangat licik sifatnya, pada awalnya mungkin kita boleh memerintahnya, tapi lama kelamaan 'makhluk' halus ini akan memperkudakan kita.

Sekarang heboh diperkatakan ada 'makhluk' (tak tahulah pulak kasar ke halus) yang sanggup dan berkeinginan jadi per'antara' kepada perpaduan antara PAS dengan 'makhluk' bernama Umno.

Manakala PAS, dari awal lagi tidak memerlukan per'antara' untuk menaut antara PAS dengan 'makhluk' Umno. PAS dengan 'makhluk' Umno, walaupun dari rumpun yang sama, tidak mungkin dapat bertaut atau bersatu selagi Umno tidak keluar dari kepompong 'makhluk' asing itu.

Satu lagi berita yang tak kurang hebatnya, sungguh sensasi dan lama kelamaan akan menjadi seram. Tak tahulah pulak samada ia menyeramkan Umno atau Pakatan.

Dikhabarkan satu 'makhluk' yang amat perkasa suatu ketika dulu telah dipercayai di'sembunyi'kan atau di'lari'kan oleh 'makhluk' halus. Kelibatnya jarang kelihatan lagi di Kelana Jaya. Berkemungkinan besar 'makhluk' ini balik ber'tapa' di kampong halamannya di Batang Kali atau di mana-mana gua yang berdekatan di Selangor.

Bila dirisik-risik, kononnya 'makhluk' ini merajuk kerana 'tuan'nya sudah melupakan segala jasa-jasanya yang lampau. Nasib baik 'makhluk' ini mendiam diri, sesetengah 'makhluk' lain, jika tak cukup makan, biasanya ia akan berlegar-legar di kala senja dan hujan gerimis mencari makan.

Satu lagi kisah ialah mengenai 40 'makhluk' halus yang senyap menyepi apabila masuk ke rumah 'makhluk' Umno. Tak tahulah pulak samada senyap, sunyi sepi itu, 40 'makhluk' ini sedang meng'hafal' beberapa 'ayat' atau 'skrip' wayang kulit untuk mengacau-ngacau ketenteraman PAS, agar PAS akan meracau-racau bila terkena sumpitan dari 'makhluk' yang amat muda itu nanti. Kebiasaannya 'makhluk' yang muda-muda amat patuh pada arahan tuannya.

Nota:

Jauhilah anda dari makhluk halus samada berkawan dengannya atau menjadikannya khadam. kerana selain ia itu satu perbuatan khurafat, ia juga suatu hari akan menerkam kita......alahai.....

Surat rujukan, di sini .

'Program realiti': 'Mencari populariti'?......kantoi lagi.....

Posted: 18 Jul 2010 05:00 AM PDT

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikalungkan selendang oleh adik Muhammad Syukri Aris, 8, murid Sekolah Kebangsaan Unggun Jaya, Menggatal, Sabah pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai [bharian .]

Apa kena mengena kanak-kanak sekolah berumur 8 dengan Timbalan Presiden Umno yang dalam majlis perasimian Persidangan Umno?

Kenapa menggunakan kanak-kanak sekolah dalam politik Umno?

Atau kanak-kanak tersebut merupakan ahli yang ke - - juta?

Takkan guna kanak-kanak sekolah untuk meraih simpati agar Umno dikenang......diingat oleh golongan dewasa kot ?

Atau memang Umno Sabah meletakan taraf Timbalan Presiden hanya setaraf dengan kanak-kanak sekolah?

Aduhai......kantoi lagi.....

Tiada ulasan: