al-brangi |
- Kematian pasti berlaku......ia tiada kaitan dengan kempunan jeruk petai
- Kenaikan Harga : Terima kasih Umno......alahai.....
- Kuatnya Umno......buktinya di sini.....
| Kematian pasti berlaku......ia tiada kaitan dengan kempunan jeruk petai Posted: 16 Jul 2010 12:30 AM PDT Apabila sampai masanya seseorang dijemput pulang untuk menghadap Allah Rabbulljalil, sedetik pun masa tidak dilengah atau dicepatkan. Yang pastinya seseorang yang mati, sudah semestinya dia akan meninggalkan segala harta kemewahannya, isteri dan anak-anaknya, pangkatnya, namanya samada baik atau buruk dan berbahagialah sesiapa yang meninggalkan ilmu yang bermanfaat serta dimanfaat oleh orang lain, sedekah jariahnya dan anak-anak soleh/solehah yang mendoakan mereka.....yang dibawa menghadap Penciptanya, hanyalah amal soleh di sepanjang hayatnya di dunia. Mungkin ada sebab musabbab cara kematian seseorang seperti lemas air, serangan jantung, terbakar, syahid di medan perang, sakit tua, nahas jalanraya, udara mahupun air dan sebagainya. Maka seboleh-bolehnya janganlah dikaitkan kematian seseorang kerana kejadian-kejadian yang pelik-pelik seperti kempunan makan telur ikan tembakul, kempunan makan petai, kempunan makan tempoyak, kempunan makan nasi himpit rendang ayam dan sebagainya. Pemergian Allayarham ini dikaitkan dengan kempunan makan jeruk petai, walaupun sudah digantikan dengan 'petai hidup' sebanyak 10 papan dan nasi goreng. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya dan pemergiannya tidak ada kait mengait atau kena mengena dengan kempunan makan jeruk petai dan sebagainya. Ia hanya berlaku secara kebetulan. Diucapkan takziah kepada keluarganya dan marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah untuknya semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Semoga seluruh keluarga Allahyarham banyak bersabar dengan pemergiannya. [sumber .] |
| Kenaikan Harga : Terima kasih Umno......alahai..... Posted: 15 Jul 2010 08:10 PM PDT Sudah terlalu ramai yang buat ulasan berkenaan kenaikan barang-barang di atas.Bagi penganalisa ekonomi, ia bukanlah satu kenaikan harga barang, tetapi ia hanya sekadar penyelarasan harga. Bagi penganalisa politik di Universiti yang amat setia dan bersyukur dengan pangkat dan jawatan yang ada, bagi pakar motivasi yang bersyukur dan sentiasa mengharapkan 'projek baru', bagi media massa yang amat akur kepada 'tuan'nya dan bagi Al-Ular-mak sudah semestilah dengan kenaikan ini, mereka akan berkata......rakyat patut menerima ini dengan penuh 'tawaduk' dan 'kesyukuran'.....terimalah ia sebagai Qada' dan Qadar Maha Pencipta. Bagi penduduk luar bandar yang susah tetapi yang sentiasa bersifat 'qanaah', yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun mendapat sedekah kain pelikat 5 tahun sekali tetap menerima ini sebagai satu lagi ujian yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya 'wali-wali' 'keramat' inilah yang akan menjadi 'simpanan tetap' atau 'talian hayat' hayat Umno/BN di masa-masa kesempitan seperti tiba musim PRK atau PRU. Marilah sama-sama kita menghayati rasional kenaikan ini, "The rationalisation move is necessary to reduce Government expenditure and strengthen the country's financial position" "It will help reduce the fiscal deficit so that world and local markets will have more confidence in the national economy," [sumber .]Ini bermakna tindakan 'penyelarasan harga' (bukan kenaikan) ini, jika anda semua bersabar bermakna anda semua membantu Kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meneguhkan kedudukan kewangan Negara. Dengan hal yang demikian tindakan itu boleh membantu mengurangkan defisit kewangan Negara dan dengan demikian dunia dan pasaran tempatan akan bertambah yakin dengan ekonomi Negara. Nah.....bukankah sayangkan Negara adalah sebahagian dari iman.....aduhai... Lagi pun kita amat ber'simpati' dengan kenyataan ini, "KUALA LUMPUR, July 15 — The Najib administration revealed today that it had allocated a whopping RM3.956 billion this year to finance operations in the Prime Minister's Department." [sumber.] Kenyataan itu memberi makna Jabatan Perdana Menteri memerlukan RM3.956 billion untuk perbelanjaan operasi. Maka, dengan maklumat di atas tindakan menaikkan harga barang dengan menarik balik subsidi kepada barang-barang tersebut atau dalam bahasa globalnya 'Rationalisation' atau 'penyelarasan harga', adakah ia satu tindakan yang 'RASIONAL' atau sebaliknya?......anda tfikir dan timbanglah sendiri.....alahai... |
| Kuatnya Umno......buktinya di sini..... Posted: 15 Jul 2010 07:30 AM PDT Presiden Umno kata Umno dah ada kekuatan sendiri......tak perlukan PAS. [sumber.]Cayalah. Umno memang kuat......kalau tak kuat takkan nada seakan-akan nada sombong berbau angkuh boleh tersembur keluar dari seorang presiden parti. Kalau tak kuat dia tak akan kata begitu.....begitu juga kalau ia lemah mana mungkin dia boleh ambil tindakan nekad seberani begini. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan