Selasa, 13 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


'Al-Ular-mak' beratib lagi

Posted: 13 Jul 2010 02:00 AM PDT

Makin dekat dengan PRU13, makin rancak golongan Agama yang sedia ada dalam Umno, yang di luar tapi mesra Umno, yang terjungkit-jungkit kaki hendak masuk ke dalam Umno dan yang berkepentingan menanam azam untuk masuk dalam Umno......semuanya bercakap pasal perpaduan melayu untuk menegakkan Islam di muka bumi Malaysia.

Seruan itu membuatkan tok-tok lebai kampong, 'ahli parlimen' warung kopi, warga pencen yang dah mesra surau termasuklah Al-Ular-mak muda, meleleh-leleh air-liur memuji-muji akan kesungguhan lagi 'ikhlas' Umno, kononnya mahukan perpaduan, idamkan hukum hakam Islam ditegakkan di bumi Malaysia.

Kenapa setiap kali hampir dengan piliharaya, Umno memainkan 'lagu' perpaduan ini? Kenapa apabila hilang 2/3 majoriti Umno me'rendah'kan diri, penuh tawaduk, menyerlahkan keikhlasan, menunjukkan kesungguhan, menampilkan keazaman yang melangit dan dengan hati suci 'sufi' menghulurkan salam perpaduan?

Kalau sungguh bagai dikata, walaupun Umno/BN kurang majoriti di Parlimen, buktikan dengan perbuatan, bawakan usul meminda Perlembagaan Negara kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, buangkan sifat dengki selama ini kepada pembangkang khususnya PAS dan Pakatan Rakyat, nescaya PAS serta ahli-ahli parlimen Islam yang lain, InsyaAllah akan menyokong usul itu.

Jika diketika itu PAS serta ahli-ahli Parlimen Islam yang lain tidak menyokong dengan usul murni itu, barulah seluruh Al-Ular-mak di Malaysia boleh buat 'road-show' memberitahu kepada rakyat bahawa pembangkang hanya be'retorik' dengan perjuangan Islam.

Apa maknanya perpaduan di atas bangsa yang akhirnya sesuatu bangsa yang majoriti akan menjadi tamak dan rakus, yang akan menidakkan akan kewujudan bangsa yang lain......pada hal perpaduan di atas Islam akan memberi keadilan kepada sesama bangsa, sesama Islam dan seterusnya sesama warga negara Malaysia.

Umno hanya idamkan 'karpet merah'

Posted: 12 Jul 2010 09:45 PM PDT

Menamatkan permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah hanyalah diibaratkan me'motong' jari jemari yang menulis kebenaran dan memaparkan penyelewangan.

Menyekatkan serta menghadkan permit ceramah hanyalah diibaratkan seperti menutup mulut untuk menyampaikan sesuatu yang hak dan menyalurkan maklumat kebenaran.

Menggunakan segala media untuk melancarkan serangan pemikiran dan segala bentuk fitnah untuk melemahkan Pakatan hanyalah diibaratkan memotong tangan yang mengerakkan ahli, penyokong serta pendokong untuk bangkit menentang segala kebatilan.

Menggunakan segala kuasa yang ada untuk menangkap pembangkang serta disumbatkan ke dalam simpanan ISA hanyalah diibaratkan memotong sebelah kaki yang bergerak untuk perjuangkan keadilan untuk semua di Malaysia.

Menggunakan segala kuasa yang ada mengharamkan parti hanyalah diibaratkan memotong atau meng'kasi' anggota sulit agar tiada zuriat lagi dikeluarkan untuk bangkit menegakkan keadilan.

Apakah jika itu semua tercapai, maka akan lesu semua rakyat, akan dungukah semua rakyat dicucuk hidung diheret kesana kemari?

Apakah tiada seorang pun akan bangkit untuk menentang segala kemungkaran politik dalam konteks demokrasi berparlimen?

Fitrah manusia, inginkan keadilan, maka akan pasti akan lahir seorang manusia yang bangkit menentang kezaliman dan segala bentuk kemungkaran politik dengan meraikan sisa-sisa demokrasi yang ada di Malaysia.

Umno/BN, jangan bermimpi untuk sentiasa berjalan di atas 'karpet merah'.

Kalau dah 'gengster'.....kenapa tak kejar?

Posted: 12 Jul 2010 06:00 PM PDT

Wahai desprado politik, kenapa tak letih-letih, tak serak-serak tekak memekik, melolong pasal pasir di'sedut' sana sini.

Kita bukan nak berlawan.....oh zaman kamu berkuasa.....kamu lebih banyak sedut pasir berbanding di zaman aku.

Kita serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk membuat pendakwaan. Kita serahkan 'pengkhianat' dan 'malaun' ini kepada pihak berwajib untuk diadili.

Jikalau kamu memekik, melolong, menyalak sana-sini, itu tidak menyelsaikan masalah, bahkan itu hanya menampakkan kamu mempunyai agenda tersembunyi.

Kita ada JPS yang di antara tugasnya menasihatkan Pejabat Tanah samada permit untuk kerja-kerja pengorekkan pasir boleh dijalankan atau sebaliknya. Kita SPRM untuk memastikan bahawa tiada 'wayang-kulit' ber'main di mana-mana Agensi Kerajaan.

Biarkan segala peraturan dan undang-undang menjalankan segala proses dan tindakannya.

Nota:

Kenapa takut dengan 'lubang' akibat pasir dikorek sana-sini?......Takut ter'jerlus' ke kaki-kaki busuk itu?

Tolong jangan baling batu, sembunyi tangan ye......alahai.....

Tiada ulasan: