Selasa, 6 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


MCA tak 'mampu', Umno pula 'lemah-lemah' badan'

Posted: 05 Jul 2010 07:00 PM PDT

Parti 'towkay-towkay' besar, MCA kata, mereka masih tak bersedia jika 'snap-elections' diadakan dalam waktu terdekat.

Bukan saja MCA, malah seluruh kerabat BN memang tak bersedia, bahkan Umno sendiri memang tak bersedia tapi buat-buat bersedia., kononnya 'control macho', pinjam bahasa orang-orang muda.

'Ketidakbersediaan' Umno terbukti bila hari-hari mencari 'pasal' dengan PKR dan PAS.

Media penjilatnya pun sama perangai, hari-hari mengadu-domba dan mengapi-apikan masyarakat.

Umno diibaratkan seorang lelaki yang 'lemah' kelakiannya tapi bernafsu besar nak kahwin ramai. Berbekalkan dengan kekayaannya, dicuba memikat 'anak dara' orang, bahkan segala janda muda dan janda lamanya, tapi tidak berupaya. Wang ringgit tidak boleh membeli segala2nya.

Menyedari akan hakikat itu, dicubanya 'mengurut' sana-sini, menyuntik 'botox' serta buat 'bedahan plastik' tetapi semuanya sia-sia belaka kerana orang ramai sudah tahu akan segala kelemahan dan ketidakupayaannya.

Hanya 4 Cerita yang betul......

Posted: 05 Jul 2010 08:45 AM PDT

Akhirnya Umno mengaku jugak tidak semua yang Raja Petra Kamaruddin itu tidak benar.

Sekurang-kurangnya dalam 10 cerita, 4 cerita adalah benar. (40%)

Apakah 4 yang benar itu ye?

Yang 6 cerita lagi itu bukannya tak benar, tapi tidaklah sesahih cerita yang 4 itu.

Mungkin yang 6 lagi tu, 'perawi'nya tak berapa kuat.

Mukriz tentu tahu apa cerita yang 4 itu. Sila baca di sini .

Nota:

Cerita 1(C1), Cerita 2 (C2), Cerita 3 C3), Cerita 4 (C4)

'Vuvuzela' selayaknya dilayan

Posted: 05 Jul 2010 03:30 AM PDT

Pengadil hanya beri amaran lisan.

Kalau ikut kebiasaannya, paling kurang kad kuning dan sesetengah pemain yang dibenci oleh Pengadil, kad merah akan dilayangkan dan secara otomatik digantung permainan.

Inilah beberapa keputusan pengadil yang mengelirukan penonton. Satu dunia menyaksikan permainannya dan perwatakan pengadil.

Pengadil seperti ini memang selayaknyalah dilayan dengan 'vuvuzela' oleh penonton.

Tiada ulasan: