al-brangi |
| Karpal dan Negara Islam: 'Siapa' pulak yang Dayusnya? Posted: 04 Jul 2010 06:00 PM PDT Berhati-hati wahai si-'Kambing UmnGoK' apabila mengguna perkataan 'dayus' kerana ia berkait rapat dengan Neraka.'Si-Kambing UmnGoK' boleh rujuk kepada al-alamak Umno yang amat setia sehingga membisu diri atau bertanya kepada al-alamak 40, bukankah sesiapa yang dayus akan jauh dengan syurga dan amat dekat dengan neraka? Bukankah di antara orang-orang yang dayus adalah suami atau bapa yang secara terang-terang me'restui' perbuatan yang ingkar atau derhaka anak-anak/isteri dibawah jagaannya kepada perintah Allah. Berapa ramai wahai 'si-kambing UmnGoK' mereka yang membiarkan anak isteri mereka mendedahkan aurat, me'restui' anak dan isteri mereka berpelukan, berciuman, berpegang-tangan, apa kategori perbuatan ini? PAS tetap istiqomah berjuang untuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup atau Addeen, samada ia di atas nama Negara Islam atau Keadilan Islam atau Islam untuk Semua. Justeru itu, samada ia dibenci oleh orang-orang bukan Islam atau tidak dipersetujui oleh rakan di dalam Pakatan Rakyat, ia tetap diperjuangkan. Untuk memberi faham kepada orang bukan Islam tentang kebaikan Islam, memanglah teramat sukar, apatah lagi akan bertembung dengan pertelingkahan pendapat sesama rakan dalam Pakatan, tetapi itu tidak bermakna PAS akan berputus asa dan menyerah kalah akan usaha-usaha ke arah itu. Tetapi pertentangan dari orang-orang Islam sendiri apatah lagi daripada mereka yang mempunyai kuasa amatlah tidak faham. Apakah dalam hal ini ada perkataan lain yang lebih ringan atau lebih berat daripada 'dayus', wahai 'si-Kambing UmnGoK'? Hayatilah temuramah di antara Malaysian Insider dengan Karpal Singh seperti di bawah Beliau selaku seorang peguam veteran yang amat mahir dengan Perlembagaan Negara serta amat berpegang teguh dan menjunjung tinggi akan keluhuran Perlembagaan, sudah semestinya akan 'menentang' apa-apa yang di luar Perlembagaan Negara. Dalam penghujung temuramah tersebut Karpal menggendurkan pendiriannya bahawa "DAP dan PAS hanya akan menangani isu ini apabila mereka (PAS) memenangi kerusi majoriti dalam pilihanraya akan datang.Amat jelas sebagai seorang peguam tersohor, Karpal amat menyajungi akan keluhuran Perlembagaan, dalam erti kata lain hanya dengan pindaan kepada Perlembagaan sahaja barulah hasrat menegakkan Negara Islam tercapai. Ini akan tercapai jika PAS berada dalam pihak majoriti dalam pilihanraya umum nanti. Nah, terpulang kepada anda semua, termasuk 'si-Kambing UmnGok' dan rakyat semua, Negara Islam berada di tanfgan anda melalui undi 'keramat'. Boleh juga baca di sini sebagai tambahan. |
| Rupa-rupanya Umno itu 'makhluk dua alam'? Posted: 04 Jul 2010 07:30 AM PDT Hari Jumaat baru ni, bila balik dari solat Jumaat.....raba-raba dalam poket, hand-set dah 'syahid'. Mungkin jatuh semasa naik motor. Yang nak dirunsingkan bukan pasal handset tu......harganya pun tak seberapa pasal tak de jenama.....yang nak dipeningkan pasal nombor sahabat yang ada dalam tu. Mana-mana sahabat yang baca posting ni, adalah dipohonkan jasa baik tuan-tuan/puan-puan sekelian dapatlah apa kiranya memberi nombor tuan/puan melalui e-mail albrangi@gmail.com. Hari ini sehari suntuk tak dapat nak 'update' posting kerana kepala pening dan ada rasa sikit-sikit nak demam. Seharian hanya tidur. Bangkit untuk solat Zohor dan Asar sahaja. Yang peliknya selera makan masih tajam. Terlalu berat untuk buat komen tentang isu semasa cuma ingin disentuh sikit di sini pasal Presiden kata kat Datuk Seri Anwar sebagai sesumpah politik. Yang anihnya Naib Presidennya pulak berpesan kepada ahli Umno, jangan jadi 'makluk dua alam'. Ini bermakna memang ramai ahli biasa Umno, pimpinan tertinggi Umno yang sudah jadi 'makluk dua alam'. Kalau dah ahli dan pimpinan dah jadi 'makhluk dua alam', ini bermakna Umno itu sendiri adalah 'makhluk dua alam'. 'Makluk dua alam' adalah termasuk dalam kategori 'amphibian' seperti katak. Apa makna pesanan ini diberi kepada ahli Umno? Ini adalah perasaan cemas, curiga, gelabah, gubra Umno kerana mereka khuatir bahawa ahli dan penyokongnya akan melompat kepada Pakatan Rakyat kerana 'gendang perang' pilihanraya sudah kedengaran. Sesungguhnya Umno memang sentiasa cemas dengan kewujudan dan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat. Bagi mereka Pakatan Rakyat tanpa Datuk Seri Anwar, adalah tiada makna apa-apa, maka bagi mereka DSAI perlu di'hapus'kan. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan