al-brangi |
- Bulan Mengambang Itu Cantik......kadang 'berdiri bulu roma' jugak.....
- Peritnya di bawah Umno/BN
- Pelajaran Seks: 'Proaktif', 'Amali'nya di TABIKA hingga Menengah dah lama mula
| Bulan Mengambang Itu Cantik......kadang 'berdiri bulu roma' jugak..... Posted: 03 Jul 2010 08:59 AM PDT Bila tertengok saja posting oleh A Mum of Three Mohd bertajuk : 'Bulan mengambang di Hulu Terengganu", terus saya klik dan baca.Saya terus baca bukan kerana saya anak jati Kuala Berang, Hulu Terengganu, nanti dikatakan asobiyyah pulak. Saya terus baca kerana nak tahu apa kejadian yang mungkin pelik-pelik berlaku disebalik bulan mengambang itu. Kata orang-orang tua, banyak khurafat dan kejadian pelik-pelik berlaku ketika bulan mengambang. Malah ada pun lagu lagu berkait dengan bulan mengambang iaitu 'Pak Ngah Balik Bulan Mengambang' ala-ala genre ghazal gitu. Berbalik tentang kejadian pelik tatkala bulan mengambang......memang betullah kata Mum tu, rupa-rupanya ada orang meroyan tatkala bulan mengambang. Penyakit meroyan ni susah nak sembuh. Kalau nengok muka isterinya rasa nak digigit-gigit telinganya. Orang yang berniat jahat memuja agar gadis yang diidamkannya agar 'gila' padanya pun dibuat ketika bulan mengambang. Orang buang 'ancak' serta 'memeram' 'santau dalam buluh yang dibalut dengan kain putih sehingga 'santau' itu mem'buak' naik pun mengikut cerita orang-orang tua, ditunggu pada malam mengambang. Nota : Teman lupalah pulak...... adalah terdengar cerita akan orang-orang besar Malaysia secara 'tidak sengaja' terduduk' satu hotel dengan pembesar yahudi.....lantas ter'naik' dan ter'serempak' dengan pembesar yahudi suatu ketika dulu. Teman tak tahulah pulak akan kalu ter'duduk' satu hotel dengan yahudi itu bersalah serta berdosa.....kalau Mazhab Assyafie, barang-barang yang 'rer-ter' ini dimaafkan kot? Satu lagi teman terlupa nak tengok takwim, masa itu bulan mengambang ke idak..... |
| Posted: 03 Jul 2010 06:45 AM PDT "Sukarnya bila hilang kuasa", kata Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Tau tak pe. Kami dari Pakatan Rakyat dibuat macam kucing kurap ketika Umno/BN memerintah. Nak guna Dewan Orang Ramai tak boleh. Nak guna Balairaya tak boleh. Nak gantung poster kena cantas. Nak sambut Hari Kebangsaan dengan beberapa aktiviti sukan rakyat kena halau di Polis. Royalti minyak disekat. Bayaran per kapita bagi setiap kepala dilambatkan. Baja subsidi dianaktirikan. Bantuan kepada setiap Ahli Parlimen untuk kawasannya disekat. Wakil Rakyat kami digelodak oleh SPRM, seolah wakil-wakil rakyat Umno/BN itu suci daripada noda dan dosa. SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Projek Persekutuan dicatu-sekat kecuali bila ada PRK, itu pun banyak 'cekadak'nya. Nota: Kalau mahu cerita semua di sini......lebih baik teman beri ceramah.....terlalu banyak 'cekadak' Umno/BN yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.....nak capai apa kecualilah tembolok masing-masing pecah dulu......aduhai..... Ingat, menjadi Pemerintah itu satu amanah, setiap amanah itu samada tertunai atau sebaliknya akan dipersoalkan di Mahkamah RabbulJalil kelak |
| Pelajaran Seks: 'Proaktif', 'Amali'nya di TABIKA hingga Menengah dah lama mula Posted: 03 Jul 2010 02:35 AM PDT Belum pun pelajaran seks yang Amno beria-ia sangat nak ngajar di sekolah dimulakan, tapi ada sorang dua Cik Gu yang ngambil iniasif dan proaktif.Cik Gu ini , walaupun belum menerima kurikulum lagi tapi telah mendahului Amno, siap dengan 'latihan amali' sekali diberi kepada murid. Kes ini lagi hebat, kalau disekolah menengah telah 'curi-curi' ngajar seks sekali dengan pakej 'amali'nya......kes yang ini 'pelajaran seks' sudah bermula diperingkat Taman Bimbingan Kanak-Kanak lagi. Nota: Para pemikir ni, semacam sudah ber'patah-arang' dengan anjuran Islam, sehingga beria-ia sangat nak perkenalkan mata pelajaran seks di sekolah kononnya untuk membendung gejala zina di peringkat remaja di sekolah sehingga wujud fenomena buang bayi. Kalau sudah buntu fikiran, idea semua dah kering,......angkat 'bendera putih'.....serahkan kepada Pakatan Rakyat diPRU13 nanti. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap......aduhai..... |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.