Sabtu, 3 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


Umno......kapal lama tak berenjin,....bocor lagi

Posted: 02 Jul 2010 11:00 PM PDT

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan ahli parti itu supaya melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi kerajaan.

Beliau berkata keadaanya berbeza jika dibandingkan dengan transformasi di pihak kerajaan, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan yang radikal dan luar biasa dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi.

al-brangi:

Usahkan ahli Umno, pemimpinya sendiri pun masih teraba-raba tak faham apa itu transformasi.

Ada yang kata Umno akan menjadi 'transformer', akan menjelma menjadi kuat dan dapat mengalahkan semua 'makhluk' lain......maka ahli tak buat kerja kerana menganggap semua agensi Kerajaan akan bantu Umno.

Umno sekarang bukan setakat macam kapal lama. Umno sekarang sudah macam kapal lama yang tak berenjin......malah bocor lagi......tampal di kepala, di ekor bocor.....tanpal di ekor di kepala bocor......menunggu masa ber'putar-putar' dan akhirnya tenggelam.

Nota: Macamana nak faham 'transformasi', ilmu hisab mudah pun tak faham-faham......2:1, 1:40.....yang dia orang faham.......harta negara adalah harta Umno.....

Umno/BN pun sama......perasan, mahu menang selama-lamanya

Posted: 02 Jul 2010 07:00 PM PDT

Begitulah nasib Brazil, legenda bolasepak......merintih, hiba, sedih pilu apabila tumpas pada pasukan Belanda sebuah negara yang kuat, malah pernah memasuki perlawanan akhir di dua kejohanan Piala Dunia berturut-turut.(1974 dan 1978)

Begitu juga dengan penyokong dan peminat samada di stadium atau d seluruh pelusuk dunia berasa hampa......seolah-olah tidak boleh menerima sebarang kekalahan.

Sehubungan dengan itu, begitulah keadaannya apabila 5 negeri dibawah pemerintahan Umno/BN tumbang, Umno/BN semacam hilang akal......meracau......terkinja-kinja.....meroyan di sana-sini tidak boleh menerima kekalahan.

Kalau kejohanan Piala Dunia diadakan setiap 4 tahun sekali, mana-mana negara yang kalah seharus menerima dengan dada terbuka, gandakan latihan, susun semula strategi permainan dan pembangunan pasukan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan berikutnya.

Di dalam senario politik Malaysia, Umno/BN tidak dapat menerima sebarang kekalahan. Tempoh di antara satu pilihanraya umum dengan pilihanraya umum yang lain adalah tidak melebihi 5 tahun, tetapi Umno/BN yang berlagak seperti ayam jantan sentiasa mencari akal untuk men'jolok' negeri-negeri yang terlepas dari pemerintahanya agar tumbang sebelum PRU. Negeri-negeri yang terlepas dari 'genggaman' mereka akan di'gelodak' dari semasa ke semasa dengan bantuan 'referee' dan beberpa pembantu 'referee'.

Nota:

Begitulah dalam sesuatu pertandingan, jika pengadil gagal menjalani tugasnya atau ada unsur-unsur berpihak pada mana-mana pasukan maka penonton akan hampa, integriti pengadil sentiasa dipertikaikan, kejohanan menjadi tidak bermutu.

Apakah dalam konteks politik di Malaysia, fenomena pengadil (referee) 'berat-sebelah' juga berlaku?......jawapannya.....ia sudah lama berlaku.....aduhai.....

Pemuda Umno ambik tuisyen ilmu hisab......malunya.....

Posted: 02 Jul 2010 09:23 AM PDT

Buat malu je budak-budak hingusan pemuda Umno ni. Tu lah orang suruh pergi sekolah, kau orang pergi terjun tingkap. Orang suruh ngaji Quran, kau orang pergi mandi sungai.

Dalam kelas, Cik Gu mengajar, kau orang main baling-baling kertas.

Bila besar panjang nak ambik jalan mudah nak senang lenang, kau orang masuk Umno.

Masuk Umno, 'simple mathematics' pun kau orang tak tahu. Mana nak tau, dalam klas asyik meniru je.

Nisbah yang mudah pun kau orang tak faham......belum 'kamilan' dan 'kamiran' lagi, belum 'pecahan separa' lagi.

Nisbah 2:1 amat berbeza dengan nisbah 1:40. Dalam kepala otak dok ingat 40 al-alamak hingusan masuk kandang.

Besok bila UPSR dan PMR dihapuskan, tak tahulah budak-budak Umno ni, nak sain surat pun tak......pakai cap jari tak mainlah.....itu namanya 'cap ayam'. [sumber .]

Lepas dapat 'Cilaka' terus sanggup di'ISA'kan

Posted: 02 Jul 2010 06:30 AM PDT

Rasa nak tergelak pun ada......kesian pun ada pada si Perkasa ni.

Bermula dengan langkah seorang pahlawan......melangkah garang.....mengarah itu, mengarah ini.....mendesak meng'ISA'kan orang, tiba-tiba dapat 'Cilaka' sebiji......adeh......sakitnya tidak terkata.....pedihnya tidak terperi, langsung merayu meminta simpati......dengan nada merendah diri.....'saya sedia di 'ISA'kan untuk kali ke3'.

Begitulah seorang 'Perkasa' yang menyalak untuk mendapat nama.....sanggup buat apa saja.....janji dia tidak dilupakan.

al-brangi:

Gimik apa lagi selepas ini ?

Kalau 10 orang, dah jadi RM2.0 laksa......banyak tu.....

Posted: 02 Jul 2010 03:00 AM PDT

Orang kelapa sawit udah jadi polis trafikke......nak menyaman-nyaman nie?

Tinggi saman tu?

Saman ekor ke saman berdepan?

Kenapa dengan PKR?

Dia orang bawak 'kereta' laju sangat ke?

Atau dia orang 'ceroboh' tanah Felda?

Kalau saman 10 orang boleh dapat 2000 juta iaitu menyami 2.0 billion......kata orang kampong saya 2 laksa.....banyak tu.....bolehlah tukar semua tayar 'tractor' dan beli alat baru, pakai mesinlah pulak untuk mengait buah dan beli kereta-kereta pengurus yang udah lusuh tu.

al-brangi:

Janganlah lupa pulak bonus pada peneroka awak tu, kesian mereka......mereka selalu ingat pada awak, walaupun awak berbudi dengan mereka hanya 5 tahun sekali.

Habis tu......nak caya sapa?.....

Posted: 01 Jul 2010 11:00 PM PDT

Di muka depan, "Jangan percaya Anwar", besar sekali tajuknya. Ini bertujuan untuk menarik perhatian penyokong Umngok.

Untuk nak lebih sensasi lagi, diletak gambar besar perempuan berkerusi roda, antara lain untuk penyokong Umngok atau bukan penyokong, berhenti dan baca......apakah kaitan di antara gambar dengan Anwar.....aduhai 'pakar pen-sensasi berita'.....[Tapi ini bukan 'point'nya]

Kita kembali kepada tajuk sensasi dari utusan meroyan ni.....

Habis tu, nak caya sapa?

Nak caya wartawan Amerika?

Nak caya pelobi yahudi?

Nak caya Apco?

Nak caya Zombi Kg.Pisang Berangan, Bagan Datok?

Nak caya Prebet Lapuk Rembau?

Nak caya Moh...lah gi Pagoh?

Nak caya pakar 'akrobatik' MCA?

Nak caya 'dare saya, dare Amno' [janganlah mare (marah)] ?

al-brangi:

Percayalah diri sendiri, bulatkan tekad, PRU13 diPutrajaya kita ber'kawad'.

Hari-hari Remaja 'Naik' Bulu Roma

Posted: 01 Jul 2010 06:00 PM PDT

Si 'kambing UmnGok' kata bulu romanya naik......naik tu sebab hang tak cukup makan.

Anak luar nikah ramai, di antaranya ialah kerana remaja melayu kebanggaan 'Perkasa' hari-hari bulu roma mereka 'naik'.

Apa tak 'naik' bulu roma mereka, hari-hari hang dok sensasikan cara hidup artis, hari-hari hang dok teropong hal-hal 'dalam' kain artis, hari-hari hang dok siarkan gambar artis 'terselak' kain, hari-hari 'saudara' kembar hang kat TV siar artis bergedik, setiap kali ada perayaan Merdeka, Tahun Baru dan yang sewaktu dengannya 'saudara' hang dok buat 'consert'......remaja berpasangan, berkepit......terus ter'selit'

al-brangi:

Hang kata sayangkan bangsa sendiri,......hang pembohong

Kata sayangkan Islam......hang hipokrit

Tiada ulasan: