Khamis, 1 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


Rembau: Ber'sandiwara' 'Cap Ayam'

Posted: 01 Jul 2010 01:00 AM PDT

Satu lagi contoh saranan 'cap ayam' dari Ahli Parlimen 'Cap Ayam' merangkap Ketua Pemuda parti 'Cap Ayam'.

Ada ke pulak dia mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat 'Suara Perkasa', akhbar tabloid keluaran pertama semalam yang memuatkan berita muka depan "Tahan Ka Siong bawah ISA" kerana menimbulkan keresahan dan ketidak ketenteraman.

Dia tak perlu buat cadangan kerana yang memberi permit pengeluaran 'Suara Perkasa' adalah KDN sendiri. Mengikut syarat penerbitan, beberapa naskah hendaklah dihantar kepada KDN.

Amat mustahil pegawai KDN terlepas pandang tajuk yang boleh membawa keresahan dan ketidaktenteram sesuatu pihak, lainlah mereka yang bertanggungjawab 'merestu' tajuk seperti itu.

al-brangi:

Dalam hal ini......apa nak dikatakan.....mereka ni ber'main' wayang kulit ke, atau ber'main' sandiwara ke atau memang jenis Umno ni memang parti 'Cap Ayam', dok gitu? [sumber .]

Ber'cinta, Ber'kahwin'......Ber'cerai'.....fenomena biasa

Posted: 30 Jun 2010 06:00 PM PDT

Kenapa berita sebuah 'percintaan' boleh mendapat tempat di muka depan sesuatu akhbar?

Pada hal soal bercinta atau sesebuah percintaan adalah suatu fenomena biasa yang wujud dalam diri setiap manusia.

Tetapi kenapa berita percintaan dua insan 'istimewa' ini, mendapat 'coverage' yang amat istimewa daripada sebuah akhbar yang majoriti umat Islam membacanya?

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pasangan ini, amat istimewa sehingga berita itu mempunyai nilai yang amat tinggi untuk dibaca oleh golongan sasaran akhbar itu.

Di antara nilai tinggi yang dijangka dapat melonjakkan jualannya ialah,
  • pasangan itu terdiri dari golongan tersohor......si perempuan adalah artis.....manakala si lelaki seorang duda yang pernah mengawini seorang artis, adalah anak kepada seorang yang ternama dalam politik tanahair
  • berita yang sensasi, kerana peminat kepada artis itu yang majoritinya dari golongan 'remaja Islam' ingin tahu kebenaran cerita itu kerana sebelum daripada ini pasangan itu telah digembar-gemburkan......telah disensasikan terlibat dalam percintaan dengan beberapa artis perempuan/lelaki lain
  • apabila berita ini sudah mendapat tempat di hati pengikut setia, maka sebarang gosip samada benar atau gossip ter'sengaja' yang menyusul selepas ini akan mempunyai nilai yang amat tinggi bagi akhbar tersebut
Oleh kerana para artis merupakan ikon kepada remaja Islam yang sangat ter'gila-gila' mengikuti setiap pergerakkannya, maka remaja tersebut akan meniru setiap gerak geri artis, setiap perbuatan artis, setiap 'cerita panas' artis, maka jika wujud gejala yang tidak sihat selepas daripada sesuatu berita yang telah disensasikan ini, maka usahlah terkejut dengan fenomena berzina, khalwat, pembuangan bayi......dan banyak lagi akan berlaku.

Ahlan wa Sahlan 40 Al-Alamak disambut......'glamour'..... weh

Posted: 30 Jun 2010 09:03 AM PDT

Ahlan wa sahlan Al-Alamak

Tak baik cam tu Al-alamak nak tumpang masuk

Sukanya mak cik Al- Alamak nak datang

Ahlan wa Sahlan, Zam Zam, Al-Alamak nak tumpang masuk

Jangan panjang sangat ceramah Al-Alamak, raikan sama makmum yang uzur

Gumbira tidak terkata, Al-Alamak bersama kita

Tak baik bergolek-bergelek, kkan Al-Alamak datang membawa 'berkat'

Tolong 'tawar'kan air Al-Alamak, 2 hari tak ke 'Sungai'

al-brangi:

Selamat berjuang, jangan mimpikan permaidani merah, kecuali memang terlintas ada niat begitu.

'Perkasa 'gedebe', ala-ala samseng 'Kampong Dusun'

Posted: 30 Jun 2010 06:03 AM PDT

Bermula dengan langkah 'gedebe' ala-ala samseng 'Kampong Dusun'.

"Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".

Itulah rupa tajuk berita di muka depan akhbar tabloid; 'Perkasa'.

Terima kasih kepada KDN kerana membantu Pakatan Rakyat mempercepatkan hayunan langkah ke Putrajaya dengan meluluskan permit sebuah NGO tapi memakai 'jaket' 'politik.

Kalau 'Harakah' dan 'Suara Keadilan' hanya diberi permit dengan jualan hanya terhad kepada ahli sahaja, bagaimana 'Perkasa', sebuah NGO yang 'gedebe' memakai 'jaket' politik ini boleh mendapat permit?[sumber.]

Tiada ulasan: