al-banjari online 2010 |
| Skim Cepat Kaya - Baru ada akai ! Posted: 28 Jul 2010 05:30 PM PDT ![]() Jangan lupa wak malam ni! Datang tempat yang saya sebut tu..ada trainer dari KL, otai power tu wak..bulan-bulan dia punya income RM80 ribu wak ! Nak tahu rahsia 'dia', malam ni..bawak sekali duit register, kalau boleh ..bawak lebih pun takpa..! Tak rugi..yang rugi jika wak jer tak mau datang. 1999 Wak datang juga. Malam itu dah macam malam temasya. Temasya untuk meraikan bakal2 orang kaya baru. Seperti yang disebutkan, Trainer yang dijemput turun dari sebuah kereta mewah Merc. 280L, sesuai dengan lagak dan poketnya yang telah menerima RM80 ribu sebulan, tak kan nak pakai kereta Iswara kot? Ini bisnes networking..maa ! Muda dan bergaya. Tali leher kemas diikat ditengkuknya walaupun malam tu jam dah cecah jam 10 malam. Setelah selesai sesi salam2 sambil goyang tangan, sengih-sengih, angguk-angguk..dan tepuk2 bahu sesi ceramah 'Meeting Larut malam' diteruskan dengan tips macamana nak KAYA ! " Tuan-tuan lihat, hari-hari saya dapat cek. Semalam saya dapat cek RM60 sepuluh keping, cek RM300 15 keping..sambil tido cek datang melayang-layang ke riba saya. Paling cokia pun seminggu RM20 ribu income saya tak lari..maintain !! memang mutlak milik saya..tak percaya ? mari saya tunjukkan..(sambil mengeluarkan folder file) lalu menunjukkan salinan fotostat ceknya kepada kami. Dahsyat !! Macam ni..tuan-tuan hanya perlu cari 2 kaki. Setiap pelaburan tuan yang lengkap (binary) company akan bayar tuan-tuan RM300 cash dalam bentuk cek. Mudah bukan ? Hanya cari 2 kaki. Kaki kiri dan kaki kanan ! Andai tuan dapat cari sehari 5 kaki, cuba tuan-tuan kira berapa company akan bayar kepada tuan? RM1500 tuan-tuan, banyak tuu...! Sama dengan sebulan gaji cikgu yg ada ijazah...bukan? Di Johor meletop tuan, di Melaka..jangan ceritalahh..2 hari sudah di Kedah, saya sampai habis borang tuan-tuan, pasal sistem ini sistem paling mudah untuk dapatkan wang. Tuan-tuan nak tunggu lagi..? Dipendekkan cerita, tuan-tuan tengok saja saya. Tuan-tuan tak kan nak pakai kereta proton saja, kurang2 pun mesti ada pasang niat nak pakai macam yang saya pakai. Kalau nak rasa macam mana saya rasa, tuan-tuan boleh mulakan malam ini juga. Jangan berlengah lagi..ini peluang ! Peluang datang hanya sekali. Isi borang dan lengkapkan dengan jumlah pelaburan sekali. Pelaburan tuan-tuan sebanyak RM720 itu.., tuan2 bayar sekali saja, tetapi company akan bayar tuan-tuan berpuluh-puluh kali selagi ada kaki yang duduk dibawah tuan-tuan. Infinity..! Apapun setiap pelabur yang melabur malam ini, pihak syarikat tetap akan memberikan cenderahati. Bonus cek belum dapat lagi laa..tunggu tuan-tuan lengkapkan jadi sepasang yaa..! Maka kepada yg telah mendaftar terimalah cenderahati ini untuk tuan-tuan dari company kita yang paling bagus di Malaysia. Oleh kerana wak pun join sama, maka wak pun turut menerima hadiah cenderahati itu. Apa dia ? Tu kat bawah.. (*) Labur RM720 hinggit, dapat sekeping jer cek..itu pun RM60 hinggit..pasal tak cukup kaki, hanya sebelah jer yang jalan..sebelah lagi mati. Oleh kerana cenderahati company itu bukan makanan, atau perabot, hanya.. 1. Sehelai sejadah 2. Senaskhah al-Quran 3. Tasbih 4. Sebotol bedak talkum jenama ntah apa-apa, macam bau bunga tanjung pun ada wak rasa. Ala macam bedak talkum Amami tu ler..!! Maka wak rasa wak tak layak untuk menjadi KAYA melalui skim begini. Apapun betul la jalan yg company tu beri kepada setiap ahli/pelaburnya. Apa tidaknya..kawan wak sorang tu pasal gila sangat nak kaya cepat, boleh pulak letak sampai 10 nama beb ! RM7200 lebur malam tu jer..gila ! Kegunaan cenderahati syarikat. Susah hati pasal pelaburan hangus ? Duit habis, cek tak dapat? TAK MENGAPA ! Okay.., anda boleh bentang sejadah syarikat tu sekarang. Duduk atas sejadah tu..dan buka al-Quran, baca pelan-pelan, moga-moga hati gundah dan lara anda akan terubat jua. Zikir banyak-banyak, gentel laa tasbih tu..minta hati kembali tenang. Kalau rasa badan makin busuk pasal hasil pelaburan tak muncul-muncul, tabur ler bedak talkum tu banyak-banyak. Orang susah hati pasal duit hangus ni, kadang2 boleh lupa nak mandi seminggu beb ! Tu pasal bedak talkum penting..hahaha ! Bagus punya company. Lepas tu lesap..dah ler lesap, dengan trainer tu sekali tak dapat dikesan. Contact number(henfon) dia pun tiba-tiba terus tak aktif. Cilakak..orang Penang mesti tahu skim pelaburan tu. Skim Pelaburan RM350, Skim RM720 dan blaa..blaaa..! Dengar citer bos company tu dah lari ke Indonesia. Dengan duit pelabur sekali dibawanya lari. Pelabur garu kepala, duduk atas tangga..2-3 bulan gentel tasbih..muram durja !! (*) Kisah lama beb..cukup ler sekali terkena ! |
| Halal Politik - jerat kerajaan untuk guru pembangkang Posted: 28 Jul 2010 04:15 PM PDT ![]() Perangkap untuk guru pembangkang ! Jika sebelum ini sekadar andaian dan 'rasa-rasa'. Apabila KSN membolehkan guru gred DG tertentu halal berpolitik, ia sebenarnya satu perangkap untuk guru yang menyokong Pakatan Rakyat. Jangan suka sangat! Bagusnya jika diketawakan saja gimik yang keluar dari mulut KSN tu. Gelakkan kuat-kuat ! Proses men'cula' guru-guru yang pro-Pakatan Rakyat akan lebih mudah. Pukat telah dipasang, umpan juga telah disediakan. Kepada guru-guru berhati-hatilah. Tidak semua niat kerajaan itu dibaca dalam 1 hala, ditelan dan dihadam terus. Jalan raya yang guru-guru guna setiap hari untuk ke sekolah pun banyak cabangnya, kiri dan kanan, simpang siur inikan pula kata-kata kerajaan ? Niat dan hasrat yang wajar dipertikai dan didebatkan..apabila kerajaan BN sudah dilihat jujur, tanda jelas bahawa ia semakin 'nazak'. MalaysianInsider - "Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat," kata Aziz ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini. "Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa," katanya Aziz lagi. Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam. "Kita mahukan satu perkhidmatan awam yang berkecuali, kita berkompromi dengan aspek keberkecualian dengan mengeluarkan perintah baru ini," kata beliau lagi. |
| You are subscribed to email updates from albanjari online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan