Isnin, 19 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


(18SX) Foto jutawan malaysia bersama Paris Hilton

Posted: 19 Jul 2010 06:24 AM PDT

Sakan mamat ni santai seronok dengan Paris Hilton ! Khabarnya punya talian kroni dengan hagemon negara. Ratusan duit lebur untuk arak. Tak kisah la berapa juta pun ! Jika sohih kekayaan yang dia perolehi itu dijalan betul, mampuih pi laa..! Duit dia, syurga dia..dan dia bebas menikmati sepuas hati syurganya.

Si gedik 'nyiang lampir' bukan main seronok exposed aksikan harta karun yang dia ada. bagus untuk kesihatan kot? atau nak kekah sampai telanjang poket jutawan made in malaysia yang sengal tu.

Always one to welcome the camera, Paris Hilton took part in a mini photo shoot on a boat in Paris, France today (July 15). The 29-year-old heiress was wearing a bright pink dress with a large diamond snake bracelet, tights and high heels as she posed for a photographer on the water with the Eiffel tower as a background.

Paris was spending the day on the boat with her sister Nicky Hilton and Malaysian millionaire Taek Jho Low.

Low is somewhat of a mystery man who has been spending a massive amount of cash at clubs around the world and is rumoured to be an adviser to some international corporations and then appointed to the board of Malaysian bank UBG Berhad last year.

Those in the international business circles, from New York to Paris and to Joberg, seem to know Mr Jho Lo more than we Malaysians do. When Malaysians speak of Jho Lo, they whisper. Some said he was close to the Prime Minister. True or not, the PM's Office should come out and tell us how close. More pics here..

Tinggi taste mamat kaya made in malaysia ni. Tak main ler artis malaysia atau hongkong. Cuma curiganya, dimana datangnya kekayaan yang begitu hebat ? Pernah dengar kisah pegawai bank yang mampu susun 22 buah kereta mewah termasuk ferrari pada tahun 90an dulu ? Polis wajar siasat. Siasat untuk rakyat made in malaysia tahu ! Ada berani ?

The Terrorist 3 - bandit UMNO umpama jin dikaki langit

Posted: 19 Jul 2010 04:41 AM PDT

Pernah suatu ketika, seorang blogger UMNO melontarkan komen dan soalan untuk dijawab secara jantan. Lalu dengan sedikit upaya, lakaran jawapan dilontarkan kembali untuk dinilai semula oleh pembaca albanjari.

Salam Wak! Apa kaba? Harap2 sihat. Wak cam ni la kan, pada saya simple je wak, yang saya (saya bukan ahli BPN ke apa ke, saya sendiri) hairan ialah kenapa dan bagaimana PAS nak dan boleh bersama2 DAP dan PKR sedangkan perjuangan kedua2 parti itu adalah berbeza dari perjuangan PAS.

Barisan Nasional mempunyai 1 hala tuju yang sama dan di persetujui oleh semua parti kompenan. Betul, kadangkala ada ketidak puasan hati di antara parti2 dalam BN, tetapi tidak mungkin BN dapat memuaskan hati semua parti di dalamnya, jadi BN amalkan cara bertolak ansur. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Sedangkan bertanding pun PR menggunakan logo parti masing2, adakah ini gabungan yang serasi? Kenapa takut untuk duduk di bawah 1 logo?

Lagi satu, kalaulah PR berjaya memerintah Malaysia nih, apa yang PAS nak lakukan? Nak tubuhkan negara Islam? DAP tak nak. Nak kecilkan atau kurangkan lesen2 minuman keras dan judi2 berdaftar? DAP dan PKR tak setuju. Jadi camne PAS nak memerintah negara? Kan sama je dengan sekarang. Apa perubahan nya?

Adakah PAS boleh menjamin bahawa rasuah akan terhapus 100% apabila memerintah negara? Jangan takbur. Pasti PAS tak berani nak berjanji begitu. Mana mungkin PAS dapat menghapuskan rasuah, sedangkan PKR sendiri ada terlibat dalam rasuah.

Saya sendiri tak tahu apa yang nak di ubah oleh PAS. Kalau setakat nama jalan tulis jawi, tak payah pun tak pe. Perubahan apa? Nak ubahkan pemimpin atas tu je? Apa PAS telah buat di Perak selama 1 tahun memerintah? Saya tinggal di IPOH. Saya tak nampak pun apa2 perubahan, kecuali perubahan ketua kampung, Ajk masjid je.

Setahun tak cukupkah untuk menunjukkan sedikit perubahan? Apa perubahan di Kedah? Apa perubahan di Selangor dan Penang? Saya tahu, tanah di Perak lepas ke bangsa asing, kandang khinzir terbesar di selangor, balak di tebang di hutan di Kedah, dan di Penang apa yg ubahnye? oooh ya, timbalan ketua menteri 1 nya, di ubah sebab terlibat dgn rasuah.

Wak, saya harap wak nasihatkan lah puak2 wak agar hati mereka tidak di penuhi dengan rasa iri hati dan syak wasangka terhadap apa jua yang di buat kerajaan BN. Yang salah tu salah la wak, tapi jgn lah di salahkan bende yang betul.
Jawapan wak, (sila baca sampai habis), jangan baca setengah-setengah. Wacana untuk kita bahaskan bersama, hindarkan dari caci maki, ini wacana maya dari kacamata wak sebagai seorang ahli PAS. Segala kelemahan, dan kekurangan dari artikel ini wak mohon maaf kepada semua pembaca. Wallahuaklam..!

(J) - Memanglah kedua-dua parti ( DAP-PKR ) dasar dan perjuangan partinya berbeza. Sebab perbezaan itulah kita berpakat. Berbeza dengan BN yang mempunyai satu matlamat iaitu matlamat menegakkan sistem sekular. Semua parti komponen sepakat untuk tidak mahu menegakkan islam dan mahu terus menerus menyembunyikan amalan rasuah yang mereka lakukan.

Saudara berkata dalam BN pun wujud rasa tidak puas hati dan tidak mungkin BN dapat puaskan hati semua parti komponennya ? Macam mana pulak saudara nak rasa puas hati dengan apa yang PR lakukan? Itulah sandaran saudara.

Saudara berkata BN amalkan cara bertolak ansur, memang patutlah anda tidak pernah melihat tolak ansur dalam PR kerana saudara ponyokong BN. Masakan saudara tidak mengaku BN atau BPN atau apapun yang sewaktu dengannya kerana dalam minda saudara hanya ada tolak ansur ala BN, bersatu ala-BN, demokrasi ala BN. Kalau tidak mengapa saudara sebut tentang tidak puas hati komponen BN kemudian saudara terus nafikannya atas nama TOLAK ANSUR.

Apakah saudara ingat segala sistem kehidupan ini semuanya milik BN dan hanya BN sahaja yang mampu melaksanakannya ? Kami tidak bergabung di bawah satu lambang sudah pastilah ada sebabnya. Saya pasti anda tak baca pun tentang posting saya tentang Tahaluf Siyasi yang saya tulis panjang lebar.

Ingin saya menarik perhatian saudara, sedangkan kami yang saudara anggap tidak berani berkongsi lambang pun parti saudara tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Lupakan tentang lambang. Itu perkara kecil. Sekadar lambang. Persoalannya, beranikah saudara menyeru pimpinan BN untuk bubarkan DUN Perak atau sekurang-kurangnya DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang ?

Saudara bercakap atas kata 'kalau'. Benda yang belum terjadi, tapi saudara telah cuba nafikan keboleh-upayaannya. Umpama saudara kata kepada seorang budak, budak itu bercita-cita nak bawak kereta, lalu saudara pun kata, nak bawak motor pun kaki tak sampai ! Hello..belum apa-apa dah kata orang tak mampu ! Sekarang memanglah dia tak boleh bawak, esok kalau dah besar…maksudnya ada kemampuan, macam mana pula ?

Bercakap atas kata 'kalau', kenapa tidak dibuang 'kalau' itu dengan memberti MANDAT kepada PAS dan saudara akan tahu tentang kemampuan PAS ? Kenapa tak kata kegagalan ekonomi di Amerika disebabkan oleh UMNO tidak memerintah Amerika, 'kalau' UMNO yang memerintah Amerika, selesai masalah ekonomi donia..hahaha..!! Itulah dia.., jika guna kata 'kalau' !

Memanglah pada awalnya DAP itu tidak setuju dengan gagasan Penubuhan Negara Islam sebab apa ? Sebab sejak dari merdeka lagi DAP kena tipu hidup-hidup dengan UMNO betapa Islam tidak beri jaminan kepada manusia bukan Islam jika Islam memerintah !

Cuba saudara baca kenyataan M. Kulasegaran tentang Hudud, cuba saudara lihat undi yang diberi oleh masyarakat cina, bukan diorang tak tau PAS akan tubuh Negara Islam dan melaksanakan hudud atas umat islam, mereka tahu. Cuma UMNO yang buat-buat tak tahu macam saudara. Yang jadi pelik, kenapa saudara beriya-riya mempersoalkan tentang Negara Islam yang PAS perjuangkan, bukankah itu adalah tanggungjawab semua umat islam tak kira UMNO atau PAS ?

Apakah saudara yang menyokong UMNO merasakan tidak bertanggungjawab untuk menubuhkan Negara Islam yang melindungi dan menjamin kehidupan semua manusia tanpa mengira agama di bawah naungan Islam ?

Jika saudara rasa bukan tanggungjawab saudara, kerana fahaman saudara, baiklah..tetapi apakah tidak boleh saya katakan bahawa saudara adalah manusia yang mengaku islam tapi tidak bertanggung jawab dengan islam yang saudara akui ?

Berkaitan lesen arak, untuk pengetahuan saudara, sekiranya sesuatu amalan itu haram di sisi islam tetapi halal untuk penganut agama lain, maka amalan itu dibenarkan dalam lingkungan mereka yang menganut agama itu. Dalam agama lain seperti Buddha dan Hindu, Kristian juga barangkali, arak tiada menjadi masalah bahkan dianggap seperti minuman biasa bagi penganut mereka, begitu jugak dengan memakan daging babi.

Maka lesen yang dikeluarkan adalah untuk memenuhi keperluan penganut agama lain, tidakkah saudara melihat betapa Majlis Bandaraya Shah Alam telah menamatkan lesen penjualan arak di tempat2 bermajoriti melayu dan keputusan ini dibuat oleh ahli-ahli Majis MBSA yg terdiri dari ahli PAS , PKR dan DAP ?

Atau saudara tak tahu menahu pun tentang perkara ini kerana mata saudara dibutakan, telinga saudara dipekakkan oleh Berita Hairan, Utusan Meloya atau TV3 setengah ? Bacalah kenyataan rasmi kerajaan Negeri Selangor bahawa Majlis Perbandaran yang lain di Selangor akan mengikut jejak langkah MBSA..bahkan Ahli Majlis MBSA yang dilantik dari kalangan DAP juga menyokong bahkan mencadangkan agar di kawasan majoriti cina pun jika boleh dikurangkan penjualannya ?

Begitu juga isu bela babi, yang mana lebih baik, biarkan kandang babi berselerak atau dihapuskan kandang babi yang berselerak digantikan dengan kandang babi yang lebih moden di satu tempat sahaja walaupun ianya diluluskan oleh Khir Toyo!

Memanglah saudara fikir sama saja sebab saudara tidak melihat perubahan ini kerana telinga dan mata saudara disumbat oleh media-media UMNO ! Atau saudara fikir perubahan itu MESTI dibuktikan dengan mencabut segala bangunan dan digantikan dengan bangunan yang baru serta berbeza reka bentuknya sebagai bukti ada perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan? Saya fikir orang Papua New Gunea pun tak berfikir begitu melainkan...?

Saudara sebut pasal rasuah, saudara sendiri arif betapa rasuah tidak akan terhapus kerana boleh jadi yang bercakap itu pun mengamalkan rasuah atau hidup dikelilingi rasuah yang mana hanya perasuah sahaja yang mempunyai akal untuk melakukan rasuah tanpa dapat dihidu oleh undang-undang mahupun pemerintah.

Maka tidak hairanlah jika perasuah berkata rasuah tidak akan dapat diatasi 100% atas sebab-sebab yang saya kata tadi. PAS tak pernah pun sebut akan hapuskan rasuah 100%. Yang disebut ialah perkara yang menyumbang mengapa rasuah itu tidak dapat dihapuskan ketika UMNO memerintah. Yang peliknya saudara seolah-olah mengiyakan amalan rasuah dalam UMNO, memanglah, dalam UMNO apa pun boleh, maaf kerana saya kata begitu, ini kerana bila merujuk Lembaga Disiplin UMNO kata bersalah, tetapi mereka yang diragui ada melakukan rasuah pun boleh jadi Ketua Pemuda. Itu apa cerita ?

Macamana saudara nak tahu apa yang PAS nak ubah sedangkan saudara tidak pernah ambil tahu pun tentang apa yang dibuat oleh PAS ! Pasal Tahaluf Siyasi pun saya yakin saudara tak baca, saja gatal nak tulis komen kan! Inilahsebenarnya saudara.

Saudara tidak mahu langsung mendengar apa hujah dari pihak lawan, dia dakwa orang tiba-tiba dia jugak jadi hakim, orang lain tak dapat nak bela diri, mak oi..patutlah saudara tidak tahu apa-apa.

Isu Tanah di Perak. Saudara hanya tahu, bahawa tanah di Perak lepas kepada bangsa asing, tetapi tahukah saudara semasa Tajul Rosli memerintah, beri tanah kepada YTL beribu ekar kamu tak tahu ke ? Mana saudara tahu, sebab media UMNO tak beritahu, yang saudara tahu tanah dapat pada bangsa asing, sebab itu saja yang media UMNO beritahu.

Saudara tidak tahu betapa bangsa kamu sendiri yang hidup berpuluh-puluh tahun di kampung-kampung Tersusun telah diberikan Geran Tanah Kekal oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, memang saudara tidak tahu pasal media UMNO/BN tak beritahu ! Yang peliknya saudara berlagak macam semua tahu !

Isu kandang babi terbesar di Selangor, saudara hanya tahu bila media UMNO/BN beritahu, UMNO/BN beritahu bahawa Selangor akan bina kandang babi terbesar, tetapi apabila Kerajaan Selangor kata akan tutup semua kandang babi yang berselerak di seluruh Selangor saudara tidak tahu sebab bila Harakah beritahu saudara tak mahu ambil tahu !

Selama berpuluh tahun penduduk kampung Tumbuk Darat derita akibat pencemaran najis babi, saudara tak tahu sebab media UMNO/BN tak beritahu. Tiba-tiba bila masuk dalam berita TV3 setengah, baru saudara tahu itu pun saudara buat-buat tak tahu betapa wujudnya kandang babi di situ berpuluh tahun di bawah kerajaan siapa?

Di Kedah bila Kerajaan Pusat tak nak beri pampasan terhadap balak kepada Kerajaan Kedah, saudara tak nak ambil tahu, Jabatan Perhutanan luluskan penebangan pokok balak tua saudara tak nak ambil tahu, mana nak tahu sebab saudara hanya tahu bila UMNO/BN beritahu, yang Harakah beritahu saudara tak mau ambil tahu!

Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang diminta letak jawatan kerana terlibat dengan tuduhan rasuah, tahu pulak saudara ya, tapi tahukah saudara bahwa itulah maknanya kerajaan yang ada integriti akan bertindak serta merta ke atas mereka yang terlibat dengan apa-apa kesalahan dan diserahkan kepada SPRM bukan macam UMNO, Ketua Menteri Melaka yang bersalah kerana terbabit rasuah oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO masih tak di ubah-ubah lagi !

Wak nak nasihatkan saudara yang juga seorang islam seperti saya, nasihatkanlah rakan-rakan dalam UMNO/BN agar sentiasa ambil tahu walaupun siapa yang beritahu agar tidak dipenuhi dengan rasa iri hati, dengki serta buruk sangka terhadap apa jua yang dibuat oleh Kerajaan PR..ketahuilah bahawa saudara hanya tahu apa yang UMNO beritahu, tetapi tidak kepada kami kerana apa yang kami nak beritahu sering disekat-sekat agar rakyat terus tidak tahu ! Wallahuaklam..!

Sekarang, siapa yang salahkan benda yang betul...?

sumber asal : disini

The Terrorist 2 - Subsidi Konglomerat dan Subsidi rakyat

Posted: 19 Jul 2010 01:12 AM PDT

Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat.

Kenapa disekongkolkan duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta.

Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.

Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi."

"Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

Gas diberikan subsidi tetapi harga gas dinaikkan untuk rakyat. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya?

Sedang mereka mendapat gas percuma kurnian Allah tetapi mencekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukah pembaca, bahawa YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun.

Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat terus dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi?

Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat? Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain? Tepuk ramai-ramai dahi najib..lebih baik dari tepuk dahi sendiri.

The Terrorist - UMNO dan bandit kian putus asa !

Posted: 18 Jul 2010 08:00 PM PDT

albanjari - UMNO semakin putus asa. Sejak kehilangan harapan untuk berpadu melalui agenda kerajaan perpaduan benar-benar memberikan konflik dan kebingungan yang maha tinggi.

Sejujurnya agenda bangsat itu tidak lain hanya untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat bukan melayu khususnya cina dan india kepada PAS. Namun lain pula yang berlaku, Dewan Penyokong PAS makin kencang dengan bertambahnya ahli-ahli baru. Fenomena ini benar-benar bikin UMNO semakin gerun.


Harapkan lampu, lampunya padam ditiup angin. Kini, keperkasaan PAS semakin kuat. Maka dari itu UMNO harus memberi jalan baru supaya kekuatan PAS itu dapat dimanfaatkan, demi kelangsungan survival dan politik UMNO. Lalu usaha untuk ber'kolaborasi' mesti dituntut kepada PAS. Kolaborasi politik bersama UMNO.

Oleh kerana PAS itu didokongi oleh ramainya yang tunduk patuh kepada dasar islam, Mufti digunakan selayaknya untuk tujuan ini.
UMNO didasari dengan rasis dan fahaman sekular yang kuat. Sedang pula PAS itu adalah diasaskan dari faham islam untuk semua. ISLAM FOR ALL. Disebabkan keterbukaan PAS itu, memimpin partinya bersama slogan ampuh, PAS FOR ALL yang menepati hasrat majmuk rakyat, menambah lagi rasa pedih lagi gundah UMNO apabila melihat persekitaran yang tidak diduga apabila bondongan puluhan ribu non-muslim mula menerima isme PAS FOR ALL.

Disebabkan kotak UMNO itu sarat bersamanya rasis, maka sesungguhnya UMNO langsung tidak mampu menerima kenyataan bahawa non-melayu menjadi ahli sayap kepada PAS. Lalu bagi melemahkan PAS, maka UMNO segera melaungkan tuduhan bahawa PAS itu sebagai pengkhianat bangsa melayu, dan sesat.


Justeru itu, apabila PAS membidik balas untuk diadakan debat terbuka demi mencerahkan tuduhan bahawa PAS itu sesat, pengkhianat kepada bangsa melayu, UMNO menolak dengan rasa kecut. Mengapa ? Kerana UMNO tidak mungkin mampu untuk membuktikannya, biarpun dibelakangnya tersusun rapi sokongan dari 40 ulamak muda yang sibuk menyusun muka-muka surat kitab agama buat hujahan UMNO, untuk mengelak malu yang lebih besar, sahutan itu disahut dingin oleh bandit-bandit UMNO. Siapa yang tidak mengenali bandit, boleh melihatnya kepada UMNO. Kerana di situ terhimpunnya ramai bandit-bandit politik dan rasis.


Usaha bandit tidak putus di situ. Lalu diutus pula suara burung yang uzur lagi tua. Bandit perlu manfaatkan suara ini, untuk menyanyikan semula judul lagu 'Mari bergabung dengan UMNO', versi unplugged. Walaupun nyanyian burung tua itu langsung tidak sedap didengar, bandit tiada pilihan, bandit terdesak kini, walaupun ramai rakyat muntah kuning mendengar suaranya. Bencana untuk gagal makin dapat dilihat. Kegagalan kali ke-dua.


Bengkeng sungguh PAS. Bandit kecewa. Hagemon Negara jua kecewa, dengan kelu lidah nya beraksi berkata, PAS tolong jangan terus hina UMNO.." Namun sebagai bandit usaha itu pasti tidak akan berhenti terus.


Tepatnya lagi, bengkeng PAS itu umpama seorang gadis. Gadis perawan yang bercahaya wajahnya seperti bulan purnama. Makin direnung, makin asyik pula. Cuma, bengkengnya saja yang buat bandit kecewa. Paling bengkeng di dunia. Itulah PAS dimata UMNO dan bandit-banditnya.


Bagi UMNO, andai dapat dibawa lari dan dikahwini gadis 'bengkeng' ini agar ia jauh dari Pakatan, ia satu kejayaan. Ia penting. Ia unggul. Ia juga terbilang. Ia 'span' yang utoh untuk meneruskan hidup dan nyawa bagi UMNO.


Tahap ampuh berdirinya kepimpinan PAS dibawah TGNA (Mursyidul Am) serta TGHH (Presiden) cukup merimaskan UMNO. Lebih-lebih lagi apabila penegasan total diraikan dengan solid ketika Muktamar PAS di Perak dan di Kelantan, UMNO dan banditnya menjadi sesak dada kembali.


"Jasa" agong UMNO yang tebal rasisnya benar-benar membuka mata rakyat. Masakan tidak terbuka mata ? Malah terbuka dan terbeliak apabila tahu bahawa 'nyanyian merdu' nya sekadar untuk manfaat kroni-nya sahaja.
UMNO telah menipu orang Melayu selama lebih dari 50 tahun.

Apa yang terjadi dengan RM52 Juta saham Bumiputra ? Jadi debu ditiup angin. Jutaan ringgit dari wang rakyat dibuang begitu saja di Bakun, dan yang terkini jutaan ringgit pula lebur dan ghaib dari FELDA, hei..wang itu terbitnya dari keringat para petani yang langsung tidak bersalah.

Hanya orang melayu yang mabuk saja yang akan percaya kepada UMNO kini.
Apa yang jelas sokongan melayu kepada PAS semakin bertambah. Sasar seterusnya UMNO akan putih mata melihat lebarnya jalur kuasa Pakatan Rakyat bersamanya PAS pada PRU13 tidak lama lagi, optimis ditakluki adalah negeri Perlis dan Terengganu. Kemucak ke Putrajaya makin putih dilihat.

Kajian menunjukkan bahawa kuasa akan kekal ditangan Pakatan Rakyat bagi negeri-negeri di utara, terutamanya di Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor.
Manakala Perak, Pahang serta Negeri Sembilan merupakan sasaran paling utama untuk ditakluki. Sabah dan Sarawak, bukan lagi milik BN kini. Ia bukan lagi deposit tetap UMNO. Mobilitinya Sibu ke tangan Pakatan memberi petunjuk jelas bahwa mimpi hitam UMNO semakin jelas rakyat telah menolaknya di tanah Borneo itu. Fenomena yang sebelum ini tidak pernah terjadi.

Kerana itu, kerinduan dan berahi UMNO kepada gadis bengkeng (PAS) sungguh mengujakan. Biarpun sebelumnya, lunyai si 'bengkeng' itu ditendang terajang, sesat lagi pengkhianat. Dasar bandit, bila tidak dapat orangnya, jangan lupa meninggalkan maki dan sumpah seranah.

Sebut saja pengkhianat melayu, sebenarnya UMNO itulah banditnya yang telah mengkhianati Bumiputra (NEP), serta memesongkan faham hudud yang sebenar. UMNO lah sebenarnya pengkhianat kepada Islam (menyesatkan).


Umum mengetahui, hayat UMNO yang semakin mengecil itu hanya ditampung dan disokong oleh melayu-melayu elektorat luar bandar yang terpencil dari maklumat dan pembangunan, sedikit ''orang' asal, juga penduduk Felda dan pengundi-pengundi pos.

Sedangkan Melayu kelas menengah dan berpendidikan telah mula memilih perubahan bersama Pakatan Rakyat sebagai pilihan terbaik untuk masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang dan saksama. Nampaknya nyanyian burung tua dan seruan bandit-bandit UMNO jelas tidak dipedulikan lagi oleh PAS.

Jalan terbaik untuk ahli-ahli UMNO ialah dengan meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Mari kita tinggalkan para pemimpin UMNO, biar mereka jadi gila tanpa pengikut. Say " good bye " kepada UMNO sekarang..bersama kita sekelian rakyat di dalam Pakatan.


(*) Terbitan artikel untuk THE TERRORIST, paparan di albanjari Online.

Main kacang hijau - Harussani mengaku !

Posted: 18 Jul 2010 04:30 PM PDT

Salah lapor atau salah baca? Siapa yang gila, akukah atau dia..kah? Siapa yang mengajak berbincang? Mushkyil..!!

PAS ni macam-macam laa..! Jangan la letak macam-macam pra-syarat. Kesian la kat depa tu !!

PAS Hina UMNO ? amboi noo..buat lupa pulak, ker dok tgh buat drama 'airmata'? Bagi rakyat simpati. Yang UMNO dok hina PAS lebih dari 50 tahun tu apa dia? Betui la..penyamun selalu lupa orang yang dia samun, tetapi orang kena samun tetap akan ingat penyamun !


Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu. Beliau menambah, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut.

''Dan satu lagi, (PAS) jangan terus hina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka. Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain," katanya.

Apa ni Muffin..cakap biar ler terang! Ker nak aku cakap BANJAR dengan hang baru nak faham? Hang kata pimpinan PAS jumpa hang, cantik la tu..! Bila sebut pimpinan PAS, dalam otak aku sah dari Pusat atau Negeri..maklum lah, yang nak pi jengah tu tahap tinggi punya monarki, MUFTI beb...MUFTI..bukan kutty..! Paling koman PAS mesti hantar orang yang tinggi protokolnya dalam parti..! Tapi yang hang spoilt sangat tu pasai apa..muffin ! Ker hang temberang lagi..!!

Jangan bagi malu BANJAR ! Lunta jabok...bagitau laa kat umum, yang datang tu cuma pimpinan kecil, eh..kecil sangat kaa sampai nak sebut sapa dia pun malu? Ker tak nampak langsung pasal kecil sangat? Esok lusa jika ada pimpinan PAS kecil datang jumpa hang, pastikan dalam baju 'petihah' hang tu ada seketui kanta, senang nak tengok..benda kecil dan halus ni payah nak nampak dengan mata kasar..! Biar jelas dan terang.

Apapun pemimpin PAS tak payah ler layan Harusani..ni. Dia tengah ber'halusinasi' tu. Jangan kacau. Nak kacau.., pi kacau Najib dan Mat Sembab, tu level hangpa di Pusat dan Negeri. Mereka pemimpin yang ada kuasa dan pemimpin politik. Apa guna melayan Harusani yang bukan pemimpin politik dan sedar diri. Bab dia ni, bagi kami dan pemimpin PAS yang kecil-kecil saja yang pi layan. Jangan lupa bawak kacang hijau. Depa kata, muffin ni suka main kacang hijau. Wakaka..!!

(*) lunta = jala | jabok = reput

Sampan hampir tenggelam - karam sink 'call' dier..!

Posted: 18 Jul 2010 04:00 PM PDT

Najib pun dah bersuara, tapi suaranye serak parau bila sentuh perpaduan PAS dan Umno. Walaupun kata Umno tak perlukan PAS tapi nadanya macam orang lapar yang kata tak nak makan bila di tanya tuan rumah.

Tapi sayangnya tuan rumah ni memang tak teringin nak jamu makan pun. Dan bukan tuan rumah yang tanya nak makan ke tak, tapi tetamu yang bagi tau " kalau nak jamu makan , elok juge...... " muke tak malu...!


Isu penyatuan Umno hanya timbul setiap kali Umno nak lemas. Bak kata TG Presiden " Buat apa nak naik kapal yang nak karam sedangkan kapal kita elok". Setelah Umno berhempas pulas mengkritik dan menyerang PAS hingga kata PAS sesat, akhirnya Umno mengaku akan kekuatan PAS hingga mempelawa PAS bersama mereka.

Pelawaan Umno ini petanda Umno sangat terdesak mendapatkan sokongan melayu. Macam cerita Serbia di Bosnia...setelah merompak rumah orang ajak orang tu berkawan. Seperti kata Ustaz Nasarudin Tantawi dalam ceramah di Tambun baru baru ni... boleh bincang untuk bersatu kalau beberapa pra syarat dipenuhi.

Syarat pertama Umno kena ikut Islam... kedua royalti minyak kena pulang,...kerajaan Perak kena pulangkan atau bubar DUN.
Syarat pertama katanya "macam kata TG Nik Aziz... kalau Umno laksana Islam PAS boleh bubar dan masuk Umno. Tapi kalau Umno dah laksana Islam lebih baik Umno yang masuk PAS , tak payah nak pinda apa apa."

Memang tak patut kalau orang dah bocor dan nak karam ajak orang dalam kapal yang sedang laju berlayar naik kapal dia...gila apa?
Sebodoh manapun manusia itu takkan mahu menumpang Titanic yang nampak mewah setelah kapal itu nak karam. Biarlah kapal Umno tenggelam dengan kati katinya. - artikel ini ditulis oleh anaksengat@harakah

Tiada ulasan: