Ahad, 18 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


12 penipuan popular di Malaysia

Posted: 17 Jul 2010 10:34 PM PDT

Lebih seribu terkandas dilapangan terbang dipercayai ditipu dan diperdaya oleh pakej pelancongan murah ke Turki dan Greece. Nak cuti mewah-mewah dan hebat, bayar pulak kalau boleh nak ciput-ciput. Padahnya..masing-masing ngangga. Itu kisah yang berlaku di UK sekarang.

Jika di Malaysia, pakej umrah yang murah-murah gila selalu akan berakhir dengan penganjur tiba-tiba lari malam. Larinya penganjur ketika malam yang gelap lagi pekat. Jarang mereka lari diwaktu bulan mengambang. Lari dengan laju sambil mengendong 'duit-duit' orang yang tinggi hajat mahu ber'umrah' tapi kedekut nak membayar lebih. Biarpun risiko di tipu itu cukup besar, seluas mulut penjara Kamunting menunggu mangsa ISA.

Tak masuk akal langsung jika ada agensi sengal menawarkan RM2000 dah boleh mewah2 untuk umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Setiap tahun ada saja, perompak atas nama 'suci' menipu dan memperdaya orang2 kampung. Eh ! Orang bandar pun tidak sedikit yang kena 'kapor' sama. Eh..lagi, yang ada degree pun jangan fikir semua bijak, pun sama kena naya. Kui..kui..kui, memang kerja 'durjana'.

Dibawah disenaraikan 12 jenis taktik paling POPULAR yang digunakan oleh golongan 'durjana' malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Itu adalah diantara paekj penipuan yang leluasa berlaku di Malaysia. Maka berhati-hatilah jangan sampai ANDA PULA DITIPU ketika masih bernafas.

Mulut penjara Kamunting(ISA) kini luas terngangga !

Posted: 17 Jul 2010 09:08 PM PDT

Kemana lagi rakyat marhaen nak mengadu nasib malang mereka. Ada kerajaan pun bangang, nak dapat duit dari rakyat dengan berselindung dibalik mahu menjaga kesihatan rakyat. subsidi satu billion, (1,000,000,000) dihapuskan kerana mahu kesihatan rakyat malaysia terjamin dari terkena penyakit kencing manis.

Betapa jahatnya kerajaan malaysia sekarang. Barisan nasional perlu segera dijatuhkan kerana pemimpin barisan nasional tidak lagi memberikan manafaat kepada rakyat jelata. Pohon yang lama kalau rimbun boleh menumpang teduh tapi kalau dahannya yang besar menimpa kita, baik ditebang aje pohon yang besar dari lebih lagi memberikan mudharat kepada rakyat.

Rakyat malaysia perlu bersegera menyambut saranan dari pembangkang bahawa BN perlu dijatuhkan dari takhta kerajaan pusat dalam pru yang ke 13. Tidak ada jalan lain lagi selain kerajaan BN perlu dinyahkan segera. Semakin lama semakin banyak kemusnahan yang akan dibuat oleh pemimpin yang hanya tahu menyusahkan rakyat bukannya memcari jalan bagaimana mahu menolong rakyat.

Barang keperluan lain akan naik menjelang musim perayaan dengan berganda ganda akibat kenaikan bahan bakar dipasaran malaysia. Minyak dunia tak naik naik pemimpin umno dengan muka selamba menaikkan harga bahan bakar dengan mudahnya. Menaikkan barang 5 sekali gus yang mana begitu bangang kerja kerja ekonomi mereka.

Dan barua barua mereka dengan megahnya melaungkan sokongan tidak berbelah bagi. Tindakan ini adalah untuk menyelamatkan negara dari muflis tapi sebenarnya kerja mudah mengutip wang untuk diberi kembali dalam bentuk projek kepada kroni kroni.

Setelah dinaikkan harga barang, dibagi satu isu yang mahu dikelubungkan isu barang naik. Isu penyatuan PAS dan UMNO. Dan kerja kerja orang tengah bermula. Isu-isu ini disengaja dicipta agar rakyat cepat lupa dengan kenaikan harga barang. Strategi mereka adalah untuk membuatkan rakyat lupa kepada kenaikan harga barang dan memberikan penumpuan kepada penyatuan melayu.

Penyatuan melayu akan berlaku jika PAS dan UMNO bersama sama. Middle man sudah diberikan kepada muffin perak. Muffin Perak amat gemarkan keadaan ini. Mungkin bermula malam ini, jelajah muffin akan bermula sebagaimana penjelajahan sewaktu mendirikan kerajaan Perak dulu. Dari Perak terus ke Kelantan dan hampir hampir ke Terengganu. Sebanyak mana akan diberikan kepada muffin jika muffin berjaya melaksanakan mission imposible ini.

Kenyataan muffin pertama dah tersebar meluas dalam media massa hari ini. Kedai kopi dah panas bila isu ini diketengahkan dan isu isu barang naik dah sepi kerana isu baru yang sengaja dicipta oleh UMNO.

Berjaga jaga wahai pemimpin PAS dan seluruh pemimpin pakatan pembangkang, apabila isu perkauman melayu ditiupkan bermakna pintu pintu ISA akan terngangga dengan luas, mana pemimpin PAS dan pembangkang yang tidak berjaya diseret untuk menjayakan rancangan penyatuan melayu bermakna mereka akan diheret ke ISA.

Nada lama dan lagu simforni isa makin berkumandang. Lagu tegar Kamunting dari penyanyi penyanyi baru yang akan menghuni kamunting akan berkumandang. OPS ISA akan dimulakan apabila agenda perkauman yang ditiupkan berakhir dengan kegagalan. Jangan sambut permainan ini. Dulu semasa kes MCA- UMNO, yang terkehadapan masuk ISA adalah kekanda Mat Sabu. Kekanda Buniyamin Yaakob, kekanda Ismail Noh, Bakar Chik dan hampir hampir sekali adalah tok guru Haji Hadi.

Gendang dah dipalu oleh muffin dah berhati hati menari. Mereka tak akan senang melihat apa yang terjadi sekarang. Kedudukan mereka amat rapuh dan mereka perlu cari jalan selamat.

(*) sumber FreeTgnuZone

Ingatan Mufti Harusanasini - UMNO kian terdesak !

Posted: 17 Jul 2010 05:00 PM PDT

Mohon pencerahan, siapakah pemimpin PAS yang pergi berjumpa Tok Mufti itu ? Biarpun agendanya bukan kepada penyatuan PAS dan UMNO, dan sekadar mendapatkan 'pandangan', maka perlukah pandangan itu harus berkiblatkan kepada Tok Mufti ini ? Atau ada agenda lain yang mahu digelapkan kepengetahuan umum..??

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya: ''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

Anaksengat - Apahal lagi Harusani ni. Tiba tiba ada plak cerita wakil PAS dan umNO datang jumpe dia bertanya bagaimana nak menyatukan kedua dua parti.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.


Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak." SINI Aku jadi musykil sebab Harusani pernah cerita pasal perpaduan masa nak tubuh kerajaan Perak.

Versi cerita Harusani jauh lari dari hakikat kebenaran, tiba tiba cerita pulak kononnya ada pemimpin PAS jumpa beliau. Kalau ini cerita baru , aku sangat sangsi... kalau cerita dulu... Harusani yang cari pemimpin PAS.


Aku nak tahu pemimpin mana yang nak jumpa Harusani bincang pasal penyatuan ini. Setahu aku pemimpin PAS khususnya di Perak langsung tak percaya dengan Harusani ni. Apatah lagi nak harapkan beliau menyatukan PAS dengan umNO. P

AS pun dah buat keputusan berkali kali takkan bersatu dengan umNO. Nak kata Harusani ni mengingau takkan mengingau masa rasmi majlis? Nak kata nyanyuk ...ade potensi agaknye.... Maklumle..melayu..melayu.. adalah ratib Harusani...


Memang ada rombongan PAS jumpa Harusani selepas umNO rompak kerajaan ini khususny pemuda negeri... tapi bukan pasal penyatuan PAS dan umNO... hanya Harusani yang meratipkan penyatuan melayu PAS dan umNO sedangkan pemuda tak layan pun...

Aku sangat bimbang dengan perkembangan Harusani kebelakangan ni... Kalaulah apa yang dikatakan Harusani ni satu kebenaran... sila sebut pemimpin mana supaya mereka boleh menjelaskan keadaan sebenar... Jangan mengingau tengah hari... apatah lagi takut nanti orang cop Mufti Pembohong!!!

Tiada ulasan: