Rabu, 14 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


kopiah putih sesat, songkok tinggi pun sesat ! 2 X 5

Posted: 14 Jul 2010 11:52 AM PDT

UMNO kata PAS sesat dan PAS kata UMNO sesat. Kerana saling sesat – menyesatkan maka mereka saling bercakaran walaupun sebab utama percakaran bukanlah kerana tindakan saling lempar – melempar itu, tetapi kerana dasar perjuangan mereka yang berbeza. Maksudnya, jika tak saling menuduh, tak sesat – menyesatkan pun mereka akan tetap bercakaran juga kerana percanggahan ideologi itu.

Dari dulu lagi PAS kata UMNO sesat dan dari dulu yang sama tempohnya juga UMNO kata PAS sesat. Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat – menyesatkan, lagi – lagilah susah nak ketemu hujung habisnya. Hari ini saya tak kisah pun jika mendengar orang PAS kata UMNO sesat dan begitulah jika saya dengar UMNO kata PAS sesat juga. Sebabnya, dah kalih, dah lama sangat dengar cerita saling sesat – menyesatkan ini.

Sesat maknanya salah, menyeleweng dan tak betulnya dasar atau matlamat atau cara atau tindakan seseorang itu. Maka orang yang menyesatkan itu mestilah menerangkan maksudnya itu agar difahami. Tak masuk Islam adalah sesat, tak solat pun sesat dan solat tak ikut tertib rukun pun sesat, tetapi ia adalah sesat yang berbeza. Yang pertama sesat kufur, yang kedua sesat jenis fasiq dan yang ketiga pula sesat kerana tak ikut cara nabi, maka tak sah solatnya. Solatnya jadi sesat juga. Maksudnya, sipenuduh sesat itu kenalah menerangkan maksudnya itu agar difahami dan tak jadi sesat pula orang kerana tersalah faham maksudnya itu.

Maksudnya, si penyesat atau si penuduh itu perlulah bertanggung jawab. Mesti, kerana jika tidak, sesatnya itu akan kembali pula kepadanya kerana dia telah menyebabkan orang jadi sesat kerana tersalah faham maksudnya itu, selain kemungkinan dia sesat kerana tuduhan menyesatkan yang sememangnya tidak betul.

Macam fatwa Wilayah Persekutuan yang menyesatkan ESQ. Jika betul, bagus sangatlah fatwa itu. Selamatlah ramai orang daripada jerat ESQ yang tersohor sangat namanya itu saat ini sehingga telah ada kumpulan alumni dan generasi ESQ pula katanya. Tetapi, jika fatwa itu menambahkan kekeliruan dan kekeliruan itu gagal dijelaskan sebaik – baiknya oleh pihak berkenaan yang mahu mengekalkan fatwanya itu, maka fatwa itu pula jadi sesat. Menyesatkan yang tak sesat adalah sesat.

Apabila UMNO menuduh PAS sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat. Ia mungkin bermaksud PAS menganut ajaran ugama Islam yang menyeleweng dasar, matlamat dan kefahamannya. Ia juga mungkin bermaksud sesat kerana tindakannya yang dilihat tidak islamik dan tidak ikut sunnah. Macam PAS berkerja sama dengan DAP dan menolak UMNO, bagi sesetengah pihak agak keterlaluan dan jauh daripada hujah ugama dan sunnah nabi. Kedua – dua kemungkinan maksud tadi telah meletakkan tuduhan tersebut begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang besar ke atas ahli PAS dan penyokongnya.

Malangnya, tuduhan UMNO selalunya tidak diiringi dengan penjelasan yang nyata, apatah ia jauh daripada ruang untuk didebatkan atau dimuzakarahkan secara terbuka dan berani. Hanya tuduhan meliar yang entah ke mana hinggapnya.

Juga, apabila PAS menuduh UMNO pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh UMNO tadi. Ia mempunyai kemungkinan maksud yang sama juga yang begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang keras sekali.

Tetapi, anda dengan jelas menyaksikan kelainan yang begitu membezakan PAS daipada UMNO.

Jika UMNO tidak bertanggung jawab di atas tuduhannya itu dengan mengelak penjelasan atau muzakarah atau debat untuk menilai kebenaran tuduhan mereka, PAS pula adalah sebaliknya. Setelah menuduh UMNO sebagai sesat, palsu, batil, salah, menyeleweng, fasiq, zalim dan sebagainya, PAS tampil untuk menjelaskan dan bersedia bersemuka dengan apa cara sekalipun asalkan tuduhannya itu diikuti pula dengan penjelasan yang difahami sebaiknya oleh orang yang memerlukan kefahaman dan kejelasan.

Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz biasa saja melontarkan peluru yang panas – panas ke atas UMNO dan semua tahu bahawa ia bertujuan menimbulkan polemik dan kepanasan yang akan memaksa semua untuk memohon penjelasan beliau. Adakah anda melihat beliau senyap, bersembunyi dan enggan menjawab dan mengulas lagi? Tidakkan?

Sebelah UMNO pula, macam contoh terdekat, Dato' Shafei Afdal yang menuduh PAS sebagai sesat, ke mana beliau apabila rakyat meminta penjelasan? Muka depan HARAKAH segera menuntut penjelasan, hujah dan bukti daripadanya dan UMNO juga, tetapi tiada apa – apa selain kesepian dan senyap.

Dan perkara yang sama berlaku apabila tuduhan – tuduhan terhadap PAS oleh pemimpin UMNO dilontarkan, ia tidak lebih selain tuduhan tanpa tanggung jawab dan penjelasan yang menenangkan.

Dari sudut ini, anda tahu bahawa UMNO ketika menuduh PAS sesat, ia gagal membuktikan bahawa tuduhan itu adalah betul, bahkan ia kekal sebagai tuduhan yang bersifat fitnah dan jahat.

Oleh kerana saya begitu faham dengan tuduhan PAS terhadap UMNO sejak dulu, sejak kecil saya lagi sehingga sudah menjadi kalih dengan isu sesat – menyesat ini bahawa UMNO adalah parti sesat, maka saya begitu mudah untuk menjelaskan maksud 'tuduhan' PAS tersebut. Saya perturunkan di sini agar anda dapat melihat isi penting pertuduhan yang ingin sangat PAS perjelaskan kepada rakyat, samada ahli PAS atau ahli UMNO agar semua rakyat memahami kedudukan pertelagahan UMNO – PAS. Kemudian saya akan jelaskan pula mengapa PAS konsisten pula memerangi UMNO.

Pertama, UMNO sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada ugama. Oleh kerana UMNO secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Kedua, UMNO sesat dari sudut matlamat. PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat UMNO adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada ugama. Maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam. Islam yang tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Ketiga, UMNO sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah UMNO menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran ugama dan sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Ini tidak termasuk kezaliman dan rasuah yang berleluasa yang tidak diizinkan ugama.

Kesemuanya berat – berat belaka. Ia jika betul, maka UMNO betul – betul sesat dan mesti ditentang dan diperbetulkan. Jika terbukti salah dan hanya tuduhan tanpa asas, PAS pulalah yang sesat barat kerana menyesatkan yang tak sesat.

Justeru anda tahu bahawa kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggung jawaban PAS atau tuduhannya itu. Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat.

Tuduh – menuduh sesama umat Islam adalah memilukan, memalukan dan merugikan. Jadi, mengapakah PAS yang mendakwa sebagai parti Islam terus membuat tuduhan terhadap UMNO. Mengapa tidak dibiarkan UMNO sahaja yang menuduh dan memfitnah?

Ya, jawabannya adalah kerana amar makruf nahi munkar. Senyap melihat kemungkaran adalah satu dosa yang akibatnya telah diperlihatkan Allah kepada kita atas apa yang berlaku ke atas Bani Israel yang tidak mencegah kemungkaran sesama mereka.

Metodologi dakwah adalh pelbagai. Selain dakwah secara berlembut adalah hikmah, serangan keras RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap akidah kaum musyrikin dan perbuatan mereka yang menimbulkan kemarahan mereka juga adalah satu hikmah.

Kemarahan akan menyebabkan orang menjadi agresif. Ia juga menyebabkan manusia kembali untuk berfikir dan menilai kesalahan diri. UMNO telah lama agresif terhadap PAS. UMNO juga kadang kala kembali berfikir mengapa PAS konsisten dalam perjuangannya menentang UMNO dan idologinya. Itulah harapan kita untuk UMNO yang bergelumang dalm sesatnya itu.

Tulisan ini bermaksud menjelaskan beza PAS daripada UMNO sesudah mereka saling tuduh – menuduh. (sumber - blog nikabduh)

Raja Katak mula tuding sana-sini

Posted: 14 Jul 2010 10:32 AM PDT

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali menuding jari terhadap MerdekaReview, serta menyelar laman internet yang menyiarkan kecaman serta bahasa-bahasa yang biadap, kurang ajar, serta tuduhan yang macam-macam.

"...kalau kita buka dalam blog, twitter ke, portal ke... Saya boleh tunjuk bukti, dalam website MerdekaReview, bukan main lagi kecaman-kecaman, bahasa-bahasa yang biadap, kurang ajar, samseng...menuduh macam-macam. Tapi kita tidak mengambil reaksi yang emosi. Kita hanya memberi reaksi kalau ada perkara-perkara yang kita anggap bertentangan dengan dasar kebangsaan negara atau perlembagaan negara," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Ibrahim Ali (gambar kiri) tidak mengulas lanjut mana-mana tulisan dalam MerdekaReview yang dituduh itu.

Sebelum ini, MerdekaReview menterjemah dan menyiarkan beberapa kenyataan media Pemuda MCA yang menyelar PERKASA, berikutan laporan Suara PERKASA yang mahu Ketua Pemuda MCA ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Negeri). Lantaran daripada itu, beberapa orang pemimpin PERKASA telah membuat laporan polis terhadap Pemuda MCA, atas tuduhan menghasut.

Ibrahim Ali turut membidas pemimpin pembangkang yang kononnya mengambil kesempatan dalam isu "PERKASA Cina", yang dicadangkan oleh Naib Presiden MCA, Donald Lim sebelum ini. Beliau melihat kenyataan pembangkang sebagai "gimik" politik untuk melaga-lagakan pimpinan dalam negara dan kerajaan berhubung dengan isu yang dibangkitkannya.

Ahli parlimen Pasir Mas ini juga mengecam media internet, termasuk Malaysian Insider dan Malaysiakini, malah akhbar Star yang dikatakan mempunyai agenda masing-masing untuk melaga-lagakan pihak-pihak tertentu. "Sebab kita tahu, siapa-siapa tuan punya di belakang website ini, yang selama ini pun sudah terlibat dengan pelbagai kontroversi," tambahnya.

PERKASA bukan penghalang 1Malaysia

Jelas, Ibrahim Ali tidak berpuas dengan tuduhan "perkauman" yang dilontarkan ke arah PERKASA, "Tidak pernah PERKASA menimbulkan sebarang isu-isu perkauman selain daripada mencanggah, atau pun memberi respon, kepada kenyataan-kenyataan pihak tertentu yang kita anggap bertentangan dengan perlembagaan negara."

Malah, Ibrahim Ali menyanggah tuduhan bahawa PERKASA adalah batu penghalang kepada konsep "1Malaysia", gagasan daripada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Saya nak mengulangi bahawa konsep 1Malaysia adalah satu gagasan di bawah kerangka perlembagaan negara. Konsep 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia. Tetapi ada pihak sekarang ini mengambil kesempatan menterjemah 1Malaysia seolah-olah Malaysian Malaysia..."

Beliau menyambung, "...iaitu apabila kita mempertahankan kepentingan Melayu dan kaum bumiputera mengikut perlembagaan, mereka mengatakan ini penghalang kepada 1Malaysia. YAB Perdana Menteri telah berkali-kali mengulangi penjelasan dan pendirian mengatakan bahawa 1Malaysia adalah satu dasar, satu konsep, satu falsafah yang tertakluk kepada kerangka perlembagaan negara, berbeza dengan Malaysian Malaysia."

"Jadi di sini, PERKASA bukan penghalang kepada 1Malaysia. Malah kita pendukung yang paling kuat tetapi berteraskan kepada kerangka perlembagaan negara yang disebut, yang dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri," tegasnya.

Mengapa PERKASA sahaja dituduh?

Ibrahim Ali juga menyenaraikan beberapa NGO yang juga dikatakannya sebagai "ethnic based", seperti Dong Jiao Zong, HINDRAF, Suqiu dan Hua Zong. "Semua ini adalah pertubuhan yang juga ethnic based policy, yang selama ini membuat berbagai-bagai tuntutan sehingga ada tuntutan mereka bercanggah dengan dasar kebangsaan negara, sama ada dalam konteks pendidikan, dasar ekonomi, apatah lagi dari segi konteks dalam perlembagaan negara. Mereka juga membuat tuntutan yang sebegitu rupa."

Beliau mempertikaikan, "Kenapa mereka ini tidak dituduh ektremis? Kenapa PERKASA satu-satunya pertubuhan yang mempertahankan kepentingan kaum bumiputera dan Melayu dituduh sebagai perkauman?"

Ahli parlimen dari Konsensus Bebas ini juga mengulas kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz bahawa "UMNO tidak menyokong PERKASA". "Betul kenyataan Nazri, kerana kita bukan alat UMNO, dan kita bukan alat kepada sesiapapun!"

Beliau menjelaskan, "Ada yang mengatakan PERKASA ini alat UMNO. Ada pula yang mengatakan UMNO tak menyokong PERKASA. Jadi pada saya tak timbul soal sokong atau pun tak sokong."

seterusnya baca di SINI

42 orang saja ? Ruginya billion ringgit !

Posted: 14 Jul 2010 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 42 orang setakat 11 Mei lepas kerana terlibat dalam sindiket kecurian pasir di empat buah negeri, demikian menurut Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

JKMR dalam Laporan Tahunan 2009 menyebut perkara itu terkandung dalam penjelasan SPRM dalam pertemuan dengan jawatankuasa itu pada 11 Mei lepas. Menurut laporan itu, 12 orang ditahan di Selangor, 11 di Johor, 10 di Pahang dan sembilan di Perak.

Sebanyak 22 pertuduhan telah dibuat di mahkamah berhubung kes itu yang disifatkan sebagai amat serius kerana mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan.

"SPRM merasa kesal dan kecewa kerana isu itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi seolah-olah SPRM bertindak secara pilih kasih," kata laporan itu.

Selain itu, JKMR yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berharap SPRM memfokuskan kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam kerana ia merupakan harapan masyarakat setelah dinaikkan taraf kepada Suruhanjaya.

Jawatankuasa itu berkata SPRM perlu sentiasa dilihat bertindak "tanpa gentar dan pilih kasih" dalam menangani kes-kes rasuah tanpa kompromi.

"Tindakan ini adalah penting untuk menghasilkan impak pencegahan yang bukan sahaja proaktif malahan berkesan dalam jangka masa yang panjang," menurut laporan tersebut yang diedarkan kepada semua Anggota Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

Laporan itu mendedahkan bahawa kebelakangan ini, terdapat banyak kes perbicaraan rasuah yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam tidak memihak kepada SPRM terutamanya di peringkat Mahkamah Rendah.

"Ini berdasarkan trend di mana kadar sabitan kes di peringkat Mahkamah Rendah pada tahun lepas adalah 64.4 peratus, namun kadar sabitan kes di peringkat mahkamah yang lebih tinggi adalah lebih baik di mana kadar sabitan di Mahkamah Rayuan mencapai tahap 86.2 peratus," kata laporan itu.

Mengenai keperluan pertambahan keanggotaan, JKMR mahu kerajaan mempertimbangkan segera untuk menambah bilangan pegawai penyiasat dan Timbalan Pendakwa Raya memandangkan SPRM mempunyai anggota yang terhad sehingga menyukarkan tugas secara berkesan kerana senario jenayah rasuah masa kini semakin rumit dan sofistikated.

Laporan itu menyebut pada tahun 2008, SPRM telah dijanjikan pertambahan keanggotaan Pegawai Suruhanjaya seramai 5,000 orang, namun untuk tahun ini, hanya 33 pertambahan jawatan sahaja yang telah diperoleh oleh SPRM setakat ini.

"Sebagai perbandingan, nisbah Pegawai Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong berbanding penduduk Hong Kong adalah lebih kurang 1:7,322 manakala nisbah pegawai Suruhanjaya berbanding penduduk Malaysia adalah lebih kurang 1:15,225," kata laporan itu.

Selain itu, JKMR turut memohon supaya kerajaan mempertimbangkan tambahan peruntukan kepada SPRM, termasuk yang melibatkan peruntukan bayaran elaun lebih masa untuk pegawai penyiasat yang terpaksa bekerja sehingga di luar waktu pejabat.

Sumber : BERNAMA

albanjari - kembali ke template asal

Posted: 13 Jul 2010 04:50 PM PDT

Masalah bandwidth lagi. Ini kali ke-2 dalam tempoh sebulan selepas menggunakan template baru. Betul-betul potong stim. Hilang mood beb..!! Nampaknya template baru ini tidak serasi dengan albanjari. Hanya sekadar berkhidmat selama 47 hari saja.

Tidak untuk kali ke-3. Maka blog ABO akan kembali menggunakan template blog yang asal. Perubahan template itu mungkin mengambil sedikit masa 3-4 hari. Apa punya turrr...!!

(*) Maaf atas segala kesulitan ini.

Tiada ulasan: