al-banjari online 2010 |
- (2) Syiokknyaa poligami, ada berani ?
- Sharizat nak bodohkan siapa pulak?
- Foto kandid Bantah Judi
- Nak bagi mamposs penonton ?
- Ini bukan gigitan asmara !
| (2) Syiokknyaa poligami, ada berani ? Posted: 04 Jul 2010 02:43 AM PDT Untuk Para Isteri - Wajib baca ! Nah..sekedar menduga hati wanita. Tampak jelas benar emosi bila blog sang suami (ABO) membutirkan tentang syiokknya poligami. Lalu..! Komen Qaseh Bonda bisa saja buat hati seperti dipalu-palu. Sekadar mengambil sedikit dari komentarnya..bagus sekali. Jika mahu terus melihat komentarnya sudi terus klik saja tajuknya yang diboldkan itu.
Ahmad Lutfi mengulas seringkasnya dibawah, diharap artikel yang ditulisnya bisa mendasari polemik syioknya poligami..teruskan membaca ! Telah ramai pula cerdik pandai, ahli-ahli tafsir, ulamak-ulamak terkemuka membicara isu ini melalui pelbagai pendekatan dengan mengeluarkan pelbagai ulasan, pendapat, ijtihad serta fatwa untuk menangani isu ini. Yang menghairankan, kebanyakan memandang isu ini sesuatu yang sangat menyusahkan, menggerunkan, membebankan, mengelirukan dan sebagainya. Secara umumnya, isu ini dipandang negatif TANPA memberi maklumbalas bagaimana perkara ini boleh menjadi positif dan menjadi amalan tradisi dalam sesebuah keluarga. Persoalannya, mengapa mereka (cerdikiawan dan ulamak) ini memberi ulasan begini adalah disebabkan berikut:- Mereka sendiri tidak pernah mengharungi hidup berpoligami dan lebih bersifat berhati-hati. Mereka agak khuatir jika ulasan yang mereka berikan menjadikan pegangan sesetengah pihak secara taksub. Mungkin ulasan mereka dijadikan bahan hujah yang digunakan oleh penentang poligami. Ada juga dikalangan mereka berfikiran negatif.. Kecemerlangan dan kekuatan akal yang dikurniakan dikerah supaya sentiasa mencari "bukti-bukti" untuk menentang poligami. Mereka terpengaruh dengan persekitaran masyarakat yang hampir 100% semuanya menentang poligami atau lelaki yang "takut bini". Sebab itulah ramai orang yang nampakya seperti cemerlang dan terbilang, hakikatnya gagal (kecundang) dalam mengharung hidup berkeluarga walaupun hanya sekadar monogami. Kononnya ingin membela kaum wanita yang disangkakan lemah. Mereka selalu menganggap wanita adalah kumpulan kelas ke dua. Terhijab hati mereka untuk mengenal akan kehebatan dan keistemewaan kaum wanita yang sebenar. Disebabkan beberapa perkara inilah menjadi punca utama mengapa sehingga kini kita tidak pernah dihidangkan satu pun bahan ilmiah yang mudah difahami yang boleh dijadikan rujukan untuk mengamalkan poligami. Kebanyakan pengamal poligami diserang dengan hukum-hakam dengan amaran mendapat siksaan pedih jika tidak adil, tidak mampu dan sebagainya. Tidak cukup lagi diserang pula pada kaum wanita yang bermadu, dicucuk dengan pelbagai kejian, tomahan dan dicop sebagai perempuan bodoh dan sebagainya. Masalahnya di sini masih belum terdapat (ramai) penulis yang berani menulis secara terbuka, dan memberi tunjuk ajar bagaimana hendak adil, apa maksud adil, bagaimana dan kenapa dan sebagainya supaya kehidupan berpoligami atau bermadu dapat dilaksanakan dengan aman dan damai. Jika ada, maka bolehlah dijadikan panduan dan amalan kepada masyarakat keseluruhannya terutamanya untuk penguasa-penguasa atau pemimpin agama untuk dijadikan panduan. Kebanyakan penulis juga adalah penentang kepada poligami, dan pasti tidak akan ditakdirkan oleh Allah swt menikmati hidup poligami walau sesaat. Sebab itu mereka menentang poligami dengan menggunakan pelbagai alasan peribadi dengan mengambil nas-nas dan dalil-dalil yang sesuai dengan peribadi (nafsu) sahaja, sekadar untuk mereka-reka rintangan dan mencipta beban-beban. Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang sangat cemburu, iri hati dan dengki sehingga terhijab hati mereka dari memahami apakah keistemewaan yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan poligami. Hakikatnya, Poligami Anugerah Tuhan ! Kesimpulannya, orang yang tidak mengamal poligami janganlah mudah melatah dan berani membicarakan atau mempertikaikan pengamal poligami. Adalah agak janggal kerana mereka (pengamal monogami) membicara sesuatu yang mereka tidak tahu dan tidak pernah alami atau mungkin tidak diberi peluang oleh Allah swt untuk menikmatinya walau sesaat. Macam mana kamu boleh ceritakan tentang cantik atau buruknya bulan sedangkan tidak pernah menjejakkan kaki naik ke bulan. Ini tidak lain hanyalah satu dusta sahaja. Harapanku kepada pengamal-pengamal poligami, sumbangkan ide dan khidmat nasihat untuk meleraikan kekusutan ini. Jangan biarkan orang-orang yang tidak arif membicara perkara ini dan terus menyimpitkan fikiran masyarakat. Sama-samalah kita memberi tunjuk ajar. Jangan khuatir untuk memberi sebarang pandangan dan tunjuk ajar atas perkara murni ini. Anda tidak perlu menjadi seorang genius untuk menyampai perkara baik ini. Tidak perlu menjadi ulamak besar, atau bergulung Ph.D, dan tidak perlu juga keluaran dari universiti-universiti pengajian agama terkemuka dari dalam atau luar negeri (kalau pengajianmu itu sekadar untuk ditukar dengan habuan dunia). Tidak perlu menjadi pemimpin-pemimpin agama atau pembesar-pembesar negara, tidak perlu menjadi Ustaz maupun Ustazah untuk menyampai berita murni ini. Jadilah diri anda sendiri. Agama dipelajari untuk diamalkan, bukan untuk ditukar dengan habuan dunia atau untuk bermujadalah dengan orang-orang yang lemah pengetahuannya, jikalah demikian tunggu sahajalah keputusan Allah swt ke mana akhirnya kamu. Oleh itu pelajarilah Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah untuk diamalkan, itu yang dituntut oleh syarak. Biar sedikit asalkan istiqamah. Orang yang terhebat, termasyur dan berada di tempat nombor satu di dunia (diiktiraf oleh semua masyarakat di dunia walaupun berlainan agama, bangsa, negara dan budaya), hebat dalam segala bidang dari dulu hingga sekarang adalah pengamal poligami !, Rasulullah saw. Poligami adalah ANUGERAH. Poligami bukanlah sekadar sunnah, tetapi ianya adalah satu "Ketetapan Mutlak" (SUNATULLAH) ditentukan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang dipilih. Yang paling janggal lagi, ada juga hamba Allah swt yang tidak pernah langsung mendirikan rumahtangga turut berminat membicara soal poligami dalam penulisan dan ucapan mereka. Ini tidak lain hanyalah dusta dan bakal menambahkan kekeliruan pada masyarakat yang dahagakan kebenaran. Semuga Allah swt memberikan petunjuk dan hidayah pada mereka semua. |
| Sharizat nak bodohkan siapa pulak? Posted: 03 Jul 2010 11:16 PM PDT Laporan yang aku baca dari Sinar Harian. [Di sini] atau klik diatas. Walaupun aku bukan beriman dengan laporan jenis fasiq ni, tetapi aku yakin jika berita umNO jarang sangat salah... Cerita dan bahab jaja Shahrizat ni aku biasa dengar masa mula mula kerajaan PAS perintah Kelantan... Kelantan miskin... Kelantan takde beras... kelantan tak de pembangunan dan bla..bla.. lagi... Hasilnya ramai yang Ke Kelantan bawa beras malu sendiri... Waktu kawan aku dari Kelantan pertama kali sampai Ipoh aku bawa melawat Bandaraya Ipoh... dia tanye.. mane bandarnye... Punye la malu aku nak bandingkan dengan Kota Bharu... Aku pun tak tahu nak tunjuk kat mana... baru ni la ade bandar baru yang boleh aku angkat kepala sikit...tapi nak lawan ngan Kota Bharu masih aku malu kerana status Bandaraya Ipoh. Aku ingat Shahrizat yang dah bertahun jadi Menteri boleh cerdik sikit... rupenye sama standart ngan Shafie Apdal yang tah ape ape... Mungkin Shahrizat yang semakin tenggelam dengan kekalutan umNo memulihkan sokongan rakyat. Rakyat Kelantan termasuk umNO tentu rase diperbodohkan oleh Shahrizat. Mungkin juge Shahrizat diperbodohkan oleh pemimpin umNo yang bawa Shahrizat melawat kawasan miskin tepi sungai yang menjadi penyokong tegar umNO... kesian.. tak tahu siapa yang tipu dan menipu... yang pasti Shahrizat dah tertinggal kapal (anaksengat) |
| Posted: 03 Jul 2010 07:42 PM PDT Bukan mudah untuk menghapuskan judi kerna terpaksa mendaki Bukit tinggi di Genting. Namun kita ada jalan pintas tanpa mendaki Genting... bergerak ke Putrajaya! (*) Tak sesia terjah keretapi kelmarin ke KL, foto shot pun dah mantap, buah tangan Nikon yer ustaz ! Sesekali pegang DSLR tu tak sama macam gentel tasbih..wakakaka..!! Bravo utk anak sengat. |
| Posted: 03 Jul 2010 06:31 PM PDT [1] Jenaka radenbanjar Bomosiam said, " jin..! kalau lah Malaysia boleh jadi tuan rumah World Cup kan ker best? " Jin Gua Bkt. Putus said, " bos nak siksa gua ker? Tak pasal-pasal nanti semua pawang yg ada kat Mesia ni menurun mintak segala jin pegang bangunan stadium..! " Bomosiam said, " apa pasal pulak..? " Jin Gua Bkt. Putus said, " Sekali masuk gol, bersorak bagai rak..tiang pun prakkk sama..! Macam tak tahu...kontraktor bikin stadium kat Mesia ni bukan pakai simen, tapi pakai pasir bos..! Tu pasal cepat runtuh..! " [2] Jenaka radenjowo "Tok...! Boleh ke Malaysia jadi Tuan Rumah Bola Sepak Piala Dunia?", tanya Leman. "Wakakak...oii Leman..nko boleh tak jangan buat lawak pagi buta ni..." Kata Tok Moh sambil ketawa. "Apesal Tok?", tanya Leman pelik. "Logik sikit la Leman. Sebelum ramai yang mati tertimbus stadium runtuh...baik la tak payah. Pecah rekod kerana banyak stadium runtuh. Kubur besar masukkan ramai ramai...wakakaka!!!", jelas Tok Moh yang terus ketawa sambil berguling-guling |
| Posted: 03 Jul 2010 08:25 AM PDT Apabila sudah tersedia begini, perut manusia akan lapar. Tak tunggu lama untuk melahap. Kalau tulang pun boleh dikrup-krap, hanya pinggan yang tinggal. Siapa yang tahan mata melihat ikan dimasak enak. Dalam dok tulis artikel ini pun, dah berapa kali wak telan air liur. Sedap tuu..! Itu kisah ikan di dalam pinggan buat ratahan manusia. Maha suci Allah, syukur kepadaNya kerana Dia menciptakan ikan untuk manusia makan. Bukan juga seekor, malah sejak alam ini mula diciptakan sehingga kini, belum lagi terdengar ikan akan pupus di muka lautan. Sewaktu manusia hidup, maka ikan makanan manusia. Tetapi jika diingat kembali cerita arwah ayah wak ketika beliau mengerjakan haji ikut kapal laut ditahun 70an dahulu, jika ada jemaah yang mati dalam pelayaran, maka lautan itulah kuburnya. Dan ketika itu giliran ikan pula akan makan dan gigit manusia. * Jika kelak anda mati, dan takut mayat anda digigit ulat, tak payah tanam dibelakang masjid, suruh jer waris hantar ke tengah laut, hmm..! Bagus sangat la tu ? Ingat dalam laut tu tak de ulat, ular dan segala macam yang dahsyat ? Lebih dan macam-macam ada sebenarnya..! Tak Percaya ? pi tanya ulamak-ulamak yang ada Ph.D tu ! Betul ker tidak..!! Kelmarin, satu kes berlaku di Teluk Venice, Florida. Seorang remaja perempuan di kekah ikan. Di kekah ketika didalam bot. Power betul ikan tu, dia boleh lompat dan ngap lengan budak tu hidup-hidup. Bukan besar mana pun, kecik jer ikannya..tapi impak gigitannya..boleh tersontot jiwa raga. 51 jahitan tu beb ! Nampak lengan budak tu ? Nama ikan tu baracudda. Saintis kata dalam tempoh 100 tahun, ini kes yang ke-25 ikan tu attack manusia. Last baracudda gigit manusia pada bulan Oktober 2004. Tak sampai 2 bulan selepas itu, tsunami besar berlaku. Ingat lagi ker? Ker ini petanda tsunami nak datang lagi..! Ini pula ikan barracudda yang telah dibunuh oleh ayah budak tu. Sadis gila..boleh pulak letak perkataan 'bunuh' "I killed it with a fillet knife by stabbing it in the head - before it killed one of us.. " itu kata ayahnya. Bunoh ler tu..! Makin banyak kerosakan dimuka bumi sekarang, MP Parlimen BN di Sabah dah mintak cadangan untuk buka 1 lagi kasino di sana. Anak zina dah cecah 270 ribu, itu di Malaysia saja. Betullah..makin banyak risaunyer. Kepada sahabat yang yakin kepada janji Allah tentang 'bala' kepada umat manusia yang melampaui batas, segeralah kembali kepada islam. Yang jarang jengah masjid, rajin-rajinkan kaki pijak tangga masjid mulai subuh esok. Yang susah nak bangun pagi solat subuh, malam ni kunci jam..esok jam 5.30am bangun dan solatlah berjemaah di masjid atau surau. Yang dah setahun tak buka Quran tu, malam ni habis tahajut cuba2 baca kembali. World Cup hangpa boleh tunggu pulak..sampai pagi, tak kan nak baca 1 muka 1 malam Quran hangpa tak sanggup. Sama laaa juga yg dok tulis blog dan gila fesbuk. Dari pagi sampai tgh malam boleh hadap blog dan fesbuk, tapi nak hadap Quran 1 muka seminggu pun payah. Jangan eksyen laa kata 1 hari 1 muka, jangan dok temberang macam Umno..meluat aku ! (*) muhasabah untuk aku jugak...! |
| You are subscribed to email updates from albanjari online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan