Sabtu, 3 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Jutawan Malaysia bersama Paris Hilton ?

Posted: 03 Jul 2010 04:07 AM PDT

Minah porno ni pun tumpang sekaki curi tumpuan World Cup. Kena tangkap bab hisap menghisap ni biasa sangat dah. Dah hobi dia..siang malam gitu, apa ada hal ! Ada aku kesah ?

Tetapi bila ada jutawan misteri dari Malaysia pun tumpang semangkok, itu dah jadi lain beb ! Dahsyat juga taste jutawan-jutawan Malaysia sekarang. Ingat ahli politik jer dok terkam selebriti. Jutawan pun dah sama laju. Dok bimbang kot lepas ni, jangan ada news tulis, Ulamak Alamak Muda plak terbabit. Mana tahu !

Baca lagi dibawah. 

Sekadar melapor dan terkedu seketika..! Hancuss jika yang 'misteri' itu pula muslim..!!

Untuk para isteri - Wajib baca !

Posted: 02 Jul 2010 08:30 PM PDT

Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli saamada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Foto : Maaf kerana tersalah letak gambar lagi, terletak foto ni la pulak..!

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…"

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la nak kata apa ! Takut nanti ada isteri yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi.

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya.

Kerana itu, seboleh2nya...jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya. Kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer.

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Yang penting,
"Isteri jangan lupa menjadi isteri".
_
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.

Sekalipun berapa anak yang diperolehi. Suami tetap merupakan "Anak Sulung", walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan.

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Jika terlupa sebut "pakcik" tetapi minta dipanggil 'abang', hmm..! Bung ada jawabnya..!

Seperti yang sering dinyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Apalagi, jom poligami..! Amboi..syokkk nampak ?

(*) sumber : feryco.com

Syarikat Ph.D kena tipu?

Posted: 02 Jul 2010 07:45 PM PDT

Dengan lagak seperti ahli korporat, seorang penganggur dipercayai memperdaya lebih 40 syarikat dan individu membabitkan wang hampir RM5 juta dengan menawarkan mangsa menjadi sub kontraktor bagi pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 50-an itu dikatakan giat memperdayakan syarikat atau kontraktor dengan mendakwa dia dilantik sebagai wakil sebuah syarikat pembinaan berpusat di India.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek menunjukkan reka bentuk, spesifikasi, rekaan grafik dan harga tawaran barang mentah pembinaan projek landasan berkembar itu yang disimpan di komputer ribanya. Mangsa yang bersetuju perlu membayar sejumlah wang bagi tujuan melobi mendapatkan kontrak namun menyedari mereka diperdaya apabila suspek lesap.

Ulamak Era Najib ?

Posted: 02 Jul 2010 07:08 PM PDT

Kitol said, "Bilal Husin, betoi kaa malam ni ada baca kitab kat masjid kita ? "
Bilal Husin said, " betul laa..Bahrul Mazi..tak kan tak tau ? "

Kitol said, " yang datang ni..ada Ph.D ker tak dak ? Kalau tak dak, bukan 'ulamak' laa..! "

Bilal Husin said, " hoi..bahlol, ulamak tu nak kena ada Ph.D ker? Ker saja hang bagi alasan tak mau datang..? Memang pun hang jarang datang..!"

Penarafan Ulamak Era Najib - Mesti ada Ph.D atau Master (MA.) Betul kaa ?

Kebelakangan ini saya sering dilanda kegelisahan. Gelisah yang menjadikan naluri saya sentiasa tidak tenang. Isu ulamak yang begitu popular mutakhir ini bukan sekadar isu kecil bagi saya. Bukan sekadar cerita politik. Bukan sekadar cerita pegangan mazhab. Bukan sekadar cerita tajdid dan sebagainya. Bahkan lebih besar dari itu.

Sedari kecil , ulamak adalah istilah mulia yang aku junjung. Kecilnya aku diajar begitu, dan besarnya aku memahami mengapa aku perlu begitu. Ulamak adalah makam yang tinggi. Darjat atau title 'pewaris nabi' yang bukan remeh untuk dipermainkan. Dengan erti kata lain, memuliakan ulamak adalah bererti memuliakan nabi dan menghina ulamak samalah seperti menghina nabi.

Biar apapun istilah dan pemahaman orang, bagi aku istilah ulamak jauh lebih istimewa daripada itu. Ulamak bukan hanya difahami dari makna istilah arab ; yang bermaksud banyak ilmu. Kayu ukur untuk menyukat ilmu seseorang pula bukanlah melalui kelulusan dan pencapaian akademik mereka. Sedihnya, dengan memegang Ijazah, Master atau Phd, sekarang ini sudah boleh digelar ulamak. Ya bagi mereka, tetapi tidak bagi aku. Abadan abada.

Aku bercinta dengan ulamak. Mana mungkin aku mahu memberikan title kekasihku itu kepada mereka yang tidak selayaknya. Sukar dan menyakitkan. Kerana itu aku katakan, biar apapun istilah dan kefahaman orang tentang 'ulamak', bagi aku ia jauh lebih istimewa daripada itu.

Bagi aku, ulamak adalah seorang alim yakni tinggi keilmuannya dalam segenap bidang agama. Bukan semata2 satu bidang atau cabang ilmu sahaja. Ulamak2 silam - kalau diperhatikan - merupakan individu yang begitu hebat dalam semua cabang ilmu , bukan terhad kepada satu bidang sahaja. Contohnya Al Imam Hujjatul Islam, Imam Al- Ghazali rahimahullahu ta'ala. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang tokoh dalam ilmu Tasawwuf, namun tidak ramai yang perasan bahawa beliau sebelum itu adalah juga seorang tokoh dalam ilmu Fiqh.

Kemudian, ulamak juga bukan semata2 tahu. Yakni ada maklumat ( ilmu ) tentang sesuatu. Bahkan ia benar2 beriltizam dan beramal dengan ilmunya tersebut. Perwatakan, tutur kata dan segenap sudut pandang dirinya adalah cerminan jelas kepada ilmu yang dimilikinya. Tidak mengejar pangkat, nama, pandangan manusiawi bahkan benar2 tawadhuk meskipun keilmuannya diiktiraf masyarakat.

Ulamak juga seorang yang thiqah dengan ilmunya. Tidak menjadikan ilmu atau kelulusan yang diperolehi demi tujuan2 tertentu. Ulamak sedemikian barulah boleh mendepani masyarakat. Mengemudi kejahilan ummah ke arah cahaya kefahaman. Bukan ulamak yang mengajak ummah terjun ke lubang najis.

Ulamak bukan semata2 berbangga dengan ilmunya. Berceramah di sana sini demi mengejar populariti atau bergelar hero dalam masyarakat. Itu bukan ulamak. Setinggi mana pun ilmu ulamak, akhlaknya indah bak Al-Quran. Rasulullah s.a.w sendiri diibaratkan seperti Al-Quran yang berjalan. Maka ulamak juga begitu. Akhlaknya cukup untuk meruntuhkan ego dan kekerasan hati sesiapa yang mendepani mereka. Bukan berkeras bertekak dengan si jahil atau golongan juhala'. Itu bukan kerja ulamak. Bahkan adalah dianjurkan supaya menjauhi daripada berdebat dengan orang2 bodoh. Termasuk juga bodoh sombong.

Itu baru ulamak. Segenap sisinya adalah cahaya kepada ummah. Dia menjadi sumber rujukan, bukan sumber pencetus kekeliruan. Ulamak bukan sekadar tegas atas pendapat atau pendiriannya, bahkan dia juga tahu untuk bertolak ansur, berlapang dada dan bersikap hormat menghormati. Tindak tanduknya bijak. Tutur katanya terkandung hikmah dan ibrah, ringkas , padat dan berdalil. Bukan mencetus spekulasi yang tidak berfakta di depan orang kampung.

Aku termenung panjang melihat keadaan sekarang. Alangkah mudah seorang itu digelar ulamak. Kalau mereka berhujah bahawa dia layak digelar ulamak kerana takrifan kamus, maka aku berlepas tangan. Tetapi kalau hendak berhujah bahawa mereka adalah ulamak dalam takrifan yang aku sebutkan, maka aku menetang habis2an. Aku yakin sebenar2 yakin, bahawa yang demikian itu bukan lah ulamak.

Kerana itu di dalam kitab Bidayatul Hidayah sudah pun diistilahkan tentang ulamak su' - yakni ulamak yang jahat. Hanya semata2 ada ilmu, tetapi ilmunya tidak memberi manfaat langsung pada dirinya, apatah lagi orang lain. Sebaliknya dia pula menjadi asbab membiaknya kejahilan dan kekeliruan dalam masyarakat. Benar, mereka boleh digelar ulamak. Tetapi ulamak yang dijanjikan dengan azab dan neraka. Wal'iazubillah min zalik.

Ulamak adalah cita2 aku, meskipun aku tahu cita2 itu terlalu tinggi untuk ku gapai. Sangat jauh untuk sampai ke situ. Namun aku cuba melazimi doa, mudah2an Allah makbulkan hasrat dan cita2 tersebut. Dan kalaupun aku tidak berjaya sampai ke sana, aku berdoa supaya aku kekal digolongkan dalam golongan yang benar2 menyintai dan mengasihi Ulamak.

Tulisan ini sungguh memberi makna mendalam kepada diriku sendiri. Satu pendirian yang aku pahatkan sekian lama di lubuk jiwa dan aku cuba permanentkan di kanvas maya. Supaya aku tidak tergolong dalam golongan yang lupa. Dan kalau lupa, ia boleh menjadi reminder yang berguna. Kerana aku juga manusia biasa. Yang ada masa kuat dan lemahnya. Satu sabdaan Nabi s.a.w aku jadikan penutup bicara ;

" Barangsiapa yang bertambah ilmunya, sedangkan tidak bertambah hidayah Allah kepadanya, maka sebenarnya tiada apa2 yang bertambah ke atasnya, melainkan semakin bertambah jauh daripada Allah ta'ala "

(*) sumber dipetik dari blog hafizquran

Buncit !

Posted: 02 Jul 2010 06:52 AM PDT

Buncit ! Mengapa buncit ? Bila buncit ? Pasal apa buncit ? Nak kena buncit ker ? Tak buncit tak boleh ? Ker memang buncit. Eh..! Kisahnya dalam video Ariel sama Luna juga ada pria berperut buncit. Nampaknya, sana sini sinun, ramai yang buncit. Dari porno ke Afdzan Shauki, dari tokey kedai todi, sampai lah ke premis parti, ramai yang nampak buncit.

2 buncit 1 Adam dan 1 Hawa. 1 memang 'berisi', satu lagi..mustahil 'semulajadi' ? Untung jadi orang politik, tak sempat nak enjoy buncit..., kalau tak mati..sakit ! Ada kaa ahli politik berperut buncit ? Ada..tapi sedikit, apa ? ramai ?? Biar betul ? jangan fitnah ! Nanti Alamak Muda marah..!

Tadi pergi kedai Ason, hmm..ingat tokey jer buncit, rupa-rupanya yang disembahnya juga sama buncit. Mungkin kerana buncit telah membudaya masyarakat sejak dahulu kala, tak pelik sungguh bila hari ini dikhabarkan ada 257 ribu yang telah ter'buncit' secara tidak sengaja. Itu yang didaftarkan, belum masuk lagi yang sembunyi2 boncit, entah2 cecah setengah juta apa ? Perh...! Sadis jika betul macam tu.

Judi, arak ada kempen. Buncit ? Tak kan nak biar saja. Agak-agak ada tak ahli politik yang bangun bawa usul di Parlimen, SAY NO TO BONCIT ! Ingat..buncit bukan sekadar di perut, kadang-kadang buncit juga boleh membarah ke poket. Tak percaya ? Tanya Fasha Sendat ! Antara poket boncit dan perut boncit..mana satu pilihan kalbu ? Atau dua-dua dia sapu..! baru ada akai...!!

(*) catatan - artikel ini ditulis lebih kepada satira sindiran untuk masyarakat, tidak ada unsur-unsur untuk menghina kepada sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah mati.

Tiada ulasan: