Jumaat, 30 Julai 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


FIKRAH UMNO ADALAH ZALIMISME

Posted: 30 Jul 2010 12:43 PM PDT

perbedaan kita dengan UMNO, bukan kerana UMNO Berbangsa melayu dan kita beragama islam. Tetapi, perbedaan antara kita dan UMNO adalah, UMNO mengekalkan sistem pemerintahan yang bersifat menindas, walhal perjuangan kita adalah mahukan pemerintahan yang bebas dan adil.

Islam adalah agama yang mengajar keadilan. Islam adalah agama menyuruh menyerang kezaliman. Lantaran itu, kita menolak UMNO.

Kita tidak boleh bersama dengan UMNO kerana UMNO memerintah dengan menggunakan sistem pemerintahan yang zalim. Walau ada ahli-ahli UMNO yang mengucap syahadah, maka itu bukan perkara prinsip bagi UMNO.

Jika itu dianggap prinsip, mengapa baru sekarang kita berbicara kononnya hendak bersama dengan UMNO? Mengapa dahulu kita lawan UMNO bermati-matian sehingga ada yang syahid?

Justeru, kita lawan UMNO bukan kerana ada ahli UMNO yang mengucap syahadah, tetapi kita melawan UMNO kerana UMNO adalah satu parti yang membawa fikrah zalimisme. Adapun fikrah kita adalah, mahukan keadilan Islam terlaksana. keadilan itu, menembusi batasan bangsa dan agama.

Ini fikrah kita. Fikrah yang membedakan antara kita dengan UMNO. Kita mahukan kepada keadilan. Kita menolak kezaliman. UMNO adalah parti zalim. UMNO adalah zalimisme.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Damansara
31 Julai 2010 * 2:15 pagi

PEROMPAK BERDEBAT DENGAN PENYAMUN

Posted: 30 Jul 2010 12:25 PM PDT


Malaysiakini melaporkan:

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini" (sila klik)

KOMEN;

usahkan bicara soal perpaduan melayu dengan PAS yang mempunyai dasar Islam, antara UMNO dengan PERKASA yang sama-sama perjuangkan melayu pun tidak ada kesamaan dalam mempertahankan idealogi melayu.

Ini memberi bukti, isu perpaduan melayu yang dimainkan oleh UMNO, tidak lebih sekadar retorik yang mengandungi hipokrit, dalam usaha hendak melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS.


Tiada ulasan: