Ahad, 18 Julai 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Berita Panas. Tarikh PRU13 jatuh pada ….

Posted: 17 Jul 2010 10:34 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah. Mungkin tepat, mungkin kebetulan, ramalan gua Spain menang world cup dengan 1-0 (atau penalty) menjadi takdir. Walau RnD adalah pembolehubah yang gua bentangkan, namun RnD adalah sebahagian dari pembolehubah-pembolehubah yang ada. Maksud gua, Spain ada 1 lagi pembolehubah. Malas bentang berjela sebab gua bukan nak cerita bab bola.

Kemudian, uma suruh gua tilik bab PRU13. Gua kol gua punya jin. Gua tanya bila PRU13 kat Malaysia nih. Macam yang lu orang tahu, jin gua nih agen kerajaan Islam Alexscan. So, dia bawa soalan gua ke pihak atasan dia. Kemudian, bila dia sampai, dia bagi gua formula nak kira tarikh PRU13.

Formula ni adalah hasil pemikir2 bangsa jin. Lu takan jumpa kalau setakat mengaji dan wala' pada ulama baka Melayu. Sampai kiamat naik unta hunus pedang untuk berjihad lawan teknologi terkini. Ulama Melayu nak jumpa teknologi kain alas darah haid pun terkial-kial. Sebab bodoh macam tu la habes semua nas dan dalil salah tafsir sampai mundur. Ada ke kisah Luncai ditafsir kepada perbuatan orang sia-sia. Nasib baik M. Nasir tak bangang macam ulama Melayu. Luncai Emas. Kisah Luncai pun tak lepas nak tafsir.

Formula ramal tarikh PRU13.


(Matematik ini dimudahkan untuk Ulama Melayu. Tapi, kalau gua tersilap mudah plak, tempeleng gua balik.)

1. Dapatkan jumlah penggunaan petrol, diesel dan gas di Malaysia tahun paling terkini. Katakan tahun 2009. Dalam bentuk liter, BUKAN dalam bentuk RM. Boleh gak kira ikut penjimatan dalam setiap hari. Tapi yang ini ikut liter la. (Ulama Melayu ni paham ke tak antara liter dengan RM ni, C++? Huhuhu.)

2. Bahagikan dengan 365 untuk dapatkan jumlah liter dalam satu hari di seluruh Malaysia. Kita ganti kepada Y. Jadi Y itu merujuk kepada jumlah penggunaan petrol dalam liter untuk 1 hari di Malaysia. (Gua dah nampak Ostad Idris bukak kopiah, garu2 kepala.)

3. Dapatkan anggaran jumlah perbelanjaan BN dalam PRU12. Katakan 1 bilion. (Gua dah nampak Ostad Harun Taib buka kitab cara-cara kira zakat.)

4. Cari jumlah hari yang diperlukan bagi mengumpul 1 bilion dana BN dari 5 sen pada setiap liter. Kita ganti dengan W. Jadi W merujuk kepada jumlah hari yang ingin dicari. (Gua dah nampak Ostad Ali Kutty Surau Hitam kira guna biji tasbih.)

5. Jadi, Y DARAP 5 sen DARAP W = 1 bilion. (Gua dah nampak Al-Fadhil Ustaz Parpu… eh Parpu ulama ke? Mamak ni SPM pun ntah lepas ntah tak. Haha. Percayalah cakap gua, lepas BN kalah ni, Parpu akan masuk PKR. Kalau salah, gua bogel dengan Nora Danish secara berasingan.)

6. Jadi M = 1 bilion BAHAGI Y BAHAGI 5 sen. (Gua dah nampak Evelin gelak2 guling, gua settle mamematik guna Bahasa Melayu. Luncai lu!) Jawapannya kita ganti kepada Q. Jadi unit sukatan Q adalah hari.

7. Kemudian, tarikh penguatkuasaan harga baru Petrol TAMBAH dengan Q hari = Tarikh paling lewat PRU13. Kita ganti dengan T.

Tarikh PRU13 (T) lebih cepat dari itu kerana beberapa factor lain seperti hasil rompak duit rakyat yang lain. Gula, tariff, cukai, judi, etc. Tarikh PRU13 juga boleh lewat dari itu atas factor menurunkan harga minyak semula bagi tujuan 'feel good factor' selepas sasaran dana 1 bilion tercapai.

Sekian, maklumat dari jin gua. Wakil kerajaan Islam Alexscan.

Tiada ulasan: