Addin |
| Hassan Ali Mengaku Temui Harussani Posted: 24 Jul 2010 06:52 AM PDT Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS. Ini kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu. Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno-PAS."Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu. "Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan, yang kembali dari luar negara malam tadi, dalam satu kenyataan lewat petang ini. Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu. Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. "Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut," katanya. Hasan menambah, kerajaan negeri Selangor tidak pernah menyekat, malah sentiasa menggalakkan Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Katanya, pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. "Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan. "Pertemuan saya dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada 'engagement' sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. "Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus hal ehwal Islam dan adat-adat Melayu," katanya. Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Namun beliau enggan mendedahkan nama kedua-dua pemimpin tersebut. Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan". Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.Mahfuz mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS. |
| Isu Pasir Di Selangor, Noh Omar Dan Khir Toyo Berebut Pengaruh Posted: 23 Jul 2010 10:25 PM PDT Kecurian Pasir, isu yang cuba dimanipulasi pimpinan Umno Barisan Nasional terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim, sebaliknya memakan diri. Semuanya kerana ada dua puak dalam Umno Selangor cuba menonjolkan diri menjadi jaguh demi kepentingan politik peribadi masing-masing.Ini menjadikan Umno Selangor semakin berpecah belah ketika Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui Khalid Ibrahim semakin teguh sekalipun digasak dari segenap sudut.Kem Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo, dilihat cuba melebar pengaruh. Namun, kerajaan Selangor langsung tidak goyah dan cekal dalam mendepani serangan demi serangan yang tak kunjung habis. Pimpinan Umno Selangor melanjutkan persengketaan politik sesama sendiri dalam menarik perhatian pimpinan Umno di peringkat persekutuan. Sekalipun berdepan pentadbiran cemerlang Khalid Ibrahim yang berpaksikan kepentingan rakyat, Noh Omar dan Khir Toyo dilihat mengutamakan kuasa dan mendahulukan pengaruh. Bercakap kepada TV Selangor, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menyifatkan tindakan Dr Khir Toyo dan Noh Omar menyimpan angan-angan untuk menjadi 'Menteri Besar' selepas PRU 13. "Inilah peluang yang ada pada kedua-dua pimpinan ini menonjolkan imej sebagai pimpinan utama di Selangor. Jika salah seorang daripada mereka dipilih dan mereka berharap dapat menjadi MB dalam PRU 13 akan datang. Itupun jika rakyat memberi mandat," katanya. "Kalangan pimpinan Umno boleh baca memang wujud keretakan dan kalau pun keretakan itu tidak kelihatan pada permukaan tetapi pada peringkat dalamnya, keretakan itu sudah ada," katanya. Shuhaimi turut menegaskan kritikan Umno terhadap Khalid Ibrahim semata-mata atas landasan politik kuasa, bukannya mahu benar-benar membela rakyat. Beliau berkata keretakan hubungan mereka mudah dikesan jika menelusuri tindak tanduk mereka kebelakangan ini. Katanya, Noh Omar dilihat cuba mengangkat diri sendiri manakala Khir Toyo mengelak dari dipersalah lantaran kegagalan kerajaan pimpinannya sebelum ini mengurus kecurian pasir. Kata Shuhaimi, Noh Omar dan Khor Toyo juga berlumba-lumba mahu mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan perpecahan Umno amat ketara. "Bila Khir Toyo melawat ke Kuala langat dan Dengkil, beberapa hari selepas itu Noh Omar pula sewa helikopter pergi ke kawasan Bestari Jaya, Batang Berjuntai dan Kuala Langat," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan