Addin |
| Guan Eng : Mungkin Najib Bunuh Diri Jika Kahwin Rosmah Esok ? Posted: 17 Jul 2010 07:44 AM PDT Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. "Pada malam ini, saya mengulangi di sini, saya tak percaya Teoh Beng Hock membunuh diri, boleh tak?" Kenyataannya ini disambut tepukan kira-kira 1,000 orang hadirin, sebelum beliau menyambung, "Tak kiralah apa alasan yang anda berikan, saya tetap tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Kalau Teoh Beng Hock tidak membunuh diri, apakah punca kematiannya?" Lim Guan Eng berkata demikian dalam satu Majlis Peringatan mendiang Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Selain keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pemimpin politik yang menghadiri majlis peringatan tersebut termasuklah Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Lembah Pantai-PKR, Nurul Izzah, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh dan ramai lagi pemimpin DAP. Gobind Singh, juga ahli parlimen Puchong-DAP yang berucap sebelum Lim Guan Eng, memberi janji kepada keluarga Teoh dan rakyat bahawa DAP akan cuba sedaya upaya menegakkan keadilan untuk Teoh Beng Hock. "Kita akan lawan sampai habis untuk Teoh Beng Hock! Biarlah mereka datang kepada kita, biarlah mereka menakutkan kita dengan laporan polis, biarlah mereka ugut kita dengan tuduhan hina mahkamah. Biarlah mereka buat apa sahaja yang perlu..." sebelum beliau menyambung, "Tetapi mereka tidak akan dapat mematahkan semangat kita, kerana kita akan terus berjuang, tuan-tuan dan puan-puan!". Baca seterusnya.. |
| Mengapa Orang Penan Tidak Lapor Kepada Polis? Posted: 16 Jul 2010 11:12 PM PDT Pada 9 Julai 2010, Menteri Pembangunan Tanah Negeri Sarawak, James Masing mencadangkan polis untuk memohon kepada mahkamah, agar waran dikeluarkan untuk menangkap mangsa eksploitasi seksual yang enggan bekerjasama, malah mengambil keterangan daripada NGO yang mendedahkan laporan ini. Menteri Pembangunan Bandar dan Perumahan Sarawak, Amar Abang Johari Tun Openg yang pernah menjaga hal ehwal orang Penan mendakwa dirinya tidak pernah mendengar khabar sedemikian (eksploitasi seksual), dan tidak faham mengapa ia berlaku sekarang."Mengapa mereka tidak membuat laporan polis?" Demikianlah persoalan yang dilontarkan terhadap mangsa eksploitasi seksual. Baca seterusnya.. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan