Addin |
| Posted: 04 Jul 2010 06:50 AM PDT Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas Timbalan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong. Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit. Dalam wawancara dengan TV Selangor, Datuk Dr Tan menjelaskan latar belakang di sebalik keputusan Felda membina ibu pejabat baru di segi tiga emas Kuala Lumpur. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan adalah contoh terbaik campurtangan Umno dalam urusan Felda. "Sebelum Najib ambil alih, Felda adalah merupakan satu organisasi yang sangat kuat. Selepas Najib ambil alih tanggungjawap Felda, itu mulanya hancur semua aspek Felda," tegas Dr Tan. "Pada masa sekarang pun, pentadbiran di dalam Felda itu tiada masalah. Apa masalah besarnya ialah pemimpin kuat Umno campur tangan sebab itu Felda sudah jadi masalah besar lain," tambah beliau. Bekas Menteri BN ini memberi contoh bagaimana campurtangan politik mempengaruhi projek pembinaan bangunan baru yang mencecah RM220 juta. "Satu contoh lagi kita difahamkan pada 2006, Felda ada satu cadangan membina satu bangunan sendiri di atas tanah sendiri di kawasan jalan Semarak sebeleh Felda ada banyak rizab tanah di Jalan Felda. Pada masa itu, pelan asal sudah lulus untuk merobohkan satu bangunan lama untuk membina satu bangunan baru 21 tingkat guna wang RM220 juta dan juga pada masa itu sebelum Najib campur tangan sendiri itu kontrak untuk merobohkan bangunan lama sudah dipanggil. Itu makna bila awak dipanggil, pelan merancang sudah dipanggil DBKL," kata Tan. "Dan juga pada masa itu, Perdana Menteri, Pak Lah sudah bagi satu tarik untuk sambut pada masa itu dan selepas itu, Najib buat satu menyuarat khas di pejabat beliau di Putrajaya. Pada masa itu, dia hanya panggil dua orang, Allahyarham Tan Sri, Pengerusi Naza TTDI dan Datuk Baki. Mesyuarat ini kalau betul-betul rasmi dan telus tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Felda dan kepada Ketua Pengarah Felda," jelas beliau. "Bila pengerusi Felda pada pagi itu dengar berita, Pengerusi dan Ketua Pengarah Felda dengar berita, beliau dan empat pegawai dari Felda masuk kereta cepat-cepat pergi Putrajaya dengan harapan untuk kekalkan pelan lama dan ada menyelamatkan Felda, tapi itu sudah lewat. Sekarang sudah ada pelan baru dimasukkan ke kawasan KLCC di mana kos tanah termahal di seluruh Malaysia," tambahnya lagi. |
| Terjemahan The Washington Post, Benarkah Anwar Mohon Maaf ? Posted: 03 Jul 2010 08:25 PM PDT Oleh JACKSON DIEHL, Washington PostBerikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia: Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam. Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia. Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi". Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya. Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan. tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat. Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya. Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai. Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku. Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik. Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu. Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS. Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington. Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar." Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati." Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada Sumber: Detik daily |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan