WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- AKUAN BERSUMPAH BALA - MUNGKINKAH PEGAWAI SPRM DI TAHAN DI LONDON ?
- GEDEBE POLITIK - KJ `BELASAH' RAJA KATAK PASIR MAS
- MENCARI BUKTI MELALUI NIAT ? BODOH PUNYA KERJA
- ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH
| AKUAN BERSUMPAH BALA - MUNGKINKAH PEGAWAI SPRM DI TAHAN DI LONDON ? Posted: 28 Jun 2010 03:01 PM PDT Raja Petra Kamarudin SPRM dijangka akan merekodkan kenyataan Penyiasat Peribadi P Balasubramaniam pada Isnin 5hb dan Selasa 6hb Julai 2010. Bertempat di Holiday Villa, London. Menurut Berita Harian dan The Star, ianya telah disahkan dan Bala bersama tiga orang peguamnya dijadualkan berada di London sepanjang tempoh itu. Terkini, bagaimanapun, SPRM telah menulis kepada peguam-peguam Bala memberitahu mereka tidak akan dibenarkan hadir ketika kenyataan Bala direkodkan. Peguam-peguamnya berkeras bahawa mereka tetap akan hadir dan tidak akan menyerah berkenaan isu ini. SPRM juga tidak mengalah dengan mengugut yang keseluruhan sesi itu akan digugurkan. Mungkin ini yang mereka mahu. Mereka bukannya benar-benar hendak mengambil kenyataan Bala kerana risau tentang apa yang akan dia perkatakan. Bala juga akan membawa bersama pelbagai dokumen-dokumen, termasuk bukti wang yang dia telah dibayar untuk mengubah Akuan Berkanunnya dan keluar bersama Kenyataan Bersumpah 2 untuk menarik balik apa yang dikatakannya dalam Akuan Bersumpah 1. Saya telah bercakap bersama sekumpulan peguam-peguam British tentang perihal ini dan mereka merancang untuk turut berada di Holiday Villa pada pagi Isnin 5hb Julai untuk mencabar SPRM terhadap perkara undang-undang. SPRM tidak boleh merujuk Akta Antirasuah Malaysia atau Akta Rahsia Rasmi dan menggunakan hukum-hukum ini di British, peguam-peguam British memberitahu saya. Di Britain, setiap orang, malah seorang saksi, mempunyai hak untuk diwakili secara sah. Ia melanggar undang-undang British sekiranya SPRM melarang peguam-peguam Bala daripada hadir ketika kenyataannya sedang dirakamkan. Lagipun, Bala memberi kenyataannya sukarela. Tiada saman atau waran dikeluarkan terhadapnya. Bala tidak akan memberi sebarang kenyataannya jika dia tidak mahu dan tiada apa-apa yang SPRM boleh lakukan. "So why play hard ball?" kata peguam-peguam British. Tambahan pula, Britain mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Jadi SPRM tidak boleh menggunakan Akta Rahsia Rasmi Malaysia untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat Britain, tambah peguam-peguam British. Jika SPRM hendak menjalankan satu operasi haram di London kami terpaksa membawa perkara ini untuk perhatian pihak polis British dan pegawai-pegawai SPRM akan ditahan dan didakwa, kata peguam-peguam British lagi. Ini Britain dan bukannya Malaysia, yang mengamalkan undang-undang hutan, tambah peguam-peguam itu lagi. Pegawai-pegawai SPRM tidak boleh tidak mempedulikan undang-undang dan menolaknya di Britain seperti mana mereka buat di Malaysia. Mereka akan dapati diri mereka berhadapan dengan masalah undang-undang jika mereka cuba melakukannya. Sekarang anda dapati di sana. Pegawai SPRM, PI Bala, dan tiga orang peguam Bala akan berada di London minggu depan. Tetapi selain daripada kenyataan Bala diambil adakah kita akan melihat pegawai-pegawai SPRM diheret ke penjara? Saya rasa saya akan menanti di Holiday Villa pada hari Isnin depan dengan kamera saya untuk menyaksikan keseronokan ini. Dan saya pasti juga ramai pegawai-pegawai Special Branch dari Bukit Aman akan turut berada di sana dengan kamera-kamera untuk mengambil gambar saya juga. Untuk makluman, saya akan memakai topi Perancis, jeans Amerika, kemeja Polo, memegang sebuah kamera Jepun, dan dengan satu cerut Cuba di mulut saya. Sumber: Tranungkite |
| GEDEBE POLITIK - KJ `BELASAH' RAJA KATAK PASIR MAS Posted: 28 Jun 2010 11:09 AM PDT ![]() Awas! Rambo..oppsss..Rombau dah mengamuk!!! Oleh: cucupakkasim "Ibrahim 'gedebe politik' - Khairy REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik). Beliau bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkannya sebagai penghalang konsep 1Malaysia. Jelasnya, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini, justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Ibrahim sejak beberapa hari lalu. Khairy berkata, Ibrahim sebenarnya adalah ahli politik yang tidak laku dan apa saja yang dibuat oleh beliau sebenarnya adalah untuk dirinya sendiri. "Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung sebab gelaran itu terlalu mulia baginya, tetapi hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan. "Dia perlu ingat bahawa kalau tidak kerana undi Pas dan UMNO, dia tidak akan menang sebagai calon Parlimen Bebas. Kalau kita lihat dia bertanding dulu di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada 2005, dia hilang deposit."Jadi macam mana dia kata perjuangannya adalah relevan, sedangkan dia tewas di kampungnya sendiri?" katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas dekat sini hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan Khairy sebagai penyibuk berikutan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Khairy kemudiannya mempertahankan Ka Siong dan menggelarkan Ibrahim sebagai penghalang kepada konsep 1Malaysia yang diamalkan kerajaan dan 'jaguh kampung' ekoran isu itu. Dalam kenyataan balasnya semalam, Ibrahim secara sinis mencadangkan agar Khairy dilantik sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana beliau sahaja yang memahami konsep globalisasi. Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi ia tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif. Jelasnya, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN). "Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pihak, bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain," katanya. Sementara itu, di Kuala Lumpur, Khairy ketika dihubungi berkata, beliau tiada masalah dengan perjuangan Perkasa, tetapi sebagai pemimpin sebuah organisasi sebegitu, Ibrahim perlu mengubah pendekatan dalam menangani sebarang isu. Jelasnya, sebagai seorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula. Sumber: http://dollahyankee.blogspot.com |
| MENCARI BUKTI MELALUI NIAT ? BODOH PUNYA KERJA Posted: 28 Jun 2010 10:11 AM PDT Tiada tindakan akan diambil terhadap bekas pegawas khas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Nasir Safar kerana dikesam kerana menghasut sentimen perkauman dalam ucapannya di Melaka, awal tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada bukti secukupnya untuk membuktikan bahawa Nasir mempunyai niat untuk mencetuskan keterangan antara kaum. "Suspek turut meminta maaf secara terbuka pada 4 Februari, dua hari selepas kejadian, dan berkata beliau tidak mempunyai niat menyakiti kumpulan etnik lain," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Gobind Singh Deo (DAP-Puchong). Februari lalu Nasir mencetuskan kegemparan di majlis 1Malaysia di Melaka apabila beliau melabel orang Cina dan India sebagai pendatang. Lebih dari itu, Nasir turut berkata wanita-wanita Cina datang ke Malaysia sebagai pelacur. "Kenyataan suspek itu ditujukan kepada pendatang ekonomi dan bukan orang tempatan berketurunan Cina dan India," kata Nazri./TVSelangor |
| ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH Posted: 28 Jun 2010 08:01 AM PDT MASING-masing berebut hendak beri komen pasal perlantikan YB Azmin mengetuai PKR di Selangor, manakala MB Khalid kekal selaku MB di Selangor. Hakikatnya Umno dan mereka yang memusuhi PKR amat tidak senang dengan penyelesaian politik yang berlaku di Selangor. Mereka begitu mengharap agar YB Azmin dan `orang-orang'nya akan menjatuhkan MB Khalid. Cuba kita lihat komen mantan MB Selangor yang kontroversi dengan isu rasuahnya di sini. Kemudian, kita bandingkan kenyataan seorang lagi firaun besar dari Kulim yang dipecat dari PKR itu melalui siran berita NTV 7 sebentar tadi. Kedua-duanya amat mengharap PKR di Selangor runtuh, tetapi otak kedua-duanya sama-sama beku. Maka, komen kedua-dua pencacai ini saling bercanggah lebih teruk lagi meleset sama sekali. Khir Toyo menyebut, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor, tetapi MB Khalid tetap berkuasa penuh kerana masih memegang jawatan MB Selangor. Khir Toyo menyebut bahawa MB Khalid masih boleh memberikan projek atau tender kepada krono-kroninya. Ingin kita bertanya, Khir Toyo dapat buktikah bahawa MB Khalid selama ini mempunyai kroni? Bahkan, selama ini terdapat penyokong-penyokong Umno di zaman Khir Toyo masih disuap oleh MB Khalid. Itukah kroni MB Khalid? Kita lihat pula komen firaun besar dari Kulim Bandar Baru pula. MP yang dipecat dari PKR ini menyebut bahawa MB Khalid sebenarnya tiada kuasa apa-apa kerana kuasa politik di Selangor kini dipegang oleh YB Azmin. Beliau memberi contoh, beliau juga pernah alami benda yang sama. Eh, semenjak bila firaun besar Kulim ini pernah jadi MB? Jangan perasan lah. Kita ingin ingatkan beliau, beliau juga sekarang menjadi MP tanpa ada parti politik dan adakah ini bermakna beliau tidak boleh melaksanakan tugas sebagai MP? Jika begitu keadaannya, seperti yang beliau sarankan kepada MB Khalid, sedarlah, dan beliau kena berundur juga dari MP Kulim Bandar Baru. Firaun besar ini terus menerus menfitnah DS Anwar, kununnya itulah mainan politik DS Anwar untuk menjatuhkan MB Khalid. Jika benar DS Anwar mahu sangat YB Azmin sebagai MB Selangor, mengapa DS Anwar tidak melantik terus YB Azmin sebagai MB Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Mengapa senget sangat otak firaun besar Kulim ini untuk memikir? Hakikatnya, mereka ini teramat dukacita apabila isu di Selangor dapat diatasi satu persatu oleh PKR. Berbagai usaha telah mereka lakukan dengan bantuan media-media yang lapar bahan fitnah itu untuk menganggu kestabilan politik di Selangor. Akhirnya mereka gagal. Justeru itu, timbullah komen dan ulasan yang menampakkan kebodohan mereka. Sewajarnya mereka lebih cerdik untuk mengulas hal ehwal politik parti lain, sekurang-kurangnya biarlah nampak sama dan tidak bercanggah. Itulah kebodohan terlampau kedua-dua pencacai ini./mandor.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan