WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SPRM NAK JUMPA BALA TANPA SAKSI....
- AMBIL JUGA TINDAKAN KEPADA MEREKA YANG MENYERTAI UMNO.
- HIMPUNAN JUDI DITERUSKAN.KERANA KEMENANGAN RAKYAT MENDESAK KERAJAAN
- SIAPA YANG MEMINJAM TEKUN JIKA INSTITUSI ITU DI LETAK DI BAWAH PEJABAT UMNO BAHAGIAN???
| SPRM NAK JUMPA BALA TANPA SAKSI.... Posted: 27 Jun 2010 08:25 PM PDT SPRM temu PI Bala di London minggu pertama Julai June 28, 2010 KUALA LUMPUR, 28 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peguam Balasubramaniam Americk Sidhu berkata, lokasi dan tarikh untuk SPRM mengambil keterangan daripada detektif persendirian itu sudah ditetapkan. SPRM akan menemui Balasubramaniam di London pada 5 dan 6 Julai. "Kami menunggu kehadiran pegawai-pegawai SPRM di London dan menemui (Balasubramaniam)," kata beliau dalam kenyataan emel kepada The Malaysian Insider. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Americk berkata, pihaknya kini di peringkat akhir perundingan dengan SPRM. "Semua sudah dibincangkan kecuali SPRM tidak mahu membenarkan peguam kami untuk hadir sama apabila mereka menemu bual subjek (Balasubramaniam). "Kami tidak bersetuju dengan ini, dan kami akan mengetahui hasilnya minggu depan," kata Americk lagi. Mengenai syarat dibenarkan rakaman video, Americk berkata, SPRM juga tidak bersetuju dengan permintaan tersebut. "Tetapi kami menjangkakan sekiranya salah seorang peguam hadir ketika sesi temu bual, maka peguam berkenaan boleh mencatatkan hasil percakapan setiap maklumat yang diberikan, yang dapat menyelesaikan masalah rakaman tidak dibenarkan," katanya. Akhir Mei lalu, SPRM berkata pihaknya bersedia untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. Sebelum ini SPRM menyambut baik kesediaan Balasubramaniam untuk dirakamkan percakapannya berhubung kes itu. Americk sebelum ini berkata Balasubramaniam belum menerima surat rasmi daripada SPRM sekalipun pada 19 April lepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan kesediaan untuk bertemu penyiasat persendirian itu di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Sebelum ini usaha SPRM untuk mengambil keterangan Balasubramaniam menemui jalan buntu kerana tidak mengetahui lokasi penyiasat persendirian itu berada selepas menghilangkan diri bersama keluarga pada Julai 2008. Balasubramaniam sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya.
| ||
| AMBIL JUGA TINDAKAN KEPADA MEREKA YANG MENYERTAI UMNO. Posted: 27 Jun 2010 06:08 PM PDT Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu. Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). "Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya. Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza. Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka. "Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi. Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno. Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu. INILAH BUDAYA HIPOKRIT UMNO/BN YANG MANA SESIAPA YANG MENYERTAI MEREKA AKAN DI BEBASKAN,MANAKALA YANG MENYERTAI PIHAK PEMBANGKANG DI AMBIL TINDAKAN.TAK BERTAMADDUN..... | ||
| HIMPUNAN JUDI DITERUSKAN.KERANA KEMENANGAN RAKYAT MENDESAK KERAJAAN Posted: 27 Jun 2010 05:50 PM PDT Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata. Berita penuh... HIMPUNAN JUDI DITERUSKAN KERANA. 1.KITA SENDIRI TIDAK TAHU IANYA BENAR DI BATALKAN KERAJAAN. 2. SUPAYA KERAJAAN SEDAR BAHAWA ISU JUDI INI ADALAH ISU BESAR YANG SEHARUSNYA DI BERI TUMPUAN DEMI UMAT ISLAM. 3. MEMPERINGATI BAHAWA KERAJAAN TIDAK SEHARUSNYA BERCAKAP BERDOLAK DALIH DALAM ISU BESAR SEPERTI INI. 4.kemenangan suara rakyat. Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan. | ||
| SIAPA YANG MEMINJAM TEKUN JIKA INSTITUSI ITU DI LETAK DI BAWAH PEJABAT UMNO BAHAGIAN??? Posted: 27 Jun 2010 05:39 PM PDT 30 peratus gagal langsai pinjaman TEKUN PEKAN 27 Jun - Sebanyak 30 peratus daripada 170,000 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di seluruh negara masih gagal menjelaskan pinjaman mereka. RAMAI YANG MEMINJAM TEKUN ADALAH DI KALANGAN AHLI UMNO..KERANA TEKUN DI LETAKKAN DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN.NAK PINJAM TEKUN KENA TUNJUK KAD UMNO....HE..HE...JADI YANG MEMPERLINGKUPKAN TEKUN ORANG UMNO LAH GAMAKNYA.....TAPI BILA DI TANYA SAH DIKATAKAN IANYA ADALAH UNTUK SEMUA RAKYAT.... |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.