Rabu, 23 Jun 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Selangor merekrut tokoh agama untuk mendapatkan sokongan Melayu

Posted: 23 Jun 2010 07:48 PM PDT





24 Jun 2010
Shah Alam, 24 Jun - Selangor telah merekrut sarjana Hangat Islam Dr Badrulamin Baharom untuk "mengulurkan tangan" ke pemilih utama Malaysia di kawasan luar bandar menjelang pilihan raya umum seterusnya, serupa dengan UMNO memujuk maverick ulama Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Kurangnya sokongan dari masyarakat tetap (PR) Pakatan Rakyat yang lemah dan realiti kekalahan selepas pilihanraya Hulu Selangor lalu.

Meskipun PKR gagal mempertahankan majoriti kerusi Melayu-semi-pedesaan. Untuk UMNO, Dr Mohd Asri masuk ke kem itu dapat membantu menopang sokongan Melayu bandar tetapi bekas mufti Perlis dengan serangan terakhir terhadap Barisan Nasional (BN) telah menimbulkan keraguan tentang keanggotaannya untuk menyertai Umno.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Ibrahim Khaild mendedahkan perlantikan tokoh agama terkenal sebagai pengarah maklumat negara PKR minggu ini.

Dia menggambarkan Badrulamin sebagai cendekiawan "oleh standard" dan disahkan

yang peranannya adalah untuk membantu pasukan maklumat Selangor's mengatasi suara Melayu luar bandar.

Mentri Besar juga mengakui bahawa sementara Selangor adalah sebuah negara yang berkembang dengan baik, ada daerah yang mencapai kerajaan di luar negara itu.

pegawai kerajaan berkata kredensial dan latar belakang Badrulamin membuatnya cocok untuk mengatasi pemilih Melayu luar bandar yang kukuh pro-UMNO.

kelayakan-Nya termasuk gelaran dalam kajian Islam dari Universiti Al-Azhar terkenal di Kaherah, sebuah gelar master dalam Perbandingan Hukum dari Kent University dan gelar doktor dalam Hukum Islam Perlembagaan dari Universiti Birmingham.

GADOH..GADOH ...NI LA CARA NAK ELAK ISU

Posted: 23 Jun 2010 07:23 PM PDT

SHAH ALAM 23 Jun - Kerajaan digesa mengambil tindakan memecat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kerana bersikap biadab mempertikaikan pemberian biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pelajar bumiputera.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai sentimen perkauman yang tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.



Inilah isu bagi melupakan banyak isu lain yang terpaksa di tanggung kerajaan.Selepas isu JI dikatakan isu gaduh soal hak orang Melayu..Dah mual dah isu ni rasanya...ada saja kes besar isu melayu di mainkan...kalau dah 40 tahun dulu isu yang sama..rasanya rakyat Malaysia yang berusia 40 an dah tahu taktik umno ni....

BEGINILAH KEHIDUPAN CYBER TROOPER UMNO

Posted: 23 Jun 2010 05:49 PM PDT

Cerita Mengenai ParpuKari

Posted by Love Perak |

PARPUKARI!!! Anda kenal bukan? Siapa yang tidak kenal dengan Parpukari. Begitu hebat dimata bloggers-bloggers PRO BN dan PR juga tidak terkecuali. Bercakap tentang Parpukari, apa keistimewaaan yang ada pada mamak seorang ni, kalau bukan kepetahannya di dalam blog membantai sesiapa sahaja yang menentang Kerajaan BN lebih-lebih lagi jika melibatkan Tun Dr. Mahathir dan Mukhriz.

Selain dari profesion sebagai seorang blogger, apa sebenarnya profesion Parpukari ni? Ada teman yang berkata, dulu Parpukari bekerja di sebuah bank di KL ( entah typist ka apa ka tak tahu ler ) tetapi kini, memegang jawatan tetap sebagai BLOGGER. Jika benar seperti kata tuan empunya diri bahawa dia tidak dibayar, apa mungkinkah dia mampu untuk menetap di sebuah kondominium yang penuh dengan kawalan keselamatan nya macam VVVIP pulak? Dan terbaru, diberitakan Parpukari baru sahaja membeli sebuah Toyota Camry 3.0 v6. Wah? Mewah juga hidup jadi BLOGGER UPAHAN ni ye? Tak ada logika sungguh memikirkan tentang gaya hidup Parpukari ni.

Mampukah seseorang itu bertahan dengan simpanan yang ada jika sudah tidak bekerja dan mampu mengamalkan cara hidup yang mewah. Hanya orang bodoh yang percaya bahawa Parpukari ini tidak dibayar sebagai blogger. PR juga ada terdengar cerita yang Parpukari juga menggelapkan sejumlah wang yang telah diperuntukkan kepada bloggers. Wang diterima oleh Parpukari tetapi agihan kepada rakan-rakan lain tidak sampai. Memang mamak ni spesis kawan makan kawan. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Berkemungkinan juga, duit yang di'songlap'kan Parpukari itu la yang digunakan untuk menampung kehidupan dia kini. Dari maklumat yang PR terima, bukan calang-calang duit yang diterima. Pendek kata, memang boleh gelap mata dan kerana insiden itu juga la Parpukari dah tak sebulu dengan beberapa rakan bloggers yang begitu rapat dengan dia dahulu. Biar hilang kawan, jangan hilang duit makan, inilah pegangan hidup Parpukari yang anda semua tidak tahu!

Kini, Parpukari semakin dibenci rata-rata bloggers Pro-BN. Ahli-ahli pakatan Bloggers Lembu seperti Bloggers Pembela Negara pun sedikit demi sedikit meninggalkan "kawan makan kawan" mereka ini.

Dek kerana pegangan ini jugala, Parpu disayangi oleh beberapa pemimpin terkenal. Siapa yang PR maksudkan? Nantikan...Pasti ada hebahannya!!!

AKHIRNYA KERAJAAN JAWAB SETELAH DI DESAK....

Posted: 23 Jun 2010 04:50 AM PDT

  • JI: Sandiwara Najib yang tidak meyakinkan
  • JI: Kerajaan enggan beri jawapan rasmi di Parlimen



    TERKINI

    Akan letupkan rumah ibadat: 10 anggota JI ditahan

    23/06/2010 7:33pm

    KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hari ini, penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

    Beliau berkata, kumpulan yang diketuai lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari tahun ini.

    Katanya, daripada yang ditahan itu, didapati lima daripadanya adalah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

    "Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.

    "Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar," katanya.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

KES SAPU DUIT RAKYAT MELALUI TOL

Posted: 23 Jun 2010 03:02 AM PDT

LEBIH CINA DARI CINA....DUDUK DIAM-DIAM LAH

Posted: 23 Jun 2010 02:56 AM PDT


Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.


KATA KATA BEKAS DIKTAKTOR DIMANA BELIAU JUGA PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN SUPAYA HADIS DAN ALQURAN DI KAJI SEMULA.....ADOIII....KALAU TOK JIB DENGAR KATA SI MAHAZALIM NI SAH LAGI KUAT PENENTANGAN.

Lebih 40 NGO serah memo bantah lesen judi kepada PM

LAGU LAMA DI ULANG KEMBALI.STAIL ZAMAN MAHAZALIM DULU.....HISHAMUDDIN TIDOR KE???

Posted: 22 Jun 2010 10:48 PM PDT

KECOH KONONNYA ADA PULA PENGANAS..SIAPA PENGGANAS ENTAH LAH..YANG SEBETULNYA ADA BANYAK KES YANG PERLU DI SIASAT....


Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka



kata-kata dari MSO...he..he..he..betul..betul...otak kemetot....

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]

Tiada ulasan: