Selasa, 8 Jun 2010

wartamaya

wartamaya


Umno-BN Guna Apco Lancar Kempen Antarabangsa Serang Anwar

Posted: 08 Jun 2010 12:06 AM PDT


KUALA LUMPUR 8 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata firma komunikasi pro-Zionis, Apco Worldwide kini sedang menjalankan kempen peringkat antarabangsa secara besar-besaran untuk memburukan imej dan peribadi beliau berikutan pendedahan mengenai hubungkait rapat syarikat tersebut dengan rejim Israel.

Anwar berkata Apco menjalankan rancangan rapi dikalangan pertubuhan Yahudi seluruh dunia dengan melabelkan beliau sebagai 'tokoh utama anti-Yahudi'.Khamis lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang didakwa anti-Yahudi dan ancaman kepada kaum Yahudi.

Justeru itu badan tersebut menggesa kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, supaya mendesak Washington memutuskan semua hubungan dengan Anwar.[ lagi ]

Kantoi ... wakakak !!!

Posted: 08 Jun 2010 12:04 AM PDT


Hishammuddin Terkedu Jawab Rekod Imigresen Altantuya Dipadamkan Di Hadapan Najib
KUALA LUMPUR 8 Jun - Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.[ lagi ]

Leman kantoi .... !
Wakakakak !!! ......

Umngok pening hehehe

Posted: 07 Jun 2010 11:13 PM PDT

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Puteri Aida Haryani | 8 Jun, 10 10:18am

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Keadaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan. - mkini

Wkakaka!!!
Umngok dah pening.
Bawah kata lain, atas kata lain.
Muahahah....pengsan, pusing ...pening.

Tiada ulasan: