Rabu, 9 Jun 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MARI LAWAN ZIONIS TEMPATAN

Posted: 09 Jun 2010 11:10 AM PDT



MEREKA PUN DATANG LAH


mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

maka gugur darah ke bumi
maka bederailah ayer mata sang ibu
maka hilanglah seorang adik
maka pergilah seorang murid

lalu dilapor media antarabangsa
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha

1x2

mereka pun datang lah
bertopi merah berbalut tebal
besi di kaki
besi ditangan
siap siaga memukul siapa sahaja

maka berkumpulah orang orang kampong
maka berkumpulah anak anak sekolah
maka berkumpulah orang orang surau

maka jentolak pun datanglah
di kiri soldadu
dikanan soldadu
ha ha ha
maka gugurlah pokok durian
maka gugurlah pohon belimbing
maka gugurlah batang kelapa

ha ha ha
jentolak masuk ke kampong
ha ha ha
jentolak datang menganas
ha ha ha

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka emak emak pun mula memukul periok
ha ha ha
lalu di tembak air beracun
ha ha ha
maka ayah ayah pun naik marah
ha ha ha
lalu ditangkap dan dilokap

lalu ranap lah sebuah kampong
lalu punahlah satu kehidupan
lalu berderailah air mata

lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas
ha ha ha
ha ha ha
lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas


ini tanah aku
ha ha ha
ini warisan aku
ha ha ha
seribu tahun dahulu datuk aku disini
ha ha ha
seribu tahu dahulu nabi aku berjalan ditanah ini
ha ha ha
inilah tuntuan sang zionis

maka hilanglah tanah d jenin
maka hilanglah tanah di yum kudus
maka hilanglah tanah di wadi safar

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang yahudi dari seluruh dunia
menjadi warga tetamu israel

ini tanah aku
ha ha ha
lihat ini geran nya
ha ha ha
tanya tuan d.o dan tanya yb berapa ribu suapan telah aku beri
ha ha ha
inilah tuntutan sang cukong

maka hilanglah tanah di berembang
maka hilang kah tanah di pelentong
maka hilangllah tanah di chu badak

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang kaya dari seluruh dunia
menjadi tamu dan warga malaysia

1x3

mereka pun datang kah
maka daerah ini pun mula di kepong
si sakit tanpa ubatan
si lapar tanpa makanan
sang ayah tanpa pekerjaan
sang ibu hilang ingatan

ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal
ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal

lalu kapal kapal dihantar
membawa makanan
lalu kapal kapal dihantar
membawa ubatan
lalu kapal dihantar
membawa khabar berita

ha ha ha
soldadu zionis israel siap siaga
ha ha ha
menunggu kapal difitnah pembawa senjata

ha ha ha
ketika laut ditutup malam
ketika tidur nyenak berbalam
ketika mimpi kelam kelam
soldalu israel datang menganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si pembawa makanan
maka matilah si pembawa ubatan
maka matilan si pembawa berita

ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan segombolan penganas
ha ha ha
lalu di lapor media antrabangsa soldadu
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas

mereka pun datanglah
maka daerah itu pun mula dikepong
soladau mula mengawal
tiada makan dapat masuk
tiada ubatan dapat dicari
tiada warga dapat merentas
soldadu dan polis mengepong kampong

ha ha ha
soldadu diarah siapa sedia
ha ha ha
melawan segala ajaran sesat
ha ha ha
hanya satu ajaran benar
ha ha ha
yang lainnya adalah sesat

ha ha ha
ketika subuh memecah pagi
ketika selimut tinggal dikaki
ketika sejuk datang sekali lagi
soldadu mula mengganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si orang kampong
maka matilah si tuan guru
maka matilah si anak murid

ha ha ha
lalu dilapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali
ha ha ha
lalu di lapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali

ha ha ha
ha ha ha
ha ha ha

1x4

kau ingin melawan kezaliman
kau ingin menentang kejahatan
kau ingin menegak keadilan

ha ha ha
kau tak perlu belayar jauh
koyak kan mata
luka kan telinga
darahkan hati
dengar dan hayati

gaza berada di hadapan mata
gaza berada di kampong berembang
gaza berada di kampong pelentong
gaza berada di kampong memali
gaza berada di kem kamunting
gaza berada di simpang renggam
gaza berada di mahkamah jalan duta

yang saheed bernama kugan
yang saheed bernana teng beng hock
yang saheed bernama aminulrashid

ha ha ha
kau masih ingin melawan kejahatan
ha ha ha
kau masih ingin menentang kezaliman
ha ha ha
kau masih ingin menegak keadilan

ha ha ha
bangun bangun bangun
sebaris kita hapuskan zionis tempatan

nota:
9/6.2010 -
sajak ini ditulis dan dibaca oleh tt
di dewan sivik pj pada malam
kelmarin untuk menyatakan
sokongan terhadap warga
palestin


PROJEK TIPU SATU MALAYSIA

Posted: 09 Jun 2010 11:05 AM PDT




LANUN DUA EKOR - DUA EKOR LANUN



JUDI: SIAPA BERBOHONG – NAJIB ATAU HAJI VINSEN

Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

KAH KAH KAH..


woit… BILA BAWA KE MAHKAMAH NANTI .. TANYA KENAL ALTANTUYA ATAU TIDAK…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANYA KENAL BUDAK ITAM ATAU TIDAK…. kah kah kah..

nota:
nak tahu siapa budak itam
ini cerita baru tersebar di negeri sembilan
cerita ini bari terbocor
cerita ini baru dibuka oleh isa samad

budak itam ini adalah nama kode yang digunakan
semasa isa samad menyelamatkan najib.

budak itam ini juga ialah nama yang digunakan oleh
suami najib apabila dia mendengar cerita isterinya
bermukah di port dickson

bik mama amat benci dengan kekasih isterinya
bik mama menggunakan budak itam untuk nama ziana zain kah kah kajh


MOSSAD ADA NEGATIF ??

Posted: 09 Jun 2010 11:03 AM PDT




GAZA : MAHFUZ SIFATKAN NAJIB MUNAFIK POLITIK
– harakah daily

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Najib Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas.

Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

"Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen.

KAH KAH KAH..

woit….CAKAP ANTI ZIONIS…. kah kah kah…

woit… NEGARA INI DALAM BAHAYA….kah kah kah..

woit…ZIONIS ANTRABNGSA TELAH BERTAPAK… kah kah kah..

kah kah kah… APAKAH MOSSAD JUGA ADA NEGATIF YANG SAMA?...kah kah kah..

woit… APAKAH MOSSAD JUGA SEDANG BUAT PAU KAYA… kah kah kah..

kah kah kah… KITA LIHAT DAN TUNGGU….kah kah kah..

kah kah kah… KALAU APCO TIDAK DIHALAU ERTINYA MOSSAD ADA NEGATIF….. kah kah kah

BETUL KE AMARAN DARI MUNKEE INI

Posted: 09 Jun 2010 11:00 AM PDT




KALAU BETUL ANTI ZIONIS - TUTUP KEDAI HARAM INI



KERAJAAN TIDAK KAN TUDUK KEPADA PERUNCIT : SABRI – berita hairan

Kerajaan akan meneruskan langkah untuk melesenkan barangan kawalan dan tidak akan tunduk dengan desakan peruncit yang tidak bersetuju ia dikuatkuasakan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaacob.

Beliau berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan kerana peraturan baru itu langsung tidak membebankan peruncit selain telah dipersejui oleh persatuan peruncit.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Jualan Langsung 2010 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata peraturan itu juga tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada peruncit kerana tiada caj lesen dikenakan kerajaan.

KAH KAH KAH…

woit….KALAU SUDAH BERI AMARAN DUA KALI INI APA MAKNANYA?...kah kah kah..

kah kah kah… ERTINYA CUKONG TAK AMBIL POT… kah kah kah..

kah kah kah….CUKONG TAK PEDULI PUN DENGAN MALAON INI…kah kah kah..

woit… LIHAT DAN TUNGGU … SIAPA LEBIH POWER… kah kah kah…

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 09 Jun 2010 10:57 AM PDT




JANGAN CAKAP HAL GAZA GAZA - TAPI MAKAN MEK DOGAL




TIADA CADANGKAN NAIKKAN KADAR GST:AWANG ADEK
–berita hairan

Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada empat peratus kepada 10 peratus dalam tempoh 10 tahun kerana tidak mahu rakyat menerima impak negatif.

Awang Adek, berkata kerajaan yakin, walaupun GST ditetapkan pada kadar empat peratus, ia akan dapat memberi kesan yang neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya.

Malah, katanya, kutipan hasil cukai juga boleh bertambah menerusi sistem GST yang lebih efisien dan pematuhan yang lebih tinggi.

KAH KAH KAH..


woit…. NAK BUAT DRAMA SWASTA PULAK MALAON INI…. kah kah kah..

woit…. GST BELUM ADA LAGI…. kah kah kah

kah kah kah…. INI SAHAJA NAK TIPU ORANG MELAYU…kah kah kah..

woit….SAJA BUAT KENYATAAN SEOLAH OLAH GST SUDAH WUJUD…kah kah kah..

woit… SELURUH MALAYSIA BUKAN NAK 4 PERATUS ATAU TAK NAK 10 PERATUS… kah kah kah..

kah kah kah… SELURUH MALAYSIA TAK MAHU 100 PERATUS GST..kah kah kah

BERITA MEMERANJATKAN

Posted: 09 Jun 2010 10:51 AM PDT




SAMSENG DAPAT SUPPLY




HISHAM: POLIS HILANG 62 SENJATA API SEJAK 2001
–mkini

Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata Hishamuddin Hussein hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… HEBAT … RUPA RUPA NYA… POLIS JADI GUDANG SENJATA UNTUK SAMSENG..kah kah kah…

woit…. MACAM MANA BOLEH HILANG ?... kah kah kah..

kah kah kah… APAKAH SENJATA INI YANG DI GUNAKANN OLEH SAMSENG… kah kah kah..

woit…KENAPA TAK ADA SEORANG POLIS DI HADAPKAN KE PENGADILAN…. kah kah kah…

PERANGAI RAJA GOPAL

Posted: 09 Jun 2010 10:48 AM PDT




LAWAN ZIONISMA - JATUHKAN APCO APNO



TENGKU TEMENGGONG KELANTAN TARIK BALIK SAMAN TUNTUT KERETA BENTLY – berita hairan

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra menarik balik saman pemula terhadap abangnya, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris bagi menuntut pengisytiharan sebuah kereta Bentley bernilai RM1.7 juta, adalah miliknya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


woit…. MACAM MANA RAKYAT NAK HORMAT… kah kah kah…

kah kah kah… PERANGAI MACAM CHUTAK… kah kah kah…

woit….TERCHUTAK KE HULU ..TER CHUTAK KE HILIR..kah kah kah..


nota:
apakah itu chutak?
tunggu tt akan beritahu
apakah itu chutak kah kah kah



BUTA BUDAYA BUTA SEJARAH

Posted: 09 Jun 2010 03:15 AM PDT



PARLIMEN AKAN BERPINDAH KE PUTRAJAYA


Jemaah menteri telah memutuskan bahawa bangunan parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan.

Menurut jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Mohd Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri baru-baru ini.

Nazri bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung pemindahan itu kerana perkara itu masih dalam kajian awal oleh Jabatan Kerja Raya.

nota:
inilah projek
projek untuk mereka yang tidak tahu nilai sejarah
bangunan 100 tahun diruntuhkan
rumah beratus ratus tahun dirobohkan
semua kerana ada cadangan projek

tapi ini ada sikit beza
bangunan parlimen ini dipindah
untuk jauh dari rakyat
untuk jauh dari orang ramai


nota:
pakatan rakyat wajib berjanji kepada. rakyat
masukkan ajenda ke dalam manifesto:

1 - projek runtuh bangunan lama akan dihentikan
projek parlimen baru akan di hentikan
2 - madey, najib dan rosmah akan dihadapkan
ke mahkamah
3 – bukit genting akan dijadikan kawasan hospital\
jika ini janji pakatan rakyat jamin gerombolan tumbang kah kah kah

INGATAN
ingat tak madey nak runtuhkan stadium merdeka
dolah badawi akan diingat sampai dunia kiamat
yang menyelamat tapak bersejarah dimana

launghan MERDEKA didengar pada 31 Ogos 1957

inilah kerja jahat ayng ingin dilakukan oleh madey


PADAN MUKA

Posted: 09 Jun 2010 02:46 AM PDT




KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS TIDAK BOLEH ,TEGAS NIK AZIZ
–minsider


Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknua tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

"Tidak," kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

KAH KAH KAH..

woit… ADA LAGI NAK BERPADU PADU… kah kah kah..

woit…TAK HABIS HABIS NAK IKUT BONTOT GEROMBOLAN…kah kah kah..

woit… INI MESTI JANTAN BERPERUT GENDUT MEMAKAI BATIK LENGAN PANJANG… kah kah kah..

kah kah kah… PEHATIKAN PERANGAI JANTAN JANTAN INI DALAM PARTI PAS…kah kah kah..

nota:
mat sabu janji
tak akan pakai baju batik lagi
dan akan kurangkan gendut peutnya


MINTA MAAF DARI TIM TUKAR TIUB

Posted: 09 Jun 2010 02:37 AM PDT




TUKAR TIUB TERGENDALA


tim dam wartawan tt
minta maaf kerana
pada hari ini talian
sambungan tt terputus

pihak talipon telah dilamar
tetapi tak kunjung sampai

kini tim tt sedang menumpang
di tempat lain dan
tidak deengan keselesaan

segala kekecewaan pembaca
amat amat dialu-alukan

kecewalah selalu
dengan kekecewaan
kita akan menjadi lebih dewasa kah kah kah

MALAM INI JAM 8.00 MALAM DI DEWAN SIVIK PETALING JAYA

Posted: 09 Jun 2010 02:32 AM PDT




MALAM PALESTINE




SILA DATANG MALAM INI DI DEWAN SIVIK PETALING JAYA


JAM 8.00 Malam

nota:

bawah ini adalah sebahagian dari sajak
yang ditulis dan akan dibacakan oleh tt
pada malam ini.

siapa hendak dengar live
sila datang -

sajak ini bergenre wajib didengar
hidup-hidup





MEREKA PUN DATANG LAH


mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

Tiada ulasan: