SOKONG PAKATAN RAKYAT |
| Posted: 14 Jun 2010 08:29 AM PDT Walaupun Dr M tu negarawan, namun ada kalanya kenyataan beliau dikira merapu. Kali ini paling merapu sekali. Dr M sokong luluskan lesen judi bola kerana pembangkang (PR) membantah lesen itu kerana politik. Orang Islam menentang judi kerana larangan agama. Orang bukan Islam menentang judi kerana keburukan sosial yang dibawa oleh judi. Dan tidaklah judi itu menjadi halal dek kerana yang menentangnya bermotifkan Politik. Memang selama ini Umno tahi judi. Bak kata Mohamad Sabu - Umno dan judi ibarat taik dengan kentut. Ha ha. Tak boleh dipisahkan. |
| Posted: 14 Jun 2010 01:20 AM PDT Uztaz Hassan yang kembali kerahmatullah jam 2 petang tadi dijangka akan disolat dan dikebumikan pada jam 9 pagi, esok di Taman Selasih, sebelah Taman Melewar. Kini, jenazahnya berada di rumahnya, yang berhampiran dengan Markaz Tarbiah, Taman Melewar, KL. Menurut Zain Janggut, orang kuat Markaz, alllahyarham mengadu sakit pada awal subuh tadi. Sahabat-sahabat lain yang bersua dengan beliau di muktamar di Kota Bharu tempohari melapurkan keadaan beliau nampaknya sihat sahaja. Allah jua yang mengasehinya. Disamping istiqamah dan setianya beliau dalam perjuangan Islam - amalan bersedekahnya suatu yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa. |
| Posted: 13 Jun 2010 09:38 PM PDT Dalam pilihan raya, setiap undi penting. Tak kira pengundi berasas bangsa, agama, taraf pendapatan dan lokaliti. Semua faktor perlu digarap. Bila persaingan sengit, semua pengundi perlu ditarik seberapa boleh. Maka perjuangan perlu menyeluruh. Pas mesti tunjukkan ianya relevan kepada semua pengundi. Pas mesti tonjolkan urus tadbirnya yang bersih dan cekap. Model kerajaan negeri yang ada kini hendaklah boleh meyakinkan semua rakyat Malaysia pada PRU 13. Maka sebarang unsur kronisme, korupsi, salah urus dan ketidakadilan dalam pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Pas hendaklah dibenteras awal-awal lagi agar tidak mendarah daging sepertimana dalam BN yang semacam tidak boleh diubati lagi... |
| You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan