SharpShooter |
- Alahai Abdullah sani...dah gaharu cendana pula...
- Jawatan kosong SUK Keadilan P.Pinang
- Azmin Ali & Khalid tergagap..tergigit...terluka...
- Raja katak dah mengamuk...
- Amaran Allah...Bunuh diri kalah judi
| Alahai Abdullah sani...dah gaharu cendana pula... Posted: 24 Jun 2010 08:07 PM PDT Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulah Sani Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak tahu tentang rancangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dikatakan mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu katanya, beliau akan bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut. "Saya tidak tahu perkara ini. Saya cuma tahu apabila ada pemberita menelefon saya bertanyakan kewujudan pakatan ahli Parlimen itu," katanya di sini hari ini. Abdullah Sani yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar. Pakatan 15 Ahli Parlimen PKR itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati tindakan Abdul Khalid yang melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu. Malah pakatan Ahli Parlimen PKR itu juga dikatakan wujud serentak dengan keputusan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Sel Tindakan itu dipercayai kerana tidak berpuas dengan tindakan Abdul Khalid tersebut. Malah difahamkan, Biro Politik PKR dikatakan telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid dan meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut. Sharpshooter :- Alahai Abdullah Sani....betul ke tak tahu...tak tahu ke atau buat-buat tak tahu...kura-kura dalam perahu...:-) Sudah gaharu cendana pula.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||
| Jawatan kosong SUK Keadilan P.Pinang Posted: 24 Jun 2010 07:45 PM PDT Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat KeADILan Negeri Pulau Pinang sedang mencari Setiausaha Kerja di Pejabat Parti Negeri.Calon hendaklah sanggup bekerja lebih masa dan membantu pentadbiran Parti KeADILan Negeri Pulau Pinang.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * | |||
| Azmin Ali & Khalid tergagap..tergigit...terluka... Posted: 24 Jun 2010 04:15 AM PDT Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam. Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim. "
Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS. "Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini. "Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu. "Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya. Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS. "Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.
Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka. "Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR," katanya. Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir. Sementara itu dalam Suara Keadilan online, Azmin Ali menafikan perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai tanda protes terhadap perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin dan juga kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sambil mengesahkan perletakkan jawatan beliau dalam anak syarikat kerajaan negeri itu berkuatkuasa semalam, Azmin menegaskan tindakan beliau itu adalah bagi memberi peluang kepada 'darah baru' dalam pengurusan PKNS. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa memberitahu surat perletakkan jawatan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar pukul 12.30 tengahari semalam. Beliau menafikan andaian yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan perletakkan jawatan tersebut adalah akibat tidak puas hati terhadap beberapa tindakan Abdul Khalid. "Memang benar saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai pengarah di dalam PKNS dan perletakkan jawatan ini berkuatkuasa serta merta. "Walaupun saya tidak menyatakan alasan dalam surat tersebut, namun alasan saya adalah sudah sampai masanya saya melepaskan jawatan tesebut bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh yang baru dalam membawa PKNS agar terus maju dan menjadi sebuah syarikat yang disegani. "Saya telah berkhidmat dengan PKNS hampir setahun setengah dan berpuashati dengan sumbang yang telah saya berikan kepada PKNS. Kita melihat telah banyak pembangunan-pembangunan yang kita lakukan sebagai contoh kes Bukit Botak, membaik pulih flat-flat yang lama dan juga beberapa pembangunan baru. "Ini adalah semua peranan yang dimainkan oleh mereka yang berada di dalam PKNS, bagi diri saya setahun setengah penglibatan saya cukup memuaskan hati saya," jelasnya kepada media di lobi parlimen hari ini. Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam PKNS yang hanya baru menjangkau setahun setengah sedangkan dibandingkan dengan mereka yang telah lama berkhidmat, adakah tempoh jangka masa itu boleh menilai tahap kepuas hatian yang seseorang. "Apa yang ingin ditekankan saya berpuashati dengan sumbangan yang telah diberikan walaupun sumbangan saya dalam PKNS hanya setahun setengah, tahap kepuas hatian seseorang tidak boleh diukur melalui tempoh perkhidmatan kerana pengukuran tersebut perlu diukur pada usaha dan sumbangan yang dilakukan untuk memajukan sesuatu syarikat. "Kita lihat Barisan Nasional sudah lama memerintah tetapi mereka masih tidak berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan kepada rakyat dan KEADILAN walaupun umur parti ini masih muda tetapi pengorbanan yang dilakukan kepada rakyat melebihi apa yang dilakukan oleh BN," katanya lagi. Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu perletakkan jawatan tidak ada kaitan dengan perubahan yang akan berlaku dalam KEADILAN mahupun pemilihan parti yang akan berlangsung hujung tahun nanti. Beliau juga tegaskan berita yang menyatakan kerana kecewa dengan kepimpinan Khalid menyebabkan tindakan meletakkan jawatan adalah tidak benar sama sekali. Sharpshooter :- sifirnya mudah...bukan susah nak baca apa yang tersirat dan tersurat dalam isu Azmin Ali dan Tan Sri Khalid... Kalau nafi maknanya ya la tu...Suara Azmin maknanya suara Anwar la tu... Alahai Tan Sri Khalid...apakan daya....tergagap....tergigit...terluka... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||
| Posted: 24 Jun 2010 04:00 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.
Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu. "Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum "Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi. Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.
"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'. "Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya. Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu. Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan. Sebali
Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA. Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu. "Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2. "PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral. "(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||
| Amaran Allah...Bunuh diri kalah judi Posted: 24 Jun 2010 03:13 AM PDT Tekanan hidup kerana kalah judi membuatkan seorang lelaki nekad menikam dadanya lima kali di sebuah rumah kedai di Taman Segar, Cheras, di sini, semalam. Turut ditemui di sisi mayatnya ialah nota mengatakan dia tidak mahu berjudi lagi lantaran kesempitan wang untuk hidup. Mayat Liew Siew Meng, 33, berasal dari Sarawak ditemui berlumuran darah di atas katil biliknya, kira-kira jam 10 pagi. Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, kejadian hanya disedari rakan serumah mangsa yang terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis. "Setibanya kami di rumah mangsa, kami mendapati pintu bilik berkunci sebelum dipecahkan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan turut ditemui, pisau 10 inci berhampiran mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam. Abdul Rahim Hamzah berkata, polis turut menemui dua kertas berukuran A4 ditampal di dinding bilik itu yang mengatakan 'saya tidak mahu berjudi lagi'. Katanya, kali terakhir rakan serumahnya menemui mangsa ialah Ahad lalu dan pada pertemuan itu mangsa mengatakan tiada pekerjaan dan ingin mati. Katanya, mangsa dipercayai mati tiga hari lalu dan tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri. "Diharap keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan agar kes ini dapat diselesaikan segera," katanya. Katanya, mangsa dipercayai membunuh diri Ahad lalu. Abdul Rahim Hamzah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengakhiran hidup rakannya itu sungguh sadis apabila membuat keputusan dengan menikam dadanya sendiri disebabkan tiada pekerjaan. "Saya kenal dengan mendiang. Tidak siapa pun sangka di sebalik perwatakan ceria, dia mempunyai masalah kewangan hingga sanggup membunuh diri," katanya. Sharpshooter :- Najib nak tunggu sampai berapa orang mati akibat judi baru nak tarik balik lesen judi?Mengapa baru sekarang Khairy Ketua Pemuda UMNO nak bantah lesen judi? Adakah kerana beliau baru terjumpa dalam Al-Quran ayat tentang judi haram kah atau sebab tak dilantik jadi menteri baru berani melawan Najib dan bersekongkong dengan kem mat sembab untuk nak jatuhkan Najibkah? Sokong UMNO sokong judi.... Sokong UMNO sokong yahudi... ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-MAIDAH AYAT 90 Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Chinese 信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 Tamil Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi. Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan. Kesan judi menghancurkan masyarakat. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan