SharpShooter |
| Posted: 20 Jun 2010 11:45 PM PDT Mantan Ahli Majlis MPSP Che Amat atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam kini terlantar di rumahnya setelah tiba-tiba jatuh sakit. Pak Tam juga adalah Timbalan Ketua Keadilan Permatang Pauh.Sharpshooter sempat menziarahi beliau di rumahnya. Susuk tubuh beliau ternyata semakin kurus manakala kakinya bengkak pula. ![]() Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Tugas-tugas serta kerja hasil pencarian Pak Tam kini diambil alih oleh anak lelaki kesayangannya Anuar. Anuar merupakan anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya. Beruntung Pak Tam ada anak lelaki sepertinya.![]() Di atas batu inilah setiap hari Pak Tam melakukan terapi kaki. Semoga Pak Tam cepat sembuh..Amin. ![]() Pak Tam juga pernah didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit. Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu. Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah atas semua pertuduhan. Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.Kes ini belum selesai di mahkamah. Semoga Pak Tam terus tabah menghadapi segala ujian hidup dalam perjuangan ini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 20 Jun 2010 11:08 PM PDT Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menjemput organisasi dan individu yang ingin menyertai Konvoi Ramadhan Bagi Misi Kebebasan untuk membuat pendaftaran dengan segera. "Pengumuman ini dilakukan oleh jawatankuasa pemeriksaan bagi membuat saringan kepada mereka yang bersedia untuk menyertai konvoi pada bulan Ramadhan akan datang. Misi ini diadakan dengan tujuan untuk meneruskan usaha bagi membebaskan Gaza dari kepungan Israel," kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan semalam. Beliau menjelaskan pihaknya telah membentuk sebuah jawatankuasa pemeriksaan yang bakal menerima permohonan dan penyertaan dari pelbagai pihak termasuk daripada kalangan aktivis badan bukan kerajaan, ahli parlimen, pemimpin politik, ahli akademik, pengamal media, profesional, tokoh masyarakat yang terkemuka, serta anggota media untuk menyertai konvoi ini. Pendaftaran bagi konvoi misi keamanan ini dibuka mulai 20 Jun 2010 dan jawatankuasa pemeriksaan akan mengeluarkan senarai pendek bagi calon yang berjaya menyertai misi pada 25 Jun 2010. Mapim turut mengesahkan pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan bantuan bagi proses imigresen dan juga untuk menguruskan prosedur kerajaan Malaysia dengan pihak berkuasa Mesir. Semua kos sepanjang perjalanan akan ditanggung sendiri oleh peserta, manakala tempoh tinggal di Gaza akan diputuskan dengan pihak berkuasa Gaza. Mapim membuka penyertaan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan etnik. Jumlah delegasi dari Malaysia terpaksa dihadkan kepada 60 orang kerana mengambil kira penyertaan aktivis antarabangsa. Konvoi tersebut dijangka akan terdiri antara 300 hingga 500 peserta. "Kerana ini merupakan usaha yang serius dan mencabar, kami berharap orang-orang yang bersedia untuk menyertai konvoi ini adalah sihat secara fizikal dan mental. "Misi tersebut merupakan salah satu usaha berterusan untuk membebaskan Gaza, dan Palestin secara keseluruhan. Ramadhan adalah bulan yang penting untuk menyatukan usaha antarabangsa bagi mencapai suatu keputusan yang memberikan kesan kepada penderitaan rakyat Palestin. Kami juga berusaha untuk berkoordinasi dengan kumpulan lain bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui 3 laluan, iaitu udara, laut dan darat," tambah beliau. Tujuan utama konvoi ini adalah untuk memberi tekanan kepada Israel dan Mesir untuk mengambil pengajaran daripada tuntutan antarabangsa untuk menamatkan kepungan Gaza yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Mapim juga turut mengambil peluang untuk mempromosikan misi keamanan ini ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi menuntut pembebasan Gaza. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Amk P.Pinang akan londeh Zahrain Posted: 20 Jun 2010 10:50 PM PDT Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas. "Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini. "Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat. "Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini. Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi. "Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan