Khamis, 10 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Terhukum semata mata kerana pembangkang

Posted: 10 Jun 2010 06:47 AM PDT

Tak dinafikan gelaran dan darjah kebesaran yang diberi oleh istana atas nasihat kerajaan negeri adalah hak mutlak istana. Gelaran dan darjah tadi boleh ditarik balik bila bila masa saja yang istana rasakan perlu.

Sebagai rakyat biasa, aku mungkin tak nampak apa yang orang atas nampak, kena akur dan akui jugak la mungkin pandangan kita berlainan disebabkan kedudukan kita yang ada tinggi dan rendahnya ni. Tapi tak dapat nak dielakkan, kepingin sungguh hati ni nak tau, apa faedah dan untungnya gelaran yang ditarik balik oleh Johor dari Chua Jui Meng.

Sementelahan lagi, Jui Meng ni baru saja menganggotai pakatan pembangkang setelah lama berkecimpung dalam kelompok parti kerajaan. Penarikan gelaran yang seakan merupakan tekanan terhadap mana mana anggota pembangkang akan dilihat sebagai tekanan bersifat politik.

Aku cuba meletak jauh istana dipengaruhi politik kepartian.Tapi persepsi bahawa campurtangan politik dalam penarikan ini tetap akan timbul dibenak rakyat tanpa dipaksa. Chua akan dilihat sebagai mangsa pada ketidak selarian suaranya dengan pemerintahan kerajaan negeri dan pusat sekarang ini. Chua jugak akan dilihat terhukum semata mata kerana dia menjadi pembangkang.

Hassan Ali, saman jangan tak saman

Posted: 10 Jun 2010 05:00 AM PDT

Lama sungguh tak dengar cerita dari Hasan Ali. Dulu ni gah jugak, terpampang sana sini nama manisnya dalam surat khabar.

Tiba tiba saja hari ni nama Pesuruhjaya PAS Selangor tu timbul besar didada portal berita. Beliau kini akan meneruskan saman fitnah RM20 juta terhadap menteri pertahanan dan tiga yang lain. Mereka mereka yang tersenarai dalam samannya ialah Ahmad Zahid Hamidi, Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom dan portal suratkhabar elektronik Agenda Daily Dot Com Sdn Bhd. Mereka ini didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada April lalu.

Hasan, selaku plantif, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini melalui firma guaman Tetuan Nazri Saad.

Kadang kadang ini saja caranya dalam dunia moden ni nak ajaq orang supaya berkelakuan elok dan bertimbang rasa dalam berkata kata. Aku sokong cara ni, baru betoi. Tak kena saja, saman. Bila yang tak berani nak saman tu la yang orang dok kata betoi tu. Tak percaya cuba hangpa tanya Najib tengok...

Dolat isteri tua

Posted: 10 Jun 2010 04:00 AM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long ni kawin ngan orang dekat dekat saja, orang sekampung. Tak kosa haih... orang dulu dulu nak cari jodoh sampai ke Sabah nu. Menikah dengan sapa? Dengan Mak Long hang la, ngan sapa lagi, mana ada orang lain dah, setakat la ni la... hihi...

Sampai saat ni Pak Long rasa macam nak setia lagi la kat Mak Long hang. Mak Long hang wangi, tapi kalau busuk sikit pun tak la sampai peringkat macam orang Kinabatangan tuh. Pak Long sedaq apa yang si Bung Kinabatangan tu lalui akan Pak Long jadikan sempadan dan tauladan.

Pak Long kena pekemaih diri, biaq berapa round pun si Limah janda tu hantaq gulai. Pak Long kena kuatkan semangat biaq berapa sedap sekalipun gulai Limah janda tu. Pak Long mesti buat buat tak reti saja. Lagipun, janda Limah tu dah ada kawan Pak Long yang merisik, ala tuan hj jamaludin tuh.

Rupa rupanya susah sungguh nak menikah lebih ni, betoi la macam Mak Long hang dok kata. Memula dulu Pak Long dok ingatkan Mak Long hang ni kaki gempaq, rupanya betoi ooo... isteri tua tu berdolat, tak boleh dibuat main, tak boleh dok buat tahana. Pak Long dok terpikiaq, mungkin si Bung Kinabatangan ni pun dah terkena dolat isteri tua dia.

Tapi Pak Long pun naik jeles ngan Bung Moktar nih. Apa taknya, pasangan pengantin baru yang paling gelemor dan paling kerap di usung kesana sini dalam Malaysia. Naik mahkamah turun mahkamah tok sah kira la. Pak Long pun heran dulu dulu, pasai apa Pak Long ngan Mak Long hang tak berlarak sampai macam ni...

Okey lah ya... Mak Long hang dah gantung kelambu nu... wassalam...

Judi bukan budaya depa

Posted: 10 Jun 2010 02:00 AM PDT

Judi bukan budaya masyarakat Cina dan India

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) merasa sangat berbangga dengan sokongan secara terbuka Dr. Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) terhadap kempen pemansuhan judi sukan yang telah dilaksanakan oleh GMJ.

Malah beliau sendiri mengajak semua masyarakat menyertai himpunan 100 Ribu Memansuh Judi Sukan di Kuala Lumpur pada 3hb Julai 2010.

Orang Islam di Malaysia mungkin telah diberi gambaran yang salah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa judi merupakan budaya orang cina dan india.

Dr. Toh Kin Woon yang juga bekas exco kerajaan Negeri Pulau Pinang zaman Barisan Nasional memerintah, mempertegaskan bahawa judi bukanlah budaya orang cina malah persepsi salah ini boleh merosakan hubungan antara muslim dan bukan muslim dinegara ini.

Beliau mempertegaskan bahawa kerajaan tidak patut memperkudakan bukan muslim sebagai alasan meluluskan lesen judi bola sepak. Beberapa pertubuhan orang Cina katanya telah menyuarakan ketidaksetujuaan terhadap pemberian lesen tersebut.

Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan bahawa asas pemberian lesen judi bola sepak, tidak dapat membendung perjudian haram bola sepak, kegagalan membendung perjudian haram adalah berpunca daripada kelonggoran penguatkuasaan dan rasuah.

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG yang telah didaftarkan pada tahun 1995 merupakan pertubuhan yang ke 55 menyatakan sokongan terhadap Kempen Mansuh Judi Sukan anjuran GMJ.

Sebelum ini Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia pimpinan Sdr. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil telah menyatakan sokongan terhadap kempen terbabit.

GMJ terus membuka peluang kerjasama semua NGOs dan parti politik dalam Kempen Memansuhkan Judi Sukan. Segala maklumat GMJ boleh layari menerusi http://bantahjudi.wordpress.com

Suhaizan Bin Kaiat,
Setiausaha,
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri?

Posted: 09 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran termasuk kepada bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya tidak memberi maklumat palsu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu sebagai langkah menjaga kesucian agama Islam.

"Tindakan ke atas mereka yang sengaja atau cuba memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (boleh) diambil sebagai langkah bagi mengelakkan masyarakat daripada menimbulkan fitnah terhadap umat Islam itu sendiri demi menjaga kesucian agama Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Selain itu, kata beliau, Jais berharap laporan yang dibuat oleh masyarakat perlulah mempunyai bukti yang cukup supaya tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat serta menyukarkan pihak penguat kuasa Jais untuk mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa Jais melalui Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang memberi keterangan atau pengakuan palsu.

"Jadi di bawah akta ini jelas mengatakan bahawa sesiapa yang memberikan maklumat ataupun keterangan palsu dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata pengarah Jais itu.

Beliau juga berkata menyifatkan tindakan Asri yang ingin menukar kenyataan berhubung isu "air ludah ustaz" sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya nak tanya kepada beliau (Asri) mengapa baru kini mahu menukar kenyataan setelah pihak Jais mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat beliau sebelum ini?

"Ini jelas menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan asal yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri yang ingin 'merombak' istilah "air liur ustaz" yang ditulis dalam artikelnya kepada istilah yang lebih sesuai iaitu "bekas mulut".

"Saya menulis sebegitu kerana mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang diyakini tapi kini saya bersedia untuk merombak semula artikel itu dengan menggunakan istilah yang lebih sesuai.

"Saya percaya istilah telan air liur ustaz itu tafsiran yang dibuat orang ramai tetapi asas daripada artikel itu adalah sama iaitu ketaksuban kepada guru.

"Saya akan merombak semula artikel saya dengan menggunakan istilah bekas mulut, mungkin ia lebih sesuai," kata Asri.

Mengenai dakwaan yang dibuat Asri sebelum ini, Khusrin berkata, siasatan awal mendapati upacara tersebut tidak berlaku sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi secara bersama.

"Air yang dikongsi minum secara bersama ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat telah mengamalkannya dengan meminum susu secara bergilir-gilir dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri.

"Di sini ingin saya katakan bahawa tidak semestinya ketaksuban itu berlaku dengan meminum segelas air yang dikongsi bersama," katanya.

Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas mufti Perlis itu.

Pada 18 Nov lalu, Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 Nov tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Besaq sungguh la lesen judi hangpa

Posted: 09 Jun 2010 08:50 PM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Macamana Pak Long nak cerita tak tau la nak bagi hangpa ni paham. Judi haram tetap haram la, dok gatai nak bagi halal pasai apa?

Bila hang dok gatai minta syor terbaik atasi judi haram bermakna kata ada la judi yang halal? Awat macam tu punya bangang ni? Sampai halal ngan haram pun dah tak tau nak beza. Hangpa ingat sa kata bagi lesen terus judi tu jadi halal? Awat besaq sangat ka lesen hangpa nak banding dengan firman Tuhan?

Patut la Mak Long hang dok kata hangpa ni lebih suka dengaq pembiaya Umno berkata kata dari dengaq sabda ayat ayat Allah.

Wassalam...

Sekadar pemerhati

Posted: 09 Jun 2010 07:50 PM PDT

Alahai... penduduk sekitar hanya dapat menjadi pemerhati saja bila sebuah rumah yang dilihat hampir runtuh bersama tanah runtuh akibat hujan lebat di Jalan Santung Luyang, Kota Kinabalu. Foto bernama ini diambil pada 9 Jun 2010.

Berita buruk

Posted: 09 Jun 2010 06:50 PM PDT

Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001

Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001.

"Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula," kata Hishamuddin.

Chua membuat permohonan bertulis meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 hingga kini.

Beliau juga ingin mengetahui jumlah peruntukan bagi meningkatkan kelenfgkapan PDRM sejak tahun 2005 hingga kini.

Dalam jawapannya, Hishamuddin menyenaraikan 58 kes kehilangan kenderaan PDRM yang membabitkan 49 motosikal, tiga kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Alhamdulillah, Nik Aziz steady macam dulu

Posted: 09 Jun 2010 05:50 PM PDT

Alhamdulillah, Nik Aziz masih steady pendirian dia macam dulu dulu jugak.

Ini ditegaskan sekali lagi bahawa tidak sekali kali akan ada kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS. Idea kartun kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali ini sambil Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

Walaupun Nik Aziz berkata, keputusan PAS menolak kerjasama dengan Umno bukan keputusan dia seorang, tapi aku melihat Nik Aziz adalah tulang belakang dalam bantahan terhadap ujudnya kerjasama PAS - UMNO ni. Syabas tuan guru.

Tak mau tunduk, ni haa...

Posted: 09 Jun 2010 04:30 PM PDT

Ni haa..., sumber foto...

Syabas pada menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri yang bertegas tak mau tunduk pada desakan peruncit yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan melesenkan tiga barangan kawalan dikuatkuasakan.

Syabas aku ucapkan diatas ketegasan menteri yang paling tegas ini. Walaupun aku rasa agak terlambat ketegasan hang tu yang biaq orang ramai jadi kelam kabut tak dak arah tapi kira okey la jugak.

Tapi Adnan Yaakob punya komen lagi sempoi, dia tak bunyi suara tapi dia buat isyarat tangan, ni haaa....

Tiada ulasan: