Selasa, 8 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Pembohong

Posted: 08 Jun 2010 05:30 AM PDT

Ikut kata Tony Pua, Piem Najib harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Semalam dia kata masih dalam kajian permohonan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut. Tapi sebenarnya Kementerian Kewangan telah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini. Tapi rekod tentang pengumuman lesen judi tersebut telah dipadamkan.

Berjaya Corporation sendiri membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut. Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

KTMB: Mission failed II

Posted: 08 Jun 2010 05:00 AM PDT

PENUMPANG KTM Komuter terkandas berdekatan stesen Seputeh apabila perkhidmatan dari Seremban ke Rawang itu mengalami kerosakan pagi tadi. - Foto Nik Rosli Ishak

Anwar kena pekena ngan Apco

Posted: 08 Jun 2010 03:55 AM PDT

Sumber: Pak Long
Salam semua...

Teruk jugak la jadi orang yang bernama Anwar ni. Macam macam kepala dia kena pikiaq. Kalau Pak Long dok tempat dia, tak tau la berapa kilo ubat darah tinggi yang kena telan. Pakai besaq dengan ubat la jawabnya.

Lepaih satu, satu lagi kes yang menyemak kepala yang nak kena kat dia. Semua ni rencah hidup Anwar sejak dia gatai melawan ketuanan bangsa Umno. Jadi Mak Long hang sependapat la dengan Pak Long, kadang kadang semua ni sengaja direka nak bagi Anwar hilang arah dan gagal dalam perjuangannya menentang penjajahan minda Melayu cara moden.

Terbaru Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawtankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang oleh Apco. Dia kena tunjukkan bukti seperti yang didakwanya mengaitkan 1Malaysia dengan konsep 1Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh MP dari BN... ha... ha... ha... dah sah Anwar salah. Dah sah Anwar nanti kena...

Pak Long nak pi bagi lembu makan ayaq sat. Tengok la nanti kalau Mak Long hang bagi bawa laptop, Pak Long boleh la berblog sambil jaga lembu... hihi...

Wassalam...

Misi sebenar Mahathir

Posted: 08 Jun 2010 02:00 AM PDT

Misi keamanan tu memang berjaya mendedahkan wajah sebenar Israel, demikian kata Mahathir.

Tapi semua rakyat takkan mudah lupa, misi sebenar Mahathir pulak ialah memperbodohkan rakyat Malaysia dengan cuba menyorokkan wajah sebenar kerajaan Malaysia.

*****************************

SEPANG: Walaupun misi memberi bantuan kepada penduduk Gaza tidak kesampaian, namun ia berjaya mendedahkan kepada dunia tentang keburukan Israel, kata Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata dunia hari ini dapat mengenali wajah sebenar Israel dan apa yang sanggup dilakukan olehnya.

"Apa yang kita katakan tentang Israel memang benar, ia tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, sanggup membunuh orang yang tidak bersenjata, sanggup membunuh mereka yang bukan musuh malah orang yang melakukan tugas amal.

"Walaupun kita tidak berjaya menghantar bantuan ke Gaza, namun dari satu sudut mereka berjaya mendedahkan kepada dunia betapa buruknya Israel yang sedia bunuh bukan saja musuh tapi juga rakyat negara yang baik dengan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu menyambut kepulangan enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata sebagai pihak yang menghantar enam sukarelawan tersebut, beliau gembira apabila keenam-enam mereka selamat sampai ke tanah air.

"Kalau mereka menemui kemalangan tentu ia juga menjadi beban kepada saya. Alhamdulillah, mereka selamat," katanya.

Seorang sukarelawan PGPO, Matthias Chang pula berkata dunia mesti berhati-hati dengan propaganda Israel yang cuba menghalalkan pembunuhan sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara dengan mendakwa mereka terpaksa berbuat demikian kerana sukarelawan di atas kapal tersebut telah bertindak ganas.

"Ini merupakan propaganda untuk mengelirukan orang ramai dan banyak media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN) dan Fox News memainkan isu perbezaan dengan apa yang berlaku di atas kapal Rachel Corrie dan Mavi Marmara. Ini satu pembohongan," katanya.

Tentera Israel mendakwa mereka tidak melakukan sebarang keganasan semasa menawan kapal Rachel Corrie, tetapi pada hakikatnya pada sukarelawan di atas kapal itu telah dikawal dengan senapang lebih kurang lapan jam, kata Chang. - BERNAMA

Negara bangkrap

Posted: 08 Jun 2010 12:30 AM PDT


Bila menteri kata negara akan bankrap 
- ABDUL AZIZ BARI

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala, 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir. 

Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk 
Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. 
Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.

Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip 
tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.


Sudahlah ia 
gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet.Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?

Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.
Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik. -SH

Talam dua muka pulak dah

Posted: 07 Jun 2010 11:00 PM PDT


Usul kecam Israel serlahkan 'talam dua muka'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) petang tadi menganggap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'talam dua muka' dalam melayani protes rakyat serta pembangkang berhubung usul mengecam kezaliman zionis Israel menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Baginya usul yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi semata-mata untuk menonjolkan wajah positif Umno BN kononnya anti pada layanan zionis Israel ke atas umat Islam di Gaza.

Selain mahu dilihat positif oleh rakyat, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, ucapan Najib dan Muhyiddin seakan mahu mengekalkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang nyata dilihat dunia sebagai proksi pada zionis Israel.

"Saya berasa tidak ada yang berbeza kecuali Najib dan timbalannya (Muhyiddin) cuba serlahkan dua wajah masing-masing atau talam dua muka," ujarnya.

Pertama, menurut beliau, Najib mahu rakyat melihat kerajaan Umno BN bersama-sama mereka dalam menentang zionis Israel.

Kedua, katanya lagi, Najib mahu Amerika Syarikat melihat Malaysia kelak setia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara hegemoni tersebut.

Kalau anggapan itu tidak benar, menurut Saifuddin, Najib sudah tentu bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul khas, iaitu pendirian Malaysia berhubung dasar-dasar luar dengan negara hegemoni AS.

"Anwar cabar dia (Najib) untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam dasar-dasar luar seperti negara (Malaysia) dengan Amerika Syarikat juga merupakan sekutu kuat Israel zionis," ujarnya lagi.

Katanya lagi, sepatutnya Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap hubungan tidak langsung Amerika Syarikat dan zionis Israel supaya tindakan negara itu mampu membantu dunia melemahkan zionis Israel di Gaza.

"Zionis Israel mungkin lemah di Gaza kalau tidak dengan sokongan diplomatik (serta) ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan itu yang wajar Malaysia pertegaskan dalam usul pagi tadi," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau mempersoal inti utama Najib, iaitu Turki digesa membawa zionis Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.

"Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita," ujar beliau.

UMNO - Israel : Depan Lain Belakang Lain

Posted: 07 Jun 2010 08:50 PM PDT

Bayaran RM77 Juta Kepada Apco Lebih Baik Diberi Kepada Rakyat Gaza

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menganggap tindakan pembentangan usul Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentang serangan ganas rejim Zionis Isreal di Parlimen hari ini sebagai sudah terlambat dan tidak lagi relevan sedangkan pada masa yang sama Umno-Barisan Nasional masih menyokong rejim Zionis itu secara tidak langsung.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, pembentangan usul ini dilihat sebagai satu tindakbalas terhadap kejayaan besar demonstrasi Pakatan Rakyat di Kampung Baru Jumaat lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 20,000 rakyat.

Berbeza dengan demonstrasi Pemuda Umno pada hari yang sama yang hanya berjaya mengumpul kira-kira 200 orang tanpa kehadiran mana-mana badan bukan kerajaan yang jelas menunjukkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap Umno dan agendanya.

Azmin juga menyuarakan ketidakpuashatian pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru dan Majlis Agama Islam Selangor kerana tajuk khutbah selepas solat Jumaat lalu bertajuk 'Marilah Membentuk Gagasan 1Malaysia', yang langsung tiada kaitan dengan isu semasa atau demonstrasi yang akan diadakan.

"Mais perlu memantau dan memastikan khutbah yang memanfaatkan rakyat, bukan membincangkan sesuatu yang seloah-olah memberikan gambaran bahawa tiada apa-apa yang berlaku," tegas Azmin lagi.

Tambah beliau, Umno-BN mesti memberikan amaran keras kepada Amerika Syarikat kerana kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai satu tanggungjawab moral dalam menghentikan keganasan rejim Zionis Israel.

"Kerajaan Umno-BN bertindak menyokong tindakan Amerika Syarikat membekukan jualan petroleum ke Iran atas alasan Iran cuba membangunkan senjata nuklear tetapi kenapa Umno-BN berdiam diri sahaja, tidak menentang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel yang juga membangunkan senjata nuklear? Ini hipokrasi.

"Hipokrasi memang biasa dalam Umno-BN, sebagai contoh apabila Hamas menang, Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, Amerika juga tidak mengiktiraf dan kerajaan Umno-BN yang suka mengangguk kepada Amerika Syarikat, juga tidak mengiktiraf kerajaan Hamas," tegas beliau lagi.

Tambah Azmin, Umno-BN membuat tentangan terhadap Israel secara luaran sahaja tetapi membuat perjanjian dengan mereka secara senyap.

Ini dilihat dengan jelas melalui perlantikan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan, yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Israel.

"Kalau kerajaan Umno-BN boleh membayar RM77 juta kepada Apco, maka sudah tiada gunanya usul ini. Umno-BN sanggup bayar berjuta-juta, tetapi tidak sanggup berkorban demi rakyat.

"Lebih baik wang ini diberikan kepada Hamas sebagai bukti sokongan kita kepada Palestin daripada menyokong rejim Zionis Israel dengan cara ini. Jika betullah Umno-Bn ikhlas dalam usul ini, hentikan kontrak Apco dan buat kenyataan yang keras terhadap Amerika Syarikat," cabar Azmin lagi. GB

Hasmy Agam pengerusi baru Suhakam

Posted: 07 Jun 2010 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL), Kementerian Luar Tan Sri Hasmy Agam hari ini dilantik sebagai Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelantikan anggota-anggota baru Suhakam, iaitu Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid, Jannie Lasimbang dan Detta anak Samen.

Pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 26 April lepas, menurut Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suhakam tersebut.

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," katanya. — Bernama

Tahniah la

Posted: 07 Jun 2010 04:30 PM PDT

Enam sukarelawan Malaysia dalam misi kapal Rachel Corrie ke Gaza, telah selamat pulang setelah dibebaskan.

(Dari kiri) Mathias Chang; Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria; Ahmad Faisal Amuzu; Shamsul Akmar Musa Kamal; Halim Mohamed dan Jufri Judin, pada sidang media di Kompleks Bunga Raya sejurus tiba di KLIA lewat petang tadi. - Foto Afendi Mohamed.

Tiada ulasan: