Sabtu, 5 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Saiful: Tak payah memayah kalau dah betoi

Posted: 05 Jun 2010 08:30 AM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Mak Long hang selalu pesan kat anak anak, jangan belajaq dok kelentong orang. Bagitau yang benar pasai dengan cara tu kita tak payah dok ingat dah apa yang kita bagitau. Tak payah dok terketaq ketaq dok pikiaq cerita kita tu betoi tak betoi. Pak Long ni bukan jenih yang ikut buta tuli punya. Yang betoi kena la kata betoi. Pak Long kena setuju dengan Mak Long hang pasai apa yang Mak Long hang dok amai tu betoi.

La ni apa jadi. Banyak dah benda dan contoh hidup depan mata yang membenarkan kata kata Mak Long hang kat anak anak dia... errr... termasuk la Pak Long sekali... heh... heh...

Apa yang Pak Long paham, kalau kita cerita benda yang betoi, kita tak payah nak kena pi jumpak si Ezam budak juai kotak tu nak reka jalan cerita dah, tak payah dok kalut nak pi jumpak jiran Pak Long si Najib tu kerana nak mintak izin nak guna perkakas perkakas dia tu dah, tak kalut nak talipon si Musa semata mata nak terima jerkah dan maki dia diatas kebodohan kita. Tak payah semua tu, tak payah kalau kita boleh bercakap benar.

Ooppsss... sori, Pak Long melalut apa pulak dah pepagi nih... Mak Long hang dah siap, kita nak pi jalan jalan taman sebelah sat... wassalam...

Kenyataan: Senang lenang depa dari judi

Posted: 05 Jun 2010 06:54 AM PDT

Photo: GB

Memang malu dan amat amat meloyakan. Ini kenyataan betapa hidup BN dan senang lenang pemimpin pemimpin BN selama ini secara sahnya adalah bergantung pada hasil kegiatan judi. Judi adalah haram, maka apa jugak yang bersangkut dengan hasilnya jugak adalah haram.

Ini bukan auta atau rekaan fitnah dari pembangkang lagi. Kalau dulu setiap dakwaan pembangkang berkaitan hasil judi sebagai pembiaya kepada BN dianggap sebagai fitnah dari pembangkang. Tapi kini tidak lagi dengan kenyataan terkini dari tokey judi dan hartawan terkenal negara iaitu si Vincent Tan disini. Bayangkan dengan megah dan angkuh sekali, beliau telah tawarkan lebih setengah juta ringgit untuk didermakan.

Malah bukan rahsia lagi, Piem berbangsa Umno telah meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas. Duit dah habih makan dan lesen ni lah sebagai ganjaran hasil pelaburan awal mereka.

Terkini Rachel Corrie dirampas

Posted: 05 Jun 2010 05:49 AM PDT

Laporan terkini oleh bernama, sah sesatunya kapal pengangkut bantuan kemanusiaan ke Gaza yang tinggal, Rachel Corrie telah dirampas oleh pihak pasukan pertahanan Israel - Apco.

MV Rachel Corrie, telah dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia kira-kira 2.45 petang. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Bagaimanapun, rampasan kapal ini dilakukan secara aman oleh regim zionis Israel ini. Agak mengejutkan bilamana Israel bagai berlembut kali ini. Mungkin ini hasil daripada bantahan dunia terhadap keganasan zionis itu terhadap kematian 19 orang aktivis keamanan sebelum ini pada Isnin lepas.

*****************************

Terkini kapal Rachel Corri dilaporkan enggan ubah haluan ke pelabuhan Israel seperti yang didesak oleh kapal perang Israel yang mengekori rapat Rachel Corrie sejak lebih 4 jam yang lalu.


Dalam satu laporan Berita Harian sebelum ini, Israel telah menafikan merampas Rachel Corrie.


*****************************


Keadaan sebenar kapal kemanusiaan ke Gaza, Rachel Corrie masih tidak menentu.Malaysiakini melaporkan kapal itu kini dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Sebagai rekod, enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu dan perhubungan dengan mereka terputus. Mereka kini diekori rapat oleh dua ata tiga buah kapal peronda disyaki milik Isreal.

Utusan Malaysia pula melaporkan kapal Rachel Corrie itu telah dirampas Israel tapi masih menunggu pengesahan dari sumber sumber rasmi.

Sementara itu Kosmo online menyiarkan senarai pesanan sms dari Mathias Chang melaporkan kapal kapal mereka diekori oleh bot bot peronda Israel dan menyekat radar kapal Rachel Corrie. Kita berdoa semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi semata mata keangkuhan dan kebiadapan regim Israel.

Lelaki gendut kembali ke PKR

Posted: 05 Jun 2010 04:00 AM PDT


Hishamuddin Rais
Jun 5, 10
1:33pm

Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional (PKN) dari dulu lagi. Dalam sejarah awalnya, parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang agak chic dan mahal.

Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh.

Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi perdana menteri. Maka mereka pun melabur. Melabur untuk parti politik ini adalah teras hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistion.

Dalam pilihan raya tahun 1999 - ramai juga lelaki berperut gendut dan berbaju batik yang menampil diri dan melabur lagi. Perlaburan mereka jatuh meleset. Maka berakhirlah zaman 'pink form Anwar Ibrahim'. Maka bermulalah zaman realis bahawa kuasa bukan di tangan individu atau kerana retorik individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak kerajaan zalim BN.

Saya datang ke kongres parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal. Saya menghadirkan diri untuk memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.

Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002 - satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.

Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memaki baju-t berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.

Kongres di tokong amat radikal

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di dewan perhimpunan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda. Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.

Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan. Kali ini di Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.

Jika hotel dilamar - hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong.

Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.

Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.

Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.

Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa yang terdapat di kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali. Mereka datang kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi. Ini juga sebagai pelabur saham. Budaya germbolan datang sekali lagi dalam PKR.

Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat kongress ke-6 PKR. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah sesudah 8 Mac 2008 - ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya Pakatan Rakyat.

Hilang indentiti

Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai Cahaya Bulan. Saya sampai awal pagi. Ketika saya sampai, apa yang saya dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak lumayan berbanding dengan tokong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur. Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.

Untuk saya gerakan anak muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti politik yang boleh berkembang. Bila saya menjenguk muka ke dalam dewan persidangan AMK - saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR muda sedang berdebat dan berbincang.

Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju biru. Mungkin ini baju rasmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang berseragam sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat cool. Anak muda cool pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana harus berbaju atau berseluar. Yang suka berseragam adalah mereka yang suka ditarik hidung. Pakaian seragam diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya tersenyum - bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.

Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center. Saya pun tidak faham kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan bahasa Inggeris ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang menggunakan "I" dan "You" untuk membuktikan bahawa para pelakon drama ini berilmu.

Dalam dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari PKR. Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan telah cuba mengempiskan perut.

Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka yang telah lari meninggalan PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka juga sering dilihat memakai baju batik berlengan panjang.

Untuk saya baju batik berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation. Saya anggap perkara yang paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakonkan yang baru.

Kita bukan sahaja wajib menolak parti gerombolan. Kita juga wajib menolak budaya yang disebarkan oleh gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang adalah budaya gerombolan. Ini wajib dilupuskan. PKR wajib melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas hanya dan menerima baju batik berlengan panjang sebagai budaya. Kerana malas, maka perut jadi gendut.

Politik Malaysia: Cerita yang dalam makrifatnya

Posted: 05 Jun 2010 02:00 AM PDT


Oleh MSK.

"Terima kasih banyak-banyak, Angie. Pertemuan kita berakhir disini buat sementara." aku cakap kat Angie.

"Macam mana kalau kita pergi makan dulu? Saya dah mula tertarik dengan Bang Mat." kata Angie dengan senyum. Lutut aku rasa bergoyang. Kalau boleh aku nak angkut amoi ni bawa balik kerumah. Tapi dia macam merpati..senang didekat…tapi belum dapat.

"Hang tau umoq aku berapa?" aku tanya dia.

"Umur hanyalah angka. "kata Angie… pendek.

Aku renung mata dia…dia renung mata aku. Fuiyo!!

"Jom kita pi Tesco…makan kat Pelita Nasi Kandar" aku bagi cadangan.

"Tak mau la…kat situ ramai orang tua. Kita pi Old Town la…sebelah tu saja. Kat situ ramai orang muda." jawab Angie.

Allright…dia tutup kedai…terus kekereta dia. Whoa!! Pakai Camry wooooo!!

Kami duduk kat luar…leceh nak duduk kat dalam pasai tak boleh hisap rokok. Kat meja dibelakang aku ada sekumpulan anak muda..dengan laptop atas meja. Senyap dan sunyi…sebab masing-masing khusyuk mengadap laptop.

Aku minta kopi O..aku tak tau apa yang diminum oleh Angie. susah sangat nak sebut namanya.

"Cuba Bang Mat perhatikan manusia-manusia disekeliling kita. Dihujung sana..Mc Donalds. siapakah yang duduk dimeja sana? Sebelah ni..Pelita Nasi Kandar…siapa yang sedang makan. Dan disini Old Town, siapa yang duduk dimeja?" Angie mula bercakap.

Lama aku memerhatikan manusia-manusia yang ada disekeliling kami. Tapi aku masih tak tau apa yang dimaksudkan oleh Angie.

"Cuba Bang Mat perhatikan. Kat Pelita Nasi Kandar…majoritinya adalah orang tua. Makanannya adalah nasi kandar dengan lauk-lauk yang heavy. Semua ada….Melayu, Cina..India…semua makan dikedai yang sama.

Kat Mc Donald…juga semua ada. Melayu, Cina India…semua boleh duduk semeja. Tapi semuanya orang muda. Makanan mereka ialah burger, hot dog.

Kat Old Town ni pulak…pun serupa. Melayu, Cina India semua ada. Tapi tak ramai yang makan…dan suasana pun aman dan sunyi. Orang tua ada, orang muda ada.

Manusia tidak lagi dipisahkan oleh bangsa….tetapi dipisahkan oleh generasi dan makanan. Nasi kandar mampu menyatukan Melayu, Cina dan India…tetapi memisahkan dua generasi yang berlainan. Mc Donald mampu menarik Melayu, Cina dan India tetapi tidak mampu menarik generasi tua.

Mengapakah di Old Town ini, kita dapati ada orang tua, ada orang muda? Tapi kurang berminat untuk makan?"

Fuh!! Sampai kesitu renungan makrifatnya.

Ureka!!!! Aku tepuk meja macam Albert Einstein.

"Pasal apa Bang Mat?" tanya Angie.

"BN juga mampu menarik Melayu, Cina dan India…tetapi mereka hanya mampu menarik Saluran 1. Pakatan Rakyat juga mampu menarik Melayu, Cina dan India tetapi hanya mampu menarik golongan muda.?" aku kata.

"Sebab BN mengamalkan politik Nasi Kandar. Nasi Kandar dikuasai oleh hanya satu kumpulan manusia ia itu Mamak. Dan Mamak berjaya menarik Melayu,Cina dan India dengan menggunakan kas-kas. Tanpa kas-kas…masakan Nasik Kandar tak akan sedap. Dan Melayu, Cina dan India terperangkap dengan ketagihan kas-kas. Mereka yang ketagihkan kas-kas, tidak akan dapat meninggalkan Nasi Kandar.

Politik Pakatan Rakyat pula merupakan politik daun kari. Daun kari hanya digunakan bila nak memasak. Tapi bila dah masak, daun kari dibuang ketepi. Lama-lama…daun kari merajuk dan tak mau berdaun lagi." kata Angie.

Tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku dari belakang." Minta api, bro!" Anak muda yang duduk dibelakang aku berkata.

Bila aku toleh kebelakang bagi lighter..dia kelihatan gugup." Sori Pak Cik..bukan saya tak hormat orang tua…tapi saya ingatkan tadi Pak Cik sebaya dengan saya. Tengok dari belakang macam rockers. Rambut panjang…pakai jeans and T-shirt. duduk pulak dengan awek cun." kata dia.

"No problem, bro." kata aku. "Tengah baca blog ke?" aku tanya dia.
"Tak…tengah layan Facebook. Saya tak minat blog." kata dia.

Lega!!! Gerenti dia tak kenai aku.

"Tak minat baca blog politik ka?" aku tanya.
"Sori la Pak Cik. Kitorang minat juga dengan politik…tapi tak minat dengan orang politik. Semua serupa. Masa nak pilihanraya, panggil kitorang…lepas pilihanraya..kitorang nak buat gig pun tak boleh."

"Lu kenai ka sapa Presiden PKR?"
"Anwar Ibrahim."

"Lu tau sapa Presiden Pas?"
"Nik Aziz."

"Lu tau sapa Setiausaha Agung DAP?"
"Kit Siang."

Pandai hang!! Aku tak tau apa nak cakap lagi dengan anak muda tu.

Aku tengok muka Angie. "Now..tell me frankly. Adakah aku tua atau muda?" aku tanya dia.

"Memang Bang Mat masih muda.' kata Angie.

"Hang saja nak pekena aku kot?" aku tanya dia.

"Taaaak!! Memang betul imej Bang Mat imej muda. Sebab itu pemuda tu panggil bro! Sebab dia ingat Bang Mat sebaya dengan dia." balas Angie.

"Habih…pasai apa dia minta maaf bila dia tengok muka aku? Maknanya…rambut aku saja muda, tapi rupa aku masih tua!!"

"Tidak…bukan pasai tu. Tetapi kerana Bang Mat tak tau macam mana nak jaga imej." kata Angie. Petah betui amoi ni bercakap.

"Pasai apa hang kata aku tak tau nak jaga imej?" aku tanya.

"Imej saja tidak cukup. Perbuatan kita kena selari dengan imej. Kalau tidak dia janggal. Kalau pakai kopiah putih macam Mohsein, tapi lompat parti dan tidak amanah kepada tanggungjawab yang diberi…orang tak respect. Kalau pakai kopiah putih macam Zul Nordin dan cakap pasai hendak membela Islam, tapi bila tiba tentang judi…dia diam. Macam mana orang nak respect?" tanya Angie.

"Itu depa punya pasai. Tapi pasai apa budak tu panggil aku Pak Cik?" aku tanya.

"Sebab Bang Mat minum kopi O! Anak muda mana yang minum kopi O? Sekurang-kurangnya mesti ada ais!" Jawab Angie.

Cilaka!!

"Penghayatan..Bang Mat. Itu yang penting. Kita kena ada sikap empati. Kena faham dan merasakan apa yang dirasai oleh orang lain. Bang Mat hanya pentingkan diri Bang Mat. Bang Mat tak tanya pun apa yang saya suka bila Bang Mat ajak saya makan. Bang Mat terus ajak saya pergi makan Nasi Kandar tanpa bertanya apa yang saya suka. Bang Mat beranggapan bahawa saya suka apa yang Bang Mat suka. Disitulah kegagalan ahli politik." Angie terus berkhutbah.

Aku diam saja.

"Bang Mat marah kat saya? jangan laaaa." dia pegang tangan aku. Fuiyo!! Lembuuuuut sokmo. Macam cakui panas.

"Saya tegur pasal saya suka kat Bang Mat. Kalau orang lain…saya buat tak peduli je." Angie terus memujuk.

Terkini Rachel Corrie memasuki Gaza?

Posted: 05 Jun 2010 12:58 AM PDT

Terkini kapal Rachel Corri dilaporkan enggan ubah haluan ke pelabuhan Israel seperti yang didesak oleh kapal perang Israel yang mengekori rapat Rachel Corrie sejak lebih 4 jam yang lalu.

Dalam satu laporan Berita Harian sebelum ini, Israel telah menafikan merampas Rachel Corrie.

*****************************

Keadaan sebenar kapal kemanusiaan ke Gaza, Rachel Corrie masih tidak menentu.Malaysiakini melaporkan kapal itu kini dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Sebagai rekod, enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu dan perhubungan dengan mereka terputus. Mereka kini diekori rapat oleh dua ata tiga buah kapal peronda disyaki milik Isreal.

Utusan Malaysia pula melaporkan kapal Rachel Corrie itu telah dirampas Israel tapi masih menunggu pengesahan dari sumber sumber rasmi.

Sementara itu Kosmo online menyiarkan senarai pesanan sms dari Mathias Chang melaporkan kapal kapal mereka diekori oleh bot bot peronda Israel dan menyekat radar kapal Rachel Corrie. Kita berdoa semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi semata mata keangkuhan dan kebiadapan regim Israel.

Terkini Rachel Corrie - ditawan

Posted: 05 Jun 2010 12:21 AM PDT

Keadaan sebenar kapal kemanusiaan ke Gaza, Rachel Corrie masih tidak menentu. Malaysiakini melaporkan kapal itu kini dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Sebagai rekod, enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu dan perhubungan dengan mereka terputus. Mereka kini diekori rapat oleh dua ata tiga buah kapal peronda disyaki milik Isreal.

Utusan Malaysia pula melaporkan kapal Rachel Corrie itu telah dirampas Israel tapi masih menunggu pengesahan dari sumber sumber rasmi.

Sementara itu Kosmo online menyiarkan senarai pesanan sms dari Mathias Chang melaporkan kapal kapal mereka diekori oleh bot bot peronda Israel dan menyekat radar kapal Rachel Corrie. Kita berdoa semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi semata mata keangkuhan dan kebiadapan regim Israel.

Macam macam depa buat nak pelingkup PKR

Posted: 04 Jun 2010 08:06 PM PDT

Bekas pemimpin minta ROS siasat PKR

IPOH 4 Jun - Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda hari ini mendakwa parti itu melakukan penipuan dalam penyediaan laporan tahunannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya membuat aduan kepada ROS ini agar dapat menjalankan siasatan bahawa selama ini PKR adalah sebuah parti yang menipu.

"Rakyat harus sedar, PKR sudah tenat dan mereka tidak harus tertipu dengan menyokong parti didokong oleh pemimpin berkepentingan diri sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan memorandum meminta ROS menyiasat dakwaan penipuan laporan tahunan PKR.

Dakwa Fauzi, kebanyakan cabang PKR Perak yang menjalankan mesyuarat agung tahun lalu tidak sah kerana tidak cukup kuorum.

"Ada cabang-cabang yang tidak menjalankan mesyuarat tetapi menghantar laporan palsu kepada ROS kononnya mereka sudah mengadakan mesyuarat," dakwa beliau.

Laporan yang diberikan oleh cabang-cabang berkenaan, kata Fauzi, adalah palsu dan hanya direka-reka bagi memenuhi kehendak ROS untuk mengelak kedudukan mereka dibatalkan.

Beliau mendakwa, Kongres Nasional Tahunan PKR yang berlangsung pada 28 hingga 30 Mei lalu di Kelantan juga terbatal kerana perwakilan yang hadir adalah tidak sah.

"Saya mendesak ROS supaya menggantung parti itu daripada beroperasi sehingga siasatan menyeluruh dijalankan," katanya.

Fauzi, 51, meletakkan semua jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap parti itu pada 15 Mei lalu.

Serentak itu, beliau mengumumkan PKR Ipoh Barat dibubarkan kerana lebih daripada dua pertiga Ahli Jawatankuasanya (AJK) termasuk sayap Wanita mengambil tindakan serupa.

Fauzi sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa beliau ditawarkan RM50 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini melompat parti.

Kenyataan itu dibuat ekoran tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu meletak jawatan dan keluar daripada PKR.

Fauzi kemudiannya didakwa oleh penyokong pembangkang sebagai individu bertanggungjawab memujuk Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan PKR pada Mac lalu.

Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus

Posted: 04 Jun 2010 07:43 PM PDT

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
PETALING JAYA: Wisma Putra mengesahkan hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga kini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungimStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Antara sukarelawan dalam kapal tersebut adalah wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal Shamsul serta Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3.

Terbukti lagi siapa suka buat kacau

Posted: 04 Jun 2010 06:00 PM PDT


Sumber: Penarik beca

3 Jun lalu, dalam berita bertajuk "Polis: Jangan sertai perhimpunan haram esok", Malaysiakini memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata:
"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan".
Akhirnya semalam, berlakulah demontrasi Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin. Malaysiakini melaporkan10,000 orang hadir (saya lebih selesa dengan angka yang lebih konservatif). Harakah Daily kata 50,000. Suka hati hampa la. Bubuh pi la berapa puluh ribu pun.

Berapa puluh ribu pun, perhimpunan itu tidak membantah secara langsung kepentingan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang memohon petunjuk dari Yahudi-Yahudi Zionis termasuk bekas-bekas pegawai tinggi polis rahsia Israel di dalam 
Apco Worldwide. Sebab itulah malam tadi, tidak ada berita dalam TV yang kita dengar tentang kerugian sehingga RM200 juta kerana bekas air peniaga pecah dirodok canister gas pemedih mata polis. Tidak ada ada pecacai yang buat berita kononnya Kuala Lumpur kelam kabut. Tak ada berita 589 orang orang ditahan.

Media juga tidak mengapi-apikan isu 
perkauman (kurang ajar!) Dan, tidak ada gambar-gambar seperti di bawah.

Melainkan ada keputusan terbaru Umno selepas ini untuk reka apa yang depa nak reka, tak dapat ditemui berita yang boleh membenarkana apa yang dibimbangi oleh Muhammad Sabtu - "dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan".

Kenapa? Kerana perhimpunan itu tidak merodok jantung Umno seperti perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (
ISA) yang menjadi jantung kehidupan Umno.

Yang dapat saya ingati, sudah dua kali perhimpunan puluhan ribu rakyat berlangsung dengan aman. Pertama, perarakan berpuluh-puluh ribu orang pada 
28 Julai 2006 dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. Kedua, perarakan berpuluh-puluh ribu orang semalam, juga dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Perhimpunan rakyat tidak menimbulkan kekecohan jika Umno tidak buat kacau dengan memperalatkan pihak tertentu. Kepada yang berakal, sendiri mau ingat siapa yang suka buat kacau.


Hanya yang bangang cakap macam ni

Posted: 04 Jun 2010 05:00 PM PDT

MELELEH AIR LIUR CUKUNG DAN BROKER MELAYU NAMPAK KAMPONG BARU


TIADA HASRAT JUAL TANAH KAMPUNG BARU KEPADA KAUM LAIN 
- melayau

Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain, kata Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Malah katanya, kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Raja Nong Chik juga berkata, tidak ada seorang pun pemilik tanah yang akan dipinggirkan daripada proses pembangunan, bahkan setelah memiliki hartanah baru di kawasan berkenaan, mereka akan diberi peluang untuk menjual atau menukarkannya dalam bentuk saham atau pemilikan.

"Kita juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit-unit bangunan atau hartanah itu hendak dijual, disewa atau dipajak kepada bukan bumiputera atau syarikat asing.
"Cadangan nisbah itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan pembangunan tersebut turut disertai oleh syarikat gergasi asing, khususnya dalam bidang perhotelan, pasar raya, bank dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, jika pemilik tanah tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan itu, kerajaan bersedia untuk berunding sehingga satu persetujuan dicapai yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. 

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

woit… INI SATU LAGI …. KAJIAN BELUM MUKTAMAD… kah kah kah..

woit…. LAIN KALI BUAT KAJIAN DULU… KEMUDIAN BUAT LAPORAN… kah kah kah…

woit… INI DASAR FLIP FLOP….JANGAN JADI BANGANG….. jkah kah kah…

woit….ITU PASAL ORANG SURUH PERGI BELAJAR… BUKAN MAIN JUDI… kah kah kah..

woit… EMAK BAPAK SURUH BELAJAR… INI BELI IJAZAH… JADI BANGANG… kah kah kah..

woit… KALAU BANGANG…. SIMPAN DALAM ALMARI… JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI… kah kah kah…

woit… DULU CAKAP KAMPONG BARU PROJEK TERBESAR DALAM DUNIA…. kah kah j kah…

kah kah kah…. HANYA YANG BANGANG CAKAP MACAM INI…. kah kah kah…


Bro: TT

Tiada ulasan: