shalehudin |
- Ucapan berapi api Khairy Jamaluddin
- Kena la percaya jugak kat Anwar
- Apco tengah kerja keras sebagai tuan punahsihat
- Hapuskan Zionis Tempatan Dahulu
- Pemuda Pakatan lebih lembik dari lembik
- Apco = Yahudi, yang berkawan ngan Apco tu apa?
- Cucuk tapi tak cucuk - TT
| Ucapan berapi api Khairy Jamaluddin Posted: 04 Jun 2010 08:17 AM PDT ![]() Ucapan berapi api Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda BN. "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya dihadapan 20,000 orang orang. Mereka berbangga mempunyai kapalterbang tanpa pemandu, tapi kita jugak berbangga dengan jet jet pejuang tanpa enjin. "hancur Israel" "jahanam Israel" "selamatkan Palestin" "ZzZzzzZZzzzzz" |
| Kena la percaya jugak kat Anwar Posted: 04 Jun 2010 05:30 AM PDT Pak Long percaya Anwar ![]() Pak Long percaya kat Anwar dalam isu zionis Israel ni. Dan desakan B'Nai B'rith, pertubuhan yahudi berpengaruh di Amerika meletak si Anwar ni sebagai musuh kuasa besar itu menjelaskannya lagi. Kalau dulu bangsa Umno yang banyak mengeji Anwar sebagai ejen Yahudi, tapi kini ludah tu terpelanting kat muka depa balik dengan isu Apco Worldwide dan Asiasoft. Pak Long akur, Anwar orang politik dan tidak mustahil ada unsur unsur politik dalam tindakan pembongkarannya. Salahkah orang politik yang berpolitik. Kelebihan Anwar ialah kekuatanya yang dapat menghidupkan isu walaupun telah ada orang yang lebih awal membangkit isu yang sama. Dan dia menggunakan kelebihan tersebut. Anwar telah berusaha sekurang kurangnya meletak balik dirinya dikalangan rakan taulan lamanya. Tapi sudah cukupkah usaha yang dilakukan oleh Anwar bagi mengembalikan keyakinan rakan rakan lamanya yang dulu begitu setia tapi kini jauh berpaling? Apakah belum habis dosanya sebagai pak yet Mahathir? Rasanya Anwar sudah berserah segalanya pada Allah. Ketentuan Allah jua yang abadi kerana gelombang yang didokongi Anwar kini juga digerakkan oleh Allah tanpa diduga. Apakah perlu rakan rakan lamanya masih berdendam dengan keterlanjuran yang silam. Atau tiada langsung jalan pulang buat Anwar. Wassalam... Sumber: Pak Long |
| Apco tengah kerja keras sebagai tuan punahsihat Posted: 04 Jun 2010 03:34 AM PDT ![]() Ini disahkan lagi dengan serangan lobi antarabangsa terhadap susuk bernama Anwar. Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi" kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau. Aku rasa Apco akan nasihatkan beberapa orang kuat dalam kerajaan Najib bagaimana nak sabitkan jugak Anwar tak kira apa saja cara dengan konspirasi liwat II kali ni. Macam dah sahih aje Anwar akan masuk penajra, namun adat pejuang, LAWAN TETAP LAWAN. |
| Hapuskan Zionis Tempatan Dahulu Posted: 03 Jun 2010 11:00 PM PDT RAKYAT MARHAEN ![]() Wajib bagi umat Islam dan bukan Islam bangun menentang kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Bagi umat Islam, apabila melihat saudara kita yang sedang ditindas teruk merupakan malapetaka juga kepada kita. Maka menjadi satu keinginan untuk berjuang bersama mereka di Palestin. Itulah kemanisan bagi kita sebelum kita meninggalkan dunia ini. Namun untuk menyertai perjuangan mulia mereka ini dan perjuangan suci ini, cuba kita tanya pada diri kita. Apakah kita sudah cukup berani untuk berdepan dengan kekejaman tentera Yahudi Zionis ini? Apakah kita sudah berani menamatkan riwayat kita jika berperang dengan tentera maha kejam ini? Jadi apa kayu pengukur kita dalam menentukan keberanian kita ini? Jika di Palestin rumah orang Palestin telah dirobohkan secara kejam oleh tentera Yahudi Zionis. Manakala di Malaysia rumah orang kampung juga dirobohkan secara paksa oleh pihak berkuasa. Mereka iaitu orang Palestin bangun menentang kezaliman tentera Yahudi Zionis yang merobohkan rumah rakan mereka hingga mengorbankan nyawa. Kita? Jika untuk bangun mempertahankan rumah sahabat kita yang bakal dirobohkan oleh pihak berkuasa yang diperintah ala - ala Zionis ini pun kita takut mana mungkin kita mampu mendepani kekejaman melampau oleh tentera Yahudi Zionis ini. Bumi Al-Aqsa yang suci ini sering disajikan dengan cerita - cerita tunjuk perasaan yang akhirnya mengundang berita kematian oleh saudara - saudara kita di sana. Mereka tekad untuk meruntuhkan kerajaan Zionis yang bangsat ini hatta menggunakan batu walaupun mereka berdepan dengan senapang, bom, helikopter, jet pejuang dan lain - lain. Keberanian mereka benar - benar merungsingkan kerajaan jahanam Zionis ini. Mampukah kita bertindak berani seperti mereka? Memang tidak dinafikan di bumi Malaysia ini ribuan para pemuda yang bersedia untuk berkorban untuk meruntuhkan kerajaan zalim yang dikawal selia oleh APCO Yahudi Zionis ini. Jika diarahkan untuk bertempur habis - habisan maka mereka inilah yang akan kedepan. Namun persoalannya, apabila mereka ini kedepan adakah cukup untuk mereka meruntuhkan kerajaan Zionis Tempatan ini? Malah tindakan mereka ini tidak disokong oleh sebahagian oleh kaum mereka sendiri. Sekarang kita beruntung kerana ditakdirkan Tuhan untuk bertempur sesungguhnya kerana APCO alat Zionis sekarang berada di Kuala Lumpur. Wajib untuk kita bangun menghalau APCO keluar dari bumi Malaysia. Tidak guna kita berhimpun di depan kedutaan Amerika sedangkan Yahudi Zionis berada di Kuala Lumpur. Inilah yang lebih utama. Perjuangan menghalau mereka ini yang lebih penting. Kejayaan kita menghalau APCO dari bumi Malaysia pasti merupakan satu kejayaan yang manis. Saya meminta mereka yang bakal berhimpun di kedutaan Amerika pada Jumaat ini agar menukar haluan. Berhimpun di depan pejabat APCO. Halau mereka dari bumi Malaysia ini. Kita rakyat Malaysia dipaksa bayar khidmat mereka oleh Perdana Menteri yang paling bodoh Malaysia ini. APCO diduduki oleh pemimpin tentera bangsat Yahudi Zionis Israel ini. Bakar bendera Israel di depan mereka lebih utama. Memijak gambar pemimpin negara haram Israel di depan mereka lebih enak. Tapi sudah pasti menunjuk perasaan di depan pejabat APCO akan mengusik perut Najib - Rosmah. Sudah pasti kehadiran ribuan pihak berkuasa akan menghalang laluan mereka yang ingin menuju ke pejabat APCO. Itu sahaja saranan saya. Perjuangan menentang Zionis harus bermula di bumi MALAYSIA!! HALAU APCO - UMNO! |
| Pemuda Pakatan lebih lembik dari lembik Posted: 03 Jun 2010 08:50 PM PDT KJ, Sam, Tantawi, Anthony & Anak MudaDesakan untuk memasukkan nama Kontroversi dalam Pemuda UMNO Malaysia iaitu Ketuanya Khairy Jamaluddin dalam Kabinet baru KERAjaan Malaysia semakin kuat akhir-akhir ini. tapi sampai waktu ni, di pihak Pimpinan tertinggi UMNO lebih-lebih lagi PM Najib masih tiada respon.Tak mustahil untuk menarik sokongan golongan pengundi-pengundi baru dalam PRU-13 nanti yang terdiri dari anak-anak muda yang dilihat "dekat" dengan Khairy, nama Khairy akan tersenarai juga dalam Kabinet baru PM Najib, walaupun secara "terpaksa". Bagi aku, tak de hal kalau Khairy tersenarai dalam barisan Kabinet baru PM Najib sebab secara peribadi, aku tengok Khairy ada kekuatannya yang tersendiri. seburuk mana pun Khairy, kita terpaksa mengakui bahawa Ketua Pemuda UMNO ini adalah seorang yang kuat bekerja, punya karisma tersendiri dan bukan jenis "cakap tak serupa bikin" (kecuali dalam isu himpunan BERSIH dulu). Lain-lain, memang Khairy sendiri ada buat banyak program-program mendekati anak muda walaupun kebanyakan program-program anjuran Khairy kita nampak macam program "buang masa". Kita kena akui jugak, walaupun geng-geng "budak-budak mat rempit" sangat-sangat rapat dengan Khairy (mat rempit dipandang hina oleh kebanyakan ahli politik sempit), sekurang-kurangnya mereka-mereka ini dah pasti akan mengundi UMNO/BN atas usaha Khairy merapatkan diri dengan golongan ini melalui program-program "buang masa" anjurannya. Yang tu pada aku bagus untuk UMNO/BN. cuma nasib Khairy agak kurang bernasib baik sebab tidak mendapat sokongan penuh Pemuda UMNO. kalau Khairy dapat sokongan penuh Pemuda UMNO, alamatnya sangat tak baik untuk Pakatan Rakyat. Atas "nasib Khairy yang kurang baik itu", kekuatan Pemuda UMNO pada waktu ini hanya berada pada tahap 50% daripada kekuatan sebenar Pemuda UMNO. Yang ni Pakatan Rakyat nak kena study balik. Pakatan Rakyat ada Pemuda PAS, Pemuda DAP dan juga Angkatan Muda KeADILan. 3 sayap penting dalam Pakatan Rakyat. nampak macam hebat, tapi realitinya - ke 3-3 sayap penting Pakatan Rakyat masih gagal menandingi Pemuda UMNO yang pada tahap ini boleh kita katakan sebagai "lembik'. Kalau dah Pemuda UMNO lembik, 3 sayap utama Pakatan Rakyat kita nak panggil apa..? mungkin lemau sangat-sangat sesuai. Apa yang aku nak bangkitkan dekat sini ialah kekuatan 3 sayap utama Pakatan Rakyat. Pemuda PAS Setakat ni aku tak nampak kekuatan Pemuda PAS dibawah pimpinan Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi. kalau tengok gambar memang nampak brutal, ada sikit-sikit iras The Rock, terutamanya kalau korang tengok gambar Nasruddin masa tengah mandi manda dekat air terjun (yang ni korang kena tanya Ali Bagan Utama). Bab penampilan memang bergaya sangat-sangat, tapi kalau ambik dari segi Pimpinan, memang bagi aku - hancur sangat-sangat. lepas tamatnya pemilihan terakhir yang mana Ustaz Nasruddin dipilih sebagai Ketua pemuda PAS Pusat, aku tak nampak sebarang tindakan atau gerakan daripada pemuda PAS yang boleh menggerunkan Pemuda UMNO. Setakat ni aku tak nampak pun Pemuda UMNO rasa tercabar dengan apa-apa tindakan dari Pemuda PAS. ada 3 kemungkinan bagi aku: 1 - Pemuda UMNO memang tak risau dekat Pemuda PAS.Yang tu korang kena fikir balik betul atau tak betul anggapan aku. macam biasa... nak terima, Alhamdulillah, tak nak terima - aku tak kisah. Realitinya ialah, dalam keadaan Pemuda UMNO dan Ketuanya Khairy Jamaluddin "bukan sape-sape" dalam politik Malaysia, Pemuda PAS lagilah entah apa-apa dalam politik Malaysia. ibarat "melukut ditepi gantang". Ada persamaan antara Pemuda PAS dengan Angkatan Muda KeADILan. tapi bagi aku, Angkatan Muda KeADILan levelnya lagi teruk dari Pemuda PAS. kalau pergi dekat ceramah-ceramah atau program-program anjuran PKR, AMK lebih kedepan sebagai "pengawal VIP-VIP atau Pimpinan PKR". Pakai T'Shirt smart-smart, spek hitam, lepas tu cekak pinggang keliling pentas. dekat baju tertera Angkatan Muda KeADILan. punya la cikai AMK ni. PAS sekurang-kurangnya ada Unit Amal yang bagi aku levelnya tinggi sikit dari PDRM kalau bab jaga dan kawal lalu-lintas dekat program-program Pakatan Rakyat. Kalau buat demonstrasi pun sama, aku tengok geng-geng Unit Amal lebih kedepan daripada geng-geng AMK dan juga Pemuda PAS. kalau tak de Unit Amal, Pemuda PAS terutama Ketuanya Nasruddin Tantawi pun kecut perut nak turun padang. Geng AMK pun aku tengok banyak yang dok selindung belakang Unit Amal kalau pergi demonstrasi. FRU serang je semua hilang, tinggal Unit Amal basah kuyup dok bertahan walau kena tembak dengan watercanon dan jugak gas pemedih mata. Selalunya lepas semburan atau tembakan pertama, kita dah susah nak kesan geng-geng AMK. yang ni memang selalu aku, geng-geng wartawan dan jugak blogger-blogger perati. kalau ada geng-geng SAMM pimpinan Chegubard, geng-geng ni je la yang tinggal dengan Unit Amal. Balik pada AMK. sampai hari ni, aku boleh cakap - AMK dibawah pimpinan Ketuanya Shamsul Iskandar cuma pandai buat report polis sahaja. tak de program-program untuk tarik anak muda mendekati AMK (kecuali dekat Sibu hari tu ada la lebih kurang program tengok bola dengan anak muda). AMK dibawah pimpinan Shamsul Iskandar hari ni terlalu jauh dengan para pengundi muda. Ketua AMK lebih berminat untuk berada "hampir" dengan Pimpinan Tertinggi PKR daripada berada dekat dihati anak muda Malaysia. Shamsul memang rajin turun padang berdemo dan Shamsul juga sangat-sangat cekap menghilangkan diri dari berdemo bila kelibat polis datang. Lain-lain Shamsul sebagai Ketua AMK cekap dalam membuat laporan polis. aku tak tau berapa banyak dah report polis yang Shamsul dah buat, tapi aku 100% yakin tak de 1 pun report polis yang Shamsul buat boleh menarik sokongan anak muda untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Anak muda era baru tak minat dengan kerja-kerja buat report polis beb... nak pimpin anak muda dengan report polis..? apa sangat la "kewibawaan" yang anak muda nampak dekat diri tukang buat report polis ni..? adik-adik kita yang bawah umur pun boleh buat report polis Sam... tak payah jadi Ketua AMP Pusat pun kalau nak buat report polis. Belajar tinggi-tinggi sampai jadi lawyer tak kan la setakat tu je kemahiran lu beb..? seBANGANG-BANGANG KJ pun, lagi ramai anak muda nampak "Karisma"nya tu... kalau Mahdet tak jadi kepala burukkan KJ dulu, aku dok rasa Azmin Ali pun bungkus kalau jadi pesaing KJ. Dalam hal Pemuda PAS dan AMK ni, 2-2 nak kena perbetul balik "line" korang. carik balik apa yang korang patut buat sebenarnya. yang penting - anak muda. nak menang PRU-13, kena ada sokongan padu dari anak muda. kalau gagal tarik anak muda untuk sokong Pakatan Rakyat dalam PRU-13, jangan mimpi nak tawan putrajaya... Jangankan Putrajaya, Hentian Bas depan Kompleks BERJAYA pun belum tentu korang dapat tawan..! Untuk sessi akan datang, kalau KJ tersenarai dalam Kabinet baru PM Najib dan ke 3-3 sayap utama Pakatan Rakyat masih ditakuk yang aku sebut tadi, alamatnya cerah masa depan untuk Pakatan Rakyat bungkus. Alasan paling kuat ialah, KJ bagi aku seorang yang sangat-sangat bijak dalam mengambil peluang dan kesempatan. kalau dah duduk dalam Kabinet, lagiii banyak program KJ boleh atur untuk dekati anak muda. bila dah jadi macam ni - Shamsul akan jadi makin pendek, Nasruddin pulak bakal menyusul. korang lawan sape paling pendek. Pemuda DAP pulak agak kurang menonjol sebelum ni, tapi sejak akhir-akhir ni dah nampak perubahan. sepanjang yang aku tau, anak muda berbangsa Cina bagi sokongan padu pada DAP sebab Ketua Pemuda DAP rajin bekerja, rajin mendekati anak-anak muda berbangsa Cina dan banyak atur program untuk anak muda. Pada AMK dan jugak Pemuda PAS, mintak tolong sangat-sangat perbanyakkan program-program dengan anak muda, cuba dekati anak-anak muda seboleh mungkin. program politik cuma dapat tarik minat anak muda sebanyak lebih kurang 20% sahaja. jangan cuba sogok anak-anak muda untuk minat berpolitik. Cara paling baik, sediakan beberapa program bukan politik yang dapat tarik minat anak muda, lepas tu pandai-pandai la pikir selebihnya... tak kan semua aku nak kena guide..? aku buka Ketua Cabang atau Pemuda mana-mana parti. Aku salah sorang dari anak muda yang nak tengok Malaysia berubah dibawah Pakatan Rakyat. |
| Apco = Yahudi, yang berkawan ngan Apco tu apa? Posted: 03 Jun 2010 06:30 PM PDT ![]() Rakyat belum bebas daripada fahaman Yahudi KOTA BHARU, 3 Jun: Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide. Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel, namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik. "Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun," ujarnya yang juga Musyidul Am PAS. Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya. "Setiap kali sembahyang kita membaca al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani," ujarnya. Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya. Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu. Harakah |
| Posted: 03 Jun 2010 04:30 PM PDT ![]() Perbicaraan kes konspirasi ke- 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangguh tengah hari tadi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan apabila seorang pakar perubatan mengubah kenyataannya yang sebelum ini mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat. Doktor Mohd Razali Ibrahim antara 3 pakar yang memperakukan laporan mengesahkan tidak ada bukti berlaku tusukan pada dubur Saiful. Namun apabila dipanggil oleh ketua pendakwaraya hari ini untuk memberi keterangan, Dr Mohd Razali berkata laporan Jabatan Kimia meyakinkan beliau bahawa Saiful diliwat walaupun beliau tidak mempunyai tanda- tanda kecederaan untuk menyokong hujah itu. Perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memasuki fasa yang memperinci bukti-bukti perubatan bersabit pertuduhan terhadap beliau. Pakar Bedah Jabatan Pembedahan, Doktor Mohd Razali diminta menjelaskan laporan klinikal forensik HKL yang ditandatangani oleh beliau dan 2 pakar lain. Laporan ini jelas menyebut tidak ada bukti klinikal yang mencadangkan berlakunya penembusan ke dalam dubur Saiful. Ia juga merumuskan tidak ada tanda- tanda kecederaan mempertahankan diri pada tubuh Saiful. Rumusan itu dicapai setelah Doktor Mohd Razali, Pakar patologi Forensik HKL, Doktor Siew Sheue Feng dan Pakar Rawatan Trauma HKL Doktor Khairul Nizam turut meneliti laporan Jabatan Kimia. Namun pada hari ini, Dr Razali berkata laporan HKL ini tidak konklusif. Beliau mengambil pendirian bahawa selepas meneliti laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, kini ada pula kesan tembusan pada dubur Saiful. Malah menurut Doktor Razali, walaupun tidak ada tanda- tanda luka atau kecederaan, kesan tembusan itu konsisten dengan rentetan dakwaan Saiful. Keterangan Doktor Razali yang membelakangkan laporan perubatan rasmi HKL mengejutkan pasukan peguambela Anwar. "Dia telah mengemukakan pendedahan baru yang tidak pun ditimbulkan sebelum, dan bercanggah dengan laporan sebelum ini. Ini tidak betul. Ini sekali lagi cubaan untuk menyerang hendap pasukan peguambela," kata Sangkara. Sankara juga kesal kerana mahkamah tidak memberikan ruang untuk pihaknya mendapatkan khidmat pakar- pakar berkaitan bagi memperinci keterangan Doktor Razali sebelum Karpal Singh memulakan soal balas. "Kita telah meminta kebenaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar- pakar yang berkaitan tetapi ini di tolak. Jadi kami terpaksa hanya bergantung kepada seorang pakar," katanya lagi. Ini bermakna pasukan peguam Anwar hanya terpaksa bergantung kepada Doktor David Well, seorang pakar forensik dari Australia. Beliau tiba dari Sydney pagi tadi. Dalam pada itu anwar tenang menerima keterangan daripada Doktor Razali yang menurut beliau penuh dengan kesangsian dan tanda tanya. "kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doctor yang pada mulanya mengatakan mengesahkan laporan tidak ada tembusan ataupun 'penetration' tapi sekarang bawa keterangan, bawa dari kajian makmal tapi kajian makmal tu belum lagi dibentangkan, adakan disebut juga tentang air mani tidak disebut air mani siapa, berapa DNA yang didapati, 1,2,3 didalam dubur berkenaan, jadi hal itu semua akan dihujah oleh kerana keterangan- keterangan itu baru kita dapat tadi pertama kali setelah satu tengah tahun, 2 tahun ya, baru dapat keterangan bahwa ada sampel itu disimpan, sebelum ini ada bertulis daripada polis tidak ada sampel, jadi semua ini akan kita hujah mengapa ada percanggahan- percanggahan besar yang diberikan dalam keterangan tadi," kata Anwar. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan