Rabu, 2 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


YB kat Selangor kerja main main?

Posted: 02 Jun 2010 09:21 AM PDT

Apa hal ni YB?

Curi pasir lagi ka? Ada sapa sapa yang boleh cerita bagi cantik sikit...

Gambar Komandan Tentera Israel yang Menyerang Konvoi keamanan

Posted: 02 Jun 2010 07:50 AM PDT

Sukanya dia... inilah rupa Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza tu.

[ERAMUSLIM] Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)

sumber: Biaqpila

Besar maknanya terhadap Anwar ni

Posted: 02 Jun 2010 05:02 AM PDT

Sebuah pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar. Itu tajuk besar Harakahdaily yang sekaligus membawa erti yang amat besar keatas Anwar.

Ikut ceritanya, sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Anwar Ibrahim sebagai musuh utama Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B'nai B'rith International's, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Baguih la jugak, sekaligus boleh membersihkan sikit nama Anwar yang dulu heboh dikaitkan dengan Yahudi. Ataupun ini jugak menggambarkan memang Anwar rapat dengan Amerika atau sekaligus dengan Yahudi sebelum ni dan kini telah mintak diputuskan oleh grup Yahudi laknat ni kerana tak puashati? Baik buruknya, korang boleh teka sendiri, jangan sampai timbulkan fitnah sudah...

Melalui surat bertarikh 25 Mei itu yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B'nai B'rith International's itu tujukan surat tersebut kepada kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat dan mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Khairy yang pemalu

Posted: 02 Jun 2010 03:33 AM PDT


Khairy ni jenih pemalu, dia takkan minta mudah mudah jawatan kabient daripada Najib.


Teringin? Woitt... sapa yang tak teringin, jawatan menteri kabinet. Rumah ada polis tunggu, jalan pi mana pun ada eskot, makan berlapik siap ngan pengapit kalau mau. Pendekatanya, menteri kabinet lah yang menjadi idaman ramai politikus sebelum memanjat lebih jauh ke jawatan TPM dan Piem.


Khairy jugak memang pandai bawa diri walaupun tanpa ayah mentuanya, dia masih segak berdiri megah sebagai Ketua Pemuda Umno. Sayangnya tanpa jawatan menteri dalam kabinet Najib.

Macam kata tadi la, Khairy ni pun teringin jugak, tapi malu malu. Bagaimanapun dia ada cara nak luahkan apa yang sepatutnya diluahkan oleh dirinya sendiri tapi melalui orang lain iaitu pemuda Umno Sabah. Sama sama kita tengok, berkesan ka tidak cara KJ ni. Tapi aku rasa KJ kena pi buat latihan lebih lagi la, kalau takat tamat latihan wataniah ni, jauh lagi la kot...

Banyak tentangan dari orang sekeliling kalau betoi Najib kena ambik budak KJ ni jadi menteri kabinet dia...

Pada semua umat Islam

Posted: 01 Jun 2010 11:00 PM PDT

Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta eminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Anwar menempelak Mahkamah

Posted: 01 Jun 2010 08:50 PM PDT

Anwar Ibrahim menempelak mahkamah kerana berikan kunci kondominium yang salah.

Sewaktu team pembelaan Anwar berpeluang melawat sekali lagi ke kondo mewah yang dikatakan tempat berlakunya liwat tersebut, kejutan telah berlaku bilamana kunci yang dibekalkan oleh mahkamah adalah kunci yang salah. Anwar seterusnya menempelak bagaimana cuai dan tergesa gesa pihak pendakwa menekan mahkamah sehinggakan kunci yang diberikan pun boleh salah macam cerita Mr. Bean.

Tahun 98, kondo tak dak tapi la ni pulak, salah kondo.

Memang lawak dan membazir masa pergi ke kondo tu. Kunci yang Mahkamah bagi pun kunci yang salah.

Kena tabik kat Iran

Posted: 01 Jun 2010 07:50 PM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long tabik dan bangga betoi bila tengok pemimpin pemimpin Islam Iran yang paling lantang dan laju, yang terus menerus pangkah kerja terkutuk Israel tu.

Pemimpin depa, Ayatollah Ali Khamenei, hari ni gesa Piem Israel dan menteri pertahanannya dibicarakan berikutan kejadian serbuan berdarah terhadap kumpulan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bantuan ke Gaza, timur Mediterranean. Puak puak tu bawa ubat dan makanan, bukan ada senjata apa pun selain dari pisau potong sayoq.

Lagi satu dia gertak Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam OIC, jangan dok berpuas hati melainkan kepungan di Gaza di tarik balik sepenuhnya. Ada sesapa yang puas hati ka rakyat Gaza di penjara ditanah sendiri?

Malaysia pulak tak dengaq lagi mungkin tengah dok karang ayat yang lunak sikit, nak kata pedih pedih, tak sampai hati pulak dok sakitkan hati orang... tak baik...

Wassalam...

Umno nak tolong aktivis Malaysia

Posted: 01 Jun 2010 06:00 PM PDT

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa

Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.

Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain. - Malaysiakini

Bukti ahli Parlimen BN tak boleh pakai

Posted: 01 Jun 2010 04:00 PM PDT

Rombakan Kabinet bukti BN penuh ahli parlimen tidak layak

BY CHEGUBARD
Penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini.

Rombakan kali ini menunjukkan bagi Najib pemilihan parti politik yang menganggotai Bn lebih penting dari pilihanraya. Najib secara tidak lansung mengenepikan mandat rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman petang tadi juga menyaksikan sekali lagi Ketua Pemuda Umno yang juga ahli Parlimen Rembau diketepikan begitu sahaja.

Ini jelas kerana Najib dibayangi rasa 'takut' terhadap Mahathir. Mahathir sudah tentu akan menyerang Najib jika berani memasukkan Khairy dalam kabinetnya.

Khairy nampaknya menjadikan pemuda Umno terpinggir dan malah Khairy juga pernah mengeluh kerana agihan wang bantuan baitulmal dan peruntukan wang kebajikan yang sukar diperolehinya di Rembau. Khairy punca penduduk Rembau dan pemuda Umno di sisihkan jika Khairy ada harga diri ia harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno.

Daripada barisan kabinet selepas rombakan jelas Najib seorang yang takut untuk melakukan perubahan, amat jauh dari janji transformasi beliau.

Tiada ulasan: