Senyum Tangis Sendu |
| Posted: 30 Jun 2010 05:41 AM PDT Gambar Hiasan Seorang ibu, Susan Falls, 42, mengambil keputusan untuk menembak suaminya, Rodney yang suka mendera, lapor sebuah akhbar semalam. Falls sambil menangis menceritakan peristiwa itu dalam satu temu bual penuh emosi di rangkaian televisyen Channel 9, A Current Affair. Pada awal bulan ini, Falls dibebaskan daripada tuduhan membunuh suaminya pada tahun 2006 selepas perbicaraan yang berlangsung selama dua minggu yang mendapati dia telah didera secara fizikal selama 20 tahun. Juri mengambil masa selama 90 minit untuk memutuskan bahawa wanita dari Queensland itu bertindak atas alasan untuk mempertahankan diri. Dalam rancangan televisyen itu, Falls menceritakan bagaimana dia mencampurkan 25 biji pil tidur ke dalam masakan udang kari kegemaran suaminya, sebelum melepaskan tembakan dari jarak dekat sebanyak dua kali ketika Rodney masih tidak sedarkan diri. "Pistol itu berat kerana mempunyai alat penyenyap. Saya menggeletar dengan kuat dan memerlukan dua tangan untuk menembak. "Saya halakan pistol ke bahagian pelipis (suaminya) dan tembak. Saya mendengar bunyi seperti air paip dan saya nampak darah yang keluar dari kepalanya," katanya. Selepas memastikan keempat-empat anaknya selamat di rumah mereka di Caloundra, Falls mengambil keputusan untuk menembak suaminya sekali lagi bagi memastikan dia benar-benar mati. Sumber: Agensi |
| Posted: 29 Jun 2010 04:58 PM PDT ![]() GAMBAR yang disiarkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan cermin kokpit pesawat Boeing 757 milik American Airlines retak akibat haba pemanas tingkap. Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) didakwa mengetahui sejak bertahun-tahun lalu mengenai masalah alat pemanas tingkap kokpit yang mudah terbakar dalam sebahagian pesawat Boeing. Namun, pihak pentadbiran itu tidak pernah mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan untuk membaiki masalah tersebut walaupun selepas banyak insiden kebakaran berlaku sejak 2002 menyebabkan pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas. Ramai juruterbang pernah membuat aduan mengenai alat pemanas itu terbakar, panas atau mengalir arus elektrik di seluruh tingkap manakala penyiasat keselamatan mendapati kes itu berpunca akibat perkara kecil iaitu skru tertanggal. Setakat ini, belum ada kemalangan jiwa berlaku namun kes itu menakutkan pelbagai pihak kerana api pernah dilaporkan menyala semula selepas ia disembur dengan alat pemadam selain ada cermin yang retak dan panel peralatan dipenuhi serpihan kaca. Sumber: AP |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan