Sabtu, 26 Jun 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Takdir Tuhan Atau Sial Manusia?

Posted: 26 Jun 2010 02:21 AM PDT


Adakah ini yang dikatakan takdir Tuhan? Sudah dua hari hujan berlalu dan hari ini panas yang terik namun keadaan jalan di Bukit Pulau menghala ke Bukit Katil masih lagi dilimpahi oleh air longkang yang tidak mengalir.
Beginikah longkang yang dikatakan telah dinaik taraf oleh JKKK atau Japerun (merujuk kepada seorang pemberi komen pada artikel ini). Komen beliau ialah takdir dari Tuhan namun sudah dua hari panas adakah mahu menyalahkan takdir? Bukan takdir tapi ini sial manusia yang khianat pada agama.
Air sungai melimpah ini adakah salah takdir? Bukankah ini jadi tanggung jawab manusia maka manusialah yang sial sebenarnya dan bukan takdir. Sebuah kereta yang cuba melalui jalan ini terpaksa meredah kawasan yang dinaiki kerana merupakan jalan pintas ke Bukit Katil.
Cuba tengok kawasan parit atau longkang ini? Tersumbat dengan sampah sarap dan adakah kita mahu salahkan takdir jika longkang tersumbat? Maka ini juga dikatakan sial manusia yang tidak menjaga kawasan parit dan longkang. Tiada siapa yang boleh merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang merubah nasib mereka.

Di seberang sana ada kedai makan yang sentiasa menghidangkan juadah untuk tetamu dan adakah pekedai tersebut akan menerima takdir banjir atau sial manusia? Kawasan ini ialah kawasan yang di perintah oleh wakil rakyat UMNO/BN namun terlalu asyik mengejar status kemajuan Melaka Maju 2010 maka keadaan ini bertambah pelik. Dari segi apakah ia maju?

Terbukti Selama Ini UMNO Tiada Ulama'

Posted: 25 Jun 2010 05:46 PM PDT


Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.
Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. 

p/s: Maka telah terbukti tindakan UMNO sebelum ini adalah berlandaskan nafsu serakah kerana jahil tentang agama dan oleh yang demikian jangan ulama ini yang akan di jadikan kambing hitam oleh pemerintah. Semoga UMNO kembali ke pangkal jalan setlah kian lama sesat dan menyesatkan.

Tiada ulasan: