SANGGAHTOKSAGO.COM |
- Muslimat PAS kutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan ganas oleh komando syaitan Israel
- Ayatollah Ali Khamenei tuduh Washington, London dan Paris pelindung syaitan Israel
- Raja Jordan pikul tanggungjawab arah Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv pindah semua aktivis ke Amman
- Skandal Kapal Selam Scorpene: Polis Perancis serbu dan rampas dokumen di Pejabat DCNS
- Ustaz Abu Bakar Bashir ajak umat Islam lawan syaitan Israel dengan senjata, bukan dengan suara lagi!
- Tok Guru Nik Aziz mahu Majlis Keselamatan PBB beri teguran keras pada syaitan Israel
- Tawanan syaitan Israel kini di tempatkan di Keduataan Malaysia di Jordan
- Tentera syaitan Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal Mavi Marmara cerita mangsa
| Muslimat PAS kutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan ganas oleh komando syaitan Israel Posted: 02 Jun 2010 06:51 AM PDT ![]() DEWAN Muslimat PAS Pusat mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan ganas oleh komando rejim Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa sejumlah 535 penumpang menuju ke Gaza melalui perairan laut antarabangsa. Kekejaman regim Israel memang telah diduga. Pihak Israel telah mengadakan beberapa sekatan ke atas mana-mana konvoi yang menghantar bantuan kemanusiaan atau barangan keperluan hidup harian untuk sampai kepada penduduk Gaza melalui jalan darat. Telah terbukti kekejaman demi kekejaman yang mereka agendakan terhadap kependudukan Palestin dan tidak pernah berhenti. Tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel ke atas penduduk Palestin telah mendapat simpati dari masyarakat antarabangsa. Dan jelas mereka menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan dan dengan kejadian ini lebih jelas lagi, mereka menyalahi undang-undang maritim perairan antarabangsa, kerana bertindak selaku pengganas di laut antarabangsa. Tidak terkira jahatnya mereka dan tidak manasabahnya mereka lantas kerajaan Malaysia juga tidak dapat memberi tekanan kepada Israel yang menjadi pakar rujuk kerajaan Malaysia. Kepada ahli keluarga aktivis Malaysia yang turut serta dalam misi ini, bersabarlah dan ini adalah ujian getir bagi semua umat Islam. Kita masih mampu memohon do'a dan berdo'alah agar Allah memberi kepada konvoi misi bantuan kemanusiaan ini kekuatan azam dan tetap cekal menghadapi saat ini. Kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya, marilah kita bersatu dan berdo'a dengan melakukan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon pertolongan Allah SWT agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G (Lifeline For Gaza) dan menghancurkan Israel. SALBIAH ABDUL WAHAB Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat 2 Jun 2010 |
| Ayatollah Ali Khamenei tuduh Washington, London dan Paris pelindung syaitan Israel Posted: 02 Jun 2010 06:41 AM PDT ![]() Khamenei turut menggesa "ditamatkan pencerobohan tanah Palestin di Tebing Barat dan perbicaraan jenayah terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak diadakan." ![]() DI TEHRAN, Repuklik Islam Iran, pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei, menggesa Perdana Menteri Israel dan Menteri Pertahanannya dibicarakan berikutan kejadian serbuan berdarah terhadap kumpulan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bantuan ke Gaza, Timur Mediterranean. Beliau berkata, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis perlu bertanggungjawab susulan kejadian itu, yang mana ia membawa bantuan antarabangsa. "Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam jangan berpuas hati melainkan kepungan di Gaza di tarik balik sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan. Khamenei turut menggesa "ditamatkan pencerobohan tanah Palestin di Tebing Barat dan perbicaraan jenayah terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak diadakan." Beliau berkata, ia adalah serangan penjenayah... perlu diyakinkan semua pihak Zionisme adalah baru dan banyak muka-muka dengan fahaman fasis yang lebih ganas, didukung negara melaungkan kebebasan dan hak kemanusiaan, iaitu Amerika Syarikat". Washington, London dan Paris perlu bertanggungjawab, katanya. |
| Raja Jordan pikul tanggungjawab arah Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv pindah semua aktivis ke Amman Posted: 02 Jun 2010 06:36 AM PDT ![]() AMMAN, JUN 2, 10: Seramai 121 aktivis yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang ditahan oleh Israel pagi tadi telah dibebaskan dan sedang didalam perjalanan ke Jordan, termasuk 30 orang aktivis Jordan, serta negara-negara selainnya iaitu Bahrain, Kuwait, Maghribi, Oman, Lubnan, Syria, Yaman, Algeria, Pakistan, Malaysia, dan Azerbaijan. Menteri Pembangunan Amal Jordan, Ahmad Al-Umyan mengatakan itu adalah atas arahan Raja Abdullah Thani (Raja Jordan) dan keselamatan rakyat Jordan, ia memudahkan aktivis armada kebebasan yang kesemuanya terdiri dari 14 buah negara yang lain. Kerajaan Jordan telah mengarahkan Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv untuk memudahkan perjalanan kesemua aktivis ini ke Amman, serta tetamu-tetamu lain dengan selamat sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Mereka adalah 30 dari Jordan, 4 dari Bahrain, 3 dari Pakistan, 15 dari Kuwait, 7 dari Morocco, 3 dari Syria, 28 dari Jazeera, 12 dari Indonesia, 4 dari Yaman, 12 dari Malaysia, 3 dari Algeria, 2 dari Azerbaijan dan 3 lagi dari Lubnan. |
| Skandal Kapal Selam Scorpene: Polis Perancis serbu dan rampas dokumen di Pejabat DCNS Posted: 02 Jun 2010 06:29 AM PDT ![]() POLIS Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan Kumpulan Industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam (1 Jun 2010). Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu. Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut". "Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen". Mac lalu, Pejabat Pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram. Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak . Najib merupakan merupakan Menteri Pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut. Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis. Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro. Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab. Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut. - AFP |
| Ustaz Abu Bakar Bashir ajak umat Islam lawan syaitan Israel dengan senjata, bukan dengan suara lagi! Posted: 02 Jun 2010 06:16 AM PDT ![]() Ustaz Abu Bakar Bashir ajak umat islam lawan syaitan Israel dengan senjata, bukan dengan suara lagi! Di Jakarta pula, JAT (Jama'ah Anshorut Tauhid), organisasi yang baru-baru ini terkena isu terorisme, karena beberapa pengurusnya di wilayah DKI Jakarta ditangkapi Densus 88 - Anti Teror (D88-AT), melakukan aksi di kota Solo. Lagi-lagi Kota Solo, baru kemarin (Senin, 31 Mei 2010) ratusan pemuda Islam yang mengatasnamakan SUIS (Solidaritas Umat Islam Surakarta) melakukan aksi di depan Mapolwiltabes Surakarta, memprotes atas tindakan D88-AT yang tidak dibenarkan menurut syariat Islam maupun dari KUHP dan HAM. Kini (Selasa, 01 Jun 2010), seratusan pemuda dari JAT melakukan aksi kembali. Memprotes atas kebiadaban Tentara Israel yang membunuh para relawan kemanusiaan yang berlayar menggunakan kapal Mavi Marmara menuju Palestina. Aksi dilakukan dengan longmarch (jalan kaki). Pukul 13.00 WIB aksi dilakukan dengan mengambil start dari depan Masjid Baitusalam Tipes. Puluhan pemuda tersebut berorasi dan mengeluarkan yel-yel anti Israel. Dengan diiringi satu mobil yang mengangkut sound system, para pemuda JAT tersebut bergantian berorasi, hingga berakhir di Bundaran Gladag. Tampak hadir pula Amir JAT, Ustadz Abu Bakar Ba'asyir. Walaupun dalam usia yang relatif tua, Ustadz Abu masih bersemangat berorasi untuk mengutuk tindakan kebiadaban Israel. Beliau menyerukan supaya negara-negara di seluruh dunia untuk memutuskan hubungan dengan Israel. Beliau juga menyerukan, "Bahwa melawan Israel, janganlah hanya dengan suara ataupun tulisan, tapi dengan berperang mengangkat senjata melawan kebiadaban Israel." Seruan tersebut disambut takbir oleh peserta aksi. "Janganlah menyebut Al Qoida, Taliban, dan para mujahidin sebaai teroris. Karena itu adalah seruan dari Amerika dan sekutunya, termasuk Israel. Tetapi teroris yang sebenarnya adalah Israel." tambahnya. Pada kesempatan tersebut Amir Mudiriyah Solo JAT, Ustadz Muhammad Sholeh Ibrahim membacakan pernyataan resmi dari JAT Pusat, bernomor 07/VI/1431, tertanggal 1 Juni 2010. Isi dari pernyataan sikap tersebut adalah bahwa Israel dengan segala kebiadaban yang dilakukannya tidaklah pantas disebut atau diakui sebagai sebuah negara, bahwa tindakan yang dilakukan oleh suatu negara manapun untuk melindungi kebiadaban Israel pantaslah dilaknat, bahwa melawan kebiadaban Israel merupakan tindakan terhormat dan diakui oleh Hak Azasi Universal, dan Islamlah sebagai agama satu-satunya yang menyerukan umatnya untuk melakukan pembelaan terhadap sebuah kebiadaban. Aksi berakhir pukul 14.30 wib, dan ditutup doa oleh Ustadz Abu Bakar Ba'asyir. Peserta aksi secara tertib berbaris, kemudian berjalan kembali menuju tempat masing-masing. |
| Tok Guru Nik Aziz mahu Majlis Keselamatan PBB beri teguran keras pada syaitan Israel Posted: 02 Jun 2010 06:04 AM PDT ![]() Sukeralawan Malaysia yang selamat dibebaskan oleh syaitan Israel lanaktullah. ![]() BISMILLAHIR Rahmanir Rahim. Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa. Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama', seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel. Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan. Paling penting ialah saya menyeru para ulama' seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza. Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin. Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman 'asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini. Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu. Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel. Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa). Terima kasih. YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim. 19 Jamadilakhir 1431 2 Jun 2010. |
| Tawanan syaitan Israel kini di tempatkan di Keduataan Malaysia di Jordan Posted: 02 Jun 2010 05:56 AM PDT ![]() KESEMUA ahli pasukan LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan. Mereka semua berada di dalam keadaan sihat. Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, telefon bimbit, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini. Berita gembira tersebut diterima terus daripada saudara Noorazman Shamsudin, Ketua Misi LL4G Malaysia yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan. "Mereka berada di Jordan dan akan pulang dalam masa terdekat," antara mesej yang dihantar oleh beliau. Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang. - Bongkar Selum Terbenam |
| Tentera syaitan Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal Mavi Marmara cerita mangsa Posted: 02 Jun 2010 05:49 AM PDT ![]() Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal Mavi Marmara dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba. KESEMUA 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel dua hari lepas sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang. Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata, mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman. "Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat. Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas. Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi. "Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter," katanya. Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba."Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya. "Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah...ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam," tambah beliau. Ditanya keadaan Samsulkamal Abdul Latip, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan. Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from SANGGAHTOKSAGO.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan