Isnin, 21 Jun 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


'Namakan kucing saya': Najib cuba tiru Obama (White House) dapatkan perhatian rakyat?

Posted: 21 Jun 2010 08:16 PM PDT





- Kisah Obama dan anjing di sini, 'White House tosses water on dog tale'...

- Kisah Najib dna kucing di sini, 'Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi'...

p/s: Harap-harap APCO Worldwide (agensi Israel) tidak terlibat sekali lagi dalam usaha untuk mempromosi Najib dan agendanya 1malaysia dalam isu ini..wallahua'lam.

Sumber gambar: budakkampungonline.blogspot.com

Edisi Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

Posted: 21 Jun 2010 07:15 AM PDT



"Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong..saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong 'direct' sama (kepada) Parti PAS.."

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.." - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS

Baca seterusnya di bawah...

"Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS "N.Balasubramaniam

KUALA NERUS – "Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

"cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

"saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong 'direct' sama (kepada) Parti PAS,"kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

"sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,"tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

"Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya,

"ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,"jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

"Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

"tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,"jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS. - Dewan Muslimat PAS Tapah

Artikel berkaitan:
- PAS di mata orang bukan Islam: Ahli Dewan Penyokong PAS mati dengan memakai Baju PAS..

PAS di mata orang bukan Islam: Ahli Dewan Penyokong PAS mati dengan memakai Baju PAS..

Posted: 21 Jun 2010 07:02 AM PDT



Ahli Dewan Himpunan PAS Mati Pakai Baju PAS..

Bersemangatnya Mendiang Bala dalam menyokong PAS.. (kisah kemalangan mendiang disini)

Teringat teman pada satu ayat Al-Quran

"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang(pada Jalan Allah) , niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah At-Taubah, Ayat 40)

Semoga keluarga Mendiang EN. Bala daripada Estet Changkat Asa bersabar dan menerima musibah ini dengan pernuh kesabaran.

En. Bala ini merupakan seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang sangat aktif dan rajin terutama ketika kempen PRU12 dan PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Kehilangannya akan amat dirasakan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Hulu Selangor dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Selangor.

sumber : sunsnake 21062010

Tiada ulasan: