:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Kenyataan Media: Dr MAZA nafi sertai mana-mana parti politik
- Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!
- Judi bola: Najib/Umno terus dapat sokongan...kini menteri dan parti PPP pertahan Najib!
- "Namakan Kucing Saya": Najib jadi bahan gelak dan jenaka....
| Kenyataan Media: Dr MAZA nafi sertai mana-mana parti politik Posted: 19 Jun 2010 08:13 PM PDT ![]() Kenyataan & Penjelasan Penyertaan Ke Dalam Parti Politik Jun 20, 2010 Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini. Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas. - dr mohd asri zainul abidin. drmaza.com |
| Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah! Posted: 19 Jun 2010 07:50 PM PDT ![]() Tindakan Akan Diambil Terhadap Pemimpin Umno Kedah Yang Banyak Kerenah ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas. "Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang. "Kita akan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Setar di sini hari ini. Tanpa menamakan pemimpin terbabit, beliau beekata perkara seperti itu tidak harus berlaku jika mahu melihat Umno terus kuat. "Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya. Ahmad Bashah berkata anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya. Beliau berkata Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang. "Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah turut mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini. "Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya," katanya. Beliau berkata kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian. - BERNAMA |
| Judi bola: Najib/Umno terus dapat sokongan...kini menteri dan parti PPP pertahan Najib! Posted: 19 Jun 2010 07:52 AM PDT ![]() "Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka...Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja..Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga...Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya...Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)" - Nazri Aziz. "Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras...Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands..Hanya dengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu.." - Presiden PPP, Datuk M Kayveas Baca seterusnya di bawah... Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. "Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka. "Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. "Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim. "Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga," kata Nazri. Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi "simpanan tetap" bagi BN sejak lima dekad yang lalu. Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam. "Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda. "DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan)," katanya. Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi. "Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya. "Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian," katanya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan. "Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada. "Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)," kata wakil rakyat Padang Rengas ini. Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan. Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan. "Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini. "Tidak, lesen bukannya isu (sekarang)," kata Najib.- TMI ![]() Judi sukan: PPP sokong Najib Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat. "Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras," kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib. "Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands. "Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu," katanya.- MKini |
| "Namakan Kucing Saya": Najib jadi bahan gelak dan jenaka.... Posted: 19 Jun 2010 06:49 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Hasil kunjungan penulis ke laman2 forum politik, Facebook dan blog, idea Najib meminta rakyat menamakan kucing parsi yang beliau beli tempoh hari telah menjadi bahan gurauan dan jenaka ramai pihak..terus terang penulis katakan, cadangan2 nama yang diberikan bejaya mencuti hati penulis... Tidak kira bagi orang politik, mahupun orang biasa, masing2 menjadikan isu ini sebagai lawak jenaka dan bahan senda sesama mereka..sesetengah mereka menganggap ia adalah isu bodoh demi utk 'melalaikan' rakyat dari menyedari kelemahan/kekurangan dan 'bencana' yang telah berlaku dan bakal berlaku dalam negara kita..ditonjolkan Najib sebagai seorang yg belas terhadap kucing.. Hasil 'kerjasama' media ternama, idea Najib ini diheboh2kan utk menarik 'simpati' masyarakat khususnya penyokong tegar Umno dulu,kini dan selamanya..dikatanya Najib seorang yg cintakan haiwan, pembangkang tak sayang haiwan, najib seorang yg penyayang, pembangkang xmampu contohi Najib dan pelbagai lagi.. Apa pun, korang bacalah sendiri di bawah.. Blog Sinarhairan: Apahal Najib? Lancarkan kempen beli barangan Malaysia dan berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih tanpa dirancang. Dulu suruh rakyat rancang perbelanjaan.Blog Jamil Kucing (Seorang bloggger pencinta haiwan khususnya kucing) Lagi satu melayu. pilih bulu. sanggup beli kucing parsi. cuba kalau ambil kucing merempat bagi dekat dia ,ingat dia nak umumkan di akhbar,nak minta orang bagi nama. tapi pasal kucing parsi.maka melalak mendengar seluruh malaysia. betul ke sayangkan si kecil .kalau betul ada perasaan sayang pada kucing permohonan saya untuk membuka tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar pasti mendapat perhatian. ini kalaus etakat melalak macam anjing je buat apa. sayang si kecil konon.adeiiii poodahhhhhhhhhhhhhh ![]() Blog Al-Brangi: Saya ada beli seekor kucing Parsi betina yang sangat cantik, mempunyai sepasang mata galak yang biru menawan untuk dikahwinkan dengan al-Jantani. Bulunya sangat gebu dan putih melepak, menarik setiap mata memandang......menjadi rebutan si kucing-kucing jantan lain.Blog Biagpila: DEY MACHA!!! PELIK BIN AJAIB APABILA SEORANG PM YANG BELIKAN KUCING PARSI UNTUK ANAK DIA,MINTA RAKYAT TOLONG BAGI NAMA KAT ANAK KUCING TU...KAH!KAH!KAH! Blog KopitiamBangNan (ada poll di sini): Lebih 80% pembaca blog ini yang turut serta dalam poll untuk menentukan nama anak kucing parsi Najib, telah memilih nama C4 Tuya.Dan banyak lagi...korang juga boleh baca di laman forum berikut...mungkin Najib juga boleh mempertimbangkan nama2 yang diberikan oleh rakyat Malaysia di bawah..cadangan penulis pula boleh baca di sini..wallahua'lam..=) - Laman forum TKO - Laman forum DetikDaily - Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari' |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan