:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Melayu Minoriti: Penganalisi sanggah dakwaan Mahathir - " Hanya untuk menakutkan Melayu supaya sokong Umno"
- Malaysia bankrup 2019: Selepas duit Petronas 'hilang', Sime Darby, Pos Malaysia, skrg duit Felda pula!
- 'Tragedi' Fiesta Kelantan 2010: Inilah balasan menghina MB Tuan Guru Nik Aziz selaku tuan rumah...
- Kerana Najib, penganjur mungkir janji: Menteri Besar Kelantan dinafikan hak utk berucap di Fiesta Kelantan 2010
- PANAS: Kesatuan Pelabuhan Norway boikot kapal Israel, Malaysia bawah teraju Umno restu!
- Umno/BN Pulau Pinang semakin goyah: Setiausaha Umno PP sahkan 13 cawangan Umno telah dibubarkan!
| Posted: 16 Jun 2010 07:11 PM PDT ![]() (Sekadar gambar Hiasan) Tak mungkin Melayu akan jadi kaum minoriti, kata penganalsis KUALA LUMPUR, 17 Jun — Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini. "Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat. "Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara," katanya. Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja. "Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu. "Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing. Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti. "Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti. "Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu. "Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku," katanya. Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa. "Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri. "Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya. Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun. "Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir. "Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya. Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung. "Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti," katanya. Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan "berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini." "Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri," katanya. Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya. "Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa. "Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti. "Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik," katanya. - TMI |
| Posted: 16 Jun 2010 06:39 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Hanya Umno/BN pandai dan layak memerintah?? Hanya Umno bawa kemajuan dan pembangunan?? Tanpa Umno negara mundur?? Pembangkang perintah negara hancur???....hanya satu jawapannya, Umno bukanlah segala-galanya.....fikir2kan.... Simpanan tunai Felda merosot lebih RM2 bilion KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kerajaan pusat secara terbuka hari ini mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004. Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda. "Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda)," kata Ahmad di Dewan Rakyat hari ini sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik. Ketika bercakap pada sidang media selepas itu, Ahmad berkata, dana agensi itu digunakan untuk pelbagai projek. "Sebanyak RM2 bilion digunakan untuk penanaman semula, deposit pulangan dan kos sokongan sara hidup bagi peneroka. "Sejumlah RM603 juta digunakan untuk pinjaman perumahan bebas faedah manakala RM253 juta diperuntukkan sebagai dana khas untuk pembasmian kemiskinan di Sabah. "Sebanyak RM662 juta dibelanjakan untuk membeli Menara Felda 50 tingkat," katanya. Ahmad menambah, meskipun simpanan tunai merosot tetapi aset Felda mengalami peningkatan. "Simpanan tunai menurun RM2.37 bilion manakala aset meningkat RM6.2 bilion," kata Ahmad. Terdahulu Ahmad menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri yang mengemukakan soalan mengenai fitnah di internet bahawa adanya unsur salah guna kuasa di agensi pembangunan tanah itu. Hamim merujuk kepada surat terbuka bekas menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong yang mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memufliskan Felda. Tan yang merupakan ahli PKR yang aktif mendakwa tunai simpnan Felda sekitar RM4.5 bilion pada 2004 tetapi telah menurun sehingga RM200 juta.- TMI |
| 'Tragedi' Fiesta Kelantan 2010: Inilah balasan menghina MB Tuan Guru Nik Aziz selaku tuan rumah... Posted: 16 Jun 2010 09:56 AM PDT ![]() Oleh: Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari!' a) Najib tiba2 terpaksa membatalkan utk hadir ke majlis pelancaran Fiesta Kelantan 2010 (Najib dan Rosmah dikatakan sempat 'melarikan diri' menaiki kapal terbang sebelum beratus-ratus penunjuk perasaan sampai ke lapangan terbang- Tukar Tiub) b) Mustafa Mohamad yang ganti Najib merasmikan Fiesta Kelantan (nak kenakan Tok Guru, akhirnya Najib yg terkena!) c) 300 orang shj yang hadir (jauh meleset dari jangkaan ribuan orang yg akan hadir) d) Hujan mencurah2 sejak maghrib (Hujan tersangat lebat diikuti angin kencang) e) Bekalan elektrik terputus, Stadium Blackout f) Pembesar suara bermasalah, terpaksa menggunakan Loud Hailer! g) RTM membatalkan siaran langsung h) Berita jam 8 RTM mengwar2kan acara ini, kononnya akan dirasmikan oleh Pemangku Sultan Kelantan i) Pemberitahuan ini sbg strategi bagi menarik minat rakyat Kelantan hadir melihat sendiri upacara perasmian yang dilakukan sendiri oleh Pemangku Sultan j) Banner perasmian Fiesta ini hanya diletakkan Najib dan 1Malaysia, menderhaka kpd sultan, bukan dia yang rasmi pun. Pemangku Sultan pun dah menarik diri dari merasmikan bila merasakan seolah2 Najib yang nak rasmi Itu fakta. Mampus UMNO. Lu masuk umah gua, lu buat suka hati. padan muka lu. bongok terlampau. lu perdana menteri ke, pengerusi umno negeri ke, asal lu kurang ajar dgn tuan rumah,terimalah pembalasan. Ingat, bumi ni milik Allah. Allah berkuasa mutlak menghalau penyangak2 spt lu dgn pelbagai2 cara. - angah p/s: Selepas melakukan sedikit edit dan tambahan... Ikuti pula catatan YB Husam Musa dan MSO dlm mengulas tragedi memalukan ini di bawah: - Hujan Iringi PM Terbang Awal (Husam Musa) - Kilau, Kilat Dan Hujan Di Kota Bharu (MSO) |
| Posted: 16 Jun 2010 07:26 AM PDT ![]() Oleh: Facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari!' Lu datang umah gua, lu pegi dapur, lu bukak peti ais, lu ambik semua makanan2 yang ada dalam tu. Lu nampak cola radix keluaran HPA, terus lu rembat dan minum. Bila lu kenyang, lu masuk bilik gua, lu baring, lepas tu lu tido. Persoalannya skrg ni, tu rumah lu ke rumah gua? Mana adab lu datang umah gua? Apa kepala bana datang umah gua buat macam umah lu sendiri? Gua boleh je hidangkan segala jenis makanan yang ada kat umah gua. Jangan kata Cola Radix, Ayam RFC Radix pun gua sanggup belikan. Lu tetamu gua, gua layan lu as a tetamu. ![]() Tapi lu tak macam tu, ikut kepala lu je buat macam umah sendiri. Gua panas bhai. <--- Najib datang Kelantan. Nak rasmikan itu la Fiesta Kelantan malam ni. TG Nik Aziz sbg Menteri Besar. Sbg Tuan Rumah. Orang luar datang, tak kira la dia PM ke apa, dia tetamu. Kena la hormat tuan rumah. Ada pulak bila pelancaran Fiesta ni, TG tak dibenarkan buat ucapan. BINAWE sungguh!! Sepatutnya TG membuat ucapan alu2an, kemudian baru ucapan PM Najib. Tapi 13 Jun, pihak penganjur gtau Menteri Besar Kelantan tidak akan membuat ucapan. Ini betul2 memalukan MB sbg tuan rumah. Sampai pemangku Sultan Kelantan sendiri khabarnya tidak akan menghadiri Fiesta ini bagi merasmikannya kerana telah digambarkan awal2 seolah2 PM yang merasmikan. BRENGSET!!!! - angah Berita penuh... Nik Aziz, exco pulau Fiesta Kelantan malam ini Majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke—IV di Kota Bharu, malam ini akan dipulaukan kerana penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri. Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara. Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan. - Bernama |
| PANAS: Kesatuan Pelabuhan Norway boikot kapal Israel, Malaysia bawah teraju Umno restu! Posted: 16 Jun 2010 03:24 AM PDT Union Port Norway boikot kapal Israel Selasa, 15/06/2010 – Sebagai panggilan oleh Syarikat Pekerja Palestin dan kesatuan pekerja lain seluruh dunia, Kesatuan Pelabuhan Norway ( Union Port Norway ) memutuskan untuk bergabung dengan Sweden memboikot semua kapal Israel bermula pada 15 Jun. Para pekerja tidak akan memunggah atau mengangkat barangan daripada kapal Israel ke pelabuhan mereka. ![]() (Kapal milik Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu) Keputusan selepas mendapat reaksi spontan pekerja mereka dan separuh daripada rakyat Norway menyokong tindakan tersebut. Mereka akan memboikot selama dua minggu, walaupun Sweden akan memboikot sehingga 24 Jun. Syarikat Pekerja Palestin menyeru dunia Arab, serantau dan kesatuan pekerja antarabangsa untuk mengambil sikap serius terhadap tindakan ganas Israel dalam serangan ke atas konvoi Keamanan Flotilla yang mengorbankan puluhan nyawa. Selain itu, kesatuan pekerja di Afrika Selatan, yang merupakan sekutu Kongres Syarikat Pekerja Afrika Selatan (COSATU), menyahut seruan untuk memboikot Israel, tetapi masih tidak mengisytiharkannya. ![]() Syarikat Pekerja di Palestin menyambut baik tindakan Norway, Sweden, Greece, England, Kanada dan Afrika Selatan dalam menolak dan mengecam serangan Israel terhadap Palestin dan para aktivis, dan menentang pengepungan Israel di Gaza. - www.imemc.org Berita Terdahulu (Mesti Baca): - Kapal Israel di Pelabuhan Klang: Bukti Umno hipokrit! (video inside) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel. "Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan. "Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. "Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan. Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar. "Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain). "Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia. "Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel. "Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi. Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel. Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin. "Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini. "Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang? Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi. |
| Umno/BN Pulau Pinang semakin goyah: Setiausaha Umno PP sahkan 13 cawangan Umno telah dibubarkan! Posted: 16 Jun 2010 02:48 AM PDT ![]() Pembubaran 13 cawangan Jelutong: Ahli Umno berang Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup. Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti. Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar. Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan. Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif. "Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian," katanya dengan nada sinis. Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang. "Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang," katanya. Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat. "Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang," katanya. Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan. Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu. Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain. - MKini |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


.jpg+TOK+PA.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan