RAKYAT MARHAEN |
- Gertak chief sheds light on ‘Melayu Bangkit’ rally
- 'Jangan ambil ringan propaganda Umno'
- Serang konvoi: Israel hanya benar siasatan dalaman
- Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam
- Rakyat Digalak Pakai Jersi Bola Pada Perhimpunan Anti-Judi 3 Julai
- Keputusan parti adalah 'collective responsibility' - Salahuddin Ayub
- Calon bukan Islam: PAS bersandiwara, kata Mukhriz
- Hubungan kerjasama PAS dengan bukan Islam berbeza dengan Umno
- Nasharuddin tempelak profesor minta PAS tukar nama
- PAS Mahu Mulakan Mobilisasi Rakyat Hadapi PRU-13
- ‘Retreat’ PAS tiga hari bincang pelan hadapi PRU-13
- PAS SEDAR TAK MAHU DI TIPU
- Penentang Tahaluf Siyasi ; Berfikiran Sempit, Mengekalkan Pemikiran Penjajah.
- RADHI MAT DIN TAMPIL DI PENTAS PAS
- Nik Aziz tegur wakil guna ‘suami Najib’ guris hati PM
- Hj. Hadi - PAS tidak akan pikul biawak
- 'Tidak Guna Tahu Memandu Tapi Tidak Tahu Jalan' - Mursyidul Am
- Hadi: Kerjasama Pakatan berdasar al-Quran dan syarak
- Apabila Tok Guru jadi rujukan pemuda DAP - Salahuddin Ayub
- PAS tukar nama? PAS jaga semua kaum - Ustaz Nasaruddin Mat Isa
- Perwakilan Muktamar PAS Ditegur Tidak Terbuka Terima Kritikan
- Sasaran lebih banyak kerusi Parlimen
- Tanah: PAS dedah penyelewengan Umno
- Kabinet tangguh gaji minimum pengawal keselamatan
- Umno Johor tolak pertaruhan dalam sukan
| Gertak chief sheds light on ‘Melayu Bangkit’ rally Posted: 13 Jun 2010 05:21 PM PDT "It means 'connection bridge' in the Terengganu dialect," the Umno Marang deputy chief told The Malaysian Insider. He chose the word because it embodied all that his group stood for. There should be no "double meaning" attached to Gertak the organisation, Razali said, but he could not help The Muslim businessman founded the movement earlier this year, shortly after the controversial "Allah" judgment. In a landmark ruling on December 31 last year, the Catholic Church won the right to use the word "Allah" to also refer to God outside of Islam, shattering a long-held view among many Malaysian Muslims who held that the word was reserved for their community. The movement's purpose is to unite the Malay community, which today is split over issues of religion and race, Razali said. "Unity in each race is the root of peace and harmony," he added and stressed that because the Malays make up the largest group in multiracial Malaysia, their unity is crucial to the nation's stability. "This is the true meaning of Gertak, the bridge to unite the unity," he quipped. It was with that in mind that Razali planned a gathering aimed at motivating the Malay community to stand together instead of being at odds with each other. An initial rally scheduled for May 13 had been cancelled after authorities stepped in out of concern the event may trigger memories of the racial bloodbath from 41 years ago and reignite tensions between Malaysia's diverse ethnic groups. Razali maintained the date chosen was coincidental and not deliberate. "We don't have any intentions to provoke [tensions] among races since we also love Malaysians," he said. Razali is now finalising details for the replacement rally to take place in his home state tomorrow at the state stadium in coastal Kuala Terengganu. He had earlier planned discussions on several issues, including the much-debated New Economic Policy (NEP) introduced by second prime minister Tun Razak Hussein after the bloody May 13 riots in 1969 and officially ended 20 years ago. Razali claimed the policy is still relevant but has called off discussions. "We cancelled the discussion, but the question [will] still be answered by Tun in his speech," he replied when asked referring to his idol Tun Dr Mahathir Mohamad. Razali confirmed that the former prime minster will deliver the keynote address at the stadium rally. Razali is anticipating a huge turnout for the rally, which will feature only two speakers, namely himself and the man who governed Malaysia for 22 years. | ||
| 'Jangan ambil ringan propaganda Umno' Posted: 13 Jun 2010 05:17 PM PDT Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.
Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya. Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS. Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut. Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu. | ||
| Serang konvoi: Israel hanya benar siasatan dalaman Posted: 13 Jun 2010 05:15 PM PDT BAITULMAQDIS, 14 Jun — Israel akan mengadakan siasatan dalaman sendiri berhubung tindakan tenteranya mengepung dan menyerang konvoi misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.Langkah itu diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu satu kenyataan dikeluarkan semalam. Israel telah pun menolak cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar dibentuk panel antarabangsa untuk menyiasat serangan maut yang membawa kematian sukarelawan beberapa negara menyertai misi itu pada 31 Mei lalu. Laporan Reuters Keputusan akhir langkah mengadakan siasatan itu hanya akan ditentukan hari ini, demikian menurut kenyataan itu. Kira-kira seminggu kemudian tentera Israel mengepung satu lagi kapal misi kemanusiaan ke Gaza tetapi ia tidak diserang. Dalam reaksi segera, Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan Israel itu. Kenyataan jurucakap White House Robert Gibbs menganggap cadangan mengadakan siasatan dalaman sebagai "langkah ke depan yang penting." Katanya, Israel ada keupayaan untuk mengendalikan siasatan yang adil berhubung tragedi itu. "Tetapi kita tidak harus prejudis tentang proses atau keputusannya, dan perlu menunggu hasil siasatan sebelum membuat pandangan susulan," kata beliau di Washington. Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin 18 sukarelawan negara yang melalui pengalaman perit menyaksikan sendiri kekejaman rejim Israel di Gaza baru-baru ini akan bersedia memberikan keterangan untuk membawa pimpinan rejim itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Sebahagian daripada sukarelawan yang menyertai misi itu merupakan rakyat Malaysia. Seramai 12 dariapda 18 sukarelawan itu menaiki kapal MV Mavi Marmara yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza tetapi mereka selamat dan kembali ke tanah air pada 6 Jun. Sehari kemudian enam sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie yang disekat Israel pulang ke Malaysia. Muhyiddin berkata keputusan untuk memberi keterangan itu sendiri adalah sebahagian daripada perjuangan para sukarelawan itu. Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia akan berusaha bersama-sama dengan negara-negara sependapat untuk mendesak Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan satu resolusi mengutuk tindakan ganas Israel dan membawa pimpinan rejim Israel dihadapkan ke ICC. Menurutnya jika gagal diambil tindakan, Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara sependapat bagi mendesak supaya satu persidangan sesi khas tergempar perhimpunan agung PBB diadakan bagi mendapatkan nasihat undang-undang daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakan yang dilakukan Israel di kawasan perairan antarabangsa itu. | ||
| Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam Posted: 13 Jun 2010 05:13 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya. Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.
"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP. "Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan. Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini. Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu. Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu. | ||
| Rakyat Digalak Pakai Jersi Bola Pada Perhimpunan Anti-Judi 3 Julai Posted: 13 Jun 2010 05:10 PM PDT PENGKALAN CHEPA 14 Jun - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai yang hendak menyertai demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai nanti memakai jersi bola sepak yang ada nombor dan membawa sebiji bola tiap seorang. Beliau mengucapkan tahniah kepada DPPP yang begitu agresif sehingga berjaya menubuhkan Gerakan Membantah Judi Bolasepak dan berharap seluruh rakyat prihatin dapat bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. "Saya nak minta supaya mereka datang dengan memakai apa saja jersi bola sepak bernombor ataupun mengikut warna negeri masing-masing, kalau datang dari Kelantan bolehlah pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai jersi hijau kuning, Tok Guru Hj Hadi kena pakai warna putih tapi semua kena pakai jersi bernombor. "Setiap peserta demonstrasi membawa bola seorang sebiji, ini sebagai simbolik kepada demonstrasi bagi menentang judi bola sepak, kita nak kata 'bola - ya, judi - tidak'. "Sebab itu saya mengharapkan isu ini menjadi satu lonjakan kepada kita semua dan kepada banyak isu-isu yang lain dan saya harap jangan kita rasa kebimbangan PAS untuk menggadaikan polisinya tetapi ianya dilakukan berdasarkan landasan Islam dan sunnah Nabi dan kita jangan takut melakukan perubahan baru," kata Mahfuz ketika menggulung perbahasan Muktamar PAS ke-56 di sini semalam. | ||
| Keputusan parti adalah 'collective responsibility' - Salahuddin Ayub Posted: 13 Jun 2010 05:10 PM PDT PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - PAS telah menjadi perintis ulung dalam menjalinkan kerjasama politik dengan non-muslim pada masa ini. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini. "Idea untuk membawa sokongan bersama orang bukan Islam kepada perjuangan Islam ini telah diutarakan oleh almarhum Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad (mantan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) lama dahulu," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS, beliau berkata, ini adalah menjadi satu bukti bahawa PAS dan kepimpinan PAS berpandangan jauh. Sekarang, pada 2010 idea itu menjadi satu kenyataan. Beliau juga memberikan jaminan kepada sidang muktamar bahawa segala keputusan yang dibuat oleh parti adalah secara 'collective responsibility' atau secara syura. Para ahli parti digesa untuk terus menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti kerana ianya tidak sekali-kali akan merugikan parti. Salahuddin menegaskan demikian ketika dalam sesi menjawab persoalan perwakilan tengahari tadi. | ||
| Calon bukan Islam: PAS bersandiwara, kata Mukhriz Posted: 13 Jun 2010 05:07 PM PDT SEREMBAN, 13 Jun — Datuk Mukhriz Mahathir mahu melihat apa pula reaksi DAP apabila rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS membenarkan calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Di samping menyifatkan perkara tersebut sebagai menarik, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata tindakan tersebut seolah-olah menindakkan peranan DAP yang mempunyai lebih ramai calon dari kalangan bukan Islam. "Sebelum ini pernah berlaku di Perak di mana DAP telah mewujudkan satu cawangan yang semua ahlinya dari kalangan orang Melayu Islam. "Jadi, sekarang ini apabila PAS juga lakukan perkara yang sama, saya menantikan apa pula tindak balas daripada pihak DAP," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Pantai dan Pantai Setia di sini hari ini. Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti. Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Hadi berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak. "Kita akan adakan perjanjian, ikrar boleh dibuat... saya percaya mereka yang ada moral tidak akan lompat parti," kata Hadi. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata langkah PAS tersebut juga merupakan satu sandiwara. "Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam namanya sahaja sudah ada perkataan Islam. Jadi saya tidak yakin yang mereka sebenarnya serius untuk membuka parti mereka kepada yang bukan Islam, hanya sekadar nak ambil hati yang bukan Islam," katanya. Beliau juga berkata usaha PAS tersebut tidak akan memberi kesan kepada Umno kerana Barisan Nasional yang ditunjangi Umno sejak dahulu mengamalkan formula perkongsian kuasa yang cukup berjaya. | ||
| Hubungan kerjasama PAS dengan bukan Islam berbeza dengan Umno Posted: 13 Jun 2010 05:06 PM PDT PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dengan parti komponen dalam Barisan Nasional. Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada muktamar PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, kerjasama PAS dengan orang bukan Islam sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Cina (DHPP) berkata, perkara itu adalah ajaran Islam. "Penubuhan DHPP berdasarkan Islam dan konsep kerjasama PAS dengan bukan Islam, tidak sama dengan kerjasama Umno dengan rakan-rakan mereka. "Kerjasama kita adalah tahaluf siyasi, tapi kerjasama Umno dengan parti lain sehingga menggadai prinsip," katanya. Menurutnya juga, Islam mengizinkan kita membenarkan penglibatan orang bukan Islam dalam politik," katanya lagi. Beliau berkata, penubuhan DHPP itu juga menandakan dua tongkat Umno iaitu sokongan orang Cina dan India sudah hilang, namun orang Melayu masih menyokong Umno. "Sekarang Alhamdulillah dua tongkat yang menjadi pergantungan Umno sudah rapuh. Cuma orang Melayu masih menyokong Umno. Nak membela orang Melayu dengan ISlam, bukan denagn Islam. Rasulullah membela orang Arab dengan Islam, bukan dengan Arab," katanya. Beliau turut melahirkan kegembiraan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan terhadap penubuhan DHPP. Sedangkan ujarnya, suatu ketika dahulu PAS pernah dicemuh tidak dapat mentadbir negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Namun katanya, hari ini PAS berjaya membuktikan keupayaan PAS menarik sokongan bukan Islam. "Semua perwakilan menyatakan sokongan kepada penubuhan DHPP dan dapat ulasan yang baik dari pemerhati luar termasuk media. Pada tahun 50-an dan 60-an dahulu, ramai yang kata PAS tak boleh perintah negara kerana Malaysia rakyatnya majmuk," katanya. | ||
| Nasharuddin tempelak profesor minta PAS tukar nama Posted: 13 Jun 2010 05:04 PM PDT KOTA BHARU, 13 Jun: Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan seorang profesor institusi pengajian tinggi menukar namanya terlebih dahulu sebelum menuntut PAS menggunakan nama baru kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu. "Ada seorang profesor mahu PAS tukar nama kerana membenarkan orang bukan Islam menjadi calon. Sebelum dia meminta PAS tukar nama lebih baik nama dia sendiri ditukar terlebih dahulu. "Tafsiran yang dibuat profesor itu kononnya PAS sudah mengadai prinsip kerana telah hilang keasliannya adalah tidak benar," kata Timbalan Presiden PAS itu pada penggulungan ucapan dasar presiden petang ini. Sedangkan kata beliau keputusan untuk membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambang PAS dibuat Majlis Syura Ulama selepas memperhalusi perkara itu sejak sekian lama. Beliau berkata, profesor terbabit menyebut PAS telah menggadaikan prinsip, sedangkan Islam sebenarnya bukan milik satu kaum sahaja. "Kalau Islam hanya untuk satu kaum sahaja maka lebih aula Islam milik orang Arab kerana Islam diturunkan di negara berkenaan. Sebenarnya perkembangan terbaru yang berlaku dalam PAS amat membimbangkan Umno," katanya. Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang Pada ucapan yang sama Nasharuddin menyahut cadangan seorang perwakilan supaya Timbalan Presiden atau Presiden PAS berdebat dengan pemimpin tertinggi Umno dalam isu kelulusan lesen judi bola sepak. "Saya meminta persetujuan muktamar hari ini untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai isu kelulusan lesen judi bola. "Tugas kita membuat penjelasan sama ada melalui debat dengan pemimpin tertinggi Umno atau cara lain. Saya cabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat isu judi pada bila-bila masa sahaja," katanya. | ||
| PAS Mahu Mulakan Mobilisasi Rakyat Hadapi PRU-13 Posted: 13 Jun 2010 05:03 PM PDT PENGKALAN CHEPA 14 Jun - PAS akan menggerakkan satu mobilisasi bagi meningkatkan semangat rakyat untuk menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang dengan kerjasama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat serta badan bukan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Mohamad Sabu. Gerakan mobilisasi rakyat ini yang dicadangkan itu merupakan program Dewan Ulama PAS Pusat dan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi. Mohamad berkata program itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua parti di dalam Pakatan Rakyat dan NGO. "Program ini perlu diadakan bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang kerana masih ada dua isu besar yang berulang iaitu pertamanya isu undi pos dan keduanya isu demokrasi yang tidak lagi diamalkan di Malaysia," kata beliau semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini semalam. Beliau juga memuji kejayaan yang dibuat oleh lajnah terutamanya penerangan yang di pengerusikan oleh Idris Ahmad dan lajnah pilihan raya yang diterajui Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Di akhir ucapannya beliau melancarkan derma kilat di bagi membantu tabung untuk membina masjid dan sekolah di Semenanjung Gaza dengan sasaran derma sebanyak RM200,000 bagi tujuan tersebut. | ||
| ‘Retreat’ PAS tiga hari bincang pelan hadapi PRU-13 Posted: 13 Jun 2010 05:02 PM PDT KOTA BARU, 13 Jun — PAS akan mengadakan sesi pemukiman tiga hari, dijangka bulan depan untuk merangka rancangan komprehensif menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa hari ini. "Kami akan mengambil kira (segala) maklum balas, kritikan dan perkara-perkara yang dibangkitkan pada muktamar ini dan akan dianalisis dalam retreat nanti," kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini. Ahli Parlimen Bachok itu berkata, pelan menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan siap menjelang September ini. "Saya jangka ia boleh siap menjelang bulan Ramadan, bulan September ini," katanya. Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru. Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam. Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat. Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. | ||
| Posted: 13 Jun 2010 05:00 PM PDT KALAU BIAWAK INI - SEMUA SANGGUP PIKUL ![]() KENAPA PAS TAK SANGGUP MEMIKUL BIAWAK HIDUP INI ![]() PAS TIDAK MAHU TANGGUNG BIAWAK HIDUP - harakah daily Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka. "Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya. Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan. Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu. "Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi. Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno. KAH KAH KAH… woit… MEMIKUL BIAWAK HIDUP… kah kah kah.. kah kah kah… NATANG BEWOK…. kah kah kah.. kah kah kah… KESIAN….UMNO SUDAH JATUH TARAF BIAWAK… kah kah kah…. woit… KESIAN PADA BIAWAK…BUKAN PADA UMNO….kah kah kah… kah kah kah….APA SALAH BIWAK HINGGA DI SAMAKAN DENGAN UMNO…. kah kah kah.. kah kah kah… APAKAH BIAWAK SEHINA UMNO.kah kah kah… kah kah kah... TAK BAIK HADI INI ... SAMAKAN BIAWAK DENGAN UMNO... kah kah kah.. woit... BIAWAK ADA PRINSIP... HANYA MAKAN BANGKAI... kah kah kah.. kah kah kah... UMNO MAKAN APA SAHAJA YANG BOLEH DI TELAN... kah kah kah nota: dulu gerombolan memikul mahafiraun hari ini ada rancangan hendak membawa biawak umno agar dipikul oleh pas pada hemat pas kalau umno saja hendak dipikul okay juga - tidak bagitu susah ini bik mama pun nak kena pikul jamin mati tak bernafas kah kah kah. | ||
| Penentang Tahaluf Siyasi ; Berfikiran Sempit, Mengekalkan Pemikiran Penjajah. Posted: 13 Jun 2010 04:59 PM PDT KOTA BHARU – Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah mendapat sokongan dari seluruh perwakilan Muktamar Tahunan PAS kali Ke 56 yang berakhir semalam.Bahkan ianya mendapat liputan yang meluas dari media cetak dan elektronik. "Semua perwakilan dari Perlis hingga ke Sabah menimbulkan sokongan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS, "dan kita mendapat ulasan dari pihak luar parti khususnya pihak media samada yang bercetak atau pun elektronik,"ujar Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannnya diakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 semalam. Sehubungan itu, beliau menemplak golongan yang menentang amalan politik PAS yang mengiktiraf sokongan bukan Islam tersebut Katanya, golongan tersebutlah yang dulunya, pada tahun 60an, mengatakan PAS tidak boleh memerintah negara kerana negara ini mempunyai masyarakat majmuk. Apabila kini, PAS melibatkan golongan bukan Islam, golongan tersebut, bercakap sebaliknya. "Bila kita libatkan orang bukan Islam, dalam kerja politik kita mereka berputar balik, ini kerana sempitnya pmikiran (mereka), kerana mereka mempelajari Islam secara serpihan,"tegasnya. Beliau menempelak golongan tersebut yang mahu mengekalkan pemikiran orang-orang Melayu Islam dalam kefahaman yang dikehendakki oleh penjajah. Penubuhan DHPP, tegasnya, mengikut ajaran Islam dan tidak sama dengan hubungan antara Umno dan rakannya yang bukan Islam dalam Barisan Nasional. "Kerjasama dengan orang bukan Islam dalam PAS adalah kerjasama 'tahaluf siyasi' dan diizinkan oleh syarak, "kerjasama Umno dengan bukan Islam, menggadai prinsip dan maruah, dan tidak boleh menjadi Islam yang ditunjuk kepada orang-orang yang bukan islam, "apa yang kita buat pada hari ini berdasar kepada al-Quran, berdasarkan kepada as-sunnah Nabi SAW, berdasarkan kepada muzakarah para ulamak"jelasnya. Katanya, amalan Tahaluf Siyasi dalam PAS bukan sahaja di bincangkan dalam Majlis Syura Ulamak, bahkan dibentangkan dalam majlis perbincangan ulamak-ulamak peringkat Internasional. | ||
| RADHI MAT DIN TAMPIL DI PENTAS PAS Posted: 13 Jun 2010 04:58 PM PDT PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini. Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.
Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram. "(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. "Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah. Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an. Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu. Ajak Dr M, Pak Lah berdemo Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius. "Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya. Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir. "Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. "Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.
Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. "Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya. | ||
| Nik Aziz tegur wakil guna ‘suami Najib’ guris hati PM Posted: 13 Jun 2010 04:57 PM PDT ![]() Nik Aziz menasihatkan perwakilan PAS agar menjaga hati orang ketika bercakap. — Gambar fail "Saya ada dengar dalam perbahasan dua hari, saya ada dengar perkataan-perkataan yang tidak senang... yang boleh menyakitkan hati orang," kata beliau ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini. Kata beliau, tindakan sedemikian boleh menyebabkan rasa dendam dalam jangka panjang. Nik Aziz yang tidak pernah ketinggalan dalam melahirkan pendirian keras mengenai tindak-tanduk pemimpin Umno termasuk presiden-presidennya, hari ini berkata, beliau terdengar ada perwakilan menyindir "suami Najib". "Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) ini lelaki, tak baik guna perkataan macam itu, kita tidak boleh gunakan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati (dalam perbahasan)," katanya. Ada perwakilan yang menyifatkan "Najib suami kepada isterinya" Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan istilah itu digunakan untuk merujuk dakwaan dan persepsi sesetengah pihak tentang "pengaruh" Rosmah ke atas Najib. Kata beliau, perwakilan boleh menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk bergurau tetapi jangan sampai menyakitkan perasaan orang lain. Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan sejak 1990 menambah, sebagaimana Nabi Muhammad SAW menggunakan istilah yang halus untuk membuat teguran dan nasihat perwakilan seharusnya sewajarnya menjaga hati orang lain ketika berucap. "Kita kena mengikut cara Nabi Muhammad yang menggunakan perkataan, ayat (yang halus) untuk mencuri hati orang lain, tidak menyakitkan hati orang lain," kata beliau. Muktamar Tahunan PAS Ke-56 yang bermula kelmarin berakhir hari ini. Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz juga mempertahankan langkah diambil oleh PAS untuk menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat termasuk menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Sambil menegaskan ini bukan kali pertama PAS menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang boleh diyakini kalangan bukan Islam, Nik Aziz berkata, parti itu sanggup untuk menjalin kerjasama dengan bukan Islam yang tidak menyusahkan berbanding dengan "Umno yang menyusahkan" parti itu. "Tolong memberitahu kepada Umno... daripada berkawan dengan yang menyusahkan lebih baik (kami bekerjasama) dengan kaum yang bukan Islam," katanya. Terdahulu ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin juga membidas perwakailan yang tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti. Hanipa memberitahu, sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka. "Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti," kata beliau dipetik Bernama. Penasihat undang-undang itu merujuk kepada tindakan meminta perwakilan dari Jerantut, Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti. Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu. Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan. Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu. | ||
| Hj. Hadi - PAS tidak akan pikul biawak Posted: 13 Jun 2010 04:56 PM PDT ![]() "Gagasan dengan Umno-BN tidak boleh menyelesaikan masalah kerana mereka masih lagi tebal dengan perkauman, ini bermakna kita (PAS) menutup terus pintu rundingan bersama Umno-BN. Perpaduan tersebut ibarat memikul biawak hidup"_ Ustaz Hadi menyatakan ia ibarat memikul biawak hidup. "Perpaduan tersebut ibarat memikul biawak hidup, juga seperti memikul kezaliman dan segala masalah yang dimiliki Umno-BN," Mengulas lanjut mengenai hubungan PAS dengan bukan Islam menerusi penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ahli parlimen Marang itu menyatakan ianya berbeza dengan kerjasama yang dibuat Umno dengan BN. "Bezanya kita dengan Umno adalah kita mempunyai dasar Islam sebagai panduan untuk memastikan kita tidak tersasar daripada landasan yang sebenar.sedangkan Umno mengikuti cara sekular," tambahnya lagi. | ||
| 'Tidak Guna Tahu Memandu Tapi Tidak Tahu Jalan' - Mursyidul Am Posted: 13 Jun 2010 04:52 PM PDT PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Tidak guna jika tahu membawa kereta tidak tahu jalan menuju ke sesuatu tempat, demikian ditegaskan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) petang ini.Tambahnya, tiada gunanya jika seseorang itu tidak mengetahui jalan dan hanya sekadar pandai memandu kenderaan. "Membawa Islam seperti membawa kereta, perlu tahu cara dan jalan yang hendak dituju," katanya kepada para pimpinan, perwakilan dan pemerhati. Jelasnya, ketika membawa Islam perlu diingati bahawa pemandu pertama di kalangan manusia ialah Rasulullah saw yang memandu umatnya dengan menggunakan al-Quran dan sunnah. Walaupun baginda tinggal bersama bapa saudara, Abu Talib yang membesarkannya itu tidak beragama Islam tetapi baginda tetap teguh mendapat pembelaan Abu Talib ketika baginda disiksa kaum Musyrikin Mekah. Mengulas lanjut mengenai hal berkaitan, Menteri Besar Kelantan itu menceritakan beberapa kisah pada ketika itu yang dilakukan oleh Rasulullah termasuklah beberapa kerjasama bersama orang Yahudi sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah. "Baginda mengadakan sulh atau perbincangan dengan kalangan Yahudi termasuk Mut'am bin Adi, Abdullah Uraiqih termasuh peristiwa Hudaibiyah yang menyaksikan tindakan yang mengguris hati sahabat, Saidina Ali Abi Talib sebagai penulis surat perjanjian sehingga terpaksa memadamkan nama Rasulullah dalam surat tersebut. "Ali tidak mahu tetapi Rasulullah mengambil air liurnya lalu memadamkan namanya sebagai syarat dalam perjanjian tersebut - ini merupakan antara panduan untuk mengadakan tahaluf siyasi dengan orang bukan Islam," ujarnya. Justeru ujarnya jika timbul masalah berkaitan tahaluf siyasi maka perlu merujuk kepada sejarah Islam. Tuan Guru turut menyentuh mengenai kepentingan bertindak secara berhikmah termasuk menggunakan kata-kata yang baik ketika bertutur. "Kita hendaklah bergerak dan bertindak secara berhikmah sebagaimana dianjurkan al-Quran," katanya. Beliau menegur sesetengah perwakilan yang menggunakan perkataan yang boleh melukakan hati pihak yang lain dalam perbahasan muktamar semalam. "Jangan guna perkataan yang tidak disukai seseorang," katanya lagi. | ||
| Hadi: Kerjasama Pakatan berdasar al-Quran dan syarak Posted: 13 Jun 2010 04:35 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan bahawa kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Quraan dan diizinkan syarak. "(Sebaliknya) kerjasama (dengan) Umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang. Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik. "Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam. "Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi. Dengan ucapan penggulungannnya itu, muktamar PAS ke-56 yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat lalu, yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan, berakhir hari ini. Sementara itu, dalam sidang media selepas tamatnya muktamar parti itu petang ini, Abdul Hadi Hadi mengulangi pendirian bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno. Ianya antara lain kerana Umno didakwa mengamalkan pendekatan perkauman sempit, lapor akhbar webnya Harakahdaily. "Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman, malah dibejati dengan rasuah," beliau dipetik sebagai berkata. | ||
| Apabila Tok Guru jadi rujukan pemuda DAP - Salahuddin Ayub Posted: 13 Jun 2010 09:13 AM PDT PENGKALAN CHEPA,13 Jun - Apabila pimpinan muda bukan Islam menjadikan Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS sebagai tempat rujukan sebelum berhujjah, itu tandanya kepimpinan majlis syura parti Islam PAS adalah diktiraf, ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub."Selagi mana kita bergerak atas dua jalur, Insya Allah kita tidak rugi apa-apa. Iaitu membawa politik atas jalur dakwah, dan berdakwah atas jalur politik," ujar yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat DHPP. "Kejayaan besar parti Islam PAS ini adalah bila orang bukan Islam dapat menghormati ulama' Islam dengan sukarela dan menjadikan mereka tempat rujuk. Khususnya apabila ada pimpinan muda DAP merujuk kepada Tuan Guru Presiden apabila ingin berhujjah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan maknanya," katanya. "Inilah antara kejayaan terbesar PAS. Ia juga membuktikan bahawa PAS adalah lebih baik daripada UMNO/BN", ujar Salahuddin dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 hari ini. | ||
| PAS tukar nama? PAS jaga semua kaum - Ustaz Nasaruddin Mat Isa Posted: 13 Jun 2010 09:13 AM PDT PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa dalam reaksi kepada laporan media yang mengatakan PAS perlu menukar nama kerana sudah hilang prinsip apabila membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket PAS berkata,"Melalui keputusan majlis syura ulama', PAS telah menubuhkan DHPP, Dewan Himpunan Penyokong PAS Hakikat sebenarnya, PAS bukanlah berjuang untuk satu kaum sahaja dan ini merupakan salah satu uslub dakwah kepada bukan Islam," jelasnya memberitahu pastinya isu itu akan dimainkan Umno hingga ke PRU 13 nanti. Mengenai persoalan kepada perjuangan isu-isu bukan Islam di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh DHPP, ahli-ahli parlimen PAS sudahpun melaksanakannya dan akan terus mempergiatkan perbahasan di peringkat Parlimen lebih-lebih lagi perbahasan Rancangan Malaysia ke-10, RMK10. "Ini kerana RMK10 banyak menimbulkan kekeliruan yang mana akhlak dan masa depan iaitu modal insan tidak disentuh," ujarnya. PAS juga banyak memainkan peranan di peringkat antarabangsa terutamanya isu Palestin, Mindanao, Selatan Thailand yang mana ada yang diumumkan dan ada yang tidak. "PAS yang juga telah dijemput oleh dua buah negara di Timur Tengah yang dipengerusikan Yusoff al-Qardawi jelas menunjukkan PAS adalah satu entiti yang berkaliber dan dihormati di peringkat antarabangsa," katanya. Wakil parti di Iraq juga katanya kagum akan PAS yang dapat bergerak dan berkembang sehingga menjadi perhatian antarabangsa. Beliau juga turut menegaskan agar setiap negeri segera mengaktifkan majlis mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat negeri yang telah ditubuhkan bagi melancarkan lagi kerjasama dan gerak kerja Pakatan Rakyat. Selain itu, sempena bulan Rejab ini, beliau mencadangkan kepada negeri yang diperintah PAS dan Pakatan Rakyat, semua peringkat cawangan dan negeri melaksanakan program menghayati dan menghidupkan sirah Israk Mikraj bagi memperingati Gaza. Beliau sebelum itu merakamkan ucapan tahniah kepada semua perwakilan yang mengambil bahagian dalam muktamar tahunan PAS Kali Ke 56. Segala pandangan, pendapat dan kritikan yang dilontarkan oleh sidang muktamirin tidak lain tidak bukan tanda kasih sayang dan prihatin kepada parti. | ||
| Perwakilan Muktamar PAS Ditegur Tidak Terbuka Terima Kritikan Posted: 13 Jun 2010 12:40 AM PDT KOTA BARU: Perwakilan Muktamar PAS dibidas kerana tidak bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan yang bertentangan dengan dasar parti. Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sering memperjuangkan kebebasan bersuara ternyata tidak mempraktikkan prinsip berkenaan pada muktamar ini. "Semalam saya rasa macam perwakilan dari Temerloh dibuli oleh tuan-tuan semua, kita ini parti PAS kalau di luar paling lantangperjuangkan mengenai kebebasan bersuara... tapi bila sahabat kita cakap sikit, kita dah mula tengking dan tak bersedia nak dengar. "Ada pandangan yang bernas, ada pandangan yang tak bernas dan ada juga pandangan yang salah... tapi kita mesti bersedia untuk dengar dulu, bagi peluang dia cakap dulu termasuklah pengerusi tetap, jangan nakhalang dulu," katanya semasa menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini. Semalam pada sesi perbahasan usul, perwakilan Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya apabila mendakwa Perlembagaan PAS yang ada diciplak daripada Umno. Amirruslan bagaimana tidak sempat menghabiskan perbahasannya apabila mendapat bantahan daripada para perwakilan dan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail. Selain itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata, setiap tindakan PAS perlu selari dengan apa jua dasar yang diperjuangkan. Menurutnya semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda tetap memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara walaupun yang bertentangan dengan Islam. "Masa zaman nabi dulu pun baginda dengar apa yang orang lain nak cakap, saya tahu anda marah sebab kita dikaitkan dengan Umno... yang itupun saya marah. "Tapi sikap kita perlu diperbetulkan, kita kene biar dia cakap dulu dan tegur kemudian... saya sebagai peguam rasa macam nak wakil dia untuk lawan tuan-tuan semua," katanya. | ||
| Sasaran lebih banyak kerusi Parlimen Posted: 13 Jun 2010 12:35 AM PDT Oleh Teoh El Sen PENGKALAN CHEPA: PAS sebulat suara meluluskan usul untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno. Resolusi dicapai menggesa Jawatankuasa PAS Pusat untuk "mendedahkan tipu daya Umno dalam pertarungan memenangi undi orang-orang Melayu di luar bandar." Jawatankuasa PAS Pusat juga diminta menggubal strategi kerja dalam aspek daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan profesional untuk jentera pilihan raya dan juga untuk menangani isu-isu semasa. Satu dasar yang tegas, rational dan relevan dalam memilih calon-calon bertujuan untuk menghindar lompat parti dan mempamerkan kebolehan calon kepada para pengundi hendaklan digubal. Ini merupakan usul keenam yang diluluskan hari ini pada Muktamar Tahunan PAS Ke 56, yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. PAS ambil alih tempat Umno Ketika membentangkan usul, YDP PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar berkata, "rakyat, bukan sahaja Melayu tetapi juga Cina dan India, mengharapkan supaya PAS mengambil alih tempat Umno." Terdahulu, usul yang diluluskan menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti judi sukan dan usul mengutuk serangan zionis Israel ke atas kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada 31 Mei lalu. Mewakili Jawatankuasa PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membentangkan usul mengharamkan pertaruhan sukan dengan berkata, "kita mesti bangkit menentang langkah kerajaan menyokong aktiviti judi sukan ini dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd. "Secara jelas Allah mengharamkan judi dan semua agama mengharamkan judi. Kita tidak tahu apa agama yang dianut oleh Umno. "Bukan sahaja PAS, bahkan seluruh gagasan Pakatan Rakyat dan rakyat menentang judi sukan ini. Jika perkara ini diabaikan, anak-anak kita akan terperangkap dengan aktiviti perjudian," ujar beliau. Resolusi yang dicapai juga menggesa supaya diperketatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti judi dan mendidik rakyat membenci kegiatan judi. PAS didesak supaya menggembeling rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dengan menghantar memorandum memprotes judi pada 3 Julai depan di Kuala Lumpur. Seorang wakil berkata, "kita mesti menentang semua jenia perjudian dan bukan sahaja judi sukan. Ini supaya kita tidak dilihat sebagai "talam dua muka". Iktiraf kerajaan Hamas di Palestin Mengenai usul mengutuk serangan ke atas kapal "Mavi Marmara" yang dibawa oleh Aiman Athirah Al- Jundi, misi kemanusiaan hendaklah diteruskan dan ini termasuk menghantar sukarelawan di kalangan muslimat ke Gaza. Beliau juga menggesa mengiktiraf kerajaan Hamas di Palestin yang dipilih oleh rakyat dan memboikot barang-barang keluaran Israel dan dan barang-barang syarikat-syarikat yang memberi sumbangan kewangan kepada rejim Yahudi itu. Sambil menyokong usul tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan BN dan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan drastik terhadap dasar luar negara. Mereka mahu diiktiraf sebagai rakan dunia dan sekutu Amerika Syarikat. Mereka mahu mengikis imej menyokong Palestin dan mengkritik Israel dan Amerika Syarikat ketika di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Usul lain yang diluluskan ialah usul yang dibawa oleh Naib Presiden Salehuddin Ayub bagi mengutuk tindakan kerajaan menyerahkan kawasan minyak di Blok L & M kepada kerajaan Brunei bernilai RM320 bilion. Juga diluluskan ialah usul mengkritik tindakan kerajaan menyerahkan tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura. Para perwakilan juga menggesa kerajaan segera menamatkan kontrak dengan syarikat berkaitan Israel, Apco Worldwide. Isu-isu penting hendaklah dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu dan bukannya diputuskan oleh Perdana Menteri seorang diri. Usul mengenai pindaan perlembagaan untuk meringankan beban pentadbiran juga diluluskan dan memastikan dasar dan prinsip parti terus dipertahankan selain untuk memperkasa perpaduan Pakatan Rakyat. | ||
| Tanah: PAS dedah penyelewengan Umno Posted: 13 Jun 2010 12:31 AM PDT PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman mengajak PAS memberi kesedaran yang mantap kepada masyarakat Felda di atas penyelewengan pentadbiran UMNO dan BN terhadap masalah masyarakat Felda."Bagi mendedahkan agenda untuk menyedarkan masyarakat, PAS perlu mengadakan pelbagai program ke arah itu, termasuklah temubual, seminar dan program-program lain selain dari ceramah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan FELDA dan FELCRA," ujarnya dalam sesi jawab persoalan perwakilan semalam. Menyentuh hak tanah masyarakat, beliau menjelaskan satu persiapan himpunan masyarakat yang tidak mendapat keadilan dari kerajaan negeri akan diadakan. "Usaha ini juga adalah bertujuan menyedarkan rakyat berkenaan kezaliman kerajaan BN yang tidak adil kepada rakyat dan juga merupakan perampas rakyat,dan kerajaan BN perlu dijatuhkan dengan segera," katanya. Begitu juga dengan masalah penyelewengan hak yang berlaku ke atas masyrakat Felcra, beliau memberitahu satu perhimpunan sedang diaturkan pada 1 ogos bertujuan bagi memperolehi keadilan yang sejagat terhadap kepincangan yang berlaku. "Masyarakat melayu boleh berubah, perubaahan besar akan berlaku pada masa akan datang," tambahnya. Beliau sebelum itu turut mempromosikan sebuah buku "Dulu Tolong sekarang Along" yang ditulisnya berkenaan penjelasan ketidakadilan BN-UMNO terhadap tanah rakyat. | ||
| Kabinet tangguh gaji minimum pengawal keselamatan Posted: 13 Jun 2010 12:28 AM PDT PUTRAJAYA, 13 Jun — Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini bagi memberi lebih masa kepada pihak industri berkenaan untuk mengemas kini operasi mereka. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia telah menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada. PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah itu untuk membolehkan mereka mengambil tindakan untuk mengemas kini operasi mereka sewajarnya, menurut kenyataan tersebut. Menurut kenyataan itu lagi, setelah mempertimbangkan rayuan PPKKM, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan. Pada 22 April lalu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji antara 67 dan 75 peratus kepada pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Melalui kenaikan ini, lebih 150,000 pengawal keselamatan dijangka dapat membawa pulang gaji bulanan antara RM1,100 dan 1,450, termasuk bayaran kerja lebih masa dan elaun-elaun. Beliau dilaporkan berkata gaji minimum pekerja sektor kawalan keselamatan masa ini adalah dalam lingkungan antara RM300 dan RM400 sebulan. Subramaniam juga dilaporkan berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 dan berasaskan kepada pelbagai zon geografi. Berikutan pengumuman penetapan gaji mimimum tersebut, PPKKM telah meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Januari tahun depan. Presiden PPKKM, Datuk Shaheen Mirza Habib dilaporkan berkata penangguhan itu bagi mengelakkan 300 syarikat pengawal keselamatan Bumiputera di negara ini gulung tikar. Shaheen berkata pihaknya memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kontrak perkhidmatan yang membabitkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan. — Bernama | ||
| Umno Johor tolak pertaruhan dalam sukan Posted: 13 Jun 2010 12:22 AM PDT JOHOR BARU, 13 Jun — Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini. "Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan. "Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya. Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini. Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Sementara itu, Abdul Ghani berkata Umno akan bekerjasama dengan persatuan dan badan bukan kerajaan dalam usaha mendekati masyarakat tempatan. "Kita juga akan meneruskan penganjuran pelbagai kursus termasuk pengukuhan jati diri di kalangan anggota parti di peringkat cawangan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


BAITULMAQDIS, 14 Jun — Israel akan mengadakan siasatan dalaman sendiri berhubung tindakan tenteranya mengepung dan menyerang konvoi misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - PAS telah menjadi perintis ulung dalam menjalinkan kerjasama politik dengan non-muslim pada masa ini. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini. 








PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Tidak guna jika tahu membawa kereta tidak tahu jalan menuju ke sesuatu tempat, demikian ditegaskan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) petang ini.
PENGKALAN CHEPA,13 Jun - Apabila pimpinan muda bukan Islam menjadikan Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS sebagai tempat rujukan sebelum berhujjah, itu tandanya kepimpinan majlis syura parti Islam PAS adalah diktiraf, ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa dalam reaksi kepada laporan media yang mengatakan PAS perlu menukar nama kerana sudah hilang prinsip apabila membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket PAS berkata,
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman mengajak PAS memberi kesedaran yang mantap kepada masyarakat Felda di atas penyelewengan pentadbiran UMNO dan BN terhadap masalah masyarakat Felda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan