RAKYAT MARHAEN |
- Enggan Boikot Produk, Beri Puluhan Juta Kepada Anasir Zionis
- PRK Sibu Suntik Semangat Rakyat Sabah Buat Perubahan
- Kumpulan Berjaya Didakwa Bayar RM250 Juta Setahun Untuk Lesen Judi
- Vincent Tan Berani Hina Penyokong Pakatan Rakyat..
- Kisah Saudagar Dari Venice berulang di Sibu
- Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat
- Kesiannnn... Jamil Khir Bahrum
- 12 Sukarelawan Selamat Tiba Di Tanah Air
- Enam Sukarelawan Dalam Kapal Rachel Corrie Akan Dibebaskan Hari Ini
- Demo Anti-Israel APCO
- Apa kaitan Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Doraemon dengan kegiatan mencuri pasir?
- Apa 'dilemma' Najib dalam Peristiwa Hitam Flotilla ?
- Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras..towkey judi merayu maa....!!!! rayuan bermakna...??
- Pemuda Umno tak terkilan KJ tidak terpilih sertai Kabinet..he.he..jawapan yang makin menjauh....!!!
- Ucapan Khairy dihadapan RIBUAN peserta Demo Anti Israel anjuran BN
- How Vincent Tan became the Gaming King of Malaysia
- NKRA capai KPI, kata Najib..ha..ha..KPI membelit rakyat...kah.kah..
- Israeli forces seize Gaza-bound aid ship!
- Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut
- Rakyat Sabah Berani Buat Perubahan Tukar Umno-BN Pada PRU 13
- Ambil APCO jadi penasihatpun masih bodoh....
- Israel Telah Rampas Rachel Corrie
- UMNO BN Dah Lama Kenyang Makan Hasil Judi Dari Berjaya
- Elyas: GLC boleh bantu bangunkan Kampung Baru
- Kekalkan Kg Baru milik eksklusif Melayu
| Enggan Boikot Produk, Beri Puluhan Juta Kepada Anasir Zionis Posted: 05 Jun 2010 08:24 PM PDT Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin mengecam keengganan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin.Ghani ketika dihubungi TV Selangor berkata, kerajaan Malaysia harus menyatakan pendirian tegas mereka berhubung keganasan yang berlaku di bumi Gaza. "Memang sesuatu keganjilan apabila dari satu sudut kita menentang dan tidak menyukai keganasan Israel tetapi dalam sudut lain, kita panggil dan biayai khidmat mereka untuk memulihkan imej. Ini adalah tindakan yang sangat bertentangan," katanya. Kata Ghani, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bukan hanya memboikot produk keluaran Israel sebaliknya memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu. Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel. Untuk rekod, Malaysia antara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi merelakan produknya berleluasa di pasaran tempatan. Malah kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang diresapi anasir zionis memberi nasihat dari sudut pentadbiran. "Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka. Bukan sahaja datang tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka," katanya. Tambah beliau, Malaysia yang mengisytihar pendirian sebagai negara Islam, sepatutnya sudah memboikot produk negara Isreal yang diketahui jelas menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis. "Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap pendirian mereka, agama dan identiti sebagai seorang Muslim - memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk," katanya. | |||||||
| PRK Sibu Suntik Semangat Rakyat Sabah Buat Perubahan Posted: 05 Jun 2010 08:21 PM PDT KOTA KINABALU 6 Jun - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini menganggap kejayaan tidak diduga Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu harus di jadikan satu anjakan semangat kepada rakyat Sabah untuk melakukan perubahan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum nanti. "Sabah sejak dari dahulu berani melakukan perubahan dengan menukar kerajaan beberapa kali dan kita berharap pada PRU-13 nanti, rakyat Sabah juga tidak lagi teragak-agak untuk melakarkan kembali sejarah penukaran kerajaan. "Anda jangan dengar suara daripada parti-parti serpihan yang ada dinegeri Sabah ini yang selalu mengatakan mereka adalah parti tempatan, jika parti serpihan itu menang pun satu dua kerusi mereka tidak boleh merubah apa-apa walau pun mereka menang di Sabah ini. "Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa selain ikut langkah PBS menyertai Barisan Nasional dan rakyat seperti lagu 'tipah tertipu lagi'," gurau Ahmad Thamrin pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan Jumaat lalu. Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar, Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Jeffrey Kitingan. "Rakyat Sabah sudah puas di peralatkan dan mahukan suatu perubahan di mana kebajikan rakyat diberikan keutamaan dan bukannya kepentingan dan kepuasan diri pemimpin itu sendiri seperti yang berlaku kepada pemimpin Umno-BN. "Kita tolak kerajaan Umno-BN dalam PRU-13 nanti dan kita bersatu memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu berubah, kita ubah dari bawah sampai kepuncaknya. Rakyat Sabah tidak mahu merubah alang-alang, rakyat Sabah mahu merubah hingga ke Putrajaya," tegas Ahmad Thamrin penuh semangat. Sementara itu Dr Jeffrey menyatakan lawatan dua pemimpin KEADILAN muda dari Semenanjung itu mampu merapatkan tali persaudaraan antara KEADILAN Sabah dan Pusat. Dr Jeffrey menyatakan hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa selama ini Umno-BN sering memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka rakyat Sabah senang 'di beli'. "Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan huluran RM100, RM200 di akhir musim kempen pilihan raya maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional. "Begitu murahnya harga undi rakyat Sabah di mata pandangan Umno-BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai 'fixed deposit' bagai kerajaan Umno-BN. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Umno-BN. "Rakyat mesti belajar daripada kesilapan yang sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi. Marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh Umno-BN kita bersatu menolaknya. "Rakyat harus sedar Umno-BN gunakan taktik British "divide and rule", jika rakyat berpecah belah maka senanglah Umno-BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi 'fixed deposit' mereka," tegas Dr Jeffrey. | |||||||
| Kumpulan Berjaya Didakwa Bayar RM250 Juta Setahun Untuk Lesen Judi Posted: 05 Jun 2010 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR 6 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan bahawa Kumpulan Berjaya membayar sebanyak RM250 juta setahun bagi mendapatkan lesen judi. Beliau berkata demikian di pelancaran Program Kempen Membantah Judi Sukan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dilancarkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) semalam. "Barisan Nasional kini dalam keadaan terdesak dan kewangan negara tidak seperti mana yang digambarkan. Oleh kerana mereka ini hendakkan duit, jadi terpaksalah memberi lesen judi, kerana wang akan diperolehi dari lesen tersebut," kata Khalid. Beliau kecewa dengan keputusan mendadak dan mengejut kerajaan kerana tidak pernah membahaskan perkara tersebut di parlimen. Tindakan tersebut katanya seolah-olah menggadaikan kepentingan rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang serius. "Najib berasa terhutang budi dengan Berjaya kerana mereka memberikan sokongan kepada BN semenjak sebelas pilihan raya kecil yang lepas. Jadi sebagai ganjaran dan 'membalas jasa' Berjaya, kerajaan BN meluluskan permohonan lesen judi kepada mereka," kata Khalid lagi. Beliau mendedahkan bahawa bukan Pakatan Rakyat sahaja yang menentang kelulusan lesen tersebut, malah parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan turut menentang kelulusan lesen judi tersebut. Beliau menyelar pemimpin Umno yang menyokong kelulusan lesen judi tersebut dan menganggap ia sebagai menegakkan benang yang basah. Tindakan tersebut amat memalukan masyarakat Melayu dan orang Islam. "Ramai orang menganggap bahawa judi adalah budaya masyarakat Cina, tetapi parti DAP turut menentang. Yang mahu ia diluluskan hanyalah Umno-BN. Masyarakat yang telah terjebak dengan hutang, janganlah kita cari penyakit," katanya. Beliau memjelaskan bahawa masalah hutang kepada Along adalah disebabkan kesempitan wang yang turut berpunca sikap dan amalan berjudi. "Kita akan terus menyokong pihak-pihak yang berusaha untuk menghalang kelulusan lesen judi ini. Kita akan terus berkempen supaya orang ramai sedar bahawa amalan berjudi ini tidak mendatangkan manfaat," jelas beliau. | |||||||
| Vincent Tan Berani Hina Penyokong Pakatan Rakyat.. Posted: 05 Jun 2010 08:05 PM PDT Kelantangan dan keceluparan Taukeh Judi belaan Pimpinan Umno Vincent Tan,semakin berani mempertikaikan bantahan dan pengharaman yang dibuat oleh negeri-negeri pakatan rakyat terhadap Judi Bolasepak Piala Dunia dimana beliau telah diberikan lesen oleh pimpinan Umno untuk mengendalikan judi bolasepak semasa piala dunia berlangsung.Beliau yang begitu kesal dengan tindakan negeri PR yang akan menyebabkan negara kerugian sebanyak 2-3 biliion daripada cukai hasil judi ini.Malah beliau bertambah lantang dan kurang adab apabila menyatakan"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan. "Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka. Menagapa beliau begitu lantang mempertikaikan masyarakat islam yang sememangnya menentang perjudian seperti yang termaktub dalam al-quran,seolah-olah beliau kini berkuasa penuh di dalam negara ini,gara-gara terhutang budinya pimpinan Umno terhadap beliau.Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan sudah pasti suatu hari nanti beliaulah yang akan merancang dan menentukan segara perjalanan sistem dinegara ini,hanya dengan suapan wang dan memandikan pemimpin Umno dengan kemewahan dan kekayaan hasil daripada keuntungan syarikat perjudian beliau.
| |||||||
| Kisah Saudagar Dari Venice berulang di Sibu Posted: 05 Jun 2010 08:00 PM PDT SAUDAGAR Dari Venice mengisahkan nasib seorang ahli perniagaan selepas dia gagal menjelaskan hutangnya kepada seorang peminjam wang Yahudi. Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh peniaga dan peminjam wang itu, jika hutang tidak tidak dapat dilunaskan pada waktunya, si peminjam hendaklah membayar dengan dagingnya sendiri. Oleh kerana terlalu memerlukan wang, saudagar itu bersetuju tanpa berfikir panjang. Dia yakin dapat menjelaskan hutangnya itu. Malangnya apabila tempoh pinjaman tamat, saudagar itu gagal menjelaskannya. Hutangnya menjadi banyak selepas ditambah wang bunga. Saudagar itu menjerit takut apabila teringatkan perjanjian yang dibuatnya. Dia terpaksa membenarkan daging di tubuhnya dipotong untuk diserahkan kepada peminjam wang Yahudi itu. Saudagar itu hampir berputus asa tetapi tiba-tiba dia teringatkan seorang hakim yang terkenal bijak di kota Venice. Mungkin hakim itu dapat membantu, fikirnya. Dia kemudian membawa peminjam Yahudi yang kelihatan tidak sabar untuk melapah dagingya, berjumpa hakim. Di depan hakim, kedua-duanya pun menceritakan kisah masing-masing. Hakim kemudian membenarkan Yahudi itu memotong daging saudagar yang ternyata terkejut besar dengan keputusan itu. Sebaik saja si Yahudi mengacukan pisaunya ke tubuh saudagar itu, hakim itu menjerit: "Kamu boleh ambil dagingnya tetapi kamu tidak boleh ambil setitik pun darahnya. Mengikut perjanjian, kamu hanya berhak ke atas dagingnya tetapi tidak disebut langsung pasal darah!" Si Yahudi terpinga mendengar jeritan hakim. "Mana mungkin aku lapah dagingnya tanpa menumpahkan darah?" fikirnya. Akhirnya, peminjam wang Yahudi itu terpaksa pulang dengan tangan kosong. Semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu tempoh hari, PM Najib Razak membuat perjanjian dengan pengundi dalam bentuk kata-kata yang berbunyi: "I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me." Jika peminjam wang Yahudi membuat perjanjian dengan saudagar kekurangan dana, Najib membuat perjanjian dengan pengundi. Jika Yahudi gagal dapatkan daging si saudagar, nasib Najib juga sama, dia gagal mendapatkan kemenangan di Sibu. Jika peminjam Yahudi gagal mendapatkankan daging manusia diidamkannya kerana faktor darah, Najib gagal untuk mendapatkan kemenangan untuk Robert Lau Jr, daripada Sarawak United People's Party (SUPP) kerana terpesongnya perjanjian beliau yang berbunyi "I help you, you help me" (Saya tolong awak, awak tolong saya). Ya, Najib mahu tolong penduduk Sibu, tetapi wang dan dana peruntukan yang mahukan diberikannya itu bukan daripada poket beliau atau Barisan Nasional atau SUPP tetapi adalah daripada kerajaan Persekutuan. Buktinya semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, pada cek RM3 juta yang diberikan kepada Sekolah Cina Rasa jelas tertera perkataan KERAJAAN PERSEKUTUAN. Jadi "I" (saya) yang digunakan Najib, tidak 'valid' (sah), kerana wang yang ditaburkannya adalah wang KERAJAAN bukan daripada poketnya sendiri atau wang Barisan Nasional. Apabila wang kerajaan yang sebenarnya hak RAKYAT digunakan sesuka hati oleh seseorang individu, maka tidak wujud perjanjian antara Najib dengan pengundi Sibu. Sewajarnya wang rakyat yang diperolehi daripada semua rakyat tidak kira parti sokongan mereka, juga dikembalikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi masing-masing. Namun apa yang mahu dilakukan Najib, wang rakyat itu mahu diberikan kepada orang yang dipercayai mahu menyokongnya saja. Apakah ini bermakna orang yang dirasainya tidak menyokong beliau, tidak akan merasai langsung wang atau faedah pembangunan daripada wang itu? Kalau demikian tidak payahlah orang tidak menyokong Barisan Nasional membayar cukai kerana faedah daripadanya tidak diperolehi mereka. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana semua rakyat kena membayar cukai jika sudah cukup syarat-syaratnya. Satu perkara lagi yang menyebabkan Najib dan konco-konconya gagal 'memakan' daging penduduk Sibu adalah kerana 'perjanjian' itu membabitkan Najib dan mereka, langsung tidak disentuh akan calon daripada SUPP itu. Najib berkata "I help you, you help me." Ya sesetengah pengundi Sibu yang baik hati, yang termakan budi mahu menolong Najib, tetapi bagaimana pula ya, sebab muka Najib tidak ada pula pada kertas undi. Yang ada hanyalah wajah Wong Ho Leng daripada DAP, muka Robert Lau Jr (SUPP) dan gambar Narawi Haron (Bebas). Mungkin sesetengahnya berkata: "Kami mahu pangkah 'you' Najib, tapi 'sorrylah' muka awak tak ada!" Maka kempunanlah Najib, hajatnya tidak kesampaian di Sibu. Harap-harap beliau dan konco-konconya akan kempunan lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti! | |||||||
| Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat Posted: 05 Jun 2010 07:57 PM PDT Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing. Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional. "Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut. "Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat. "Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?" kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing. Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan. "Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan. Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya. "Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri. "Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya. Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan. "Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini. "Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara. "Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat," katanya. Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu. NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy. Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan. Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut. GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia. | |||||||
| Kesiannnn... Jamil Khir Bahrum Posted: 05 Jun 2010 07:53 PM PDT BILA dipostkan cerita tentang Syed Hamid yang nak dilantik jadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji tetapi terpaksa di KIV (mungkin juga ditarik semula atau diganti dengan jawatan lain yang lebih rendah tarafnya), ramailah orang bertanya Murai mengenai peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum. Mereka bertanya dan soal, kenapa kalau Jamil yang minta Syed Hamid tarik balik alias tolak perlantikan itu. Mereka tanya Murai tidakkah kalau menurut prosudernya Jamil yang buat perlantikan sebab dia menteri, dan kenapa 'muskilnya' tetiba dia suruh Habib itu tarik balik pulak. Murai mulanya jadi pening kepala juga nak jawab dan nak jelas perkara ini. Kalaulah ianya sungguh berlaku begitu, 'rewel' sangatlah keeadaanya. Memanglah kalau ikut prosudernya surat perlantikkan itu dibuat oleh Jamil sebab dia menteri bertanggungjawab mengenai Lembaga Tabung Haji. Dan sudah tentu juga sebelum buat surat Jamil akan rujuk dulu kepada bos dia, perdana menteri. Lepas PM setuju baru dia buat surat pelantikan. Atas logik dan peraturan biasanya itu Murai rasanya, kalau bukan kerana ada orang lain yang memaksa Jamil untuk bagi tahu Habib Syed Hamid, Jamil tidak akan buat. Mana dia akan berani untuk ubah keptusannya. Lagipun cara begitu boleh mejejaskan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang menteri agama. Ulamak mana boleh cakap berbelit-belit dan mengubah baris al Quran! Kalau dia buat bermakna dia tidak menghomari dirinya sendiri. Orang juga berkata dia mempunyai lidah biawak yang bercabang dua. Dia lantik dia tarik, bukankah 'ngor...' kerja macam itu. "Ngor" kepada pembaca blog ini ialah tolol, dungu, sinting dan seerti dan seperangai dengannya. Makanya dalam hal ini apa yang Murai dapat telahkan Jamil sudah jadi serba salah. Untuk Jamil pertahankan keptusannya tidak mungkin. Murai percaya dan yakin Jamil lebih sayangkan jawatan menteri itu daripada membuat keputusan yang benar. Persetan dengan maruah asalkan pendapatan menerusi jawatan menteri tidak akan hilang. RM20 hingga 30 ribu sebulan banyak wei.... Murai tidak kira Jamil sanggup kehilangan rezeki kerana mempertahankan maruahnya dan maruah orang yang dilantiknya. Jadi apabila Murai mengenangkan nasib dan telatah Jamil dalam menghadapi tekanan dan suruhan orang ini, teringatlah Murai kepada orang bernama Rafi dalam filem Madu Tiga. Si Rafi ini lurus bendul dan ikut saja apa yang tuannya arahkan. Bila tuannya arah dia perlu hanya menjawab kesian... kesian... bila ditanya oleh isteri tuannya, makasi Rafi akan menurut saja macam burung tiong yang diraut lidahnya, menjawab kesian... kesian saja. Cuma bezanya kalau dalam filem itu bosnya bernama Jamil tetapi dalam filem 'batalkan perlantikan Habib Hamid' ini, Jamil adalah orang yang menjadi seperti Rafi, ikut saja apa yang orang suruh. Perbezaan lain kalau dalam filem Madu Tiga bos si Rafi seorang lelaki gantang, tetapi bos si Jamil Khir itu seorang perempuan gemuk gedempul. Kesiaan .. kesian... Jamil! Murai: Ada belas kesihan tetapi tidak mudah menggadaikan rasa ehsan. | |||||||
| 12 Sukarelawan Selamat Tiba Di Tanah Air Posted: 05 Jun 2010 07:52 PM PDT SEPANG: Seramai 12 sukarelawan yang dibebaskan kerajaan Israel berikutan insiden rampasan kapal "Mavi Marmara" yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusian ke Gaza selamat tiba di tanah air pagi tadi. Ketibaan mereka kira-kira pada pukul 5.40 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kumpulan sukarelawan itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian lain. Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kesemua 12 rakyat Malaysia itu berada di atas Mavi Marmara, kapal milik Turki yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan sembilan nyawa. | |||||||
| Enam Sukarelawan Dalam Kapal Rachel Corrie Akan Dibebaskan Hari Ini Posted: 05 Jun 2010 07:50 PM PDT Gambar fail MV Rachel Corrie yang kini ditawan rejim Israel semasa dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pagi semalam. Wisma Putra mengesahkan enam rakyat Malaysia di atas kapal turut ditahan dan mendesak pemerintah rejim memastikan keselamatan para sukarelawan. - Foto AP SEPANG: Seramai enam sukarelawan yang berada di dalam kapal MV Rachel Corrie yang telah ditahan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) semalam akan dibebaskan hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, mereka yang merupakan antara 19 penumpang dan krew kapal berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Pelabuhan Ashdod. "Enam sukarelawan terbabit akan dihantar ke Jordan pada pukul 6 petang ini waktu Malaysia. "Kedutaan Malaysia di Jordan sedang membuat persiapan untuk membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan 12 sukarelawan yang dibebaskan oleh kerajaan Israel dalal insiden rampasan kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusian ke Gaza. Rakyat Malaysia yang terbabit adalah peguam Matthias Chang, Sukarelawan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal Rachel Corrie ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3, Halim Mohd dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin. | |||||||
| Posted: 05 Jun 2010 09:10 AM PDT ![]() Start dari Solat Jumaat teman dah rasa tak selesa dah.. Maunye idak! Solat Jumaat tengah panehh!! Berjemur dengar khutbah Jumaat wehh! Udah la isi khutbah Jumaat Masjid Kg Baru semalam hampehhh!! Bab isu Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong takpe lagi.. tiba-tiba lak masuk bab rakyat patut menjiwai gagasan 1Malaysia!!! Nak maki Khatib.. dia cuma baca teks.. Dia pun tahu, berpuluh ribu hardcore PAS dok ada kat luaq ni!! hehehe Perjalanan dari Masjid Jamek Kg Baru ke US Embassy benar-benar mencabar! Tetapi cabaran sebenarnya adalah perjalanan pulang ke Kg Baru!! Letih woooo!! Tadi takpe la jalan ramai2.. takbir ramai2.. Ada Abang Mat Sabu dok jalan sebelah.. Ini dok layan diri jalan balik.. fuhh!! Apa pun.. Perjuangan ini terlalu kerdil dibanding dengan umat Islam Palestin.. p/s: hari ni teman demam.. satu badan jammed!! amik ko! hehehehe sunsnake 05062010 ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |||||||
| Apa kaitan Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Doraemon dengan kegiatan mencuri pasir? Posted: 05 Jun 2010 09:08 AM PDT Aku sudah pun berada di KLCC , makan dan minum di Madam Kwan.Berjumpa dengan beberapa budak UMNO yang disisih (kah kah kah) untuk tanya berita hangat dari dalam UMNO Selangor. "Apa cerita baru" ? aku tanya. "Sekarang ni kau mainkan isu Si Doraemon". kata mereka. "Doraemon mana pulak ? " .aku tanya balik. "Dato Suhaimi Gazali budak Khairy tu " . kata sambil berbisik. "Bukan ke dia ni yang pergi sound Najib pasal Khairy tak dapat jadi Menteri tu ?".aku tanya lagi. "Alah , Khairy ni bukan ada budak dah , semua dah lari , semua takut kena cop anti-Tun..... cuma Si Suhaimi Doraemon ni jek , tu pun sebab dulu Khairy ada bagi dia kerja.....yang dokumen pasal dia sodok tanah merah dekat Sepang tu kau dah dapat kan ? " mereka tanya. "Aku dah ada dah , tapi , kau tak bagi signal pun lagi , aku malas lah nak main kan pasal si gendut ni ..." aku jawab. "Sekarang ni budak UMNO Selangor dah menyampah dengan dia ni , kes dia sound Dato Najib tu dah boleh jadikan alasan nak kenakan Si Doraemon ni....kau tolong sikit la boleh ? " mereka macam mintak tolong. Sebelum aku teruskan perbualan ni , Ini antara laporan penuh SELCAT yang aku dapat ; 1.KSSB bebas dari sebarang tuduhan rasuah. 2.KSSB tidak ada kuasa untuk menangkap penyamun pasir kerana tidak termaktub dalam undang-undang Negeri , yang berkuasa menangkap penyamun adalah 3 badan ni iaitu ; PTG , SPRM dan Polis. 3.KSSB sudah buat 40 laporan polis mengenai kes kecurian pasir Selangor sejak setahun lepas. 4.Tindakan susulan adalah mengharapkan supaya KSSB , PTG , SPRM dan POLIS untuk koordinasi bersama-sama menangkap penyamun-penyamun pasir yang menguasai 83 peratus kegiatan pasir curi !!!! 5.KSSB masih meneruskan pentadbiran seperti biasa , ini juga membuktikan KSSB faham prosedeur berkait undang-undang dalam melaksana tugas menjana pendapatan untuk negeri Selangor. 6. 3 AGEN YANG BERTANGGUNGJAWAB INI DIHARAP DAPAT MENANGKAP PENYAMUN PASIR SELANGOR INI , IAITU POLIS, SPRM DAN PENGUATKUASA PTG ! Rakyat Selangor mengaharapkan kerjasama pihak tuan-tuan ! "Si Doraemon ni ada tempat korek pasir dekat Sepang tu....kau tau tak ? " mereka sambung. "Ye ke ? , mana kau tahu ? " aku tanya. "Alah.....budak-budak ni semua cakap.......lepas tu bukan dia jaga budak-budak pun.... budak blogger paling ramai yang menyirap dengan dia nih.." dia sambung. "Ada permit pasir ke Doraemon nih ? " aku tanya. "Tu aku tak tahu la , tapi kalau kau boleh cari dokumen pasal dia ke , aku syak dia ni (Doraemon) dengan si Shukor tu ada terlibat...." mereka sambung. "Shukor Kuang ? " aku tanya. "Ye la , Si Thor tu ...ada hati nak jadi EXCO ....kah kah kah ..kau tahu tak kawasan DUN dia la paling banyak kes curi pasir tu ! " dia gelak. "ok la .. aku try tengok macam mana ..apa aku boleh dapat..." aku cakap. "Satu lagi , ada pesanan sikit...Dr Khir tu kau jangan la lanyak sangat, dia dah takde involve pasal pasir ni dah , dah cuci tangan dah.Kau jangan la main tabur je.Kesian kawan tu , kau nak aku bawak kau jumpa Dr Khir ? " dia tanya lagi. "Buat apa ? " aku tanya. "Kita kan sama Melayu , apa la nak gaduh-gaduh" dia sambung. Selepas dalam beberapa ketika berbual perkara lain.Mereka sudah beransur.Aku masih di Madam Kwan ni , menunggu seorang lagi 'informer'. | |||||||
| Apa 'dilemma' Najib dalam Peristiwa Hitam Flotilla ? Posted: 05 Jun 2010 09:06 AM PDT Najib dalam keadaan dilemma sekarang.Ya , aku hari ni ingin melihat Najib dalam konteks politik antarabangsa. Bukan sekadar dalam politk tempatan yang selalu dibicarakan.Peristiwa hitam flotilla oleh Israel ini sebenarnya memberi impak kepada Presiden UMNO ini di kaca mata dunia. Dalam waktu Najib sedang bergelut dengan pelbagai masalah isu dalam negara , kredibilitinya kini sedang disaksikan oleh Dunia Islam , Eropah dan seluruhnya. Apa Pendirian Presiden UMNO yang mewakili majoriti umat Melayu Islam negara ini dalam isu ini ? Apa reaksi dan tingkah laku politik dari perspektif global yang Najib tunjukkan ? Jawapannya mudah ; REAKSI NAJIB LEMAH ! INIKAH pemimpin yang pertahan agama , bangsa dan negara ? Dalam desakan yang kuat diberikan oleh Tayyip Erdogan dan beberapa pimpinan dunia terhadap Amerika Syarikat berhubung isu sekatan ekonomi ke Iran. Najib merupakan antara pemimpin Melayu Islam pertama dunia yang tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat untuk sekat minyak ke Iran. LEMAH ! Dalam percaturan politik dunia yang cuba untuk menunjukkan dan mempertikaikan kebebalan dan kebongkakan Israel dalam Program Nuklear Israel. Najib merupakan antara pemimpin Melayu Islam yang membisu macam tidak tahu yang Tel Aviv ada program nuklear. LEMAH ! Lebih dari aku memandang dari perspektif dunia Islam , masyarakat dunia sendiri mengecam tindak tanduk Israel di Palestin. Tingkah laku politik Najib adalah untuk tunduk ke Washington. Itu jelas dalam dasar luar negara di bawah pentadbiran Najib. Aku juga faham mengapa Najib mengupah APCO dalam menasehatnya untuk komunikasi kerajaan Malaysia. Mengapa Najib mengambil tindakan yang boleh membunuh karier politiknya dalam UMNO dengan bertindak melantik APCO sedangkan Najib sedang mengepalai satu Parti yang ahlinya mempunyai pendirian yang jelas dalam isu Yahudi apa lagi Israel ! Ia sebenarnya lebih dari sekadar untuk melobi berjumpa Obama.Ada sebab lain yang aku akan kupas di masa lain. Dalam keadaan politk dunia yang mana sudah banyak Pemain Politik Dunia yang cuba berpartisipasi dengan kelompok Tayyip Erdogan dan Hamas , Najib dengan ketara telah menunjukkan yang Presiden UMNO ini tunduk dan akur dengan Washington. Di dalam Perhimpunan Parti nya dia buktikan beliau lah pejuang bangsa dan agama ! Di dalam pentas dunia , beliau adalah SI BISU BONEKA YAHUDI ! Najib tidak mahu mengikut dasar luar Mahader San Miguel.Najib have his own ways. What is his ways ? Obeying to the Jew Master !!! Najib masih belum signifikan untuk menjadi Pemain Politik di pentas dunia. Pengalamannya terlampau cetek. Ditambah lagi dengan bebanan skandalnya yang sentiasa menghantui nya dalam lawatan rasmi ke luar negara membuatkan Presiden UMNO ini dilihat 'fragile' oleh pemimpin dunia lain. Lawatan ke luar negara nya bukan untuk mebawa nama Presiden UMNO yang tinggi idealismanya dalam arena Politik Dunia , dia membawa Bini untuk dibawa bershopping !! Aku setuju dalam 'image rebuilding' yang Najib cuba pamerkan di mata dunia , apa pun dia mewakili sebagai Perdana Menteri Malaysia , aku sedar hakikat itu. Cuma catur poltiknya untuk mengguna APCO sebagai Jew Lobbyist untuk sampai ke Washington adalah bukan catur politik Presiden UMNO ! Itu kalau Chavez atau Koizumi guna boleh difahami , tetapi Presiden UMNO ? Sama ada UMNO itu salah pilih Presiden atau Prinsip Parti UMNO itu sudah berubah , Atau mungkin juga Ahli UMNO itu sendiri sudah menjadi buta tuli !!! Dan dengan membiarkan bininya untuk keluar di helaian New York Times hanya menunjukkan ke masyarkat dunia bahwa rakyat Malaysia ini memilih PEMIMPIN ELITIST YANG ANGKUH !!! Imej Najib ialah PRO-YAHUDI ! Itu hakikat yang Najib harus telan demi mencapai cita-cita nya untuk tidur sebantal dengan Washington. Dalam catur politi dunia Najib yang sangat amatur ini dan 'suicidal' kepada nasibnya di dalam UMNO ini, penghujungnya dia akan dapat bersama Washington sahaja. Kalau Pemimpin ULUNG Di dalam QURAN ITU TERTULIS MEMILIKI '2 TANDUK' !!! YAKNI DI TIMUR DAN DI BARAT DI DALAM GENGGAMANNYA !!! PEMAHAMAN DALAM KONTEKS PEMIMPIN INI HARUS DIFAHAM OLEH PENGIKUT TOTOK SEMPIT UMNO ! KAH KAH KAH SAMPAI BILA NAK JADI TULI DAN SEMPIT ? KAH KAH KAH YANG PASTI NAJIB BELUM CUKUP BIJAK , BERKARISMA DAN BERIDEALISMA TINGGI UNTUK MAKAN TENGAH HARI BERSAMA AL GORE DAN BERJEMAAH ISYA' BERSAMA QARDHAWI !!!!! TawanMalaysia.com | |||||||
| Posted: 05 Jun 2010 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan. "Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan. Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata. Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation. Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu. "Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan. "Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan. Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya. "Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas. "Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi. Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka. Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon." "Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan. "Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka. Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun. Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang. Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai. "Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's. Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah. | |||||||
| Pemuda Umno tak terkilan KJ tidak terpilih sertai Kabinet..he.he..jawapan yang makin menjauh....!!! Posted: 05 Jun 2010 07:55 AM PDT KOTA BARU, 5 Jun — Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini. Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu. Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut. "Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan... agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik. "Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai ''kehangatan'' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri. Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin. Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya. — Bernama | |||||||
| Ucapan Khairy dihadapan RIBUAN peserta Demo Anti Israel anjuran BN Posted: 05 Jun 2010 07:36 AM PDT By Anak Sungai Derhaka Khairy bertanya bagaimana jika dihantar beratus kapal bantuan? Adakah Israel mampu untuk menyerang? Soalan yang boleh dianggap soalan bodoh.. Kalau dihantar beratus kapal pulak takkan Israel nak hantar Komando macam yang telah berlaku tu.. Israel nanti hantar Jet Pejuang pulak la ataupun Kapalselam mereka yang boleh menyelam.. itu pun tak tahu nak fikir..patutlah Najib tak melantik dia didalam kabinet Najib.. Bodoh rupanya Khairy ni!! Dia sendiri nak himpun 200 orang pun tak dapat.. nak himpun beratus kapal pulak.. kah.. kah.. kah.. Khairy juga berkata sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," Kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel?.. kah.. kah.. kah.. kita tu siapa? Pemuda UMNO ke? Kalau Pemuda UMNO tu ke Lombok Indonesia tu berani la.. Ribuan?? Ribuan yang hadir?? Kah.. kah.. kah.. Saksikan... Ucapan Ketua Pemuda UMNO Haji Khairy Jamaludin dihadapan ribuan (Ribuan tu TV3 yang kata padahal tak sampai 200 orang pun…) yang menyertai Demonstrasi Anti Israel anjuran Pemuda UMNO yang Hipokrit. | |||||||
| How Vincent Tan became the Gaming King of Malaysia Posted: 05 Jun 2010 07:34 AM PDT Vincent Tan can deny it all he wants. The bottom line is he is the front man for Umno. He is Umno's nominee. He owns only part of his gambling empire. The rest is owned by Umno but held by him as trustee. Raja Petra Kamarudin Tycoon Tan Sri Vincent Tan today said he will appeal to states under Pakatan Rakyat (PR) to rescind the ban on sports betting. The Selangor, Kedah and Penang governments have already declared that they will disallow sports betting in the states. "I will appeal to them to be fair minded," said Tan. Since the BN government awarded a sports betting licence to Tan's Ascot Sports Sdn Bhd last month, the DAP has gone on a crusade against them, accusing the ruling coalition of enriching the tycoon but impoverishing the people. – The Malaysian Insider ************************************************* The Berjaya Corp chairman and chief executive officer said this to dispel unsubstantiated claims that the money from the deal would go to the ruling coalition Barisan Nasional (BN).Tan also lashed out at fugitive blogger Raja Petra Kamarudin for raising the allegations. "The allegations are pure nonsense," he said. – The Malaysian Insider ************************************************* First of all, Vincent Tan did pay Hee of Perak millions of ringgit as an inducement for her to jump ship. This was confirmed by three people. One was a senior man from Umno, the second the President of one of the non-Malay political parties in Barisan Nasional, and the third a Chinese Datuk who is also involved in the gambling business. And these three Deep Throats have never before given me false or wrong information.In fact, these people told me that Perak was going to fall long before the state actually fell. And they also warned me that Kedah and Selangor were next on the list. They warned me that a 'shopping spree' was going to be launched to buy over Pakatan Rakyat Members of Parliament and State Assemblypersons from the Pakatan Rakyat states, Penang included. And they also told me that Vincent Tan was footing the bill. Today, what I had been told has proven to be true. Do you know that Vincent Tan does not really own the entire interest in his gambling empire? He owns only part of it. The rest belongs to Umno but held under trust by Vincent Tan. This was the deal struck way back when Ahmad Sebi Abu Bakar, then the CEO of TV3, conjured the scam during the time when Daim Zainuddin was the Finance Minister. Ahmad Sebi told Vincent Tan that Umno could not park the shares under its own name because, being the so-called largest Muslim party in the world, as Tun Dr Mahathir himself had declared, this would be a sensitive issue. So they needed to hide Umno's interest under a non-Muslim nominee. And Vincent Tan is that non-Muslim nominee. Now you know how Sports Toto ended up in the hands of Vincent Tan. Then what about the tens of thousands of 'one-armed bandits' that Vincent Tan is operating all over Malaysia, East Malaysia included (which has the most number of machines per capita)? Why are the police not raiding these illegal gambling outlets to confiscate the machines and arrest the operators? Well, they do, actually, but the police only raid those outlets not owned by Vincent Tan. Those 'competitors' to Vincent Tan suffer police raids and confiscations. Those owned by Vincent Tan do not. Speak to any Chinese underworld boss. Go have a Chinese dinner in Jalan Imbi at Sakura or one of those places and talk to the Chinese underworld people. I have. And they will be able to tell you how the scam works and why Vincent Tan has kekebalan (immunity) while the others do not. Vincent Tan can deny it all he wants. The bottom line is he is the front man for Umno. He is Umno's nominee. He owns only part of his gambling empire. The rest is owned by Umno but held by him as trustee. How do I know all this? Let me put it this way. I was there when the deal was struck. Maybe Vincent Tan does not remember me. Well, his Malay directors do because I went to school with some of them and two of them were actually my batch-mates in the Malay College Kuala Kangsar. Yes, Vincent, I was that Kwailo-looking guy in the bush jacket who was sitting across the table from Ahmad Sebi when you walked into the room without knocking and interrupted our meeting. Next time knock first before entering. Don't barge in like you are so fond of doing. You barged into the room and interrupted our meeting without giving me any face. You did not even look at me and acted as if I was invisible. Then you started talking about your scam as if I was not there. And that was your mistake, Vincent. As Julia Roberts said in 'Pretty Woman': big mistake. So your arrangement with Umno is not something new. It is a very old arrangement since the time when Ahmad Sebi was heading TV3 and when Daim Zainuddin was the Finance Minister. And your one-armed bandits licence was an arrangement since the time when Mohd Farid Ariffin was the Deputy Finance Minister. And when Farid Ariffin tried to end your monopoly of these slot machines, you arranged for his political career to come to an early halt. But never mind. Farid Ariffin is now heading a more worthy cause. He set up MAKNA (http://www.makna.org.my/) that is helping to fight cancer. You did the nation a great favour by forcing him into retirement for opposing your monopoly on slot machines. Now we have MAKNA (Majlis Kanser Nasional or the National Cancer Council). | |||||||
| NKRA capai KPI, kata Najib..ha..ha..KPI membelit rakyat...kah.kah.. Posted: 05 Jun 2010 07:29 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas bagi menjadi kayu ukur prestasi kerajaan, telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan. Dalam ucapannya pada majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di ibu negara, Najib berkata enam NKRA itu dikenal pasti setelah kerajaan merundingi rakyat dan mendengar keluh kesah serta pandangan mereka. Enam NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambahbaik pengangkutan awam. "Alhamdullilah, pucuk dicita ulam mendatang, kesemua enam bidang NKRA yang telah dikenal pasti telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan," katanya. Najib berkata langkah-langkah yang diambil dan diperkenalkan adalah bersifat berani dan di luar kelaziman pemikiran biasa bagi merealisasikan matlamat pencapaian NKRA. Katanya anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) umpamanya telah ditugaskan bersama-sama anggota polis untuk melaksanakan tugas rondaan bagi membolehkan NKRA mengurangkan jenayah dicapai. Selain itu, katanya, lebih 7,000 pegawai dan anggota polis yang melaksanakan tugas di pejabat telah 'kembali' kepada tugas hakiki mereka yakni dekat dengan orang ramai manakala tugas mereka di pejabat pula diganti oleh lebih 4,000 penjawat awam. Di bawah NKRA mengurangkan jenayah, KPI yang ditetapkan adalah bagi menurunkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun ini. Ternyata hasil daripada langkah-langkah yang diambil amat memberangsangkan di mana pada suku pertama tahun ini, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, katanya. "Mudah-mudahan usaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup selamat, aman lagi tenteram kepada rakyat akan mencapai objektifnya," katanya. Najib berkata selain inisiatif berhubung peranan dan fungsi kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), kerajaan juga memperkenalkan inisiatif bersabit ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), sebagai tujahan bagi memastikan wawasan nasional dapat direalisasikan mengikut jadualnya. Di bawah inisiatif ETP, kerajaan telah menggubal model baru ekonomi sebagai hala tuju yang akan menunjangi dua Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 di mana kedua-dua Rancangan Malaysia itu adalah jambatan terakhir yang perlu dilalui sebelum Malaysia tiba ke ambang 2020, katanya. Katanya kerajaan akan meneruskan langkah-langkah perlu untuk memastikan pertumbuhan yang memberangsangkan berterusan secara mapan serta telah pun memulakan inisiatif untuk memastikan asas kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang lebih baik. Beliau berkata hasil kerajaan perlu ditambah manakala perbelanjaan dibuat secara berhemah serta mampu mendatangkan impak yang paling maksimum kepada rakyat. "Dalam hal ini, dua prinsip utama yang dipegang utuh oleh kerajaan Tuanku untuk merealisasikan matlamat tersebut ialah, kita tidak akan membebankan generasi akan datang serta akan terus merundingi dan menyelami denyut nadi rakyat apabila mengambil sesuatu keputusan sesuai dengan falsafah rakyat didahulukan," katanya. Najib berkata kerajaan tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab kepemimpinan dan tidak akan mengelak daripada membuat keputusan sukar sekiranya dikala perhitungan genting sesuatu itu dirasakan wajar bagi meletakkan Malaysia di trajektori yang betul. "Moga-moga tercatit kemas dalam lipatan sejarah kelak bahawa barisan kepemimpinan hari ini adalah generasi yang bertanggungjawab, jauh sekali hendak mensia-siakan amanah yang terjunjung di jemala, apa lagi meninggalkan negara yang longlai kepada pewaris kepemimpinan yang akan datang. "Pucuk pangkalnya, kita mahu mewariskan kepada generasi hari muka, sebuah Malaysia yang bermartabat dan bermaruah lagi disegani sahabat maupun pesaing. Insya-Allah," katanya. Najib berkata soal pengukuhan perpaduan nasional diberi perhatian oleh kerajaan kerana menyedari peri penting bahawa tanpa perpaduan nasional yang mantap, wawasan nasional seperti yang diimpikan bersama tidak mungkin akan tercapai. "Sehubungan itulah, melalui falsafah induk 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang merentas dasar dan pelaksanaan sebagai panduan utama kerajaan Tuanku pelbagai inisiatif dan dasar telah, sedang dan akan dirangka demi kemaslahatan rakyat di bawah lembayung mahkota Tuanku," katanya. Najib berkata punca kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing adalah kerana ia sentiasa berusaha berada di hadapan keluk kontemporari dan kekinian dan kerajaan bertekad untuk meneruskan strategi yang telah terbukti berkesan tersebut. "Bertolak dari satu titik di garisan ini, dalam memeta perjalanan seterusnya bagi mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, kerajaan Tuanku berpendirian supaya tidak mengambil sikap dogmatik serta menolak pegangan bahawa hanya kerajaan tahu segala-galanya," katanya. Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa usaha-usaha mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyat jelata telah mula menampakkan hasilnya. Angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2010 misalnya telah menunjukkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan yakni 10.1 peratus, katanya. Tambahan lagi, katanya, daya saing negara di peringkat global turut mempamerkan peningkatan yang bersifat lonjakan berganda dan dalam "ranking" "World Competitiveness Report 2010", Malaysia telah meningkat naik prestasi daya saingnya dari tangga 18 pada tahun 2009 ke tangga 10 pada tahun ini. Katanya kerajaan beriltizam mahu menyaksikan Malaysia naik kepada lima kedudukan teratas dalam senarai daya saing dunia pada masa mendatang. "Apa yang penting, kita tidak boleh berpeluk tubuh, bersimpuh dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Kita harus bertungkus-lumus untuk mencapai sasaran," katanya. - Bernama | |||||||
| Israeli forces seize Gaza-bound aid ship! Posted: 05 Jun 2010 07:20 AM PDT
| |||||||
| Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut Posted: 05 Jun 2010 06:59 AM PDT Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu. "Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel. "Serangan itu menunjukkan rejim Zionis itu mengisytiharkan perang kepada seluruh warga dunia. "Sehingga ke hari ini, rejim Zionis itu telah melanggar lebih 80 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maksudnya ia langsung tidak menghormati undang-undang dunia, " tegas beliau. Biden, ketika ditemubual dalam rancangan "Charlie Rose" oleh stesen penyiaran American Public Broadcasting Service Rabu lalu mempertahankan tindakan Israel yang menahan kapal menuju ke Gaza bagi mencegah penyeludupan senjata. Beliau berpandangan tidak ada keperluan untuk berkeras supaya bekalan itu disampaikan terus kepada penduduk Semenanjung Gaza. Biden kemudiannya memberi alasan kononnya Israel bimbang dengan isi kandungan yang dibawa kapal tesebut. Ditanya mengenai pendirian KEADILAN, Mustaffa berkata Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk diserahkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. "Pegawai tersebut berjanji akan menyerahkan surat tersebut minggu depan kepada Obama. "Dalam surat itu, Pakatan Rakyat meminta agar beliau mengambil kesempatan untuk memperbetulkan keadaan itu," ujar Mustaffa lagi. | |||||||
| Rakyat Sabah Berani Buat Perubahan Tukar Umno-BN Pada PRU 13 Posted: 05 Jun 2010 06:54 AM PDT KOTA KINABALU 5 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan KEADILAN sebagai anggota Bebas adalah individu yang mempunyai masalah peribadi dan kecewa serta tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan parti. Menurut Nurul Izzah mereka juga adalah daripada golongan pemimpin yang sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka mewakili KEADILAN. Justeru itu beliau menegaskan ketiadaan kelompok yang telah membelot ini dalam KEADILAN sebagai satu hikmah kepada semua ahli parti yang setia. "Pada kami di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, untuk menukar kerajaan daripada Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri-negeri tersebut sudah muak dengan kerajaan Umno-BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU ke-12 yang lalu," tegas Nurul Izzah pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan semalam. Katanya, Pakatan Rakyat mempelajari daripada rakyat Sabah yang mempunyai pengalaman luas menukar kerajaan Usno-BN kepada Berjaya-BN dan kemudianya PBS dan kini Umno-BN. "Tidak ada sebab mengapa rakyat tidak boleh tukar kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat di Sabah kerana Umno-BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" sindir Nurul Izzah sambil tersenyum. Ahli parlimen muda itu menjelaskan pemimpin dalam Umno-BN kini berantakan sama sendiri dan akibatnya mereka sudah saling tidak percaya antara satu sama lain. Malah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sering dipertikaikan oleh ahli Umno sendiri kerana pimpinannya tidak dinamik, ekonomi negara terus menjunam dan subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan. "Bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?" kata beliau. Seorang lagi tokoh politik muda, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang hadir pada majlis makan malam itu berkata Najib berbangga melaungkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan satu simpanan tetap atau 'fixed deposit' buat Umno-BN atas andaian walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat kedua negeri itu akan tetap berdiri teguh di belakang Umno-BN. "Namun "tilikan" PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Pada hal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit". "Sikap angkuh Umno-BN memang merupakan satu tradisi turun-temurun walaupun mereka tahu bahtera Umno-BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnya, hanya menunggu hari Umno-BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka Umno-BN berusaha gigih mewar-warkan cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah pada hal kerosakan dalaman Umno-BN yang kian condong menyembah bumi," kata Nik Nazmi. Turut hadir termasuk Ketua Cabang Putatan, Ahmad Sah Sahari yang berharap semangat Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang sangat didambakan rakyat Sabah. | |||||||
| Ambil APCO jadi penasihatpun masih bodoh.... Posted: 05 Jun 2010 06:46 AM PDT Sewaktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah rizab Melayu. Kini, jumlahnya sudah susut hingga hampir separuh, kerana jumlah yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja. Semasa Israel tiba2 dicipta oleh British pada tahun 1948...luasnya hanya sekakang kera. Tapi la ni dengan bantuan USA dan sekutunya, Israel telah meluaskan wilayahnya. Umno pulak dengan tiada paksaan sesiapa berjaya dengan cemerlangnya mengurangkan tanah rezab melayu. Di Selangor saja lebih 9,000 ekar telah lenyap. Ini yang teman pening nak cakap pasal UMNO ni. Patutnya ambil APCO lebih besar tanah rezab melayu tapi...??? Tempias pindaan undang-undang rizab Melayu Peguam Menulis Oleh Salleh Buang Utusan Malaysia (24/08/2004): Betulkah pindaan undang-undang tanah rizab Melayu akan menguntungkan orang Melayu? Itulah soalan yang telah dikemukakan oleh seorang pembaca akhbar ini dalam e-melnya kepada saya hujung minggu lalu. Tergamam juga saya bila membaca soalan itu, kerana jawapan yang diminta daripada saya jelas sekali tidak boleh diasaskan kepada emosi atau harapan, tetapi berlandaskan fakta sebenar dan semasa (setidak-tidaknya ramalan munasabah tentang suasana yang akan timbul setelah pindaan undang-undang itu dikuatkuasakan nanti). Jika undang-undang sedia ada (ramai menganggapnya sebagai pagar keselamatan melindungi tanah rizab Melayu supaya kekal dalam tangan orang Melayu dan tidak terjatuh atau tergadai kepada pihak lain) itu kini nyata tidak mampu sepenuhnya melindungi dan mengekalkan status yang sedia ada, tidakkah undang-undang yang lebih liberal dan longgar itu nanti akan menghasilkan satu situasi yang lebih teruk dan gawat lagi? Atas gesaan pembaca yang menghantar e-melnya kepada saya itu, saya mencari maklumat lanjut berkaitan hal ini di ruang siber. Jika maklumat yang saya temui itu (dan yang saya nyatakan semula di bawah ini) tidak betul, saya harap sesiapa sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar akan sudi menegur dan membuat pembetulan bagi makluman kita semua. Sewaktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah rizab Melayu. Kini, jumlahnya sudah susut hingga hampir separuh, kerana jumlah yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja. Di Selangor, hampir 9,000 hektar tanah rizab Melayu hilang (biasanya kehilangan ini ialah menerusi pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960). Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewajibkan setiap ekar tanah beri milik rizab Melayu yang diambil mesti diganti dengan jumlah keluasan yang sama (menerusi pemberian milik baru), Selangor hanya mampu menggantikan sekadar satu pertiga sahaja (34 peratus). Di Kedah, kita difahamkan bahawa pada 1990 kira-kira 80 orang Melayu (pemilik tanah rizab Melayu di kawasan Pantai Chenang, Langkawi) hilang tanah mereka setelah ia diambil oleh PBN untuk membangunkan projek pelancongan Pelangi Beach Resort. Di Negeri Sembilan, pada 1994 lebih 600 orang Melayu yang menduduki Kampung Mambau, Mukim Rasah, hilang tanah mereka (seluas 930 hektar) apabila PBN mengambil tanah mereka itu untuk membangunkan projek gergasi Seremban II. Setahun sebelum itu, pada 1993 masyarakat petani di sekitar kawasan Kerpan, Kedah, kehilangan tanah mereka (melibatkan 167 lot tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar) apabila PBN mengambilnya untuk projek ternakan udang harimau. Projek ternakan itu adalah usaha sama antara kerajaan negeri dengan kumpulan Ben Ladin dari Arab Saudi. Di Johor, kira-kira 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Piai juga telah hilang, setelah diambil untuk satu projek bandar baru. Projek ini dikendalikan oleh syarikat milik Kuok Brothers, secara usaha sama dengan kumpulan UEM. Di Melaka, penduduk Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah juga telah kehilangan tanah rizab Melayu mereka apabila ia diambil untuk pembinaan satu kawasan zon penampan oleh Petronas. Di Terengganu, tanah orang Melayu di Pulau Redang (seluas kira-kira 300 ekar) diambil oleh PBN dan kemudian diserahkan kepada satu syarikat swasta milik seorang jutawan bukan Melayu. Kesimpulannya, jika di bawah Enakmen Rizab Melayu yang sedia ada, pemilik tanah rizab Melayu terus dihalang menjual atau menggadai tanah mereka kepada orang atau institusi bukan Melayu, tanah tersebut tetap hilang (pupus) sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menerusi prosedur pengambilan tanah. Sementara kita tidak mempersoalkan niat baik (bona fide) tindakan kerajaan negeri ataupun menolak rancangan pembangunan yang hendak dijalankan, soalan undang-undang yang berbangkit (dan yang secara jujur mesti dijawab) ialah kenapa PBN berkaitan terus gagal dan meremehkan kewajipannya menggantikan jumlah tanah rizab Melayu yang telah hilang? Dari kaca mata rakyat, PBN adalah ketua atau pemimpin mereka. Berasaskan prinsip kepimpinan menerusi teladan, sewajarnya semua PBN (yang telah mengambil tanah rizab Melayu) segera melaksanakan kewajipan mereka untuk menggantikan jumlah yang hilang itu dengan membuat pemberian milik baru atas jumlah yang sama. Kegagalan PBN melaksanakan kewajipannya di bawah Perlembagaan Persekutuan itu pastinya sedikit sebanyak menghakis kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Itu adalah undang-undang alam. Kini, timbul pula niat hendak melonggarkan lagi ikatan dan menggugurkan halangan yang sedia ada. Tidak dinafikan niat kerajaan memang baik, iaitu hendak meningkatkan nilai pasaran serta kebolehpasaran tanah rizab Melayu di seluruh negara. Tetapi bila kita lihat isu ini dari kesan jangka panjang, siapakah yang sebenarnya akan untung - pemilik tanah (orang Melayu) atau orang lain yang mengambil pajakan tanah rizab itu (usahawan atau peniaga bukan Melayu)? Wajar diingat bahawa undang-undang pajakan dan sewaan tanah kita sekarang belum begitu rapi, tersusun indah dan seimbang. Kedudukan undang-undang kita sekarang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan undang-undang pajakan dan sewaan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Dalam Kanun Tanah Negara 1965, hanya terdapat dua atau tiga seksyen tertentu menyentuh mengenai perkara ini. Selebihnya, prinsip caveat emptor terus terpakai, manakala terma-terma pajakan dan sewaan biasanya digubal dan ditentukan oleh pengamal undang-undang berasaskan perundingan dan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Kepada pembaca yang mengemukakan soalannya minggu lalu itu, apa yang dapat saya katakan ialah tanpa melihat teks sepenuhnya pindaan yang hendak diluluskan, sukar bagi kita menyatakan (di peringkat awal begini) sama ada kepentingan pemilik tanah nanti akan terus dapat dilindungi sepenuhnya, ataupun mereka akan menghadapi risiko yang tinggi andainya mereka setuju membenarkan tanah mereka dipajak oleh bukan Melayu selama tempoh 60 tahun (atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan oleh undang-undang). | |||||||
| Israel Telah Rampas Rachel Corrie Posted: 05 Jun 2010 06:45 AM PDT ![]() Israeli army and navy soldiers approach the Rachel Corrie on its way to Gaza in this June 5, 2010 handout photo. Israeli forces seized an Irish-owned ship bound for Gaza on Saturday, boarding the Rachel Corrie close to the Gaza shore near the Mediterranean, an Israeli military spokeswoman said. ![]() An Israeli military vessel arrives at the navy port of Ashdod in southern Israel on June 5, 2010. Israeli troops boarded the Rachel Corrie aid ship heading for Gaza, but there was no violent confrontation, a military spokeswoman said. ![]() ![]() ![]() An Israeli man looks over the port of Ashdod in south Israel on June 5, 2010. Israeli troops boarded the Rachel Corrie aid ship heading for Gaza, but there was no violent confrontation, a military spokeswoman said. ![]() Israeli naval ship sails in the port of Ashdod, Israel, Saturday, June 5, 2010. The Israeli military says its forces have seized a Gaza-bound aid vessel, preventing it from breaking an Israeli maritime blockade of the Hamas-ruled territory. The military says its forces boarded the 1,200-ton Rachel Corrie cargo ship from the sea, not helicopters, and that they did not encounter resistance. ![]() An Israeli navy vessel leaves the port of Ashdod in south Israel on June 5, 2010. Israeli troops boarded the Rachel Corrie aid ship heading for Gaza, but there was no violent confrontation, a military spokeswoman said. ![]() An Israeli navy vessel leaves the port of Ashdod in south Israel on June 5, 2010. Israeli troops boarded the Rachel Corrie aid ship heading for Gaza, but there was no violent confrontation, a military spokeswoman said. ![]() Israel orthodox Jews look at the Mediterranean sea at the port of Ashdod June 5, 2010. The Israeli navy prepared to board another aid ship bound for Gaza on Saturday, as Washington condemned as "unsustainable" a blockade which Israel enforced earlier in the week by killing 9 people aboard a Turkish vessel. Irish and other activists on the Rachel Corrie ignored orders to divert to Israel's Ashdod port. Should it continue to approach the Palestinian enclave, the navy would board the vessel, an Israeli military spokeswoman said. Israeli forces board Gaza-bound aid vesselIsraeli forces seized a Gaza-bound aid vessel without meeting resistance on Saturday, preventing it from breaking an Israeli maritime blockade of the Hamas-ruled territory days after a similar effort turned bloody.The military said its forces boarded the 1,200-ton Rachel Corrie cargo ship from the sea, not helicopters. The takeover stood in marked contrast to a violent confrontation at sea earlier this week when Israeli commandos blocked a Turkish aid vessel trying to break the blockade. At the time, Israeli commandos rappelled from helicopters and a clash with passengers left nine pro-Palestinian activists dead. Army spokeswoman Lt. Col. Avital Leibovich says Saturday's takeover took only a few minutes and that the vessel was being taken to Israel's Ashdod port. The Irish ship — named for an American college student who was crushed to death by a bulldozer in 2003 while protesting Israeli house demolitions in Gaza — was carrying hundreds of tons of aid, including wheelchairs, medical supplies and cement. The standoff has raised international pressure on Israel to lift the 3-year-old blockade that has plunged the territory's 1.5 million residents deeper into poverty. Activists on board the boat, including Irish Nobel Peace Prize laureate Mairead Corrigan, had said they wouldn't resist if Israeli soldiers tried to take over their vessel. This latest attempt to breach the blockade differs significantly from the flotilla the Israeli troops intercepted on Monday, killing eight Turks and a Turkish-American after being set upon by a group of activists. Nearly 700 activists had joined that operation, most of them aboard the lead boat from Turkey that was the scene of the violence. That boat, the Mavi Marmara, was sponsored by an Islamic aid group from Turkey, the Foundation for Human Rights and Freedom and Humanitarian Relief. Israel outlawed the group, known by its Turkish acronym IHH, in 2008 because of alleged ties to Hamas. The group is not on the U.S. State Department list of terror organizations, however. By contrast, the Rachel Corrie was carrying just 11 passengers from Ireland and Malaysia, whose effort was mainly sponsored by the Free Gaza movement, a Cyprus-based group that has renounced violence. Nine crew were also on board.AP | |||||||
| UMNO BN Dah Lama Kenyang Makan Hasil Judi Dari Berjaya Posted: 05 Jun 2010 06:43 AM PDT Lesen judi sukan 'ganjaran' Kabinet kepada BerjayaKUALA LUMPUR, 5 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya. "Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas. "Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini. Beliau yang juga anggota Biro Politik PAS mendakwa Najib memberikan lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya kerana terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan. "Keputusan memberikan lesen judi ini adalah satu keputusan mengejut yang dibuat Najib kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen. "Secara zahirnya jelas bahawa beliau terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan. "Oleh sebab itu beliau memberikan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya dan saya percaya syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak RM250 juta hasil daripada pertaruhan bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi," katanya. Pelancaran kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy. Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan. Ia dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid. "Tindakan kerajaan ini merupakan penggadaian rakyat, hak rakyat, kepentingan rakyat demi kepentingan BN. "Masyarakat sudah tenat dengan masalah judi, ramai yang terjebak dengan Ah Long mengapa mesti nak tambah lagi masalah? "Yang akan untung hanya dua kumpulan iaitu tauke judi serta Ah Long akan juga dapat keuntungan besar dan mungkin yang BN turut akan memperoleh keuntungan kerana Kumpulan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN," kata Khalid. Tambah Khalid, rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi kerana ia akan memberikan kesan buruk dalam masyarakat. "Rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi ini kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat. "Tindakan kerajaan ini akan mempertaruhkan masa depan rakyat dan juga negara," katanya lagi. -TMI | |||||||
| Elyas: GLC boleh bantu bangunkan Kampung Baru Posted: 05 Jun 2010 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun — Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh memainkan peranan membangunkan Kampung Baru bagi memastikan hak pemiliknya terpelihara, kata Tan Sri Elyas Omar. Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur dari 1981 hingga 1992 itu berkata, langkah tersebut adalah lebih baik berbanding cadangan membuka pemilikan tanah kawasan itu kepada bukan Bumiputera. "Saya percaya pemilik tanah Kampung Baru lebih yakin untuk menyerahkan tanggungjawab kepada syarikat GLC untuk menguruskan pembangunan hartanah mereka jika ianya tidak melibatkan pertukaran hak milik tanah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata dengan cara tersebut, pemilik tanah dapat menuai keuntungan daripada projek pembangunan Kampung Baru tanpa perlu menukar hak milik tanah mereka. Katanya, saranan untuk mengunakan nisbah pemilikan 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam membangunkan Kampung Baru bukan penyelesaian terbaik. Beliau berkata terdapat banyak pendekatan lebih sesuai yang boleh digunakan untuk membangunkan kawasan seluas 151.57 hektar itu tanpa melibatkan sebarang konflik dan rasa tidak puas hati pemiliknya "Walaupun enakmen pemilikan tanah Kampung Baru boleh diubah atau dihapuskan, kita masih lagi perlu menghormati semangat enakmen tersebut yang menetapkan tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah atau diduduki oleh bukan Melayu," katanya. Elyas berkata ini bukan bermakna beliau menolak penglibatan bukan Bumiputera di Kampung Baru, sebaliknya percaya perancangan dan pelaksanaan pembangunan kawasan itu perlu dilakukan dengan teliti. Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bercadang menjual walau seincipun tanah di Kampung Baru kepada kaum atau bangsa lain. Beliau turut menyatakan kesudian pihak kerajaan berunding dengan pemilik tanah sehingga satu persetujuan yang menguntungkan kedua-dua pihak dicapai. Isu pembangunan Kampung Baru menjadi ''panas'' apabila pemilik tanah tidak bersetuju dengan cadangan awal kerajaan untuk mengunakan nisbah 60:40 dalam pembahagian pemilikan tanah di kampung itu dalam membangunkan kawasan tersebut. — Bernama | |||||||
| Kekalkan Kg Baru milik eksklusif Melayu Posted: 05 Jun 2010 04:57 AM PDT SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar. Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu. Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera. Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera. Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa. Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris. Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar. Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka. Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu. Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu. Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain. Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini? Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka? Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran. Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk. | |||||||
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.





There are also five Irish nationals, including Nobel Peace Laureate Mairead Corrigan Maguire and former United Nations assistant secretary-general Denis Halliday.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan