Pulakdah! |
- Pengkebumian Syuhada Mavi Marmara
- Perhimpunan Anti-Israel Di Muar Gagal?
- 4 Roket al-Qassam Serang Israel
| Pengkebumian Syuhada Mavi Marmara Posted: 04 Jun 2010 05:10 AM PDT Ribuan rakyat menghadiri pengkebumian pada hari Khamis 3 Jun, 2010 di Istanbul untuk aktivis-aktivis yang terbunuh dalam serbuan IDF Isnin lalu.![]() Seorang ahli keluarga mangsa Mavi Marmara menutup mukanya di atas salah satu keranda mangsa komando tentera laut Israel, sebelum dikebumikan di masjid Fatih di Istanbul, Turki, Khamis, 3 Jun, 2010. ![]() ![]() ![]() |
| Perhimpunan Anti-Israel Di Muar Gagal? Posted: 04 Jun 2010 03:15 AM PDT Perhimpunan Anti-Israel yang pada awalnya akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, hanya dihadiri oleh wakil NGO JIM (Jamaah Islah Malaysia) sekitar 20 orang sahaja. Dimaklumkan pembatalan ini oleh wakil Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail dan akan dipinda ke tarikh 18 Jun 2010. Alasannya adalah kerana ahli PAS Muar turut menyertai perhimpunan anti-Israel di Kg Baru dan tidak dapat menghantar wakil mereka bersama-sama dalam perhimpunan di Muar. Adakah kesemua ahli PAS Muar berhimpun di Kg Baru sehingga tiada langsung yang berada di Muar?. Mengapa di tempat lain (Pulau Pinang, Kelantan) boleh juga diadakan perhimpunan yang sama sedangkan di Muar ia terpaksa dibatalkan kerana alasan itu. Pindaan tarikh juga dilihat terlalu lewat kerana isu peristiwa penahanan aktivis kemanusiaan Mavi Marmara sudah pun reda. Sesuatu perlu dilakukan oleh PR Muar... :Author Faethal |
| 4 Roket al-Qassam Serang Israel Posted: 03 Jun 2010 06:43 PM PDT Dua kawasan jajahan al-Qassam ,satu di kawasan Ashkelon dan satu berdekatan Sderot di pedalaman Semenanjung Gaza semakin tinggi ketegangan terhadap Israel berikutan serangan IDF ke atas flotila Isnin lalu. Empat roket-roket Qassam telah dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel pada petang Khamis semalam. Tiga roket mendarat di kawasan terbuka di rantau Barat Negev dan satu lagi mendarat di dalam Semenanjung Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan. Tiga roket mendarat dalam wilayah Israel, satu melanda berdekatan Sderot manakala dua lagi di kawasan Ashkelon. Pada Selasa lalu, pihak IAF menyerang pasukan pelancaran roket di Gaza utara, dan membunuh tiga pejuang Islam. Pada hari yang sama juga, IDF membunuh dua pejuang yang menceroboh ke dalam wilayah Israel berdekatan Kibbutz Nirim. |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan