PERAKITE |
| LEBIH 10,000 BERHIMPUN MEMBANTAH KEKEJAMAN REJIM ZIONIS Posted: 04 Jun 2010 06:05 AM PDT Lebih 10,000 rakyat Malaysia berhimpun di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai bantahan terhadap Tindakan biadab rejim zionis menyerang kapal misi bantuan ke Gaza Isnin lalu. Mereka termasuk ahli beberapa badan bukan kerajaan (NGO), dan anggota Pakatan Rakyat yang melaungkan slogan anti-Israel dan mengutuk kekejaman rejim Yahudi itu membunuh anggota sukarelawan yang menyertai misi Flotila Pembebasan. Mereka diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah bertemu dengan wakil kedutaan AS bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan tentera Israel kepada Presiden Barrack Obama. Memorandum tersebut mengandungi lima resolusi yang dipersetujui bersama antara pemimpin Pakatan Rakyat. "Dengan persepakatan bersama, kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata Anwar. Resolusi itu mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel terhadap komuniti antarabangsa berikutan misi keamanan itu membabitkan kerjasama seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 50 negara. Anwar berkata, pihaknya mendesak agar rejim Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa terbabit. "Kami menuntut supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Flotila Pembebasan sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza. |
| SPR NAFI DAKWAAN PINDAH PENGUNDI Posted: 04 Jun 2010 06:00 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang menyangkal dakwaan kononnya lebih 5,000 pengundi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh telah ditukarkan sebagai pemilih di kawasan lain. Pengarahnya Morat Pora berkata sejak pru 12 hingga Mac lepas, hanya 360 pemilih kawasan itu yang bertukar kawasan kerana pertukaran alamat bermastautin. "Dalam tempoh yang sama SPR telah memotong 1,271 pemilih kerana meninggal dunia, dilucut hak warganegara, memasuki perkhidmatan polis atau tentera dan bersara daripada anggota polis atau tentera," katanya. Morat berkata sepanjang tempoh yang sama jumlah pengundi di Permatang Pauh bertambah 2,817 orang menjadikan jumlah keseluruhan 61,266 pemilih. Bagaimanapun, Morat berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan mana-mana pihak yang dapat mengemukakan maklumat terperinci mengenai perpindahan pemilih yang dikatakan dirancang oleh pihak tertentu atau pegawai SPR itu. Selasa lepas, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata kegiatan pemindahan pengundi itu disedari kira-kira dua minggu lepas apabila beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya membuat semakan daftar pemilih. Abdul Jalil turut mendakwa terdapat kemungkinan kegiatan pemindahan pengundi itu dilakukan oleh pihak tertentu dan dibantu "orang dalam" bagi memastikan kawasan Parlimen Permatang Pauh terus dikuasai pembangkang. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan