Khamis, 17 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kes gigit polis...hakim pulak berlagak bagai Pengarah SPR....bravo...mahkamah kanggaroo...semua boleh jadi....!!!!

Posted: 17 Jun 2010 09:22 AM PDT















Kes Gigit Polis: Tian Chua "kekal" MP Batu

Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu.

Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.

"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar."


Tian yang baru tiba dari Paris pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.



Umum sudah mengetahui bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah bobrok. Kes siasatan video VK Lingam adalah bukti wujudnya hakim khianat yang tidak berpegang kepada kebenaran dan keadilan, sebaliknya membaca sahaja keputusan yang telah disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan.

Justeru itu tidak dapat dinafikan perspektif bahawa keputusan-keputusan hakim di negara ini menunggu "lampu hijau" pihak tertentu, setentunya dari UMNO BN, sebelum keputusan diumumkan terhadap sesetua kes.

Di dalam kes Tian Chua nampaknya UMNO BN pengecut dan penakut. Sekalipun pada awalnya mereka merasa yakin untuk merampas Parlimen Batu dari Pakatan Rakyat dengan mengheret Tian Chua untuk disabitkan kesalahan yang boleh menggugurkannya sebagai ahli parlimen Batu, namun setelah UMNO BN tewas di Sibu, mereka sudah tidak berupaya untuk menanggung risiko dimalukan.


Apa tah lagi, di dalam PRU yang lalu Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 9,455 mengalahkan calon BN, Lim Si Pin.

Di dalam negara dimana institusi kehakiman telah disundalkan , di dalam kes Tian Chua ini, hakim memberi alasan seperti seorang pengarah SPR lagaknya:

"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar."

Mengapa hakim pula yang berkata demikian? Soal kebenaran dan keadilan bukan soal dana kecil atau besar!

Jika berani, Tuan Hakim, silalah buat keputusan berpihak kepada UMNO BN supaya pilihanraya kecil di adakan. Kita tengok siapa yang bakal terkangkang.

hina kerajaan kelantan........mustapha jadi kambing hitam tanggung kemaluan najib....!!!!

Posted: 17 Jun 2010 09:09 AM PDT



Hanya 300 Hadir Perasmian Fiesta Kelantan, Najib Terus Pulang Elak Malu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan merasmikan Program Karnival Kelantan Fiesta semalam di Kota Bahru telah meninggalkan program tersebut dan terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa menghadiri tapak fiesta dan merasmikannya.

Tindakan mengejut Najib disebabkan mahu mengelak malu kerana kehadiran pengunjung perasmian fiesta tidak sampai 300 orang. Insiden amat memalukan ini dianggap satu sambutan yang amat teruk pada majlis yang di hadiri oleh seorang pemimpin berstatus Perdana Menteri.

Program Perasmian Kelantan Fiesta yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu diteruskan juga oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih kerana disebabkan kerosakkan sistem audio.

Sebelum itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengerusi Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media petang semalam memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memulau karnival tersebut kerana penganjur telah mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap pada majlis perasmian malam ini.

Menurut lagi keputusan memulaukan perasmian itu diambil kerana penganjur bersama, syarikat Red Carpet juga telah memungkiri beberapa perjanjian ketika mesyuarat bersama kerajaan negeri.

Mereka yang sebelum itu telah bersetuju perasmian disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, manakala ucapan aluan dari Nik Abdul Aziz selaku tuan rumah dan ucapan dari Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu pada 13 Jun lalu, kerajaan negeri menerima arahan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaklumkan bahawa pejabat Perdana Menteri tidak membenarkan Menteri Besar berucap pada majlis perasmian karnival tersebut.

Beliau juga memberitahu tindakan tersebut telah memalukan Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga tuan rumah.

Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Dewan Uundangan Negeru Bunut Payong berkata mesyuarat exco juga memutuskan untuk menarik diri daripada program itu yang berlangsung sehingga 19 Jun ini.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta Kelantan selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan. -SK


Mustapa ganti Najib rasmi Kelantan Fiesta 2010

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

budaya perompak dan lanun menteri malaysia....tak heran lah negara bakal bangkrap tak lama lagi....!!!!

Posted: 17 Jun 2010 08:37 AM PDT

Menteri Malaysia Beli Rumah RM40.63 Juta di Holland Park, London?





Ada khabar angin yang berlegar-legar terutamanya dalam kalangan blogger UMNO yang mengatakan bahawa ada Menteri Malaysia yang membeli rumah berharga £8.5 juta (RM40.63) di Holland Park.

Berdasarkan gaji dan elaun yang diperoleh, tiada Menteri Malaysia yang mampu membeli rumah semewah dan semahal itu. Lainlah jika Menteri itu mempunyai perniagaan atau sumber kewangan yang lain.

Jika benar khabar angin itu, maka anda buatlah penilaian sendiri. Dari manakah sumber kewangan Menteri Malaysia ini? Mereka mengatakan negara akan bankrap, namun dalam masa yang sama mereka membeli rumah di kawasan perumahan yang turut diduduki selebriti dan tokoh perniagaan terkenal dunia termasuklah Sir Richard Bronson.

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Untuk bacaan lanjut, sila ke pautan ini.

problem syarikat RM 2 atau hutang sekeliling pinggang.....pasti UMNO -BN jadikan katak katak dari ADUN PR jutawan segera

Posted: 17 Jun 2010 07:39 AM PDT

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi anggota Bebas adalah disebabkan masalah kewangan dan peribadi.

ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata alasan yang diberikan bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat Perak cumalah mainan politik dan pembohongan semata-mata.

"Keshvinder mendakwa kawasannya tidak mendapat peruntukan pembangunan sebab itu dia menjadi ahli Bebas.
"Dia sepatutnya kutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah pimpinan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang enggan memberikan peruntukan daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.

"Sebelum ini selepas pilihan raya kecil Sibu, Keshvinder ada memberitahu bahawa keretanya telah ditarik oleh institusi kewangan dan ADUN Titi Serong, Drs Idham Lim telah membantunya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM3,500.

"Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan.
"Kita juga mendengar berita yang mengatakan beliau mempunyai tunggakan kepada Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," kata Koo Ham pada sidang media di lopbi parlimen tengahari tadi.

Koo Ham menjelaskan DAP Perak berusaha membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan dan menarik tanpa mendedahakan bentuk imbuhan tersebut.

Ini kerana Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahbun lalu berhubung dakwaan bahawa beliau ditawarkan sebanyak RM20 juta untuk melompat parti oleh agen Umno-BN.
Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu.

"Bulan lalu Keshvinder sekali lagi telah ditemui oleh agen Umno-BN dan pada pendapat beliau gejala rasuah adalah perkara biasa yang diamalkan oleh Umno-BN.
"Saya percaya beliau disogok wang dan imbuhan tetapi jumlahnya kurang daripada RM20 juta yang pernah ditawarkan kepadanya semasa Pakatan Rakyat Perak menjadi kerajaan negeri," tegas beliau lagi.


SK



Blogged with the Flock Browser

si katak zahrain yang di bayar menonton video lucah...tuduh DSAI pulak ada memiliki video lucah elizzabeth wong...

Posted: 17 Jun 2010 02:46 AM PDT

Anwar: Saya tak tonton video seks Elizabeth Wong


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau pernah miliki atau menonton video separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong awal tahun lalu.

Anwar mengecam dakwaan Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang keluar PRK Februari lalu, di Parlimen semalam.

Anwar menuduh Zahrain kelihatan selesa membuat pendedahan selepas kembali ke pangkuan Umno.

"Kenapa kita perlu pedulikannya? Kenapa kita nak pedulikan seseorang yang sudah dibayar? Adakah awak fikir ini satu tuduhan serius?

"Jika ia serius, saya akan menghasilkan video itu. Tapi tidak, saya belum menontonnya. Mungkin beliau menonton video lucah ini, saya tidak tahu," kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat pada sidang media di Parlimen tengah hari tadi.

Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) semalam, Zahrain melancarkan satu lagi tuduhan terhadap bekas bosnya itu dengan menuduh beliau menyokong penyingkiran Wong daripada pentadbiran kerajaan Selangor.


Wong merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Zahrain mendakwa Anwar memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa pernah memiliki rakaman seks Wong, menunjukkannya sedang "makan ais krim" dan akan mendedahkannya tidak lama lagi.

Zahrain mendakwa Anwar juga individu yang mencadangkan Wong supaya meletakkan jawatan sebagai Exco dan mengosongkan kerusi.

"Kami terkejut dengan pendedahan itu dan beliau kata akan menunjukkan kepada kami video itu," kata Zahrain sambil menambah, sehingga sekarang belum mendedahkannya.

Anwar mengecam Zahrain kerana menggunakan bangunan Parlimen sebagai platform untuk melaksanakan tuduhan politik "keji".

"Anda (Zahrain) sudah dibayar, jadi ambil sahaja duit itu, tidak perlu untuk melemparkan fitnah.

"Elizabeth Wong adalah seorang ahli politik wanita, beliau ada maruah juga. Jika ada bukti, dedahkannya. Mereka cakap seseorang menonton video itu ... siapa? Anwar. Tapi tiada bukti," katanya.

Apabila didesak untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Anwar menegur media kerana memanjangkan isu tersebut.

"Jangan beritahu saya tidak ada apa-apa yang anda boleh tulis.

"Apa yang anda jangkakan saya akan buat? Tidak ada sedikit pun bukti. Jika anda ada agenda politik, ia seharusnya tidak dilakukan dengan melakukan pembunuhan karektor, politik sampah atau menyerang peribadi. Ini tidak bermoral, tidak beretika dan tidak boleh diterima.

"Dan dalam keadaan mana anda boleh mempersoalkan moral orang lain? Adakah anda mempunyai moral yang tinggi? Adakah anda baik, seorang Muslim? Tidak ada dalam ajaran Islam untuk menyerang kehidupan peribadi seseoran," kata Anwar dengan merujuk kepada Zahrain.

Gambar peribadi Wong tersebar di internet Februari tahun lalu, dan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Khalid menolak peletakan jawatannya dan Wong kembali ke bertugas dengan pentadbiran negeri selepas berehat hampir dua bulan.

Zahrain berkata Anwar kemudian menentang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang bercakap menentang Khalid.

"Kulim mengkritik menteri besar kerana mempertahankan Elizabeth Wong, kemudian dipecat," tambah Zahrain.
Blogged with the Flock Browser

Mahafiraun bersabda dalam keadaan nyanyuk....Penggubalan Akta Anti Lompat Parti tidak diperlukan

Posted: 17 Jun 2010 02:23 AM PDT



Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu menggubal Akta Anti Lompat Parti hanya kerana desakan Pengerusi DAP Karpal Singh. Dr Mahathir berkata Akta terbabit tidak diperlukan kerana pihak pembangkang tidak pernah bersuara semasa wakil rakyat Barisan Nasional lompat parti.

Isu Akta Anti Lompat Parti mendapat perhatian selepas Karpal mendesak kerajaan untuk menggubal akta terbabit sebagai langkah untuk memastikan wakil yang lompat parti mengosongkan kerusi sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri dari parti tertentu.

Hal ini berikutan pemgumuman ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh yang keluar dari parti DAP untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menunjukkan sokongan terhadap BN. Selain Dr Mahathir, anggota parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali juga menegaskan bahawa Akta tersebut tidak diperlukan.

Ini kerana penggubalan akta terbabit becanggah dengan sistem demokrasi di negara ini. Ibrahim berpendapat bahawa wakil rakyat yang keluar dari parti tertentu adalah kerana ketidakpuasan dan bukan sogokan sebagaimana yang dikatakan oleh pihak pembangkang.



penyapu sial


Inilah orang-orang hipokrit dalam Umno dan bebas iaitu Dr Mahathir dan Ibrahim Ali. Bagi mereka Akta Anti Lompat Parti tidak diperlukan kerana tidak relevan dengan Umno/Bn dan konsesus bebas. Yang duk lompat parti sekarang adalah MP dan Adun dari PKR dan DAP iaitu dari Pakatan Rakyat. Andainya jika ada walau seorang pun daripada MP atau Adun Umno/Bn baharulah Dr Mahathir atau Ibrahim Ali akan kata inilah masanya Kerajaan Umno/Bn mesti gubal dan luluskan Akta Anti Lompat Parti. Mithalnya apabila Ketua Pembangkang mewarwarkan beberapa MP Umno/Bn akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Pusat (Persekutuan) maka cemaslah suku-sakat Umno dan ada suara-suara gusar meminta Kerajaan menguatkuasakan Akta Anti Lompat dan maka suku-sakat ini atau mana-mana MP atau Adun Umno yang ingin melompat akan diberi kata dua, amaran atau tindakan menghukum yang drastik seperti membankrapkan mereka serta-merta bagi mana-mana yang bermasalah kewangan atau berhutang besar kepada bank dan macam-macam ancaman.

Maka gagallah rancangan Anwar untuk menakluk Putrajaya. Khabarnya Anwar hanya ingin membuat gimik supaya pemimpin Umno/Bn melatah sakan. Namun menjadi senjata ampuh untuk Umno/Bn membalas dendam. Cara balas dendam ini ialah dengan mempengaruhi dan membeli MP dan Adun Pakatan Rakyat yang banyak masalah kewangan dan peribadi ini. Maka jadilah satu senerio di Perak. Umno/Bn dapat beli 3 Adun katak maka tumbanglah Kerajaan Pakatan Rakyat pilihan rakyat. Lepas tu Umno mengganas lagi dapat tundukkan beberapa ekor katak lagi daripada MP PKR ini. Kat Selangor dan Kedah agen Umno ini dapat beli Adun dan terakhir seekor katak lagi dari Malim Nawar. Bab membeli dan mencuri MP/Adun Pakatan rakyat maka Umnolah juaranya. Bukan lagi tersembunyi malah dibuat cara terang-terangan. Perkembangan terkini makhluk bernama "Hamidah" didakwa oleh saksi menjadi talibarut untuk menjayakan rancangan beli dan curi ini.

Penyakit membeli, mencuri dan merasuah ini sudah semakin parah dan tidak boleh dihentikan kecuali ada Akta Anti Lompat digubal di Parlimen. Jika ISA digunakan oleh Kerajaan ini sewenang-wenangnya untuk menumbangkan musuh-musuh politik maka penggubalan Akta Anti Lompat boleh menakutkan MP dan Adun PKR yang bakal melompat untuk masuk senarai "jutawan segera." Saya rasa MP dan Adun Umno tidak akan melompat parti jika mereka melompat sekali pun bukan Akta Anti Melompat yang mencari mereka tetapi bank, pemegang harta, SPRM dan ISA yang akan mencari mereka. Sebab itulah rancangan 16 September gaal kerana tidak mendapat sokongan daripada MP Umno yang kita sifatkan dayus, pondan dan pengecut untuk menyatakan kebenaran dan bangkit dari lena disuap berbagai kemewahan melalui projek kroni dan wang gelap. Justeru itu pandangan Mahathir dan Ibrahim menepati citarasa Umno sendiri bahawa Akta Anti Lompat tidak diperlukan. Saya nak cabar ada tak MP dan Adun Umno yang nak melompat hari ini? Kalau ada simpanlah dahulu. Sebaiknya zahirkan "undi tidak percaya kepada PM Najib dan MB Zambry terlebih dahulu sebagai satu ujian adakah dengan cara ini deiklarasi 1Malaysia telah bangkit. Wallahualam.

PENGGANAS: KERAJAAN CUBA ALIHKAN TUMPUAN RAKYAT

Posted: 17 Jun 2010 02:12 AM PDT




Jenama APCO....peduli apa  kalau pompuan ni yahudi...janji cun...boleh share  dengan almalikul najis altantuya dan jarjis bernajis....suntut depan belakang....!!!!


Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang," kata Anwar.


INI TRIK LAMA…BEB...SERUPA SANDIWARA AL-MAUNAH DAN SAUK

KESELAMATAN NEGARA KINI TERJEJAS BILA AJEN ISRAEL BEKERJA DI PEJABAT KOMPUTER PDRM…

KESELAMATAN NEGARA TERJEJAS BILA LAPANGAN TERBANG TUDM/POLIS DI REMBAT

SANDIWARA DI PENTAS… UNTUK MENGALIH PANDANGAN

BIAR RAYAT TAK BINCANG….. PLUS YANG NAK KENA REMBAT

BIAR RAKYAT LUPA…. TENTANG HARGA NAIK…


perhatikan betul betul apabila subsidi
nak ditarik nanti ada saja drama macam ini.
atau apabila rasuah bocor akan ada saja drama
swasta akan di pentas kan.

kalau terlalu terok kes nanti - untuk mengalih pandangan rakyat
besar kemungkinan bik mama akan mengsairul dan mengazilahkan
malikul sembab kah kah kah


tt

menteri kaki dangdut kelentong....Pelajar Bumiputera mendapat 56% biasiswa JPA

Posted: 17 Jun 2010 02:03 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berkata daripada 2,850 biasiswa yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar bagi tahun ini untuk meneruskan pelajaran di luar negara, sebanyak 56% diagihkan kepada Bumiputera termasuk pelajar cemerlang dari Sabah dan Sarawak.

Selebihnya diagihkan kepada pelajar bukan Bumiputera. Mohamed Nazri menerangkan bahawa pengagihan biasiswa tersebut adalah berdasarkan merit, kaum, latar belakang sosial dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kira-kira 59 biasiswa (20 peratus) diberikan kepada Bumiputera manakala bukan Bumiputera mendapat 241 biasiswa (80 peratus) dalam kategori merit. Dari segi kuota, hanya 343 biasiswa diberikan kepada bukan Bumiputera manakala Bumiputera menerima sebanyak 557 biasiswa.

Mohamed Nazri berkata pelajar Bumiputera perlu belajar bersungguh-sungguh dan meningkatkan usaha pada tahun hadapan kerana jika dilihat dalam kategori merit, lebih banyak bukan Bumiputera menerima tawaran biasiswa.



penyapu sial

Nazri ini fikir rakyat bodoh ke.....bila masa kerajaan beri angka yg betul. semua angka yg beri menipu rakyat.
kalaulah ikut merit kenapa masih ramai pelajar cemerlang dari keluarga miskin merayu kpd kerajaaan mendapat biasiswa. KERAJAAN hanya ada peruntukan biasiswa utk 2,850 org shj seluruh malaysia?? kerajaan boleh membasir berbilion projek utk kroni tapi tak nak beri peruntukan biasiswa bagi pendidikan
pelajar malaysia.

Hey !!! Nazri pundek ! Don't bluff to us with your Merits and Quota system . O.K ! You all are spoonfeeding the bumiputras until their perut buncit and keluar kentut busut not knowing they have cowbrain. Ptuiih.

dah resmi mengaku islam + yahudi....Gereja dapat RM0.5 juta, masjid dibiar bocor

Posted: 17 Jun 2010 01:59 AM PDT

"500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang, Melaka terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor. Setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi. Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah


pelik sungguh dengan orang yang  bertanggungjawab,ada kuasa serta kemampuan dan mengaku berugama islam....kerana nak mengampu kafir laknatullah sanggup sembah gereja RM 1/2 juta....tapi masjid  saudara seagama  dan mungkin separti  haramjadah...di buat selamba aje...


Jemaah kecewa tiada tindakan baiki masjid


Utusan Malaysia 17 Jun 2010


MELAKA 16 Jun - Permohonan telah dibuat, rayuan juga telah dikemukakan, namun sehingga kini masalah sama berlarutan malah kini semakin teruk.


Itulah dilema dihadapi kira-kira 500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang di sini yang terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor.


Mereka mendakwa, permohonan menaik taraf masjid berusia 120 tahun itu sudah dibuat sejak November tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan.


Para jemaah mendakwa, rayuan masalah sama juga pernah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun hanya pelan struktur dikeluarkan tanpa memaklumkan bila kerja baik pulih akan dilakukan.


Salah seorang jemaah, Mahat Jais, 62, berkata, apa yang dibimbangkan keadaan masjid kini semakin uzur sehingga menyukarkan penduduk menunaikan ibadat.


"Bayangkan setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi.


"Lebih teruk, ada jemaah dari luar yang tumpang bersolat di sini basah kuyup apabila hujan kerana tidak tahu keadaan bumbung yang bocor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.


Seorang penduduk kampung berhampiran, Johan Ketot, 58, berkata, keadaan menjadi lebih tidak selesa apabila waktu solat Jumaat kerana hampir 500 jemaah menunaikan ibadat di situ.


Menurutnya, kecewa dengan aduan, rayuan dan permohonan yang seperti tidak diendahkan, pihak pengurusan masjid hanya mampu membaiki kerosakan itu sedikit demi sedikit menggunakan wang tabung masjid hasil sumbangan orang ramai.


"Saya amat berharap dan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat meninjau dan segera menyelesaikan masalah kami di sini," katanya.


Hashim Ayob, 53, pula mendakwa, antara bahagian masjid yang terjejas teruk ialah ruang solat hadapan, ruang solat wanita dan ruang imam.


"Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah," katanya.


Seorang lagi jemaah, Md. Tahir Ahmad, 50, berkata, permohonan pernah dibuat menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).


Katanya, permohonan kepada Perzim dibuat ekoran masjid berkenaan yang dibina pada tahun 1820 itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan juga Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).


"Pelan untuk menaik taraf masjid sudah pun disempurnakan dan kami diberitahu memerlukan sekurang-kurangnya RM800,000 untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf masjid.


"Setakat ini, kami mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang bertanggungjawab tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan membaik pulih masjid dilakukan walaupun sudah hampir empat kali dilaporkan oleh pihak media," katanya.



Sabtu Januari 9, 2010

GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Tahun 2010: Tahun UMNO-APCO meliwat katak.......Tahun katak berpolitik

Posted: 16 Jun 2010 10:31 PM PDT



Tahun 2010 boleh dikatakan tahun melompat katak kepada politik tanah air negara kita. Sesuatu perkara yang sebelum ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Ramai diantara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak menyangka perkara ini akan berlaku. rakyat telah memberi isyarat yang mereka menyokong kita pada pilihan raya yang lepas.

Pakatan Rakyat juga merasa bangga apabila banyak kerusi dan negeri kita rampas. Tapi apakan daya, ramai wakil rakyat kita pula yang berpaling tadah. Mereka menyatakan Pakatan Rakyat sibuk berpolitik sampai lupakan rakyat. Itu alasan budak darjah satu yang baru nak kenal A B C. Sudah nama ahli polotik, memang kerjanya berpolitiklah.

Politik ini tidak hanya menjerumus kepada ceramah-ceramah sahaja. Ia merangkumi banyak aspek dari segi pentadbiran serta sosial kemasyarakatan. Malah kalau di lihat dari segi kehadiran ahli parlimen di dewan rakyat, kehadiran siapa yang paling banyak? kalau kita lihat kerusi yang paling banyak kosong adalah kerusi dari BN. Kemana mereka menghilang? pergi sibuk lawat kawasan ke sampai lupa soal persidangan dewan rakyat. Kalau kita menyaksikan peristiwa genting dimana belanjawan Njaib hampir-hampir kecundang kerana kehadiran MP BN yang amat teruk sampai kena guna talian hayat untuk meluluskan belanjawan. Oleh yang demikian, kepada ahli-ahli politik yang melompat tu silalah melompat tinggi-tinggi.

Perkhidmatan anda tidak akan diperlukan lagi untuk pilihan raya yang akan datang. Sekali orang dah mencemuh kita, sampai bila-bila pun orang akan tidak menyukai kita.
Kepada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, mereka kena memandang serius perkara ini. Ini kerana, sekiranya perkara ini berlaku selepas pilihanraya yang akan datang, ia akan membawa satu musibah kepada Pakatan rakyat. Sekiranya ditakdirkan Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tidak mustahil lompat parti ini akan berlaku sekiranya mereka memandang kepada harta.

Ini boleh membawa keadaan yang huru hara seperti yang berlaku di Perak. Jangan sampai ia berlaku di peringkat pusat. Ini amat memalukan serta boleh menjatuhkan imej sesebuat negara. Oleh yang demikian, para pemimpin khususnya parti Keadilan dan DAP perlu berlajar cara PAS bagaimana mereka mentarbiyah ahli politik mereka. Mereka perlu berbincang dengan serius tentang perkara ini agar ia tidak akan lagio berlaku dimasa hadapan.

mikidookie



penyapu sial


opps...tarbiah cara PAS boleh di ikuti oleh semua parti politik kecuali yang satu nie....tarbiah membela beruk beruk kaki buntut UMNO dalam PAS...jangan ikut lagu tu....memecah belah umah dan rakyat jadinya...seumpama membela seekor yahudi melayu dalam perkampungan melayu islam PAS....

jangan ikut perangai baghal pemimpinan PAS yang masih mempertahankan beruk beruk nie....beruk nasha,beruk mus dan beruk hassan....

perpaduang dalam kepala jubor umno di umpamakan sampai beruk beruk nie mampu sabataj projek 16 september DSAI....ciloka ko beruk....!!!!

anak yatim membodek....Pakatan Pembangkang hilang cahaya tarikan dan kegemilangan

Posted: 16 Jun 2010 10:21 PM PDT

Wakil rakyat pakatan pembangkang yang keluar parti untuk menjadi Adun dan Parlimen bebas dan seterusnya memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menampakkan bahawa pembangkang sudah kehilangan 'cahaya tarikan dan kegemilangan'.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, wakil rakyat yang menarik diri dari parti masing-masing akan menyedarkan pengundi bahawa mereka harus menyokong BN bagi mendapat bantuan yang sepatutnya dan turut merealisasikan gagasan 1Malaysia yang dikonsepkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


penyapu sial


lu macam katak...bunyi tak pernah berhenti walaupun bunyi tu kadang sumbang dan bebal tapi lu terus bunyi..gua tak sukala...

Tiada ulasan: