Rabu, 2 Jun 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


MB sah Syed Sobri jumpa pemimpin Pas

Posted: 02 Jun 2010 02:10 AM PDT


JITRA - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sobri Syed Hashim bertemu dengan beberapa pemimpin Pas negeri di Kuala Nerang, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, Syed Sobri yang disebut-sebut akan keluar parti dan menyertai Pas, menerima jemputan perwakilan Pas yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi untuk menghadiri satu majlis kenduri dan dialog anjuran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Padang Terap.

Menurutnya, antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu lebih menjurus isu tanah di daerah berkenaan dan juga perihal aduan rakyat.

Beliau bagaimanapun menyatakan, tiada perbincangan menjurus kepada hasrat Syed Sobri untuk keluar daripada UMNO dan menyertai Pas.

"Hingga setakat ini, kami masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Syed Sobri dan sekiranya beliau benar-benar berniat hendak masuk Pas, beliau kena mohon dan tunggu hingga bulan depan untuk Jawatankuasa Pas Negeri mengesahkan permohonannya.

"Hendak menyertai Pas bukan seperti makan tosai, waktu hendak makan, dalam tempoh lima minit dah siap terhidang," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri di Dataran Darul Aman di sini semalam.

Azizan juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin Pas negeri pernah mengadakan perjumpaan dengan Syed Sobri secara senyap-senyap bagi membincangkan hasrat ADUN Kuala Nerang itu menyertai Pas. Namun katanya, pintu Pas sentiasa terbuka luas untuk beliau masuk, jika benar-benar berhasrat mahu menyertai parti itu.

"Kita tiada halangan (hasrat Syed Sobri sertai Pas). Cuma kita kena tunggu keputusan muktamad daripadanya sendiri. Tak guna kita canang seluruh kampung sekiranya ADUN yang terlibat tidak memberi apa-apa keputusan lagi," katanya.

Sementara itu, Ir Phahrolrazi ketika ditemui mengesahkan menemui Syed Sobri pada majlis dialog anjuran PTG di Kuala Nerang dan menjelaskan, pihaknya sengaja tidak memanggil media untuk membuat liputan bagi menjaga imej ADUN Kuala Nerang yang sudi menghadiri program anjuran Kerajaan Negeri.

Menurutnya, hubungan Syed Sobri dengan pemimpin Pas Kedah sememangnya mesra, bagaimanapun menjelaskan pertemuan itu tidak menyentuh langsung isu keluar UMNO dan masuk Pas.

"Sebagaimana Menteri Besar cakap, kita tidak pernah bincang apa-apa (mengenai isu sertai Pas) dengannya," katanya.

Pemuda Umno tidak diiktiraf Najib

Posted: 01 Jun 2010 09:13 PM PDT

Ketua melepas, Naib Ketua disingkirkan. Itulah yang berlaku kepada Pemuda Umno apabila Ketuanya Khairy Jamaluddin sekali lagi diketepikan dari menjadi ahli kabinet malah Naibnya Razali Ibrahim juga disingkirkan apabila digugurkan dari jawatannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.


Apalah malangnya nasib pemuda Umno apabila pimpinannya tidak diiktiraf oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak.

Kalau sebelum zaman Khairy, Ketua Pemuda Umno sudah pasti menjadi Menteri Besar, menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.

Inilah buktinya bahawa Umno tidak mengiktiraf orang muda dan pimpinan pemuda, mungkin kerana Khairy dan Razali gagal menarik sokongan pemuda akhirnya Najib singkirkan mereka.

Serangan Israel : Najib Diberi 48 Jam

Posted: 01 Jun 2010 04:37 PM PDT

Seluruh rakyat Malaysia kecewa terhadap sikap Perdana Menteri, Najib Razak yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembap dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanum laut regim Israel," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada erapakatan.com.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kelembapan Najib dilihat seperti menunggu apa nasihat daripada APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejaskan kerja APCO yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amarika terhadap kerajaan malaysia.

Menurut Mahfuz, tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan 'pak turut' dasar luar kerajaan kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakkan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang begitu mesra Amerika / Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau.

Beliau sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menunaikan beberapa tuntutan.

Pertama beliau memberikan tempoh 48 jam untuk Najib segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan tersebut.

Dalam tempoh 48 jam juga kerajaan perlu menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amarika.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara 'haram' Israel.

Adun Kuala Nerang...bagi saya masa

Posted: 01 Jun 2010 04:35 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim meminta para media memberi sedikit masa untuk beliau memberi keputusan mengenai jawatan beliau di dalam Umno Kedah mahupun sebagai Adun Kuala Nerang.

Menurutnya, keadaan tertekan menjadikan beliau sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin menyatakan beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau kenyataan kerana melibatkan banyak pihak termasuklah jawatan saya sebagai Adun Kuala Nerang.

"Harap semua media dapat memberi masa untuk saya menyatakan pendirian tetap saya dalam masa terdekat ini,"

Tiada ulasan: