Pahang Daily Online |
- Eksklusif: Gedung Ilmu Terus Dibiar Layu, Rakyat Kecewa Kerajaan Negeri Pahang Terus Pinggirkan Perpustakaan Awam Negeri Dari Arus Kemajuan !!
- Piala Dunia: Argentina & Jerman Ke Suku Akhir !!
- Sensasi: Kekal Pendakwah Bebas, UMNO Ternyata Kempunan Bila Dr.Asri Sahkan Tidak Akan Sertai Mana-Mana Parti Politik Tanahair Buat Masa Ini !
| Posted: 28 Jun 2010 01:42 AM PDT ![]() KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai di bandar ini kecewa dan hairan melihat sikap Kerajaan Negeri Pahang yang langsung tidak peka untuk membaik pulih bangunan perusatakaan awam negeri yang kini semakin uzur dan usang. Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang itu sudahlah terletak di kawasan tersorok, malah ia langsung tidak mengambarkan sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan yang wajar dikunjungi oleh rakyat Pahang. Menurut seorang pengunjung tetap ke perpustakaan awam yang menghubungi PDO berkata beliau agak hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah menutup sebelah mata untuk membiarkan bangunan yang menempatkan perpustakaan awam Pahang. "Sebelum ini memang saya ada dengar bangunan baru akan dibina di Tanah Putih, namun nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Malah saya juga hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu mengambil berat akan hal ini, sedangkan bangunan usang perpustakaan itu terletak di pintu masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini sendiri" katanya. Untuk makluman, bangunan perpusatakaan awam Pahang itu terletak diantara bangunan Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian Pahang (LKPP) dan Ibu Pejabat Polis kontijen Pahang di Jalan Gambut dekat sini. Malah bangunan tersebut juga terletak berhadapan dengan pintu masuk ke WismaPersekutuan dan Wisma Sri Pahang yang menempatkan Pejabat Menteri Besar itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa "gedung ilmu itu" dibiarkan terkulai layu sebegitu rupa di saat negeri-negeri lain sibuk membangunkan perpusatakaan awam negeri masing-masing untuk kemudahan rakyat. Inilah rupa bentuk bangunan perpustakaan awam Pahang yang memang sudah terlalu usang dan amat daif untuk dijadikan gedung ilmu itu Pandangan dari luar pintu masuk, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang (kanan) ![]() ![]() Cuba lihat bentuk perpustakaan awam Terengganu (kiri) dan Johor (kanan) yang begitu canggih dan amat memuaskan rakyat untuk mendapatkan ilmu ![]() ![]() Bukti, muka depan laman web rasmi perpustakaan awam Terengganu (kiri) dibandingkan dengan laman web perpustakaan awam Pahang Bangunan Perpustaakaan Awam Desa Bandar Tun Razak, Muadzam Shah ini lebih selesa dan sempurna dari perpustakaan awam negeri di Kuantan ![]() ![]() Bangunan Perpustaakaan Awam Cameron Highlands dan Rompin (kanan) juga jauh bezanya dengan Perpustakaan Awam Negeri Pahang itu sendiri [Teguran ini terpaksa dibuat selepas PDO menerima banyak rungutan daripada rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan. Ramai yang tidak percaya begitu rupanya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, lokasi yang tersorok, tersepit antara bangunan dan masih berdindingkan papan di saat pembangunan yang merimpah ruah tiba sekarang ini. Walhal, MB Pahang itu sendiri pernah menjadi dan masih lagi merupakan Pengerusi Perpustakaan terbabit. Sedar atau tidak, bangunan sedia ada perlu dirobohkan dan bangunan baru perlu didirikan segera selaras dengan perkembangan zaman. Semoga pihak terbabit dapat cari jalan penyelesaiannya demi memulihkan imej gedung ilmu di Pahang ini]. |
| Piala Dunia: Argentina & Jerman Ke Suku Akhir !! Posted: 27 Jun 2010 08:09 PM PDT JOHANNESBURG, 28 Jun - Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan. Penyerang Manchester City, Carlos Tevez (foto) menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33. Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71. Jerman pula berjaya menewaskan pasukan England dengan jaringan 4-1 untuk melayakkan diri ke suku akhir lewat malam semalam. |
| Posted: 27 Jun 2010 07:01 AM PDT [Dengan keputusan ini maka ianya membuatkan puak-puak UMNO "kempunan" untuk mendapatkan Dr.Asri yang telah digembar-gemburkan pada awalnya. Malah kenyataan awal mereka bahawa beliau dan 100 orang ulamak bakal sertai UMNO langsung tidak menjadi kenyataa. Hanya yang ada ialah "40 Ular Dalam Semak" yang telah dibelit ekornya untuk memperhambakan diri kepada UMNO. Ulamak inilah yang akan menyokong segala kebobrokan yang dilakukan oleh UMNO tidak lama lagi. Mereka dimasukkan kerana ketika isu "Judi Bola" dihebohkan sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun ulamak UMNO yang membantah keputusan kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi kepada Ascort Sport Sdn Bhd. Nyata, mana-mana ulamak yang menyertai UMNO bakal mendapat title "syaitan bisu" sebenarnya. Tahniahlah kepada Dr.Asri Zainul Abidin yang akhirnya berani keluar dari gelaran itu]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan