Muslimeen United |
- Lesen Judi : Kita Perangi UMNO BN Habis-habisan!
- Jamaluddin Ilyas - menceritakan detik cemas serangan tentera Yahudi
- Umat Islam Mesti Kuat Fizikal dan Spiritual Bagi Menghadapi Cabaran Masakini
- Lagi Gambar Himpunan Membantah Kezaliman Zionis Israel Laknatullah di Kota Bharu, Kelantan...
Lesen Judi : Kita Perangi UMNO BN Habis-habisan! Posted: 06 Jun 2010 08:29 AM PDT
Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid. Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan. TV Selangor menghubungi Dato' Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat. Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan. "Sepatutnya maknanya tidak ada satu agensi atau lebih-lebih lagi agensi kerajaan yang hendak menghalalkan judi bukan senang orang Islam. Sepatutnya orang Islam mematuhi peraturan ketika hidup di dunia sebagaimana yang dikatakan hadis Rasullullah S.A.W : orang Islam ini mesti patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh peraturan Allah Subhanallahi Taala. Melainkan satu syarat dia tidak ikut ,kalau ini dilanggar maknanya memang boleh diperangi, contohnya menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal, jadi jika seorang Islam yang menghalalkan judi kita boleh memerangi mereka". Mufti Selangor menasihatkan orang-ramai supaya tidak terkeliru dengan pelbagai alasan yang diberi oleh penguasaha dan penyokong judi sukan ini. "Sebenarnya hasil judi ini, itu sudah jelas, maknanya hukumnya tetap haram, maknanya hasil judi ni apa cara sekalipun memang ia adalah salah satu sumber yang dilarang oleh agama" . "Di samping itu juga maknanya tidak ada dosa yang sehebat judi tu, kerana itu kita disuruh memerangi judi itu" tambah beliau lagi.
|
Jamaluddin Ilyas - menceritakan detik cemas serangan tentera Yahudi Posted: 05 Jun 2010 07:19 PM PDT
|
Umat Islam Mesti Kuat Fizikal dan Spiritual Bagi Menghadapi Cabaran Masakini Posted: 05 Jun 2010 03:43 PM PDT
MARANG – Umat Islam perlu kuat fizikal dan spiritual, terutamanya ketika menghadapi cabaran yang semakin hebat diseluruh dunia masakini.
Menurutnya, tindakan Israel keatas sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza telah menguji kekuatan umat Islam secara amnya.
Ia adalah kerana bangsa Yahudi bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin dan menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel, dan Masjidil Aqsa, menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan 'pintu' rundingan atau perbincangan sudah ditutup.
"Hari ini, saya pakai baju 'peluru' bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita (umat Islam) tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.
"Tidak ada lagi rundingan tidak ada lagi perbincangan dengan negara (Israel) yang berhasrat meluaskan wilayah mereka (Yahudi) di seluruh dunia.
"Kita (Islam) hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT," tegasnya.
Disebalik tragedi serangan ganas komando Israel terhadap sukarelawan Gaza telah membuka 'mata' pemimpin-pemimpin orang Islam.
"Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan," ujarnya.
Menurutnya, Allah Taala menguji umat Islam diakhir zaman dengan ujian yang sangat perit dengan pelbagai bencana seperti gempa bumi, kemarau dan berlaku peperangan yang besar serta membunuh ramai manusia.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Sejumlah 50 kenderaan pacuan empat roda menyertai program kembara tersebut selama dua hari satu malam merentasi kawasan pendalaman di Air Putih, Kemaman. -BO |
Lagi Gambar Himpunan Membantah Kezaliman Zionis Israel Laknatullah di Kota Bharu, Kelantan... Posted: 05 Jun 2010 03:41 PM PDT Yang ni Himpunan Membantah Kezaliman Zionis Israel Laknatullah di Kota Bharu, Kelantan... Bila Tuan Guru Nok Abdul Aziz berdoa memohon pertolongan dari Allah... Semua yang hadir pakat-pakat mengaminkan doa Tuan Guru... Anggota Polis yang bertugas pun turut sama mengaminkan doa Tuan Guru... sebab tu Rakyat Kelantan hormat pada anggota-anggota polis yang bertugas di Kelantan... Tak ada masalah untuk Mahasiswi bersama menyatakan bantahan... di Kelantan, AUKU dah lama dibakul-sampahkan... Kalau dah Mahasiswi boleh ikut berdemo, tak kan la Mahasiswa tak de..? ini Negeri paling Demokrasi di Malaysia... Kalau tak percaya, boleh tanya warga Palestin yang ikut berdemo di Kota Bharu... Sebelum balik, Tuan Guru boleh saja "melenyek" Banner besar yang ada bendera Amerika dan Israel, tanpa gangguan siapa-siapa... banner besar tak dirampas, banner kecil yang dibawak hadirin pun masih ditangan tuan punya banner... Sebelum pergi ke gambar seterusnya, korang tengok balik, ada tak FRU datang..? |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan