Muslimeen United |
- MAMPAT Bakar Bendera Israel, Amerika di Hadapan Stadium Runtuh.
- Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel
- Betui ke..ini Rumah mewah Adun Umno ?
- Kuliah khas bantah Yahudi 4 Jun
- Gugurkan Razali Ibrahim, Bukti Jelas Bahawa Najib Cuba Menghina Pemuda UMNO Pimpinan Khairy Jamaluddin Sebenarnya !!
- PAS ziarah keluarga wartawan Awani
- (Video) Demo serah memorandum – Pesanan Penasihat Aqsa Syarif
- Senarai barangan & perkhidmatan Yahudi serta USA yang wajib anda BOIKOT
- Halau APCO jika serius bantah Israel
- Isteri syukur suami selamat
- Gambar Tok Guru Nik Aziz Melawat Adun Limbongan Yang Pengsan Semalam Di Rawatan di HTAPP dan HRPZ II
- Sejarah Senator Teramai Dalam Kabinet Mat Monggol
- Tersalah Bawa Kunci Kondominium?
| MAMPAT Bakar Bendera Israel, Amerika di Hadapan Stadium Runtuh. Posted: 02 Jun 2010 09:15 AM PDT
KUALA NERUS – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) malam ini menganjurkan upacara membakar bendera Israel dan Amerika, dihadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh, tahun lalu.Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata, upacara tersebut diadakan sebagai membantah tindakan Israel yang bertindak menyerang armada 'Freedom Flotilla' khusunya kapal Mavi Marmara dan membunuh aktivis yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestine dua hari lalu. Menurutnya, upacara tersebut yang diadakan pada hari ini, 2 Jun, jam 8.30 malam, dihadapan runtuhan SSMZA merupakan juga simbolik memperingati setahun peristiwa bersejarah yang memalukan itu berlaku. Upacara 'semerta' tersebut, yang disebarkan maklumatnya melalui 'facebook' dan SMS turut dihadiri oleh 100 orang penyokong Mampat. Tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga akhir uapacara yang berlangsung selama kira-kira 30 minit. Fauzi mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang hadir, kerana menurutnya, telah memberi kerjasama menjaga keselamatan upacara tersebut dengan baik. -BO |
| Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel Posted: 02 Jun 2010 09:11 AM PDT
Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. – Foto BERNAMA PETALING JAYA: "Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsulkamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu." Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin. Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache. "Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata. "Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara "Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya. "Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat… kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah… ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," tambah beliau. Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan. "Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu," tambahnya. Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman. "Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat. Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas. Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi. Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air. -Mstar |
| Betui ke..ini Rumah mewah Adun Umno ? Posted: 02 Jun 2010 09:10 AM PDT YB2 UMNO: Al fulus fid dunia wal mampus fil akhirat ![]() Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit! Benarkan begitu? Padahal, dengan elaun sebagai wakil rakyat dan khidmat yang terpaksa diberikan bagi melayani kehendak rakyat, adalah mustahil para wakil rakyat boleh menjadi jutawan. Lagi... BO |
| Kuliah khas bantah Yahudi 4 Jun Posted: 02 Jun 2010 03:36 AM PDT KOTA BHARU, 2 Jun: Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan kuliah khas pagi Jumaat, 4 Jun ini berkaitan tindakan ganas dan tidak bertamadun rejim Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza, Isnin lalu. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kuliah mingguan itu akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan akan turut diadakan solat hajat serta bacaan Qunut Nazilah di tempat yang sama. "Saya berharap kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk tindakan zalim Israel dan sama-sama memanjatkan doa kepada Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi Israel ini," katanya dalam satu kenyataan. Majls Agama Islam Kelantan turut disarankan agar mengarahkan semua masjid dapat menunaikan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta menyediakan teks khutbah khusus bagi mengutuk kekejaman Israel, Jumaat ini. Beliau turut membidas tindakan terkutuk tersebut sambil menyeru agar seluruh ulama di dunia ini bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah SWT demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza. Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (PBB) agar memberi teguran keras terhadap rejim itu. "Saya menyeru agar OIC dan negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin," ujar beliau. |
| Posted: 02 Jun 2010 03:26 AM PDT Apa sudah jadi dengan Pemuda UMNO Malaysia agaknya. Sudahlah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (foto) tidak dilantik ke jawatan dalam kabinet Najib sebelum ini. Kini tamparan yang lebih besar terjadi apabila Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato' Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) pula digugurkan oleh Najib.Dalam pengumuman mengejut yang dibuat semalam, Najib dilihat begitu terdesak untuk menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Mungkin dek kerana beliau tercabar dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II kepada pemimpin kaum Cina maka Najib terpaksa melakukan demikian. Semalam, Najib mengumumkan rombakan terbaru kabinetnya dengan melantik lebih ramai "bukan wakil rakyat" mendapat tempat. Malah, apa yang lebih menarik lapan daripada yang dilantik itu adalah pemimpin kaum Cina dan hanya satu sahaja pemimpin Melayu yang mendapat tempat iaitu Datuk Rohani Abdul Karim. Itu pun beliau bukanlah muka baru, cuma dipindahkan dari portfolio lamanya selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Maknanya, beliau bukanlah muka baru pemimpin Melayu yang diangkat oleh Najib. Soalnya sekarang, kenapa Najib terdesak menarik "bukan wakil rakyat" dan "bukan Melayu" menganggotai kabinetnya kali ini?. Apakah salah dan dosa pemimpin Melayu dalam UMNO sehingga individu seperti Dato' Razali Ibrahim itu sendiri pun telah diterajang keluar dari kabinetnya?. Tindakan Najib ini jelas sekali beliau bukan lagi berhasrat untuk membela Melayu seperti yang dicanang-canangkan selama ini. Apa yang penting adalah untuk mengekalkan kuasa yang sudah menghampiri penghujungnya itu. Tindakan menggugurkan Razali Ibrahim (foto) dilihat satu langkah "kurang bijak" yang dilakukan oleh PM Najib sebenarnya. Tambahan pula, Razali dilihat sebagai proksi rapat Mukhriz iaitu anak kepada sifunya, Mahathir Mohamad. Mengugurkan Razali umpama menghina Mukhriz. Mengugurkan Razali juga bermakna "menghina" Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara keseluruhannya. Bayangkan, tidak pernah terjadi dalam sejarah tidak ada seorang pun pemimpin utama Pemuda UMNO yang tidak berada dalam kerajaan. Hanya yang tinggal ialah Mukhriz, selaku Timbalan Menteri. Namun, harus diingat Mukhriz bukanlah pemimpin kanan Pemuda UMNO Malaysia sekarang ini. Maknanya, langkah mengugurkan Razali memberi isyarat jelas bahawa Najib tidak boleh lagi berkompromi dengan sayap kanan UMNO itu. Bayangkan, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda kini tidak ada lagi suara dalam kabinet Malaysia. Apakah maknanya semua ini?. Ia jelas merupakan satu tindakan "biadap" untuk menjatuhkan maruah dan imej Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin. Sebelum ini, ramai yang menyebut bahawa Khairy kemungkinan diangkat sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Namun, spekulasi itu langsung tidak menarik minat Najib untuk membawa menantu Pak Lah ke dalam kabinetnya. Apakah Khairy sedar akan senario ini. Jika beliau sedar, kenapa harus berdiam diri dan tidak melakukan tindakan. Mana perginya pemimpin Pemuda UMNO yang beriya-iya benar mahu membela Melayu dan Islam itu. Apakah mereka tergamak merelakan pemimpin utama mereka dipinggirkan sedemikian rupa. [Anehnya, dalam keadaan Najib menghina Khairy Jamaluddin ini beliau pula mengangkat bekas pemimpin pemuda keadilan sebagai Senator iaitu Ezam Md Noor. Ini bermakna, Najib lebih mengutamakan orang luar daripada pemimpin Pemuda UMNO itu sendiri. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya, malah ramai yang melihat Ezam berupaya untuk mencabar Khairy dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada masa akan datang. Najib sebenarnya sudah tidak yakin lagi kepada Pemuda UMNO, Wakil Rakyat UMNO dan semua pemimpin utama parti untuk bersamanya dalam kabinet baru beliau itu. Apa yang jelas, beliau lebih berselera untuk menagih simpati kaum Cina agar kembali menyokong BN dalam pilihanraya umum akan datang]. -Pahang Daily |
| PAS ziarah keluarga wartawan Awani Posted: 02 Jun 2010 02:16 AM PDT ALOR SETAR, 2 Jun: Tiada khabar yang lebih menggembirakan seorang ibu selain mendengar sendiri suara anak tunggalnya yang diberitakan telah ditahan oleh rejim zionis Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Demikian yang terjadi kepada Wan Mahfuzah Wan Jamil, ibu kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, yang ditahan bersama-sama dengan 12 rakyat Malaysia, Isnin lalu.
Kira-kira 15 minit selepas itu, Ashwad sendiri telah menelefon ibunya itu dan sempat berbual kira-kira lima minit bersama Wan Mahfuzah dan bapanya, Ismail Yaakub. Wan Mafuzah dan Ismail mengucapkan syukur dengan keadaan anak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan. Terdahulu, pimpinan PAS diketuai Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Wan Mafuzah dan Ismail di kediaman mereka dan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat. Turut serta, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Hayati Othman dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Datuk Rohsidi Osman dan Setiausaha PAS Alor Setar, Adnan Saad. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mahfuz melahirkan rasa syukur dengan perkembangan semasa dan berharap agar masyarakat Malaysia dan seluruh dunia memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu. "Saya minta Yang di-Pertuan Agong memberikan anugerah kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini kerana keberanian yang telah mereka tunjukkan serta telah mengharumkan nama negara. "Begitu juga kepada Ashawad, saya berharap kepada kerajaan negeri dan juga perkenan Tuanku Sultan untuk memberikan penghargaan kepada Ashwad selaku rakyat negeri ini yang telah mengharumkan nama negera dan negeri Kedah," ujarnya. -Hrkh PENGALAMAN 28 JAM ASWARD ISMAILAshwad Ismail, 26 menceritakan pengalaman sepanjang beliau dan rakan-rakan yang lain memperlihatkan bagaimana layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas. Katanya kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi. "Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter," katanya. Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba. "Kami diserang bertubi bertubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya. "Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah ... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam," tambah beliau. |
| (Video) Demo serah memorandum – Pesanan Penasihat Aqsa Syarif Posted: 02 Jun 2010 02:14 AM PDT |
| Senarai barangan & perkhidmatan Yahudi serta USA yang wajib anda BOIKOT Posted: 02 Jun 2010 02:11 AM PDT Salam Kemanusiaan. Banyak maa. Penat woo nak taip satu persatu. Jadi den amik gambar ni dari fb kenkawan untuk dikongsikan bersama anda. Lopeh ni kito support barangan tempatan. Tak rugi. Orang kito gak yang kayo. Ni korang poie kayokan Yahudi buek apo bai. Kito boli barangan yahudi, yahudi untung, dari duit keuntungan tu digunakan bagi membiayai kos peluru hidup bagi membunuh rakyat Palestin dan 20 peserta konvoi LL4G di Kapal Mavi Marmara. Takkan korang nak jadi penyumbang senjata Zionist. Kalau korang tak boikot, ditangan korang sekarang ni sedang mengalir darah rakyat Palestin dan perserta Konvoi LL4G yang telah terkorban. Jangan jadikan diri korang sebagai pembunuh dengan membantu memboli barangan Yahudi. Hentikan semuo ini. Ajak 1Malaysia BOIKOT barangan Yahudi & Amerika Syarikat. Boikot SEKARANG! |
| Halau APCO jika serius bantah Israel Posted: 02 Jun 2010 02:09 AM PDT Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu. Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap Najib tidak hipokrit berhubung perkara itu. Memerandum tersebut diterima Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim. Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. "Kalau tidak dapat hantar tentera kita sekalipun, cukuplah dengan menghalau Apco. "Itu adalah perjuangan paling kecil bagi Malaysia membela rakyat Palestin," kata Khairul Anwar atau lebih dikenali sebagai Jonah. Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu. Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan ekonomi dan diplomatik dengan pihak mempunyai hubungan dengan zionis Israel termasuk pegangan-pegangan saham yang berkaitan. "Kerajaan Malaysia pada waktu ini mempunyai pegangan saham sebanyak 31% di Pantai Holding Berhad iaitu anak syarikat kepada Parkway Holdings Limited yang dimiliki pelobi besar Zionis, Richard C Blum. "Kita juga membangkitkan isu syarikat Asiasoft yang berpengkalan di Telaviv yang terlibat dalam mengendalikan sistem komputer Polis Di Raja Malaysia, yang sehingga kini belum dijawab perdana menteri," jelas Shamsul. Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut. Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat. "Dunia hanya melihat dengan mata yang buta, telinga yang pekak ratusan ribu rakyat Gaza terkepung oleh kejahatan Zionis. "Kita minta Najib dengan kuasa negara yang ada lebih proaktif memberi tekanan kepada Israel," kata Kamaruzaman. Dalam pada itu, mereka turut memaklumkan akan mengadakan bantahan di hadapan pejabat Apco beberapa hari lagi. Bantahan tersebut kata mereka bagi menghalau syarikat berkaitan Zionis Israel tersebut dari bumi Malaysia.-Hrkh |
| Posted: 01 Jun 2010 07:39 PM PDT SHAH ALAM, 2 Jun: Semua isteri sukarelawan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah sebaik mendapat khabar tentang suami mereka selamat selepas kapal yang mereka naiki, Mavi Marmara diserang tentera rejim haram Israel pagi kelmarin.
Mereka mendapat berita itu daripada Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia, Zulkifli Mohd Nani petang semalam. (Gambar kanan: Nurdalela dan anaknya, Humaira) Menurut Puan Rosfazilah, khabar selamat dari Saudara Zulkifli tentang keselamatan semua sukarelawan Malaysia itu bertambah lagi apabila pihak Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa mereka pulang. Katanya, rombongan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Dr Abd Rani Osman seramai lapan orang yang baru pulang dari Turki datang ke kediamannya kami sebaik mendarat dari sana, semalam. Puan Nurdalela pula bersyukur dan menyatakan terima kasih di atas sokongan kawan-kawan beliau dan suami yang datang menziarahi keluarganya siang semalam.
Namun dengan berkat didikan suami dan jemaah perjuangan Islam yang setiap mereka turut dokongi, menjadikan jiwa mereka kebal, tetap dan tegap. Kesempatan mendengar luahan rasa isteri Ketua Delegasi Malaysia, Haji Noorazman Mohd Shamsudin, Puan Mazlina Ghazali (kiri), Puan Rosfazilah dan Puan Nurdalela menyerlahkan kekuatan dalaman yang dimiliki. Mereka masih mampu menzahirkan semangat kuat dan daya juang tinggi melalui perkataan mereka di hadapan hadirin termasuk warga media yang mengikuti perkembangan terkini di dalam sidang akhbar itu. Beliau bersama empat isteri sukarelawan lain dan dua anak peserta konvoi menyatakan isi hati mereka dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel dekat sini. Memang ketika itu, nasib suami-suami mereka masih tidak dapat dipastikan sama ada selamat, tertembak atau diapa-apakan oleh zionis Israel. Kapal yang mereka naiki, Mavi Marmara yang dinaiki sekitar 800 sukarelawan dari 50 negara telah ditembak dalam jarak 65 km di dalam perairan antarabangsa. Puan Mazlina berkata, mereka semua adalah yang terpilih oleh Allah SWT untuk ke sana dan mereka tetap tabah dalam usaha membantu rakyat Gaza yang telah tiga tahun terpenjara. Beliau sering berhubung dengan suaminya melalui e-mel dan telefon untuk mengetahui perkembangan terkini suaminya dan sukarelawan yang lain. Pagi kelmarin, jelasnya, kali terakhir beliau dihubungi suami yang memberitahu ada helikopter berlegar di udara dan kapal mereka dikepung. "Namun selepas itu hingga kini tiada sebarang hubungan lagi dan saya faham tugas suami sebagai ketua menjaga keselamatan semua sukarelawan," tegasnya. Rosfazilah pula berkata, beliau memang sentiasa tabah apatah lagi suaminya, Jamuliddin asyik berkata-kata tentang 'hendak syahid, hendak syahid' sahaja. "Saya pasti beliau tidak bergurau dalam hal-hal seumpama itu, jadi kami sekeluarga memang sudah pasrah dan menerima jika apa sahaja kemungkinan bakal berlaku. "Malah beliau tertinggal pula peralatan penting seperti kamera dan kad pengenalan, hari Jumaat lepas sebelum kapal utama mereka berlepas merupakan kali terakhir saya dapat bercakap dengan suami," jelasnya. Pasangan Rosfazilah, 44, kelahiran Sungai Petani, Kedah dan Haji Jamuliddin, 47, dari Batu Pahat, Johor mempunyai 10 cahayamata; Nurul Fathi, 21 belajar di IPDA, Mohd Nur Fathi, 19, Ahmad Afiq, 17, Nur Izzati, 15, Danial Fakri, 13, Farhan Faris, 11, Yasmin Zahira, 9, Luqmanul Hakim, 7, Hassan Nasrullah, 4 dan Nur Hanzalah, 3 bulan. Beliau menyebutkan pendirian suaminya tentang perjuangan Islam yang mereka bersama yakini ini akan berakhir dengan dua perkara sama ada syahid atau menang. Menurutnya, suaminya sering mengingatkan tentang kematian yang mesti diingat setiap hari dan bukan hanya ketika berlakunya konvoi ini sahaja. Namun bila terjadinya peristiwa ini, mereka sekeluarga lebih mendekatkan diri kepada ketentuan Allah SWT yang telah mengaturkan semua perkara di Luh Mahfuz. "Anak-anak pula tidak banyak kerenahnya kerana mereka udah acap kali ditarbiyah oleh bapa mereka dan sering kali mengikuti program khusus bersama Unit Amal sejak kecil lagi. "Jadi bila ditinggalkan begini, mereka sudah terasa seperti biasa sahaja sebab sudah biasa sangat ditinggalkan oleh bapa mereka yang berminat dengan kerja-kerja lapangan," tegasnya bersemangat. Bagi Nurdalela pula berkata, "Jangan bawa pulang mayat abang" adalah antara amanat suaminya, Abdul Halim sebutkan tatkala meninggalkan mereka sekeluarga pada 17 Mei lalu. "Jangan bawa pulang mayat abang, Jangan bawa pulang mayat abang", ucapan itu masih terngiang-ngiang. Malah bila berita konvoi Flotilla Kemanan diserang, ia menjadi semakin kuat memukul gegendang telinga. Perkara itu didedahkannya dalam sidang akhbar yang inisiatifnya dibuat CMT selepas kapal utama itu dibedil Israel. Penuh sesak bilik sidang itu dengan warga media dan pendokong NGO berkaitan. Pasangan Abdul Halim, 40, dari Sungai Besar dan Nurdalela, 34, dari Sabak Bernam tinggal di Meru mempunyai tiga cahayamata, Mohd Taufik, 14, Mohd Shahril, 12 dan Hanis Humaira, 2 tahun. "Sebelum pergi suami menjemput semua berkumpul saudara mara termasuk ibunya, Siti Fathonah Murad, 54 dan beliau meminta maaf dan menyebutkan kesungguhannya untuk ke Gaza. "Kali terakhir kami bercakap pada hari Khamis jam 10 malam ketika beliau akan berlepas ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara dan katanya, akan hubungi lagi jika selamat di Gaza. "Kami berpegang teguh dengan takdir-Nya, jika ada jodoh, kami jumpa lagi, kami redho dan bersedia hadapi apa sahaja kemungkinan, sebagai orang Islam, kita mesti ingat mati dan beliau meminta maaf pada semua," ujarnya lagi. Anaknya pula, Humaira yang juga kerap ditinggalkan kerana bapa aktif di lapangan berkata, "abah pegi kerja naik kapalterban"' lantaran sudah biasa kerana bapanya memang sebelum ini pergi pagi dan balik malam. -Hrkh |
| Gambar Tok Guru Nik Aziz Melawat Adun Limbongan Yang Pengsan Semalam Di Rawatan di HTAPP dan HRPZ II Posted: 01 Jun 2010 07:37 PM PDT |
| Sejarah Senator Teramai Dalam Kabinet Mat Monggol Posted: 01 Jun 2010 07:32 PM PDT ![]() Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai rekod baru'di mana terdapat penyertaan paling ramai anggota Dewan Negara dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Malaysia. "Ini menunjukkan bahawa Najib tidak melaksanakan slogan yang beliau sendiri sebut, iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ini bukti bahawa beliau tak mampu laksanakan perubahan, kerana orang yang beliau lantik bukannya daripada wakil yang dipilih rakyat" kata Kit Siang pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya semalam. Rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam melibatkan pimpinan Barisan Nasional terutamanya daripada MCA. Antara 'korban' terbesar yang digugurkan ialah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng. Najib turut menamakan empat senator sebagai Timbalan Menteri yang baru iaitu Datuk G Palanivel (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Maglin Dennis D'Cruz, (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou (Timbalan Menteri Belia dan Sukan). Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan tindakan Najib berkait rapat dengan keputusan pilihan raya kecil Sibu di mana rakyat Sarawak telah menolak pimpinan MCA. "Ini juga adalah persediaan bagi beliau untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kelak. Apapun, kita (Pakatan Rakyat) telah akan membuat pertemuan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk berbincang terutama berkaitan hal pengundian," katanya. Mustafa membayangkan akan membawa beberapa perkara berkaitan proses perjalanan pilihan raya, antaranya mengenai undi pos, kesalahan kempen dan rasuah dalam pilihan raya.-sk |
| Tersalah Bawa Kunci Kondominium? Posted: 01 Jun 2010 03:33 PM PDT
Salah kunci, itu alasan yang diberikan oleh polis atas kegagalannya membuka sebuah kondominium untuk pemeriksaan mahkamah sebagaimana yang dikehendaki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kondominium di Desa Damansara itu adalah penting untuk peguam Anwar membuktikan pertuduhan liwat terhadap beliau telah direka cipta sekali lagi dan tidak disokong dengan bukti. Perbicaraan ditunda kepada Khamis dengan pendakwaraya menyoal pakar-pakar yang memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati tidak ada bukti tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat. Hakim Mohamad Zabidin Md Diah, pasukan pendakwaraya dan pasukan peguam bela melawat kondominium ini diiringi oleh polis. Namun mereka terkejut apabila dimaklumkan oleh pasukan polis bahawa mereka tersalah membawa kunci. Pemeriksaan unit berkenaan adalah penting untuk membuktikan Anwar sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat di unit berkenaan ketika pengadu Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat di sebuah unit kondominium berasingan. "Saya bagi tahu tadi bahawa dia salah kunci jadi mereka berikan polis kunci salah jadi kita tak dapat tempat yang dituju ujar Anwar. "Kami tiba ke kondo awal tapi malangnya kunci kondo 52 yang dikatakan tempat mesyuarat itu tidak ada" ujar peguam Anwar, Sankara Nair. Sankara juga memberitahu pemberita perbicaraan ditunda kepada Khamis. Ini bagi membolehkan pakar perubatan dari Australia mengikuti keterangan daripada doktor yang memeriksa Saiful. Pakar berkenaan mendapati tidak ada tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat sebagaimana yang didakwanya. Kehadiran pakar Australia akan membantu pasukan peguam Anwar untuk menelah keterangan yang bakal diberikan oleh pakar-pakar perubatan yang akan disoal oleh ketua pendakwaraya Yusuf Zainal Abidin. "Esok tidak ada prosiding sebab kita buat persiapan untuk dan rancangan untuk mendengar bukti daripada pakar HKL pada hari khamis, dan lagipun pakar kami tak ada, dia akan sampai jam 7 pagi hari khamis" tambah Anwar lagi. -TVS |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Wan Mafuzah ketika dikunjungi di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, Jalan Kanchut, dekat sini dapat mendengar sendiri lintas langsung melalui siaran Astro Awani di mana Ashwad sedang melaporkan keadaan di sempadan Jordan yang mana rakyat Malaysia yang ditahan telah dibebaskan.



Isteri Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Jamuliddin Elias, Puan Rosfazilah Mohd Nor dan isteri wakil Muslim Care, Abdul Halim Ridzuan, Puan Nurdalela Abdul Alim ketika dihubungi menyatakan kegembiraan ekoran perkembangan itu.
Petang kelmarin, di dalam sidang akhbar yang mereka hadiri, isteri-isteri sukarelawan Malaysia ini tetap perlihatkan semangat kental meski nasib suami mereka masih lagi belum terjamin selamat.













Tiada ulasan:
Catat Ulasan