Jumaat, 18 Jun 2010

Manjadda wajada

Manjadda wajada


ADAKAH INI SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN (KPT) UGUT MENAHAN PINJAMAN PTPTN MAHASISWA (KUIS) SESI 2010/2011

Posted: 17 Jun 2010 09:13 AM PDT


Logik akal siswa siri 2010/2011 langsung tidak kena mengena dengan penglibatan Siswa tahun3 tersebut terlibat dalam Kempen Pilihan Raya Hulu Selangor. Mengapa mereka di jadikan mangsa oleh KPT untuk menyekat pimjaman PTPTN tersebut. Apakah masih lagi menggunakan istilah nila setitik habis susu se belangga. Mari kita fikirkan jika pinjaman mereka tidak diluluskan, apa akan terjadi kepada mereka. Mampukah mereka akan meneruskan pengajian mereka di KUIS, atau balek saja ke kampong


SMM kecam kementerian ugut pelajar Kuis

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 17 Jun: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengugut mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.

Kecaman itu berikutan tindakan KPT mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.

Arahan kepada pihak PTPTN itu dikeluarkan oleh Pegawai Khas Menteri KPT, Suhaimi.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, wakil SMM, Mohd Riedzuan Othman berkata, SMM menyifatkan tindakan KPT itu bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.

"SMM merasakan bahawa tindakan KPT dan PTPTN yang menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis ini bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap IPTS tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa," katanya.

Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.

SMM turut mempersoal tindakan KPT yang membabitkan seluruh mahasiswa semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis didapati terlibat dalam kempen pilihan raya, lebih-lebih lagi tidak mendapatkan penjelasan daripada mahasiswa yang didakwa terlibat itu.

"SMM juga melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Menteri KPT yang mengeluarkan arahan kepada pihak PTPTN untuk menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis telah didapati terlibat dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor yang lepas tanpa mendapatkan penjelasan yang penuh daripada mahasiswa tersebut terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa Universiti Malaya, menggesa KPT mengambil serius perkara yang dibangkitkan itu dengan menarik semula arahan yang dikeluarkan kepada PTPTN.

Tegasnya, KPT tidak seharusnya menggunakan PTPTN untuk tujuan mengugut mahasiswa sebaliknya menyerahkan kepada pihak universiti kepada mahasiswa tersebut sekiranya didapati benar-benar bersalah.

"Saya bangkitkan masalah ini di Parlimen untuk perhatian menteri. Bagi saya tindakan ini satu kezaliman dan penganiayaan kerana PTPTN merupakan satu agensi memberikan pembiayaan kepada mahasiswa. Biarlah apa yang berlaku di peringkat pelajar diselesaikan oleh pihak universiti, bukan dengan cara ugutan begini," tegasnya

Harakahdaily

Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?

Posted: 17 Jun 2010 09:04 AM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

Malaysiakini

Singapura Dilanda Banjir Besar, Malaysia Menunggu Gilirannya?

Posted: 16 Jun 2010 10:22 PM PDT


Banjir melanda Orchard Road, Bukit Timah dan Thomson Road, Rabu pagi waktu setempat.

Di beberapa kawasan, tinggi banjir bahkan setinggi hampir 1,5 meter. Tempat pejalan kaki, dan halte bus terpaksa ditutup sehingga menimbulkan keadaan gawat yang luar biasa.

Area basement di beberapa pusat membeli belah di Orchard Road yang terendam, merosakkan beberapa kedai. Petugas juga terpaksa memindahkan sekitar 15 kereta yang terjebak disana.

Shama Bano Khan, ibu rumah tangga yang bertempat tinggal di Thomson Road mengaku hairan dengan kejadian ini. Meski banjir tidak sampai masuk ke tempat tinggalnya, namun air sudah menyentuh pintu tempat tinggalnya. "Kami telah tinggal disini selama hampir 15 tahun, dan tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," katanya.



Kasino kedua Singapura dibuka semalam sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai pusat perjudian untuk golongan kaya.

Kasino Marina Bay Sands yang dibina oleh syarikat perjudian gergasi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands itu dibuka pada pukul 3.18 petang waktu tempatan. Ia yang bernilai AS$5.5 bilion (RM17.5 bilion) bakal meningkatkan sektor perlancongan sekali gus menjadi pusat peralihan perjudian dari Barat ke Asia.

Pengerusi Las Vegas Sands, Sheldon Gary Adelson memberitahu, penduduk Asia melihat perjudian sebagai satu hiburan manakala penduduk Barat lebih gemar berbelanja untuk makanan atau keluar dengan teman.

Kasino pertama Singapura, Resorts World Sentosa yang bernilai AS$4.4 bilion (RM14 bilion) dibina oleh Kumpulan Genting Malaysia dan dibuka pada 14 Februari lalu.

Kasino Marina Bay Sands yang setinggi empat tingkat itu mempunyai 600 meja judi, 1,500 mesin slot dan lebih 30 bilik perjudian peribadi.

Seorang rakyat Malaysia Lee Kim Lian, 68, menyatakan dia tiba kelmarin dengan wang tunai sebanyak S$10,000 (RM23,260) untuk bermain judi. – AFP


Ulasan GB

Demikian, apabila hukum Tuhan dicabar, bumi Tuhan dijadikan tempat mengingkari perintahNya, maka datanglah kafarah...

Suasana ini, bakal menimpa Malaysia, apabila Najib dan UMNO dengan angkuh dan sombong melawan hukum Tuhan, meluluskan lesen judi. Tunggu dan lihat.

Sumber Kelab Greenboc

NAJIB SESAL DATAG KE KELANTAN. CUMA 300 SAHAJA YANG HADIR

Posted: 16 Jun 2010 10:16 PM PDT






Gambar ehsan TPU

Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.- harakahdaily

Kerajaan pantau 6,000 pelajar

Posted: 16 Jun 2010 06:07 PM PDT



JAMIL KHIR (kiri) dan Mashitah (kanan) beramah mesra dengan wakil-wakil media pada Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.

Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.

"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).

"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Kosmo

DAP bercadang saman ADUN paling tadah. Ganti Rugi RM 5 Juta

Posted: 16 Jun 2010 09:12 AM PDT

Wa ka ka... Mereka terlupa ada perjanjian rupanya. mampukah kedua-dua pengamal undang-undang ini mempertahankan diri mereka dari membayar RM 5 Juta kepada DAP jika usul ini di luluskan oleh DAP Pusat nanti




DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

"Kami

telah memutuskan untuk menguatkuasakan kontrak yang ditandatangani antara wakil rakyat dan parti ketika mereka dipilih menjadi calon dulu," kata Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri, bertali leher biru).

Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu.

Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang.

Mengulas lanjut, Ngeh berkata kedua-dua wakil rakyat tersebut turut menandatangani perjanjian itu yang antara lain menyatakan mereka yang menyertai parti lain harus meletak jawatan dan membayar ganti rugi RM5 juta kepada DAP.

Berca
kap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008.

"Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti," kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.

Ngeh berkata keputusan muktamad berhubung tindakan undang-undang itu akan diputuskan oleh jawatankuasa pusat DAP yang dijadualkan bermesyuarat akhir bulan ini.

Malaysiakini

Tiada ulasan: